Bab 3 - 4

Romance Series 30286

"Rin sini sekejap"Khai memanggil namaku.Aku bangun dan menuju ke muka pintu.Aku berasa hairan ketika ku lihat mak cik guard berada di hadapan muka pintu kami.

"Ada ape ye Mak cik Timah?"tanya aku kepada mak cik guard yang bernama Fatimah itu.

"Cik Rin.Ada orang hendak berjumpa dengan kamu di bawah"jawab Mak cik Timah sambil memberikan senyuman kepada kami berdua.Penuh tanda tanya di fikiranku ini.Siapa pula yang mahu berjumpa dengan aku?

"Oh boleh saya tahu Lelaki ke perempuan?"soal aku kepadanya.

"Perempuan".Jawab Mak Cik Timah ringkas.

Lagi bertambah pelik la aku dibuatnya.Nak katakan classmates perempuan aku,memang tidaklah.Sebab hampir semua juga duduk di kondo ini jadi mustahil untuk mereka berjumpa dengan aku di bawah.Aku menganggukkan kepala dan mengucapkan terima kasih kepada Mak Cik Timah.Lalu aku pergi ke kamarku dan mencapai tudung dan cardigan.

Khai mahu menemani aku turun ke bawah.Tapi cadangannya ditolak lembut olehku kerana aku tidak mahu menyusahkan dia.Mak Cik Timah hilang dari pandangan aku.Wah laju jugak ye Mak Cik Timah ni.Ahaha.Aku masuk ke dalam lif dan menekan butang berhuruf G.Kondo aku berada di tingkat 12.

Ting!

Pintu lif dibuka.Aku melangkah keluar dari lif itu dan pergi ke tempat parking seperti apa yang telah dikatakan oleh Mak Cik Timah.Mataku melilau mencari orang yang mahu bertemu denganku.Aku tercegat di hadapan pondok pengawal.Ketika itu,aku ternampak Mak Cik Timah yang sedang menuju ke arah aku.Aku terus pergi mendapatkan dia lalu bertanya.

"Mak Cik mana orang yang nak jumpa dengan saya tu?"Mak Cik Timah memandangku sambil tersenyum.Tidak lekang senyuman daripada wanita yang berumur lingkungan 50-an ini.Mak Cik Timah memandang sekeliling.Dia tertawa pabila melihat di dalam pondok tempat dia memerhati kenderaan keluar masuk itu.Makin bertambah hairan aku.

"Dia ada kat dalam ni ha nak"sambil tertawa.Aku menjengah pondok itu dan kelihatan seseorang duduk di atas kerusi.Terus aku menarik muka pabila melihat wajahnya yang tersenyum itu.

"Mak Cik ni lelaki bukan perempuan"aku menjelingkan mataku ketika melihat Izz yang tersenyum seperti kerang busuk tu.

"Maafkan la Mak Cik nak.Tengku yang suruh mak cik cakap orangnya perempuan"balas Mak Cik Timah sambil memandang Izz.

"Ye lah kalau cakap Lelaki memang tak la kau nak turun.Sebab kau mesti tahu orangnya adalah aku"kata Izz kepadaku dan memandang tepat wajahku.Aku memalingkan mukaku sambil berpeluk tubuh.

"Mak Cik ni satu team eh dengan dia.Merajuklah dengan Mak Cik"bibirku cebikkan.

"Alah ngajuk pulak anak dara ni.Mak Cik cume tolong Tengku ni je.Katanya kamu merajuk dengan dia"kata Cik Timah sambil memegang kedua belah bahuku.

"Eleh nak ngajuk dengan mamat ni nak buat ape.Buang masa je"sambil menjelirkan lidahku pada Izz.

"Haa kamu pujuklah Cinta Hati kamu ni,mak cik kene bertugas ni.Babai Rin.Maafkan mak cik ye"Mak Cik Timah terus meninggalkan kami berdua di situ untuk menyambung tugasnya.

"M..m..mak..mak Cik jangan tinggalkan saya dekat sini"aku memanggil Cik Timah dan mula melangkah pergi dari situ.Tetapi aku terasa lenganku di tarik.Aku menoleh ke belakang dan melihat Izz sedang memegang lenganku.Aku menarik lenganku dengan kasar.

"Nak cakap ape?aku ada banyak kerja ni"tanyaku kepada Izz yang berada di hadapanku ini.

"Sebelum aku cakap apa-apa,kau lupakan apa yang Mak Cik tu cakap tadi"sambil menyekeh kepalaku.Aku mengadu kesakitan dan bertambah geram kepadanya.Tudung aku betulkan sedikit.Dah la sekeh aku sampai tudung aku jadi senget.Sengal mamat ni.

"Yang mana satu?"soalku kepada Izz.

"Ahhh tak pe lah..Lupakan je la.By the way,kau still marah aku eh?"Izz bertanya kepadaku dan mula mendekatkan jarak antara kami berdua.

"Mana ada aku marah.Aku geram je.Baik kau balik.Dah malam ni nanti susah kau nak drive"kataku kepada Izz yang masih mengukir senyuman kepadaku.

"Alah risau jugak ye kau dekat aku"sambil menepuk lembut bahuku.Aduh gedik pulak mamat ni.

"Mestilah aku risau nanti Mummy telefon aku tanya mana kau?aku nak jawab ape nanti?"ok sebenarnya Izz ni anak mak.Lagipun hanya dialah waris tunggal Daddy Aziz yang ada.Keluarga Izz boleh dikatakan rapat dengan keluarga aku.Jadi kami memang disuruh menganggap parents aku seperti parents Izz.Begitu jugalah Izz.

"Hurm ye lah ye lah.Nah aku belikan ni untuk kau"Izz menghulurkan satu beg plastik berwarna putih kepadaku.Hulurannya ku sambut.

"Apa ni babe?"tanya ku kepada Izz.

"White Chocolate favourite kau"kata-kata Izz membuatkan aku tersenyum riang.Aku melompat seperti anak kecil.Izz memandangku yang berperangai seperti budak-budak.

"Suka tak.Tak Suka aku amil balik"Izz cuba merampas balik pemberian dia kepada aku itu.

"Haa alahhhhh.Suke suke suke suke.Thank You babe.You are the best"aku menunjukkan ibu jari aku kepada Izz.

"So,kau maafkan aku la ni?"tanya Izz yang sedang memandang aku itu.

"Erm ye la.Aku maafkan kau.Aku pun nak mintak maaf jugak kat kau."Nadaku yang bertukar menjadi lembut itu membuatkan Izz memalingkan mukanya.Pelik aku dengan tindakannya.Selepas itu,wajahku kembali dipandang olehnya.

"Sebelum tu.kalau nak aku maafkan kau.Kau kena diberikan denda dulu"kata Izz yang membuatkan aku cuak seketika.

"Apa dia.................Aduhhhh!!"aku mengadu kesakitan pabila kepalaku diketuk oleh Izz.Selepas dia mengetuk kepalaku,dia melarikan diri menuju ke kereta Ferrari miliknya.

"Tengku Khalil Izuddin Arasy!!!!"laungku kepada Izz yang sedang melambaikan tangannya kepadaku.Tertawa kecil aku melihat gelagatnya.Aku mula melangkah ke dalam kondo pabila melihat kereta Izz hilang daripada pandanganku.

Sesampainya aku di muka pintu.Aku menekan loceng beberapa kali.Pintu dibuka oleh Khai.Tubuhku masuk ke ruang tamuku yang berdindingkan warna biru laut itu.Plastik pemberian Izz aku letakkan di atas meja makan.Khai bertanya kepadaku mengenai isi plastik itu.Aku hanya menjawab white coklat tanpa memberitahu siapakah gerangan yang memberikan plastik itu kepadaku.

Pinggang aku labuhkan kembali di atas sofa dari Jerman itu.Rancangan Running Man telah tamat disiarkan betul-betul ketika aku mahu duduk di atas sofa.Perghh kuang ajar betul tv ni.

"Rinnnnnnnnnnn"

Tercampak alat kawalan jauh tv daripada genggaman aku pabila mendengar Khai tiba-tiba menjerit memanggil nama aku.

Aku pergi ke Khai dan menepuk bahunya sambil menjungkitkan keningku.Khai menunjukkan aku isi beg plastik itu.Dia mengeluarkan sebuah kotak berwarna biru seperti warna langit yang kebiruan itu.

"Mesti coklat mahal ni.Dia ni suke sangat beli bende-bende mahal.Tak paham aku dengan dia ni."telahku di dalam hati.

Aku mengambil kotak yang serba biru itu dan membelek-belek nya.Kotak itu aku goncangkan kerna ingin tahu apa isi di dalamnya.Aku pun membuka kotak itu.Alangkah terkejutnya aku pabila melihat isi di dalamnya iaitu sekalung rantai dan ada loket seekor dolphin.Secara automatik aku menjerit ketika melihatnya dan terus memakaikan rantai itu di leherku dengan bantuan Khai.

Aku pergi ke bilikku untuk melihat cermin.Ternyata memang sesuai dan "ngam"rantai itu denganku.Setelah itu, aku berlari ke ruang tamu semula dan Khai sedang tersenyum manis melihatku yang sedang terkinja-kinja macam budak tadika.

"Haa tu lah.Orang dulu-dulu zaman penjajahan Jepun ada cakap.Jangan benci-benci nanti sayang.Tengok la sekarang bukan main suka lagi kau."sakat Khai.

"Bohong!bila masa kau jumpe diaorang ha"jawab aku sambil tersengih.

"Ada,aku jumpe diaorang semalam kat pasar beli ikan"gurau Khai.

"Abis kau jumpe diaorang,diaorang cakap Jangan benci-benci nanti sayang kat kau?Apakah?"tambah aku yang melayan kata-kata Khai.

"Aah siap adjustkan aku dengan anak diaorang lagi"sambung Khai yang tidak mahu mengalah.

Aku menepuk dahiku dengan kata-kata Khai.

"Kalau aku ada pistol da lama aku tembak kau nak lagi best guna machine gun"sambil membuat gaya tangan yang mahu menembak Khai.Khai dan aku tertawa besar,aku memegang perutku yang tidak dapat menahan ketawa.Aku mencubit pipi kiri Khai sehingga meninggalkan kesan merah di pipi yang berkulit cerah itu.

"Aku gurau la babe.Tapi betullah apa aku kata kan?By the way, kau dah cakap terima kasih belum kat dia?"tanya Khai yang sengaja mengusik aku.

"Aah eh lupa pulak aku tapi aku malu lah babe"jawabku dengan rasa segan.

"Babe dia bagi kau rantai kot.Lawa pulak tu.Bukan biasa-biasa babe"kata Khai yang membuatkan aku terfikir sejenak.Betul jugak kan.Mana dia dapat rantai tu.Aku rasa macam baru je dia call aku.

Tup tup aku dapat rantai.Oh lupa dia tu ada PA.Walaupun dia belum bekerja lagi tapi Daddy Aziz telah melantik seorang lelaki untuk menjadi pembantu peribadi dia.

So,everything yang dia buat.PA dia akan tahu.Dia pon ada bodyguard tetapi bodyguard tu ditugaskan hanya memerhatikan Izz dari jauh.Aku yang perempuan ni tidak ada pon bodyguard,dia yang lelaki tu pulak ade.Pelik aku.Maklumlah dia tu Tengku,aku ni golongan Syed je tidak sekaya seperti dia.

Lamunanku terhenti pabila aku mendengar Khai memanggil nama aku.Aku tersengih kerana terasa malu dengan kelakuanku tadi.Khai hanya menggelengkan kepalanya.Aku membuat keputusan untuk menelefon Izz dan mengucapkan terima kasih kepadanya.

Aku mencapai telefonku di atas meja di ruang tamu dan masuk ke bilik aku.Tangan kananku mendail nombor Izz manakala tangan kiriku memegang kotak rantai itu.Aku duduk di atas kerusi dan merenung kotak itu.Panggilanku tidak dijawab Izz.Aku mendail semula nombornya.

Tidak juga dijawab oleh sesiapa.Eish mana dia ni?Beberapa kali aku cuba untuk menghubungi dia tetapi tidak juga dijawab.Untuk kali yang ke berapa entah aku menghubungi dia dan

"Hello Assalamualaikum"suara yang garau itu akhirnya menjawab panggilan aku.

"Waalaikumusalam.Kau ni sengaja je kan nak menghabiskan kredit aku"kataku kepada Izz yang baru menjawab panggilan aku.Ketika itu aku ternampak sekeping sampul surat di dalam kotak itu.Aku pun mengambilnya dan membuka sampul surat itu.

"Eishh kau ni.Lama tau aku tunggu kau call aku"jawab Izz dengan nada yang tinggi.

Aku mengeluarkan isi daripada sampul surat itu.Mulutku terlopong dan menepuk dahi aku.

"Wei kau dengar tak apa aku cakap ni?"kata Izz dengan nada yang lebih tinggi daripada tadi.

"Okay first of all,thank you so much for the necklace and I really appreciate it.But the question is why you gave me your photo?"tanya aku kepada Izz selepas aku melihat isi sampul surat itu.Kenapa lah dia bagi gambar dia dekat aku.Tapi hensem jugak dia eh.Gambar itu semasa dia berada di pantai.Berkaca mata hitam dan berbaju polo berwarna merah.

"You can add my photo in your album or hang it on the wall"balas Izz yang mampu membuatku tergamam seketika.

"Why I should do that?"tanya aku yang rasa mahu menumbuk Izz.

"Untuk tatapan kau.Kalau rindu aku tengok la gambar aku tu.Jangan kau bomohkan aku sudah"balas Izz.

"Tak ade makne aku nak mandrem kau.Apa-apa pon thank you so much tau"aku mula berasa malu.

"Ermmm welcome so much dear"kata Izz yang membuatkan aku rasa mahu termuntah.

"Ahhh so okay bye.Jumpe esok"aku mulai menguap.

"Bye"jawab Izz ringkas.

Aku menamatkan panggilan itu dan baringkan tubuhku di atas katil.Badanku mula berasa lenguh dan sengal-sengal.Senyuman tidak lekang diwajahku pabila aku telah menyarungkan rantai itu dileherku.Inilah ape yang dijanjikan ALLAH.ALLAH mengambil sesuatu itu tanpa pengetahuan kita tetapi ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.Mungkin ia tidak senilai key chain kesayangan aku itu but ia mampu mengubati rase pilu di hujung hatiku ini.Kenape la dia baik sangat kepadaku sampai sanggup beli rantai ni.Baiknyaa Izz ni.

Mataku mula letih,perlahan-lahan mataku tertutup dan akhirnya aku dibuai mimpi.

Jam loceng mula menjerit menyuruh aku bangun daripada tidur yang lena.Dengan pantas aku menekan butang jam loceng itu dan jeritan itu terhenti.Tepat jam 6:50 pagi adalah permulaan hariku untuk menempuhi segalanya yang telah ditentukan ALLAH.Aku mengambil tualaku yang disangkut kemas di belakang pintu.Aku masuk ke ruang mandi lalu membersihkan diriku.Usai aku mandi,aku menunaikan solat subuh seperti apa yang telah diperintahkan ALLAH ke atas umat-Nya.Aku pergi ke Universiti pada jam 8:30.So aku akan lepak la sekejap kalau baru pukul 7:30.Aku menonton tv,menukar-nukar saluran.Tetapi tidak ada pula saluran yang menarik minatku.

Aku berhenti menukar saluran pabila aku tertarik dengan rancangan yang sedang disiarkan.Cerita tom and jerry menjadi pilihanku.Walaupun umurku semakin meningkat.Aku tetap layan cerita kartun.Best ape?hahaha bohong tak layan kartun even umur dah makin lanjut kan?Leka sungguh aku menonton kartun itu.Sehingga tidak perasan jarum pendek menunjukkan nombor 8 manakala jarum panjang menunjukkan nombor 3.Cepat-cepat aku pergi bersiap.Baju chef disarung kemas olehku.

Aku mengambil tote beg milikku dan mencapai 2 helai kain dan sehelai apron lalu ku masukkannya ke dalam beg.Aku menuju ke ruang tamu dan melihat Khai tercegat di muka pintu.Aduhh lama sangat ke aku bersiap?Tom & Jerry punya pasal la ni.Pantas aku mencapai kunci dan keluar dari kondo.Kasut PVC berwarna hitam disarung ke kakiku.Hari ini aku memakai baju chef jadi memang diwajibkan untuk memakai kasut PVC.Kalau tidak,kene halau la aku dengan pensyarah aku yang tegas tu.Pintu kondo telah aku kunci.Aku dan Khai menuju ke Universiti bersama-sama seperti biasa.

Setibanya kami di kawasan pondok pengawal,seorang mak cik iaitu pengawal keselamatan berdiri di tempat letak motosikal.Aku menegur mak cik itu.

"Assalamualaikum mak cik"sambil menunduk hormat.Itu cara aku menghormati seseorang itu.Tidak kiralah ada pangkat atau tidak.Jika orang itu lebih tua daripada aku,akan aku buat seperti itu.

"Waalaikumusalam nak"salamku dijawab olehnya.

"Mak Teh dah makan?"tanyaku bernada lembut.

"Sudah ALHAMDULILLAH.Kamu dah makan??"soal Mak Teh pula kepadaku.

"Belom Cik.Kitaorang sarapan dekat cafe nanti"jawabku sambil memandang Khai yang hanya memerhatikan kami berbual.

"Mak Teh ada kuih lebih tau.Kejap eh mak cik gi amik jap"kata-kata Mak Teh menimbulkan rasa serba salah di dalam hati ini.

Belum sempat aku mahu berkata ape-ape,Mak Teh telah masuk ke dalam pondok bertugasnya.Wanita itu mengambil kuih yang dikatakan olehnya tadi.Lantas dia menghulurkan satu beg plastik kepadaku.Beberapa kali aku menolak pemberiannya tetapi dia tetap mahu memberikannya kepadaku.

"Asyik kamu je asyik bagi makanan dekat mak Teh.Kali ni bagi la mak Teh pulak bagi makanan dekat kamu"tersenyum Mak Teh memandang aku.

Sebenarnya aku kerap la juga memberikan makanan kepada mana-mana pengawal keselamatan yang sedang bertugas.Kebiasaannya,makanan yang aku masak akan aku berikan kepada mereka.Walaupun tidak la banyak mana pun tetapi mampu mengalas perut mereka yang mungkin kosong itu.

"Baiklah Mak Teh.Terima kasih ye.Saya gerak dulu la ye cik..Bye-bye dan terima kasih sekali lagi cik"sekali lagi aku menunduk hormat pada wanita itu.

Mak Teh pon menganggukkan kepalanya dan melambaikan tangannya kepadaku.Aku dan Khai berjalan beriringan menuju ke Universiti kami.

Boleh dikatakan aku agak rapat dengan Mak Cik guard dan Pak Cik guard di sini.Mana-mama di antara mereka berjalan berdekatan denganku,akan aku menegur mereka.Kadang-kadang sempat juga aku berbual dan bergelak ketawa dengan mereka.Ada di antara mereka sudah menganggap diriku seperti anaknya sendiri dan ada juga yang menganggap aku seperti cucu mereka.Disebabkan itulah,kelihatan mereka agak rapat denganku berbanding dengan penghuni kondo yang lain termasuk Khai.

Ketika itu kami sedang berjalan,aku terpandang seekor kucing bewarna putih yang bertompok hitam.Kucing itu sedang mengigit seekor ikan mentah.Aku melanggar bahu Khai lembut.

"Weii comel an kucing tu??"tanye aku kepada Khai.

"Comel!!"balas pendek daripada Khai.

Tiba-tiba muncul seekor anak kucing yang datang dari arah selatan.Dia bergerak ke arah kucing besar itu.Situasi itu diperhatikan oleh aku dengan Khai.Ketika itu aku ada terpikir yang mungkin anak kucing itu mahu merebut ikan itu daripada kucing besar tu dan akan berlakunya pergaduhan antara mereka.

Semakin dekat anak kucing itu kepadanya.Kini anak kucing itu berada di hadapan kucing besar itu,kucing besar itu meletakkan ikan yg digigitnya di atas tar.Anak kucing itu terus memakannya sedikit demi sedikit manakala kucing besar itu hanya memerhatikan anak kucing itu sahaja.Tersenyum herot aku semasa melihat situasi itu.

Tiba-tiba muncul gambaran wajah ibu dan ayahku di minda.Perasaan sayu menyinggah di hatiku.Rasa rindu kepada kedua ibu bapaku semakin membuak.Ya ALLAH betapa rindunya aku dengan papa mama.Bila nak balik ni??tanyaku di dalam hati.

"Khai,Rin"kami diterjah dari belakang membuatkan aku dengan Khai menjerit kerana terkejut.Aku memusingkan badanku ke belakang.Ternyata Aleen,Qiesyah,dan Piqah yang menerjah kami.

"Babe nasib baik kitaorang tak ade sakit jantung kalau tak"aku mengurut dadaku untuk menenangkan diri.

"Meninggal"Khai menyambung ayatku.

"Hahaha sorry la geng kitaorang niat nak bergurau je"pujuk Piqah.

"Relax la korang gurauan di pagi hari la katakan"Qiesyah mencelah.

"Nak aje aku hempuk korang dengan beg ni tapi nasib la korang ni..."aku mematikan ayat itu.Sengaja membiarkan mereka menunggu ayat sempurna daripadaku.

"Kitaorang apa??tanya Qiesyah.Mereka memandang aku kehairanan.Aku memandang mereka dengan senyuman yang sinis.

"Nanti abang sayang korang serang aku..ahaha"

Terus aku memecut laju menjauhi mereka.Khai tertawa besar manakala Aleen,Piqah dan Qiesyah mengejarku sehingga ke parking motosikal di Universiti.

Aku memperlahankan langkahku kerana mulai penat.Mereka pun bertindak sama seperti aku.Hah tu lah nak kejar sangat Johan Lari pecut 200m peringkat Kebangsaan ni.Banyak kali juga aku memenangi acara lari padang.Mesti akan nampak je muka aku yang berlari.Tetapi tu masa aku Sekolah Menengah la bukan masa aku belajar di Universiti.

"Erin!!!!!"Aku memusingkan badanku ke belakang kerna mendengar Aleen memanggil namaku.

Aku terkaku tatkala melihat sebuah kereta berada dihadapan aku.Aku menjerit dan kereta itu semakin mendekatiku.Aku memejamkan mataku sambil berdoa agar ALLAH menyelamatkan diriku.

Sejurus selepas itu,aku terasa lenganku ditarik oleh seseorang.Aku membuka mataku perlahan.Seorang lelaki berada di hadapanku.Adakah dia yang menarik lengan aku.Dia tersenyum seperti biasa sambil mengelap peluh di dahinya.Kami berada di atas rumput.

Aku yang masih dalam keadaan terkejut sehingga badanku terasa lemah hingga tanganku menggeletar.Aku terduduk tapi masih dalam keadaan tidak bermaya.Ayat-ayat yang memuji ALLAH ku tuturkan.Kawan-kawanku mengelilingiku dan Khai cuba membantu aku berdiri.Namun begitu,aku masih terasa lemah.Tidak tahu mengapa aku terasa seram sejuk ketika itu.Semasa aku memandang wajah Qiesyah yang sedang mengalirkan air mata,aku ternampak bayangan seorang yang berbadan agak tegap di sebelah kiriku.

Semakin lama pandanganku semakin kabur dan akhirnya menjadi gelap semuanya.

RIN!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience