Bab 64

Romance Series 30286

"Apa semua ni??".Tanya Ekh yang telah membaca gosip tentang adiknya di beberapa blog tempatan.

Suratkhabar yang berada di atas mejanya juga diselak dan gambar adiknya dan Hairi terpapar pada salah satu halaman akhbar tersebut.Sementara itu,Hasya yang berada di hadapan pintu bilik yang diperbuat daripada kaca itu memerhatikan kekasihnya yang sedang gelisah.Dia juga mengetahui perkara yang menyebabkan majikannya sungguh beremosi kerana pekerja-pekerja di dalam syarikat itu menjadikannya sebagai bahan bualan mereka pada pagi itu.Ekh terpandang Hasya yang berdiri di pintu,tangannya digerakkan sebagai tanda menyuruh pembantu peribadinya masuk ke dalam biliknya.

"Tuan,hari ni tuan ada tiga mesyuarat dan salah satunya...".

"Cancel semua meeting ari ni..Cancel semua perjumpaan saya dengan clients kalau ada".Tutur Ekh yang sempat memotong kata-kata Hasya.

"Tapi tuan..Meeting hari ni penting".Balas Hasya.

"Cancel je semua..Lepas tu tolong call Ray..Suruh dia tunggu saya kat bawah".Sambung Ekh yang sudah menyimpan komputer ribanya ke dalam beg.

"Baik tuan..Tuan okay??".Soal Hasya yang prihatin dengan keadaan kekasihnya.

"Saya okay tapi awak sendiri tahu kan apa jadi sekarang ni?".Ujar Ekh yang berasa sungguh tidak puas hati akan Hairi.

"Saya tahu tuan..Tuan nak pergi mana??".Soal Hasya yang melihat Ekh mahu berjalan keluar dari biliknya.

"Saya nak keluar..Saya tak masuk pejabat dah..Kalau ada apa-apa awak bagitahulah saya".Kata Ekh sambil memegang suratkhabar yang dibacanya tadi.

Hasya mengiringi majikannya ke lif dan dia hanya melihat wajah muram yang diterbitkan di wajah Ekh yang langsung tidak senyum kepadanya.

"Tuttt...Tuttt".

Deringan telefon berbunyi ketika Ekh ingin melangkah keluar dari lif.Dia menjawab panggilan daripada pembantu peribadinya yang seorang lagi.

"Hello assalamualaikum..Ray kejap lagi aku turun..10 minit lagi".Kata Ekh yang sedang menuju ke bilik ayahnya.

"Ahh okay okay tapi cepat sikit sebab ada 4 reporter kat bawah ni".Beritahu Ray yang mahu Ekh mengelak daripada di wawancara oleh wartawan-wartawan itu.

"Oh okay thanks..Aku nak masuk bilik ayah aku ni..Kejap lagi aku turun..Tunggu kejap".Tutur Ekh lalu memutuskan panggilan.Tombol pintu bilik ayahnya dipusingkan tanpa diketuk.Dato Syed Halim Shah Syed Khalid Idris sudah menjangkakan yang anak terunanya pasti ingin berjumpa dengannya.

"Ye Ekh??Kenapa tiba-tiba nak jumpa papa ni??".Tanya Dato Syed Halim Shah Syed Khalid Idris.

"Ini ke menantu pilihan papa yang papa bangga sangat tu..Papa tengoklah apa dah jadi".Ujar Ekh seraya mencampak suratkhabar yang dibawanya ke atas meja.

"Papa tahu kan..Benda ni confirm buat Rin stress..Papa memang suka eh buat anak papa stress??".Soal Ekh dengan air matanya mula bergenang.

"Rin still belajar and muda lagi papa..Tak kan usia semuda ni dia kena hadap semua ni..Papa tak kesian ke dengan dia??".Tambah Ekh yang kasihankan adik perempuannya.

"Disebabkan kepentingan papa dan mama,Rin terpaksa hadap benda ni..Papa mama settlekan benda ni sendiri..Ekh tak nak benda ni effect pembelajaran dia dan Ekh jugak tak nak Rin kene jawab benda ni dekat mana-mana media..".Jelas Ekh dengan tegas manakala Dato Syed Halim Shah Syed Khalid Idris pula hanya diam membisu mendengar anaknya bersuara.

"Papa jawab sendiri kat reporter yang tengah berkumpul dekat bawah ni..".Bicara Ekh yang memusingkan badannya untuk keluar dari bilik itu.

"Hah ye tak ye jugak..Jangan lupa suruh bakal menantu papa tu settlekan benda ni..Sendiri mulakan,sendiri kena habiskan..".Sambung Ekh lalu keluar dari bilik ayahnya dengan rasa marah yang tidak dapat dikawalnya.

"Kau tunggulah Hairi...Aku akan pastikan yang kau bukan adik ipar aku".Telah Ekh lalu menuju masuk ke dalam lif untuk turun ke lobi.

~~~~~~~~

Bilik yang mempunyai papan tanda bertulis "Kelab Sosial" dimasuki oleh Rin tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.Alangkah terkejut Lin dan Lan yang kebetulan berada di dalam bilik itu apabila melihat wajah Rin yang menunjukkan riak muka yang sedang marah dengan matanya kemerahan.

"Tak reti nak ketuk pintu dulu ke??".Tanya Lan yang langsung rasa tidak bersalah itu.

"Huh??Ketuk pintu??Oh memang kena ketuk ke??Baru aku tahu..Sebab selalunya korang ni mana reti ketuk pintu bila nak masuk tepi kain orang".Perli Rin yang sedang cuba mengawal emosinya.

"Apa kau nak sebenarnya ni??Kitaorang sibuk la".Soal Lin yang sedang menaip sesuatu di komputer ribanya.

"Aku nak korang padam apa yang korang tulis pasal aku tadi".Minta Rin seraya mengetuk meja dengan kuat.

"Apahal pulak kitaorang kena padam..Kitaorang sebarkan benda yang betul bukannya tipu..Satu Malaysia dah tahu pasal kau dengan dia".Balas Lin lalu menjeling matanya.

"Sebelum kitaorang tulis pon,memang da banyak da citer yang keluar pasal korang..So,sama je kalau kitaorang post atau tak sebab orang akan tahu jugak".Sambung Lan yang tidak mengendahkan permintaan Rin.

"Aku tak kira..Aku nak korang delete jugak".Rin berkeras dengan permintaannya.

"Kau ingat..Kau tu anak Dato' kitaorang takut ke??Sorry la kitaorang tak takut la".Kata Lin yang tersenyum sinis itu.

"Tak payah nak kaitkan benda ni dengan parents aku lah..Ini hal aku..Aku yang settlekan sendiri..Aku mintak tolong sangat dekat korang..Tolonglah delete".Minta Rin dengan nada yang lembut.

"Sorry ah..Kitaorang tak akan delete..Kitaorang jalankan tugas kitaorang..Nak tak nak,kau kena terima jugak".Jawab Lan sambil berpeluk tubuh.

"Selama ni aku buat tak tahu je apa yang korang tulis pasal aku..Aku langsung tak marah korang tapi aku mintak sangat kali ni,please delete artikel tu..Please...".Rayu Rin seraya melutut di hadapan Lin yang sedang berdiri itu.

"Please...Aku merayu kat korang..Aku tak mintak pon korang delete artikel sebelum sebelum ni,aku hanya mintak kau delete satu ni je..Tolonglah".Rayu Rin lagi dengan air mata yang semakin laju membasahi pipi.

"Pum!!!".

Bunyi pintu yang dibuka dengan kuat memeranjat mereka bertiga yang berada di dalam bilik kelab sosial itu.Satu susuk tubuh yang amat dikenali mereka muncul di hadapan mereka.Jejaka itu mendekati gadis yang sedang melutut sambil menangis teresak-esak.Api kemarahannya semakin membuak-buak tatkala memandang wajah Rin.

Tanpa berfikir panjang,dia membawa dirinya ke arah Lan dan menumbuk muka Lan tanpa belas kasihan.Terbeliak dan tergamam Lin yang melihat kembarnya ditumbuk sebegitu.Kolar baju Lan dipegang kuat oleh Izz dan matanya juga memandang tajam mata Lan.

"Aku nak..Korang delete artikel tu..Kalau kau rasa tak nak jalan lepas ni,try ahhh tak delete..Patah tulang kau aku kerjakan".Ugut Izz lalu menolak Lan ke dinding.

"Kau Lin..Kau kena delete benda tu sekarang jugak kalau tak..Kelab ni aku bubar dan kembar kau ni,aku tolong masukkan dia ke dalam hospital..Apa yang aku cakap aku akan buat..Korang jangan cabar aku".Terang Izz dengan jari telunjuknya menunjukkan ke arah komputer riba milik Lin.

"Tengku sabar..Saya akan delete kejap lagi".Balas Lin yang kecut perut melihat Izz.

"Aku tak nak kejap lagi..Aku nak sekarang..Delete it now!!!SE-KA-RANG!!!".Marah Izz seraya memandang Lin.Gadis itu dengan pantas memadam artikel yang ditulisnya dengan tangannya yang menggeletar.

"Rin jom..Kita keluar".Kata Izz dengan nada yang lembut sambil mengusap bahu Rin.Hatinya terasa lebih perit ketika melihat gadis yang disayanginya menitiskan air mata sambil melutut di atas lantai.

Izz dan Rin bersama-sama keluar dari bilik itu,sayu hati Izz semasa memandang wajah Rin yang tidak mengukirkan senyuman untuknya.Izz mencapai lengan Rin seraya mengeluarkan sehelai sapu tangan daripada poket seluarnya.

"Dah jangan nangis..Aku dah pukul dah Lan tu..Artikel tu da padam dah..Kalau diaorang buat lagi,aku bantai diaorang cukup-cukup okay??".Pujuk Izz sambil mengelap air mata Rin yang masih mengalir itu.

Sejurus selepas itu,Izz memegang lengan Rin semula dan membawa gadis itu menuju ke keretanya.Rin hanya mengikuti langkah Izz tanpa bersuara.Kedua-dua hamba ALLAH itu masuk ke dalam perut kereta Ferrari itu.Enjin kereta dihidupkan oleh Izz dan dia menoleh ke arah tempat duduk di sebelahnya.Matanya melihat Rin yang masih membasahi pipinya.

"Rin...Kan aku dah cakap jangan nangis..Dah eh..Janganlah nangis lagi..Aku tak suka tengok kau nangis macam ni,sebab muka kau buruk gila bila nangis".Usik Izz yang mahu melihat Rin menguntumkan senyuman buatnya tetapi pandangan yang tajam pula dibalas oleh Rin.

"Okay okay..Sorry aku gurau je..Aku nak tengok kau senyum..Kau kan comel,orang yang comel kan suka senyum".Pujuk Izz seraya mengelap lagi air mata Rin dengan sapu tangannya.

"Kiranya.......Aku ni comel la eh??".Tanya Rin walaupun air matanya masih bergenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience