TC 2 Bab 9

Romance Series 30286

"Ikutlah aku..Seperti dahulu yang tidak pernah engkau menidakkan permintaan aku untuk bertemu denganmu....".

"Kalau saya ikut tengku..Tengku nak bawa saya ke mana?".

"Somewhere..A place that can entertain us".Bicara Tengku Fayyad Ariq Zayne.

Rin masih was-was sama ada mahu mengikuti jejaka itu atau tidak.

"Kenapa awak pandang saya macam tu??Awak tak percayakan saya ke??".Tengku Fayyad Ariq Zayne cuba untuk membuatkan Rin mempercayainya.

"Bukan saya tak percaya tapi....Kita tak rapat lagi jadi...".

"Awak nak tunggu sampai saya rapat dengan awak macam ni ke??".Tubuh Tengku Fayyad Ariq Zayne berada dekat pada tubuh Rin.Wangian yang diapakai oleh lelaki itu dapat dibaunya.

"Rapat macam ni ke??Atau macam ni?".Dagu Rin didongakkan sedikit dan wajahnya berada tepat di hadapan lelaki itu.

Sungguh tidak dijangkakan akan perilaku Tengku Fayyad Ariq Zayne terhadap dirinya.Buat seketika,Rin terkaku di situ manakala Tengku Fayyad Ariq Zayne merenung dalam mata gadis yang dibencinya.Riak wajah lelaki yang digilai ramai itu tidak dapat diteka oleh Rin kerana dia langsung tidak dapat melihat wajah pemuda tersebut.Lelaki itu bertuah kerana dapat melihat pipi Rin yang sudah mula bertukar kepada rona merah.Rin pula berasa malang kerana dia tidak dapat menyorokkan wajahnya yang dipegang hemat oleh Tengku Fayyad Ariq Zayne.

"Apa yang tengku cuba buat ni??".Akhirnya Rin dapat melepaskan diri daripada kakuannya.

"Awak kata kita tak rapat..So,saya nak tunjukkanlah kat awak yang kita dah rapat...Dahlah..Ikut saya".Lengan Rin dipegang kemas lalu tanpa persetujuan daripada Rin,tubuhnya duduk dengan selamat di dalam kereta Tengku Fayyad Ariq Zayne.

"Kenapalah aku kena jumpa orang yang macam Izz..Suka paksa-paksa".Monolog Rin di dalam hati.

"Kalau kau bagitahu Rin pasal aku...Aku akan buat kau tengok aku bunuh Rin depan mata kau".Ugutan Tengku Fayyad Ariq Zayne mengecutkan perut Aleen.

Teman serumah Rin itu hanya mampu memerhatikan sahaja kereta Tengku Fayyad Ariq Zayne keluar dari tempat parking.

Tanpa diduga tadi,Tengku Fayyad Ariq Zayne muncul di pintu masuk restoran dan tertembung dengan Aleen iaitu haters sejatinya.Terus dia menghentikan langkah gadis yang memakai baju chef itu.Aleen menyapa jejaka itu dengan menjeling tajam dan mahu sahaja dia membentis kaki Tengku Fayyad Ariq Zayne.

"Maaf kami tak terima ye warga customer yang macam Tengku..Saya terlupa nak tampal gambar muka Tengku kat depan ni".Amarah Tengku Fayyad Ariq Zayne semakin membuak-buak apabila ayat-ayat yang keluar daripada mulut Aleen sangat menyakitkan hatinya.

"Ahhh..Kau ni..Tak ada orang lain ke aku nak jumpa..Asyik kau je,dah lah tak cantik pastu buruk..Bukan setakat muka je buruk,mulut kau pun buruk jugak".Mereka berlawan-lawan antara sesama sendiri dengan mencurahkan api kemarahan yang semakin marak itu.

"Habis tu??Tengku ingat tengku tu cantik sangat?Suka hati je cakap orang buruk..Diri sendiri yang daripada atas sampai bawah buruk...BUSUK pulak tu..Pergilah cuci dosa tengku tu dulu sebelum masuk restoran ni".Aleen tidak mahu mengibarkan bendera putih lagi.

"Uishhh..Tak pernah aku jumpa spesies macam ni lagi..Ni spesies rare ni..Apa-apa pon,aku tak nak kalah".Desis Tengku Fayyad Ariq Zayne di dalam fikirannya.

"Eish engkau ni!!".Tengku Fayyad Ariq Zayne menjentik dahi Aleen dengan kuat.Terjerit Aleen yang berada dalam kesakitan itu.

"Kau tahu tak??Aku tak suka gunakan masa aku untuk spesies macam kau ni..Jadi,boleh tak kau tolong ke tepi..Aku nak cari Rin..Tak pun kalau kau sudi,tolonglah bawak Rin keluar..Kalau kau tak nak...Hurmm...".

"Apa masalah Tengku ni?Sesuka hati je jentik orang..Haaa satu lagi..Ape jadi kalau saya tak ikut arahan Tengku??Tengku nak buat ape?".Soal Aleen yang tetap meneruskan perbalahan di antara dia dengan Tengku Fayyad Ariq Zayne.

"Kau akan tengok darah kawan kesayangan kau tu mengalir kat tengah jalan tu".Jari telunjuk Tengku Fayyad Ariq Zayne menunjukkan jalan yang berturap itu.

"Eish ape aku kena buat ni?Kenapalah aku yang kena berdebat dengan mamat psycho ni?".Desis Aleen.

"Tengku sabarlah kejap..Nanti saya suruh Rin keluar..Pergilah duduk kat luar tu..Tiba-tiba bau busuk pulak restoran ni bila Tengku masuk".Tengku Fayyad Ariq Zayne lantas keluar dari situ selepas berbalas pandangan yang tajam dengan Aleen.

Mujurlah ketika itu tiada seorang pun pelanggan yang berada di restoran itu.Oleh kerana itulah Tengku Fayyad Ariq Zayne amat berani untuk mempamerkan sikapnya yang sebenar.Aleen tidak tentu arah selepas melihat Rin berada di dalam kereta pemuda itu.Dia hanya berharap bahawa kawannya tidak diapa-apakan.

"Tengku..Boleh saya tanya sesuatu?".Tanya Rin yang duduk di kerusi penumpang.

"Erm??Boleh..Apa salahnya..Tanyalah".Tengku Fayyad Ariq Zayne mengukir segaris senyuman.

"Kenapa saya rasa yang kita pernah berjumpa sebelum ni?Saya terasa yang Tengku macam familiar je tapi saya tak ingat".Rin cuba mengecam tubuh badan Tengku Fayyad Ariq Zayne.

"Eh..Eh...Mana ada..Kita mana pernah berjumpa..Kalau pernah pun maybe kita ada berjumpa dekat mana-mana event".Tengku Fayyad Ariq Zayne cuba menipu Rin.

"Oh ye ke?Saya tak berapa pasti pulak..Sebab..Mata Tengku..Saya rasa saya pernah tengok mata tu".Rin melihat mata Tengku Fayyad Ariq Zayne yang tidak memakai kaca mata hitam itu.

"Hahaha..Adakah sebab...Awak selalu stalk gambar-gambar saya kat IG ni??Nakal eh".Tengku Fayyad Ariq Zayne mencuit bahu Rin.

"Sorry tapi saya bukan stalker Tengku".

"Inilah perempuan..Malu-malu dengan benda yang dia memang buat..Just admit it..Saya tahu yang saya popular.....Ke...Awak??".Tengku Fayyad Ariq Zayne menghentikan seketika bicaranya.Rin memandang pemandu kereta itu dengan penuh tanda tanya.

"Ke awak..Stalk Tengku lain??".Tengku Fayyad Ariq Zayne memandang cermin sisi keretanya seraya mengucapkan kata-kata itu.

"Ahh..Ahhh..Tengku lain??Tengku mana pulak ni??Dalam banyak-banyak kawan saya..Orang kat sebelah saya je ni lah Tengku yang saya kenal".Rin menjawab dengan sekuntum senyuman.

"Dia dah lupakan Izz ke sejak dua menjak ni??Mustahillah..Takkan dia tak ada rasa apa-apa kot sejak Izz tak ada..Aku sendiri tahu yang budak tu pun gilakan perempuan ni".Telah Tengku Fayyad Ariq Zayne di dalam hati.

Beberapa minit selepas itu....

Mereka tiba di sebuah jalan yang kiri dan kanannya penuh dengan pelbagai jenis kedai tetapi yang hairannya.Tiada satu pun kedai dibuka ketika itu.Rin mula mengerutkan dahinya dan memandang pemuda yang berada di sisinya.Tengku Fayyad Ariq Zayne melihat kedai-kedai itu seraya tersenyum di sebalik topeng mukanya.

"Errrr...Apa kita buat dekat sini ye??Macam seram semacam je tempat ni".Rin tidak berhenti memandang sekelilingnya.

Tengku Fayyad Ariq Zayne menapakkan kakinya beberapa langkah jauh dari Rin.Tunang kepada Hairi itu hanya memerhatikan gerak-geri sang teruna itu.Tengku Fayyad Ariq Zayne memusingkan tubuhnya menghadap Rin yang keliru.

"You know??Kenapa saya bawak awak ke sini??Sebenarnya sebab inilah satu-satunya peluang yang patut saya gunakan...Untuk...".Jerit Tengku Fayyad Ariq Zayne.

"Menggembirakan hati aku".Tengku Fayyad Ariq Zayne berkata dengan nada suara yang hanya dia seorang sahaja yang mendengarinya.

"Hahhh untuk ape??".Laung Rin.

"Dung!!Dung!!Dung!!".

Bunyi loceng yang kuat itu menambahkan kekeliruan Rin.Badannya dipusingkan 360 darjah untuk mencari dari mana datangnya bunyi loceng itu.Tengku Fayyad Ariq Zayne masih tidak berpaling daripada melihat Rin.

"I got you Rin!!".Sambung Tengku Fayyad Ariq Zayne.

"Hah??You got me what??!!".Tiba-tiba Rin terdengar bunyi orang bernafas di belakangnya.

"BE HAPPY RIN!!".Jerit Tengku Fayyad Ariq Zayne sekuat hati lalu meninggalkan Rin.

"TENGKU TUNGGU!! AHHHHHHHHHHH".Sehelai kain yang besar menutup seluruh tubuh badan Rin.

Dia dapat merasakan terdapat dua orang manusia yang sedang memegang kedua belah lengannya.Rin cuba memberontak dengan menarik lengannya tetapi apakan daya usahanya itu tidak membuahkan hasil.Gadis yang ketakutan itu tidak berhenti daripada memanggil nama lelaki yang membawanya ke situ.

"Kenapa tiba-tiba jantung aku laju ni??".Sheik Dazril Hairi Farqah tidak dapat fokus dengan kerjanya tatkala dia merasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.

"Sayang??Kenapa tak balas lagi WhatsApp I??".Ngomong Hairi sendiri.

"Sediakan segalanya..Aku tak nak ada satu pun kesalahan".Beritahu Tengku Fayyad Ariq Zayne kepada seorang lelaki yang berbadan sasa.

"As you wish Tengku".

"Tengku!!Apa ni semua tengku??.Jerit Rin yang sedang duduk di atas kerusi.

"Uish panasnya..Ni kidnapped ke ape??Kalau kidnapped pun tutup ajelah mata aku janganlah satu badan..PANAS!!Aku kat luar ke kat dalam ni?Dahlah tangan aku pun kena ikat sekali..ALLAHU..Apa aku patut buat ni?".Kata Rin.

"Dung!!Dung!!Dung!!".

Kedengaran bunyi loceng tadi berbunyi semula.Pada saat itu,Rin pasti yang dia berada di luar kerana bunyi itu terasa sangat dekat.

"Haaaaaaaaa~~~~~~".

Muzik yang amat familiar bagi Rin mengkakukan tubuhnya sebentar.

Tanpa dijangka,kain yang menutupi tubuh gadis itu dibuka begitu juga dengan ikatan yang berada di tangannya.Serta-merta mata dan mulut Rin membulat.Dia tidak dapat berhenti mengebilkan matanya tatkala melihat jalan yang kosong tadi tiba-tiba penuh dengan orang.Mereka semua juga siap berpakaian dengan pakaian yang cantik dan segak.Ketika itu,Rin terasa seperti dia berada di dalam filem "Beauty and the beast".

"Oh, her eyes, her eyes make the stars look like they're not shinin' ".

Lagu Just The Way You Are yang dinyanyikan oleh Bruno Mars memeriahkan suasana.

"Someone please jangan buat aku tertanya-tanya...WEI TOLONG SORANG EXPLAIN APE JADI NI?".Desis Rin.

Seorang budak lelaki yang berpakaian seperti Pinocchio mendekati Rin lalu meminta Rin untuk membongkokkan sedikit badan gadis itu.Sebuah tiara diletakkan kemas di atas kepala Rin.Tangan kanan gadis itu sempat dicapai oleh anak kecil itu sambil menarik Rin masuk ke dalam kalangan orang-orang yang mengagumkan Rin.Tiba-tiba si Pinocchio itu bersuara.

"Hey beauty!!Why don't you find The Beast??".

"The beast??Who is the beast and where i can find him?".Jawab Rin dengan matanya yang memerhati kelilingnya.

"You have to look for him by yourself..And at the same time .The beast said..You have to enjoy this moment too..Okay Bye!Gotta go".Si Pinocchio itu berlari menjauhi Rin yang speechless itu.

"Her hair, her hair falls perfectly without her trying
She's so beautiful and I tell her everyday
Yeah, I know, I know when I compliment her she won't believe me
And it's so, it's so sad to think that she don't see what I see
But every time she asks me "Do I look okay?"
I say"

"Suara ni??Macam suara Tengku..Ke bayangan aku je..Ke aku dalam mimpi ni??".Rin menepuk kuat pipi kirinya kerana dia tidak percaya akan apa yang terjadi di hadapannya.

"WOAH!!".Tangan Rin ditarik oleh seorang gadis dan membawanya pergi ke sebuah kedai yang penuh dengan manisan.Seorang wanita menyuakan kek ke mulut Rin lalu gadis itu hanya mengunyahnya dan ingin merasa lagi kek itu kerana kek itu sangat sedap.Belum sempat dia mahu makan sepotong kek walnut itu lengannya ditarik lagi tetapi kali ini lelaki pula yang menariknya.

"When I see your face
There's not a thing that I would change 'cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile
The whole world stops and stares for a while
'Cause girl you're amazing
Just the way you are
Yeah"

The Beast menyanyikan lagu itu sambil memandang Rin yang tidak jauh daripadanya.Dia tersenyum herot melihat gadis yang dibawa dari satu tempat ke tempat yang lain itu.

Kedai yang menjual bunga pula yang menjadi tempat persinggahan kedua untuk Rin.Seorang penjual bunga memberikan Rin 33 kuntum bunga carnation.Buat pertama kali di dalam hidupnya dia mendapat bunga itu dan terus jatuh cinta dengan kecantikannya.

Her lips, her lips, I could kiss them all day if she'd let me
Her laugh, her laugh she hates but I think it's so sexy
She's so beautiful, and I tell her everyday

Oh you know, you know, you know I'd never ask you to change
If perfect's what you're searching for then just stay the same
So don't even bother asking if you look okay, you know I'll say

Biarpun tubuhnya ditarik,mata Rin tidak lupa untuk mencari Beast yang dimaksudkan oleh si kecil molek itu tadi.Entah siapakah gerangan The Beast itu,Rin hanya berharap yang ia bukanlah The Beast yang real,yang garang itu.Suara yang menggemakan dan memeriahkan suasana itu amat menimbulkan banyak persoalan di dalam fikiran Rin.

"Siapa yang buat semua ni??WOAH~~".

When I see your face
There's not a thing that I would change
'Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile
The whole world stops and stares for a while
'Cause, girl, you're amazing
Just the way you are

Rin sudah pening setelah hampir 7 kedai disinggahnya.Kesemuanya disebabkan oleh penari-penari yang menariknya ke kedai-kedai itu.Pakaiannya iaitu baju chef tadi juga ditukar kepada gaun berwarna kuning.Sememangnya Rin merasakan yang dirinya seperti Belle tetapi dia masih tertanya-tanya siapakah the Beast?Dia juga mencari-cari di sekitarnya kot-kot ada Lumiere ke?Cogsworth ke?

The way you are
The way you are
Girl, you're amazing
Just the way you are

Apabila dia telah sampai ke penghujung jalan itu,dia terjumpa semula Pinocchio tadi.Kali ini,Pinocchio itu berdiri bersama dengan Peter Pan.Mereka berdua tersenyum riang dengan menggerakkan badan mereka yang mengikut rentak lagu daripada Bruno Mars itu.Justeru,kedua-duanya menghulurkan tangan mereka kepada Rin lalu gadis itu menyambut huluran mereka.Mereka berdua serentak memusingkan tubuh Rin ke belakang.Betapa terkejutnya Rin ketika melihat karpet merah berada dihadapannya dengan semua orang yang berada di situ berdiri di kedua-dua belah bahagian karpet merah itu.

"Syarifah Nur Hedrina Liyana!!".

Seseorang menjerit namanya dari jauh.Orang itu sedang berdiri dia penghujung karpet merah itu.

When I see your face
There's not a thing that I would change

Semakin lama,orang itu mendekati Rin dan Rin juga mendekati penyanyi itu.

'Cause you're amazing
Just the way you are

Lelaki itu mengenakan tubuhnya dengan pakaian Beast seperti di dalam filem Beauty and The Beast.Buih-buih mula berterbangan di udara,si Pinocchio tidak melepaskan peluangnya untuk memecahkan buih-buih itu.

And when you smile
The whole world stops and stares for a while

Rin masih terasa yang dia sedang bermimpi.Ianya seperti di alam fantasi yang amat mustahil baginya untuk berlaku.

(We can learn to love again)

Lagu Just Give Me The Reason bermain di dalam fikiran Rin.Wajah seorang pemuda menyinggah fikirannya.Kini baru dia sedar,situasi yang dirasainya itu,saling tidak tumpah seperti dahulu sewaktu persembahannya dengan Izz di universiti mereka.Pada waktu itu,dirinya juga seakan-akan seperti Belle yang berada di dalam majlis tari-menari.Kelembutan,renungan dan suara Izz terhadapnya membuatkan dia berharap bahawa Izz adalah The Beast yang semakin dia dekati itu tetapi dia yakin bahawa...
Itu mustahil....

'Cause, girl, you're amazing
Just the way you are

Yeah

"You found the beast".Ujar lelaki yang bertopeng itu.

"Yes..I found you mr.beast..By the way,after this..You have to explain everything".Ujar Rin dengan nada yang hanya mereka berdua sahaja dengar.

"Alright beauty".Tengku Fayyad Ariq Zayne mengusap lembut pipi Rin dengan tangannya yang bersarung hitam itu.

"Aku tahu..Dulu aku gilakan senyuman kau..Tapi aku sendiri tak tahu yang sekarang ni..Aku lebih suka tengok kau senyum atau menangis..Kalau aku boleh undurkan masa..Aku harap kau boleh jadi milik aku yang sah Rin..Maafkan aku sebab aku sia-siakan peluang aku dulu....Maafkan aku jugak sebab mungkin lepas ni..Aku akan buat kau sengsara dan menderita".Berkaca buat beberapa detik mata Tengku Fayyad Ariq Zayne semasa mengamati wajahnya Rin yang sungguh menawan itu.

>>>>>>

"Mana tunang saya?Ada sesiapa nampak tunang kesayangan saya??".Hairi memasuki dapur yang hiruk-pikuk itu.

"Haloooo don't ignore me..Saya mencari tunang saya??Where is she?".Soal Hairi lagi yang masih tidak nampak batang hidung gadis kesayangannya itu.

"Oh tadi..Rin keluar kejap ni..Kejap lagi dia balik la tu..Halah risau sangat tunang dia hilang".Kiran menepuk perlahan bahu Hairi.

"Eh mahu tak risau..Tunang saya tu..Ini semua sebab sayang..Kalau tak sayang,saya tak kisah kalau dia hilang pon".Hairi tertembung mata dengan Aleen yang tidak bersuara itu.Sungguh jarang baginya untuk melihat Aleen yang banyak mulut itu diam.

"Aleen..Awak okay tak?Selalunya awak yang riuh..Ni diam je..Apa kes?".Tanya Hairi sambil mengetuk meja yang berada di samping Aleen.

"Ah nothing Hairi..Just pening sikit sebab hari ni banyak order masuk".Aleen memberi alasan yang tidak benar.

"Ohh..Kalau ada apa-apa yang nak saya tolong,saya boleh tolong".Hairi menawarkan dirinya untuk membantu tanpa perlu dibayar.

"Kalau betul Hairi nak tolong..Satu je saya mintak".Pinta Aleen.

"Mintak ape?".

"Tolong jagakan Rin..Tolong happykan dia sebab saya yakin kita sekarang mungkin susah sikit nak jumpa Rin yang dulu..Maybe Hairi boleh tolong kembalikan kawan baik kitaorang yang ceria itu semula..Saya tak tahu kenapa..Tapi semenjak apa yang jadi pada Rin ni,saya semakin risau kat dia..Especially keselamatan dia..Kita tak dapat jangka bila benda buruk akan jadi pada Rin..Jadi sebab tulah,memandangkan Hairi orang yang istimewa dalam hidup Rin..Hairi kena jadi hero dia..Bukan sekadar hero yang menyayanginya tetapi hero yang melindungi dia juga".

"Saya mungkin tak perfect..Tapi setiap hari dan setiap masa saya cuba untuk kembalikan senyuman Rin yang macam dulu..Senyuman yang..Saya sendiri musnahkan..Gelak tawa yang saya sendiri hentikan..Saya memiliki dia tanpa dia rela..Jadi saya kena bertanggungjawa atas segala yang telah saya lakukan pada dia..Perubahan saya yang sekarang ni adalah untuk membuktikan bahawa saya bukan sekadar teman lelaki Rin tetapi teman yang bakal sehidup semati dengan Rin".Ulas Hairi yang jujur dari lubuk hatinya.

Tersentuh hati Aleen dan kawan-kawan Rin yang mendengarnya,sesungguhnya cinta yang terbina di dalam hati Hairi itu amatlah tulus terhadap Rin.Semakin mereka percaya akan Hairi yang sekarang itu berbanding dahulu yang penuh dengan gejala negatif sehingga melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam agama islam.Mereka semua tidak berhenti untuk mendoakan yang terbaik buat hubungan Rin dan Hairi.

Hairi membawa dirinya ke luar dari dapur setelah membantu mencuci pinggan dan alatan yang digunakan oleh mereka.Lengan baju yang dilipat tadi dibetulkan semula.Paparan skrin telefonnya dipandangnya,mesej tadi yang dihantarnya kepada My Musgravite langsung tidak dibalas juga tidak dilihat.Mulalah dia memikirkan sesuatu yang buruk telah berlaku kepada Rin tetapi dia tetap cuba untuk positif.Bacaan surah-surah yang pendek dibacanya lalu berdoa di dalam hatinya agar Rin tidak lagi diberikan ujian-ujian yang seperti sebelum ini.

Tidak lama selepas itu,sebuah kereta Lexus LC berwarna kuning berhenti di hadapan restoran itu.Susuk tubuh orang yang amat dikenali Hairi keluar daripada perut kereta mewah itu.Terasa hairan juga Hairi kerana setahu dia,Rin dan Tengku Fayyad Ariq Zayne baru sahaja kenal.Mustahil hanya selepas berjumpa beberapa kali,mereka telah keluar bersama.

"Aku jealous ke ni?".Tanya Hairi kepada dirinya.

Hairi menyambut kepulangan Rin dengan seukir senyuman manis.Di tambah lagi manis itu,apabila melihat tunangnya juga turut tersenyum kepadanya.Hairi memandang tajam Tengku Fayyad Ariq Zayne lalu berkata.

"Korang pergi mana?And you..Kenapa sayang tak jawab call I mesej I WhatsApp I..I risau tahu tak".Hairi mengerak-gerakkan jari telunjuknya.

"Don't worry la Hairi..Tadi aku cuma bawa Rin ke set aku..Sebab tadi aku nampak dia macam muram je..Jangan risaulah aku tak apa-apakan dia".Bicara Tengku Fayyad Ariq Zayne yang tidak mahu Hairi buruk sangka terhadapnya.Jikalau tidak,pasti rancangannya tidak akan menjadi.

"Eh tahu tak tadi you..Tengku kidnapped I tadi..Macam real dia buat..I dah takut dah time tu..Tapi nasib baik tu semua gurauan je..So you marah sikit Tengku ni".Suruh Rin yang berdiri di belakang tunangnya.

"Ohhh Tengku nakal eh dengan tunang saya..Jangan cari nahas,habis Tengku nanti saya kerjakan".Ugut Hairi yang membela Rin.

"Hahahaha no wonder la korang ni tunang..Perangai dua-dua lebih kurang je..Hahaha..Aku tak adalah buat benda-benda tak baik kat Rin tadi..Aku acah je nak takutkan Rin..Tapi at the end dia seronok je dengan pelakon-pelakon aku tu".Tengku Fayyad Ariq Zayne mengimbas semula wajah Rin yang tersenyum khas untuknya tadi.

"Okay tak pe tak pe..Kali ni saya lepaskan and maafkan Tengku sebab niat Tengku baik..Lepas ni..Siap Tengku..If Tengku cuba naughty dengan tunang saya".Pesan Hairi yang cemburu tetapi tidak mengaku itu.

"Yelah yelah..Macamlah aku nak kebas tunang kau ni..Dahlah aku nak pergi dulu ni..Bye..Bye Rin".Ucap Tengku Fayyad Ariq Zayne seraya mengeluarkan kunci kereta daripada poketnya.

"Hurmmmm..Aku mungkin tak dapat kebas Rin daripada kau..Tapi mungkin aku boleh kebas nyawa Rin daripada kau".Fikir Tengku Fayyad Ariq Zayne dengan tersenyum sinis.

"Hah you pulak..Lepas ni balas WhatsApp or angkat call I..You tahu tak I risaukan you..I dah fikir macam-macam tadi bila you tak respon mesej I semua..Kalau you tak dengar cakap I lagi..I denda you".Rin pula jadi mangsa ugutan Hairi.

"Yelah yelah Encik Hairi..Saya menurut perintah..By the way you nak denda apa?".Tertanya-tanya pula Rin akan denda yang dikatakan oleh Hairi.

Hairi mendekatkan mulutnya di telinga Rin.

"Dendanya you akan tahu nanti masa malam pertama kita bersama".

Automatik merah sungguh pipi Rin pada waktu itu.Tidak tahu di mana dia patut sorok wajahnya yang seperti lampu merah.Hairi hanya tertawa kecil melihat buah hatinya yang berasa segan itu.Kotnya yang berada di atas kerusi dicapainya lalu menutup kepala Rin dengan kotnya.

"Malu ke tu??Hahaha..Malu pun comel".Usik Hairi manakala Rin pula terasa mahu sahaja tumbuk perut Hairi yang seronok mengusik dia.

Rin melihat Hairi secara senyap-senyap disebalik kot itu.Dia melihat Hairi yang tidak berhenti tersengih-sengih seperti kerang busuk itu.Walaupun dia berasa malu,dia terasa seperti kebahagiaan yang dicarinya dahulu muncul semula di hadapannya.Mungkin kebahagiaan itu adalah jejaka yang bergelar sebagai tunangnya.

Dalam pada masa yang sama,Hairi pula merenung kepala yang ditutup dengan kot itu,dia mendekati semula telinga kanan Rin.

"You ni sukakan buat I makin sayang dekat you..You tahu tak betapa susahnya nak control jantung I yang tengah laju ni".Bisik Hairi.

"Tapi nak buat macam mana an..I kenalah hadap semua ni..Sebab you bukannya orang lain..You bakal jadi permaisuri dalam hidup I..So of course la I akan rasa macam ni".Bukan setakat jantung Hairi sahaja yang laju,jantung Rin juga mula laju tatkala mendengar ayat manis daripada Hairi itu.

"Huh..I love you so much sweetheart..".Hairi mengambil kotnya dan melihat Rin dengan pantas menutup mukanya dengan menggunakan tangannya sendiri.Tergigit bibir Hairi memandang telatah bakal permaisurinya itu.

"Look at me".Hairi mendongakkan sedikit kepala Rin lalu gadis itu memandang tepat wajah teruna yang segak berkemeja itu.

"I sayang you..I cintakan you..I suka sangat kat you..Dan I tahu yang you masih cuba untuk terima I tapi tak pe I faham..I setiap hari berdoa agar ALLAH bukakan hati you untuk terima I..I love you more than anyone else..So please look at me only,give me a chance and I want you to proudly say that you are going to be Mrs.Hairi soon..Okay my love??My fatty".Luah Hairi yang mengukirkan segaris senyuman di bibir Rin.

"Aku dah cair sangat ni sampai aku terlupa tadi aku malu".Telah Rin di dalam hati.

"Maybe soon..My heart will be yours".Jawab Rin yang menerujakan Hairi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience