Bab 61

Romance Series 30286

"Haa.....haaaa.....Haaaaa......Haaaaaaaa..Aduhh,jauh lagi ke kondo aku??Penat lahh".Ngadu Rin yang kepenatan dek kerana berjalan tanpa henti.

"Ada la dalam 5 KM lagi".Jawab Izz yang masih cergas.Maklumlah kapten pasukan bola keranjang kan.

"Weiiii..Serius aku penat..Dah berapa jauh kita jalan ni??".Soal Rin lalu mengelap peluh di dahinya.

"Baru 1 KM".Balas Izz yang tertawa melihat Rin yang kepenatan itu.

"Weii...Rehat la kejap..Aku penat ni..".Tambah Rin lalu duduk di atas batu di sisi jalan.

Izz memusingkan badannya apabila melihat Rin yang sedang duduk di atas batu yang besar.Kepalanya digelengkan ketika melihat gadis yang mencungap kerana kepenatan.Izz mendekati gadis itu dan mengeluarkan sapu tangannya.

"Kata nak kurus..Baru jalan sikit dah penat".Tutur Izz sambil mengelap peluh di wajah Rin.

"Penat tau..Aku dah la dah lama tak exercise".Kata Rin seraya memandang jejaka yang berada di hadapannya.Bibirnya secara tidak langsung menguntumkan senyuman tatkala melihat Izz yang mengelap peluhnya tanpa diminta oleh Rin.

"Kadang-kadang annoying,kadang-kadang gentlemen,kadang-kadang menyakitkan hati..Haih Izz Izz".Telah Rin di dalam hati seraya matanya masih tertatap pada wajah kapten bola keranjang yang digilai ramai gadis itu.

"Hei..Asal pandang aku macam tu??Kenapa??Tergoda dengan kekacakkan aku ke??".Soal Izz yang menundukkan kepalanya apabila dia terasa pipinya mula membahang ketika Rin memandang wajahnya.

"Aduhhhh..Aku blushing ke??".Tanya Izz di dalam hati.

"Nape aku malu semacam ni??".Sambung Izz yang masih tidak memandang wajah cantik yang berada di hadapannya.

"Eeee mana ada aku tergoda dengan kau..Perasan je lebih..Annoying la!!".Ujar Rin lalu memalingkan pandangannya ke arah lain.

"Eleh..Kau tergoda dengan aku kan??Mengaku aje la..Jangan sorok-sorok".Sakat Izz seraya memandang semula wajah Rin.

"Tak ade la..Ehh??Kenapa muka kau merah ni Izz??Kau okay tak??".Soal Rin yang risau tatkala melihat wajah Izz yang bertukar kepada warna merah.

"Alamak!!!Ketara sangat ke aku blushing ni??Waduh waduh waduhhhh..".Telah Izz di dalam hati.

"Pa...Pa..Panas la..".Tipu Izz sambil memandang matahari dengan matanya yang dikecilkan.

"Ohhh ok..Dah la jom..Kita sambung jalan balik".Ajak Rin yang sudah menapakkan kakinya semula untuk segera sampai ke kondonya.

"Hehehehe..Aduh Tengku Khalil Izuddin Arasy..Hampir kantoiiiii..Nasib baik".Monolog Izz sendiri.Izz juga melangkahkan kakinya dan mendekati Rin.Tanpa menghentikan langkahnya,Izz menjentik dahi Rin lalu berlari sepantas yang mungkin.

"Eeeeeeeee Izz!!!!!!".Jerit Rin yang geram dengan tindakan Izz.Gadis itu mengejar lelaki yang menjentik dahinya dan...

"Woiii lambatnya kau lari..Aku penat tunggu ni".Laung Izz sambil menyandarkan badannya.

"Ehhh??Ini bukan kereta kau ke??".Soal Rin yang melihat sebuah kereta Ferrari di hadapan matanya.

"Yup..Dah jom naik".Ajak Izz.

"Macam mana kereta kau boleh ade dekat sini pulak..Tadi kau kata Muadz tolong bawak kereta kau balik".Kata Rin yang berasa hairan.

"Aku suruh Muadz drivekan kereta ni sampai jarak 1.5KM je".Jawab Izz lalu tertawa.

"Kenapa buat macam tu??".Soal Rin yang pelik dengan suruhan yang disuruh oleh Izz kepada Muadz.

"Aku saje je nak tengok kau berjalan..Aku nak support kau kurus..Kau kan tak habis-habis cakap kau gemuk".Kacau Izz dengan ketawa berdekah setelah menghabiskan ayatnya.

"Eeee geramnyaaa aku dengan kauuuu..Meh sini kau Izz".Geram Rin lalu menyambung sesi kejar-mengejarnya yang terbantut sebelum ini.

"Hahahaha..Okay okay aku gurau je..Sorry sorry..Ow ow".Pinta Izz setelah terasa seperti ada gigitan semut pada lengan kirinya.

"Huh padan muka".Kata Rin dan membawa dirinya masuk ke dalam perut kereta.

"Hahahaha..Kau gemuk ke,Kau kurus ke....Aku tetap sayangkan kau,Rin..".Tutur Izz perlahan dan masuk ke dalam keretanya.

=======

"Hah..Baru balik ke??".Tanya Khai kepada kawannya yang baru sampai sedangkan Rin dan Izz gerak keluar dari Tadom Hill lebih awal daripada mereka.

"Haa?!Ni apahal berpoloh-poloh ni??".Soal Khai lagi yang hairan melihat tudung kawannya mempunyai kesan peluh.

"Aku marathon tadi".Jawab Rin lalu mengambil tempat di atas sofa.

"Marathon??Aih??Setahu aku universiti kita tak ade la pulak anjurkan any sukan hari ni..And kat area-area sini pun tak ade aku nampak orang berlari".Hairan Khai apabila mendengar jawapan daripada Rin.

"Aku marathon berdua je..Dua peserta je yang join".Kata Rin yang sedang memegang alat kawalan jauh televisyennya.

"Apa ke benda marathon dua orang je??Marathon mana kau masuk ni??".Tanya Khai yang semakin bertambah kekeliruannya dengan kata-kata Rin.

"Marathon dengan kapten bola keranjang kau la".Bicara Rin lalu tertawa kecil tatkala teringat akan kejadian yang berlaku kepadanya tadi.

"Hah??Apahal korang berdua marathon ni??Tak ade kerja eh??Ke korang sengaja nak sweet berdua ni??".Tutur Khai sambil menjungkitkan keningnya beberapa kali.

"Sweet amendenya..Pandai-pandai je kau ni..".Kata Rin seraya menggelengkan kepalanya.

"Habis tu..Kenapa korang marathon??".Tanya Khai lagi yang mahu mendengar jawapan Rin.

"Nanti nanti la aku cerita..Aku nak kemas baju-baju aku kejap".Bicara Rin selepas melihat drama yang disukainya akan ditayangkan 10 minit lagi.Disebabkan itulah dia mahu mengemaskan pakaiannya terlebih dahulu agar dia dapat menonton drama dengan penuh relaks.

"Jangan tak cerita tau..Aku akan setia menjadi pendengar dan penonton telenovela korang ni..Hahaha".Ingat Khai kepada Rin yang sedang membawa bagasinya masuk ke dalam bilik.

"Ye ye..Kejap lagi aku cerita".Balas Rin lalu masuk ke dalam biliknya.

"Bila je dia tu tak senget..Sepanjang masa dia senget..Hahahaha..Izz Izz..Annoying dia tak sudah-sudah..Hahaha".Monolog Rin seorang diri lalu duduk di atas katil seraya melipat pakaiannya.

Sementara itu....

"Vroommm".

Bik Siti mendengar bunyi deruman kereta dan melihat sebuah kereta Ferrari berada di kawasan parking rumah majikannya.Anak kepada majikannya keluar daripada kereta tersebut selepas mematikan enjin keretanya.Dengan sepantas yang boleh,Bik Siti bergegas mendapatkan Puan Seri Cheryl Humaira Helene yang berada di laman dan memberitahu tentang kepulangan anak majikannya.

"Puan Seri...Tengku sudah pulang".Beritahu Bik Siti kepada Puan Seri Cheryl Humaira Helene yang sedang minum secawan teh.

"Oh ye ke??Kalau macam tu..Bik tolong ambilkan satu lagi cawan ye untuk Izz".Minta Puan Seri Cheryl Humaira Helene.

"Baik Puan Seri".Akur Bik Siti lalu membawa dirinya ke dapur.

"Mummy!!!Where are you???I'm back!!".Jerit Izz yang berada di dalam rumah.

"Mummy dekat luar ni".Jawab Puan Seri Cheryl Humaira Helene.

"Mummy!!!Izz dah balik".Ujar Izz yang sangat manja dengan mummynya.

"Hah..Dah balik pun anak mummy yang sorang ni..Macam mana percutian pendek Izz??".Soal Puan Seri Cheryl Humaira Helene kepada anak terunanya.

"Happy,best,bahagia,seronok".Jawab Izz yang tersenyum bahagia.

"Wah happynya anak mummy ni..Habis tu...Bakal menantu mummy pulak macam mana??Dia okay??Sihat??".Tanya Puan Seri Cheryl Humaira Helene yang hatinya sungguh lega melihat senyuman Izz setelah dia berada di dalam kesakitan baru-baru ini.

"Menantu mummy okay and sihat ALHAMDULILLAH..Mummy rindu ke bakal menantu mummy??".Tanya Izz seraya duduk di atas kerusi yang menghiasi halaman rumah Tan Sri Aziz Azmi Alauddin.

"Mestilah mummy rindu..Bila nak bawa mummy jumpa bakal menantu mummy ni??".Soal Puan Seri Cheryl Humaira Helene pula sambil mencuit lengan anaknya.

"Nanti Izz bawak Rin datang sini okay..Mana daddy mummy??".Tanya Izz yang baru perasan ketiadaan daddynya.

"Daddy keluar dengan kawan-kawannya..Kejap lagi balik la kot".Jawab Puan Seri Cheryl Humaira Helene.

Izz menganggukkan kepalanya setelah mendengar penjelasan daripada mummynya.

"Tengku..Jemput minum".Pelawa Bik Siti yang sudah menuangkan teh ke dalam cawan yang baru dibawanya untuk Izz.

"Terima kasih Bik Siti".Ucap Izz dengan seukir senyuman.

"Sama-sama".Balas Bik Siti lalu masuk semula ke dalam rumah untuk melakukan tugasnya.

"Mummy nak tanya ni..Izz dah luahkan ke belum tentang perasaan Izz terhadap Rin".Soal Puan Seri Cheryl Humaira Helene yang mengetahui tentang perasaan anaknya yang sudah lama dipendam.

"Ermmmmmmmmmmmmm....Belom la mummy".Jawab Izz yang sedang mengetap bibirnya.

"Bila Izz nak bagitahu ni??Sampai bila Izz nak pendam perasaan Izz??Izz confirm sangat ke yang Rin tu akan jadi milik Izz???Hah Izz???".Tanya Puan Seri Cheryl Humaira Helene seraya mengetuk dengan lembut kepala anak tunggalnya.

"Aduh mummy..Bukannya ape mummy..Izz takut kalau kalau Rin reject Izz".Risau Izz dengan respon yang akan ditunjukkan oleh Rin selepas mendengar luahan hatinya.

"Izz tak bagitahu lagi kan??Macam mana Izz boleh tahu yang Rin akan reject Izz??".Soal Puan Seri Cheryl Humaira Helene.

"Hurmmm..Izz pernah try luahkan tapi...".Izz tidak menghabiskan ayatnya.

"Tapi ape???".Puan Seri Cheryl Humaira Helene mahu Izz menyambung ayatnya.

"Tapi Rin tak dengar luahan Izz".Sambung Izz.

"Tak dengar??Macam mana Rin boleh tak dengar??".Soal Puan Seri Cheryl Humaira Helene yang seperti polis kerana banyak menyanyakan soalan kepada anaknya.

"Sebab..Masa tu..Tempat yang masa Izz luahkan tu..Gym tu pasang lagu kuat sangat".Terang Izz yang buat mummynya tergelak mendengar kata-katanya.

"Kenapa mummy gelak???".Soal Izz yang mencebik bibirnya apabila melihat mummynya tertawa besar.

"Hahaha..Entahlah tapi tak tahu kenapa mummy tergelak bila Izz cakap macam tu".Puan Seri Cheryl Humaira Helene terhenti tawanya di saat melihat anaknya sedang mencebik bibir.

"Okay i'm sorry..Macam ni lah..Izz..Tak semestinya satu peluang terlepas,tak akan ada lagi peluang yang ALLAH akan bagi pada Izz...Setiap luahan tak semestinya akan ditolak..Antara mummy dengan Izz,tiada sesiapa yang tahu apa isi hati Rin yang sebenarnya..So,you have to do something untuk tahu apa yang ada di dalam hati Rin..Kalau tak....Akan tergantungnya cinta Izz terhadap Rin dan jawapannya tak akan Izz ketahui sampai bila-bila".Nasihat Puan Seri Cheryl Humaira Helene seraya mengusap kepala Izz dengan penuh kasih sayang.

Izz menjawab nasihat mummynya dengan menganggukkan kepalanya.Dia sendiri tahu betapa ibunya mengambil tahu tentang dirinya dengan Rin.Walaubagaimanapun,apa yang telah dikatakan oleh mummnya itu betul.Dia tidak tahu akan tanggapan Rin terhadap dirinya dan dia juga tidak tahu sama ada Rin akan menjadi miliknya atau tidak pada masa akan datang.Hanya ALLAH sahaja yang tahu tentang masa hadapan mereka.

"Baiklah mummy..Izz akan bagitahu Rin yang.....Izz cintakan dia".Kata Izz yang tersenyum.

"Macam ni lah anak mummy..Izz kena berani..Jangan setakat dalam court je berani,luar court pun kena berani".Tambah Puan Seri Cheryl Humaira Helene lagi seraya menepuk tubuh anaknya.

"Okay mummy".Tutur Izz dengan bersemangat.

Setelah berbual seketika dengan mummynya,Izz menuju ke biliknya yang berada di tingkat atas untuk berehat.Dia baring di atas katilnya yang empuk dan melihat telefon pintarnya.Gambar-gambar ketika dia berada di Tadom Hill dilihatnya satu per satu.Wajah gadis yang dicintainya direnung lama dan senyuman terbentuk di bibirnya dengan hanya melihat senyuman gadis itu.

"Mungkin luahan aku akan ditolak oleh si dia tetapi...Aku akan cuba sebaik yang mungkin untuk buat dia tersenyum setiap kali dia berada di sebelah aku kerana senyuman dia...Merupakan kunci kebahagiaan aku yang selama ni aku cari".Tutur Izz dengan nada yang perlahan.

Izz meletakkan telefon pintarnya yang terpapar gambar Rin pada skrin di atas dadanya dan dia mula menguap lalu tertidur dibuai mimpi yang indah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience