Bab 25

Romance Series 30286

Ketika itu..

"Itu bukan ke makwe Tengku Khalil?".Kata salah seorang daripada mereka.

"Eh??Dia??Tak la lawa mane.Biasa je aku tengok".Sambung pelajar yang sedang bermain telefon pintarnya itu.

"Rin.Jangan dengar apa yang diaorang cakap.Buat tak tahu je".Ujar Kiran bernada perlahan.

Buat tak tahu?Macam mana aku nak buat tak tahu?Diaorang dekat je dengan aku ni.Memang sah-sah la aku dengar".Jawabku dengan suara yang perlahan.

"Aku lagi lawa daripada dia.Buta kot Tengku Khal.Sampai tak tertarik langsung dengan perempuan macam aku ni".Celah wanita yang memakai skirt pendek itu.

Wanita itu adalah Farhanah atau dipanggil Hannah di universiti ini.Dia lah wanita yang aku cerita,laaa yang tarik-tarik rambut tu.Hah tu la dia.Dia tu diva sikit,pandai tu memang pandai tapi kalau bab goda-menggoda ni haa dialah yang pertama.Ada juga Izz bercerita tentang dia pada aku tapi aku buat tak tahu je sebab malas nak layan dan malas nak amik tahu orang yang macam tu.

"Kan Hannah,kau lagi cantik.Eishh aku rasa Tengku Khal memang buta pilih perempuan macam dia".Kata wanita yang di sebelahnya.

"Hurm..Tapi kan,Tengku Khal langsung tak pandang aku.Penat aku bersiap cantik-cantik untuk dia".Cakap Farhanah yang tidak tahu kenapa yang Izz tidak tertarik dengan dia.

"Buat ape aku nak pandang kau?Menambahkan dosa aku je".Kata seseorang.

Aku mendongak dan melihat orang yang bersuara itu.............ialah Izz.Tersenyum aku ketika dia mengenyitkan matanya.Pelajar perempuan yang sibuk mengumpat aku tadi terus terdiam dan menundukkan kepalanya pabila Izz berada di hadapan mereka.

"Kau ingat aku nak pandang kau yang tak cukup kain ni?Eh sorry la not my taste.Badan kau tu pun kau balut.Orang tutup aurat bukannya balut badan!!".Tegur Izz yang memeranjatkan kami yang berada di situ.

"Tapi memang betul kan.I lagi cantik daripada dia".Lawan Farhanah sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah aku.

"Kau memang cantik.Memang lagi cantik daripada dia tapi cantik kau sebab make-up.Kalau tak ade make-up tu..Cantik ke kau?Weii!!Show me your bare face la.Baru aku boleh nilai kau ni lawa ke lawak".Balas Izz dengan kata-kata menyakitkan hati Hannah.

"Uishh ini Izz ke?"'Telahku.

Pelajar perempuan tadi terus beredar dari situ setelah Farhanah melangkah kakinya dengan rasa marah pabila ditegur sebegitu oleh Izz.

"Fuyoo Tengku!!Terbaekk la".Puji Khai yang terpesona dengan kata-kata Izz yang pedas dan menusuk jiwa itu.

"Wahh Tengku.Amazing la Tengku".Sambung Kiran seraya menepukkan tangannya.

"Yeah I knew it.Eh Rin tak nak puji aku ke?".Tutur Izz.

"Eee.Kau ni poyo kan?".Jawab Rin yang hasratnya ingin juga memuji lelaki itu tetapi selepas Izz berkata seperti itu,tidak tercapai hasratnya kerna Izz masih poyo seperti biasa.

"Ahaha.Boleh aku join?".Tanya Izz yang niatnya sebenarnya ingin berada di sebelah Rin.

"Yes of course".Jawab Kiran.

Izz menyertai perbualan kami bertiga.Walaupun dia mempunyai status "Tengku",dia masih melayan orang di sekelilingnya seperti biasa.Dia tidak memilih untuk berkawan dengan orang yang kaya atau orang yang berstatus.Sesiapa sahaja yang mahu berkawan dengan dia,dia pasti akan bersikap terbuka untuk berteman dengan orang itu.

Wajah cantik di sebelahnya di pandang dia.Kalaulah gadis itu tidak ada di situ tadi,pasti pipi Farhanah akan dia tampar.Hairan juga dia,Rin bersikap tenang sahaja mendengar segala kutukan perempuan-perempuan tadi.Langsung dia tidak melawan,apatah lagi menyerang mereka.Jika dia berada di tempat Rin,confirm dia da lanyak perempuan tu puas-puas.

Usai sahaja makan,Kiran dan Khai tinggalkan aku dengan si mamat senget tu.Sengaja je diaorang buat macam tu.Kononnya nak bagi peluang pada si Izz untuk mengembangkan bunga di hatiku ini.

"Babe,kenapa kau tak marah diaorang tadi?".Soal Izz.

"Marah??Buat ape?Malas la aku.Nanti lagi aku marah,lagi la diaorang menyalak nanti.So,baik aku diam.Betul tak?".Jawabku seraya melemparkan senyuman kepada jejaka itu.

"Kenapa la kau ni lain daripada perempuan yang lain?Maybe sebab tu la kau mampu mencuit hati aku".Telah Izz di dalam hati.

Izz menghantar aku sampai ke tangga,selepas itu dia pun pergi masuk ke bilik kuliahnya.Aku pula baru tahu yang waktu itu,Puan Yati tidak dapat masuk kuliah disebabkan ada mesyuarat.

"Mana kita nak pergi eh?".Soal Khai pada aku.

"Library jom?Nak pergi court Izz tengah ada kelas".Cadangku.

"Okay jom".Khai bersetuju dengan pendapatku.

Lalu kami berdua pergi ke perpustakaan dan mengambil buku yang ingin dibaca.Kebetulan hanya aku dan Khai sahaja yang berada di situ jadi,inilah peluang kami untuk membaca buku dengan tenang.Khai telah mengambil buku yang disukainya manakala aku pula masih tercari-tercari novel.Aku kalau datang perpustakaan,memang aku cari novel bukannya cari buku tentang pelajaran tetapi ada masa aku cari juga.Ketika itu,aku sedang membaca novel yang bertajuk "Suamiku Omputih",sehelai kertas berbentuk roket terbang di atas meja.

"Opocot".Terlatah Khai yang sedang tekun membaca buku itu.

Aku mengambil roket kertas itu dan membuka lipatannya,ada tulisan rupa-rupanya.Nasib aku tidak buang kertas itu.

"Hola yang tengah baca novel tu.Nak berkenalan boleh".

Isi surat itu buat aku terasa annoying seketika.

"Siapa pula yang tulis surat ni.Tak ade kerja ke?".Fikirku.

Baru sahaja aku ingin bangun untuk membuang kertas itu,kertas berbentuk roket lagi mendarat dengan selamat di atas meja.Aku memandang sahaja kertas itu.Seperti tindakan aku tadi,aku membuka lipatan kertas itu dan ada tertulis sesuatu padanya.

"Eee sombongnya orang tu.Orang di sini nak berkenalan je.Tak kan tak boleh".

"Rin aku rasa budak tu kot yang bagi kertas tu".Tegur Khai sambil menunjukkan aku seorang pelajar lelaki yang tidak pernah aku kenal sebelum ini.

"Eish dia ke?Siapa tu?Tak kenal.Tadi tak nampak pun dia".Balasku seraya memandangnya yang sedang bermain telefon pintarnya".

"Aku pun tak kenal.Tapi kan.Eh eh Rin kau nak pergi mana?".Kata Khai yang terkejut kawannya itu bangun dan mula menapakkan kakinya.

Rin pergi ke pelajar lelaki yang ditunjukkan oleh Khai,dia mengetuk meja lalu meletakkan dua helai kertas yang didapatinya di atas meja.Pelajar lelaki itu memandang dia sekilas,seraya mengeluarkan pen dari bekas penselnya dan sehelai kertas.Dengan pen itu,dia menulis beberapa patah perkataan pada kertas A4 putih itu lalu dia berikan kertas itu kepadaku.Aku mengambilnya dan baca.

"Ehem..Ehem..Tengok belakang".

Aku memandang belakang aku selepas membaca isi kertas itu,kelihatan ada seorang lelaki yang sedang bersandar pada rak buku matematik itu sambil membaca buku yang dipegangnya.

"Dia?Dia ke?".Soalku pada pelajar lelaki itu.

Pelajar lelaki itu membalas persoalan aku dengan menganggukkan kepalanya.

Aku menuju ke arah lelaki itu dan menunjukkan kertas pemberiannya sambil berkata.

"Saya tak sombong.Tiada perkataan SOMBONG dalam diri saya?You got it?".Tutur aku padanya.

"Hei...Sesombong-sombong orang tu,saya tetap ingin berkenalan dengan dia".Balas dia seraya menanggalkan cermin matanya.

"Tapi saya tak nak berkenalan dengan dia".Tuturku pula.

Khai memerhatikan mereka berdua dari tempat duduknya.Dia merasakan sesuatu yang aneh di antara mereka,sesuatu yang dia jarang nampak Rin tersenyum sebegitu sekali.Mungkin memang ada something yang bertempat di dalam hati kawannya itu.

"Ok fine.Tak nak berkenalan tak pe sebab saya memang da berkenalan da dengan orang tu".Ujar lelaki yang memakai t-shirt berkolar itu.

"Awak memang da kenal saya,tapi saya tak kenal awak".Jawabku yang selamba dengan niat ingin mengenakan lelaki itu.

"Okay,jadi mulai hari ini,sekarang ini,detik ini,saya akan memimpin awak untuk berkenalan dengan diri saya..Dengan lebih mendalam".Kata sang teruna itu seraya meletakkan buku yang dibacanya tadi ke dalam bakul yang berada di sebelahnya.

"Ahaha awak ni Nadz,suka buat saya tergelak".Ucap aku kepada lelaki yang suka akan subjek matematik itu.

"Selagi saya mampu,saya akan sentiasa buat awak tergelak dan tersenyum".Bicara Nadz dengan romantik hingga membuatkan hati Rin berdegup kencang.

"Dah dah.Awak nak ape sebenarnya ni?Bersurat-surat bagai".Tanya Rin yang memecahkan suasana yang baru sahaja romantik itu.

"Ah ah,tak ade ape sebenarnya,cuma saya nak jalan-jalan dengan awak boleh tak sekarang?".Soal Nadz yang mengharapkan Rin mengiakan permintaan dia.

"Erm kejap eh saya tanya Khai".Jawab Rin lalu pergi kepada Khai yang masih memandang dia.

"Khai boleh tak kalau".

"Tak yah cakap.Aku tahu.Pergi je.Lagipun kejap lagi si Amir tu datang sini".Cakap Khai yang memintas kata-kata Rin yang dia sudah tahu.

"Okay thanks Khai.Bye".Kataku seraya mengambil beg aku dan melangkahkan kakiku ke Nadz semula.

Nadz mendapat instinct yang mengatakan bahawa permintaannya tidak ditolak,dengan pantas dia mengambil juga beg dia dan menunggu Rin di kaunter.

Mereka berjalan keluar dari perpustakaan itu sambil berbual-bual dan akhirnya,inilah masa untuk Rin menanyakan satu soalan yang mahu ditanya dia.

"Nadz..Saya nak tanya satu je soalan.Boleh tak?".

"Boleh.Apa yang awak nak tanya ni?".Jawab Nadz seraya memandang Rin.

"Sebelum ni,awak memang kenal Izz kan?".Soal Rin yang musykil dengan dua orang lelaki ini.

"Aah.Kita orang memang kenal antara satu sama lain.Itu je ke yang awak nak tanya".Balas Nadz yang mula fikirannya memikirkan kawan lelakinya yang amat membenci dirinya.

"Oooh..Ahhh saya nak tanya satu soalan lagi boleh?".Rin mahu menanyakan banyak lagi soalan sebenarnya tentang Izz dan Nadz.

"Boleh tak ade masalah.Beribu soalan pun boleh awaknya~~".Ujar Nadz dengan nada yang lembut.

"Kenapa saya tengok,awak dan Izz macam ada sesuatu yang tak kena.Korang ni gaduh ke??".Soal Rin.

"Entahlah awak.Saya pun tak tahu ape yang tengah terjadi sebenarnya sampai Izz layan saya macam tu.Sebenarnya Izz dengan saya berkawan baik tetapi tak tahu kenapa ada satu hari tu,dia jauhkan diri dia daripada saya dan sampailah sekarang.Bila saya tanya dia kenapa dia berkelakuan seperti itu,pasti dia akan marah dan makin menjauhkan diri dia".Jawab Nadz yang sedih memikirkan kawan rapatnya itu

"Ohhh.Patutlah Izz macam tu.Dia ada jugak bagi warning kat saya supaya jangan rapat dengan awak.Jadi,awak memang tak tahu apa sebabnya?".Soal Rin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience