Bab 45

Romance Series 30286

Sungguh Izz risau akan keselamatan Rin yang baginya...Gadis itu di dalam bahaya dan kerna itulah dia membuat keputusan untuk mengikut permintaan si penghantar mesej tersebut.

Dia terpaksa menipu Rin dengan berkata yang dia ada game pada hari itu,dia tidak tahu mahu memberikan alasan apa lagi kepada Rin supaya gadis itu tidak mencurigainya.Setelah dia meletakkan kenderaannya,dia bergegas pergi ke tempat yang disuruh oleh penghantar mesej dan memasuki sebuah bangunan kecil yang jarang sekali orang memasukinya.Baru dia mahu melangkah masuk ke dalam sebuah bilik yang digantungkan notis "Tengku.Masuk bilik ni",kepalanya dihentak dengan kayu dari belakang dan dia rebah di atas lantai.

"Woii bangun!!Bangun".

Suara garau itu memeranjatkan Izz yang baru sedar daripada pengsan.Di hadapannya ada seorang lelaki yang sedang memegang kayu dan dalam pada waktu yang sama,terdapat tiga orang lelaki lagi yang sedang berdiri di sebelahnya.

"Ape semua ni??".Tanya Izz dengan kepalanya yang sakit.

"Kau diam!!!".Marah salah seorang lelaki itu dan menghentak belakang badan Izz dengan menggunakan kayu.

"Arghhhhh..Sak...Sakit...".Adu Izz yang sakitnya semakin bertambah.

"Kalau daripada dulu lagi kau layan aku,kau takkan jadi macam ni".Kata seseorang yang bernada lembut.

"Kau hina aku,kau pandang rendah pada aku dan sekarang..Terimalah akibatnya.Pukul dia lagi!!".Arah seseorang yang Izz tidak tahu siapa kerana kepalanya tidak mampu diangkat lagi olehnya.

Hentakan demi hentakan semakin dirasai oleh Izz.Tidak cukup dengan hentakan,pukulan dan pijakan juga dilakukan untuk melemahkan Izz yang memang sedang lemah itu.

Tiba-tiba lelaki yang berbadan besar itu mengangkat Izz lalu membawanya keluar daripada bilik itu.Izz cuba membuka matanya tetapi matanya kabur dan menyukarkan dirinya untuk memandang keadaan di sekelilingnya.

Dia diletakkan di satu kawasan yang berdekatan dengan tasik.Selepas lelaki yang berbadan besar itu meletakkan Izz di atas tanah yang berumput,dia menyepak perut Izz sehingga jejaka itu mengadu kesakitan.Setelah puas dia menyepak Izz,dia berlari dari situ dan memakaikan topi di kepalanya.

"Ya ALLAH..Apa sebenarnya ni??".Rintih Izz yang berada di dalam kesakitan.

Ketika itu,seorang gadis yang memakai blouse sedang berjalan di atas jalan yang bertar.Dia menggosok matanya dengan tangannya yang lemah untuk melihat gadis itu.Izz berharap yang gadis itu mengenalinya dan membantu dia yang sudah tidak dapat menahan rasa sakit yang dialaminya.Matanya semakin jelas dan senyumannya terherot apabila melihat Rin di situ.Dengan nada yang tidak bermaya,dia memanggil nama Rin tetapi Rin tidak dapat mendengarnya kerana jarak di antara mereka agak jauh dan mungkin hanya Izz sahaja yang dapat melihat Rin.Semak yang berada di sebelahnya cuba ditolak ke tepi supaya Rin mungkin dapat menyedari yang Izz berada di situ.

Pada waktu itu,Izz ternampak sebuah kereta yang laju sedang mendekati Rin.Dia menjerit-jerit memanggil Rin agar gadis itu mengelak daripada dilanggar kenderaan itu.Tiba-tiba mata Izz kabur semula,wajah Rin semakin hilang daripada pandangannya.Dia terbaring di situ bertemankan semak-semak dan darah yang keluar daripada mulutnya.

"Geng,korang ada nampak Izz tak??".Tanya Luqman Khidir yang tidak nampak teman rapatnya sejak dia datang tadi.

"Entahlah,aku pun tak tahu.Mungkin dia dengan Rin kot".Agak Wafie Asyraf yang sedang duduk di atas kerusi.

"Mana ada.Tadi aku sendiri jumpa Rin.Pastu dia tanya pasal Izz.Izz bohong dia yang kononnya kita ada game hari ni".Balas Luqman Khidir kepada kawannya.

"Ni aku call dia pun tak dapat ni.Phone dia off".Celah Rayyan Muhammad sambil mendail lagi nombor Izz.

"Tak mungkin Izz off phone dia.Asal aku rasa tak sedap hati ni??".Tanya Luqman yang mula tidak senang duduk.

"Jom lah.Kita cari Izz.Mana tahu dia terkunci dalam tandas ke apa ke".Ujar Ikmal Haqiem yang berdiri untuk mencari sahabatnya.

"Jom!!!!".Sambung Wafie yang mengetuai pencarian Izz.

Tempat pertama yang mereka pergi ialah tandas.Mana tahu,apa yang Ikmal Haqiem cakap tu betul tetapi wajah Izz tidak kelihatan.Seterusnya,mereka menuju ke cafe yang merasakan yang Izz sedang bersarapan di sana.Namun,mereka masih tidak menemui Izz.Selepas itu,mereka pergi ke bengkel course Rin yang menganggap mungkin dia sedang berjumpa dengan Rin walaupun gadis itu telah tertembung dengan Luqman Khidir di cafe.Kejadiaan yang sama berulang,mereka tidak menjumpai Izz.

Kiran yang sedang berjalan melalui mereka diberhentikan oleh Wafie Asyraf untuk menanyakan soalan kepada rakan sekelas Rin itu.

"Oit Kiran berhenti".Panggil Wafie Asyraf.

"Hah??Nak apo??".Jawab Kiran.Wafie Asyraf dan Kiran kenal di antara satu sama lain kerana rumah mereka berdekatan.

"Kau ada nampak Tengku Izz tak??Tanya Wafie Asyraf manakala rakannya yang lagi tiga orang itu sedang menunggu Wafie Asyraf di tangga.

"Tak ade la pulak".Jawab Kiran yang sedang mencabut earphone yang sedang dipakainya di telinga.

"Ohh tak nampak eh??Okay tak pe lah.Thanks".Tutur Wafie Asyraf seraya memusingkan badannya untuk mendekati kawannya yang sedang menunggu.

"Eh,eh!!Nanti dulu bro".Panggil Kiran.

"Hah ape??".Sahut Wafie Asyraf seraya memandang Kiran dengan dahinya berkerut itu.

"Erm..Tadi aku rasa macam nampak Tengku lalu kat situ tadi".Kata Kiran seraya menunjukkan jalan yang boleh membawa mereka ke gelanggang bola keranjang dan juga padang bola sepak.

"Serius la??Terima kasih banyak-banyak bro..Terima kasih sangat-sangat..Aku gerak dulu".Ucap Wafie sambil menepuk bahu Kiran.

"Welcome bro".Balas Kiran lalu menyambung mendengar lagu melalui earphone.

"Ok geng.Kiran kata dia nampak Izz lalu sini".Beritahu Wafie Asyraf seraya jari telunjuknya menunjukkan laluan yang dikatakan oleh Kiran.

"Okau macam ni.Kita berpecah.Aku dengan Wafie pergi court kita and Rayyan dengan Ikmal pergi padang.Amacam??".Cadang Luqman Khidir untuk memudahkan mereka mencari Izz.

"Hah aku setuju!!Okay kitaorang gerak dulu.Ape-apa nanti bagitahu tau.Calling calling nanti".Kata Ikmal Haqiem yang mula menyambung semula pencarian kapten pasukan bola keranjangnya.

"Baik!Jom Luq kita gerak".Ajak Wafie Asyraf.

Mereka berempat berpecah kepada dua kumpulan.Luqman tidak berhenti-henti memikirkan Izz kerna sesungguhnya dia terasa yang ada sesuatu yang sedang berlaku kepada kawannya itu.Kalau tidak,kenapa sampai sekarang mereka masih tidak menjumpai Izz daripada pagi tadi.

"Ya ALLAH.Engkau lindungilah Izz Ya ALLAH.Engkau permudahkanlah urusan kami ya ALLAH".Pohon Luqman ke hadrat ilahi di dalam hatinya.

Sewaktu mereka tiba di kawasan yang berhampiran dengan Izz...

"Luq tengok tu!!!".Ujar Wafie Asyraf sambil jarinya menunjukkan kereta yang kemek akibat melanggar sebuah pokok.

"ALLAHUAKBAR.Kenapa ni??".Terkejut Luqman Khidir sehingga mulutnya terlopong melihat situasi yang meremangkan bulu romanya.

"Ehem ehem.Maaf nak tanya.Kenapa ni??".Soal Wafie Asyraf kepada seorang pemuda yang berdekatan dengan kereta tersebut.

"Kereta ni langgar pokok.Tapi kereta ni tak ade orang pon yang bawak".Jawab pemuda itu.

"Habis ada sesiapa tak yang ada kat area sini tadi".Tanya Luqman Khidir pula.

"Ahhhh kalau tak silap Hedrina yang anak Dato tu.Dia ada kat sini dengan sorang budak lelaki".Sampuk seorang lagi lelaki yang berada di situ.

"Erm??Hedrina??Hedrina terlibat??Lelaki??Ini boleh buat content baru ni".Telah Lan,lelaki yang menjawab soalan Wafie.Dia mendapat idea baru untuk artikelnya hari ini.Lan harus menyampaikan berita baru ini kepada Lin dengan kadar yang segera.

Dengan sekelip mata,Lan beredar dari tempat kejadian lalu mencari kembar perempuannya.

"Hedrina dengan lelaki??Izz ke??".Fikir Luqman Khidir yang sudah mula gusar hatinya memikirkan Izz.

"Aku nak kena report pada pensyarah pasal ni".Bicara lelaki yang tidak dikenali Luqman Khidir dan Wafie Asyraf.Lelaki itu pergi dari situ dan menuju ke pejabat universiti untuk melaporkan kejadian yang berlaku di hadapan matanya.

"Luq kau agak-agak,Izz ke lelaki yang orang tu cakap tadi??".Tanya Wafie Asyraf yang risau jika betul orangnya Izz.

"Aku tak rasa ye sebab kalau ye pun..Kenapa orang yang tadi tu tak cakap yang lelaki tu Izz.Betul tak??".Kata Luqman Khidir sambil memikirkan balik apa yang diberitahu oleh lelaki tadi.

"Haah betul jugak.Apa kata kita try cari Izz kat sini.Mana tau jumpa".Cadang Wafie Asyraf.

"Boleh gak.Ok kau cari sana.Aku cari sini".Arah Luqman Khidir dan mereka berdua pergi mencari di tempat yang Luqman telah tunjuk.

Wafie Asyraf mencari Izz berdekatan dengan pokok bunga dan pokok-pokok yang berdekatan manakala Luqman Khidir pula mencari di tempat yang beradanya Izz di situ.Semak yang terdapat darah di daunnya membuatkan Luqman Khidir hairan dan dia masuk di celah-celah semak.Akhirnya dia menjumpai juga Izz yang masih sedang pengsan.

"WAFIEEEEEEEEEE!!!!!!".Jerit Luqman Khidir yang terduduk melihat kawannya yang tidak menyedarkan diri.

Wafie Asyraf bergegas mendapatkan kawannya yang menjerit itu dan terlopong apabila melihat Izz yang tidak membuka kedua-dua belah matanya.

"Izz bangun Izz!!!Izz kau kenapa ni??!!!".Wafie Asyraf cuba mengejutkan kawannya.

"Izz!!!Izz!!!Izzzzzzzzzzz!!!!!!!!".Laung Luqman Khidir yang air matanya mula bergenang melihat kawannya yang tidak memberikan sebarang respons dengan panggilannya.Digoyangkan dan ditepuk tubuh Izz tetapi masih kawannya itu tidak menyedarkan diri.

Tanpa melengahkan masa,Luqman Khidir dan Wafie Asyraf pantas memapah Izz.Wafie Asyraf juga sempat menghubungi dua orang kawannya yang turut mencari Izz.Dr.Fazira dicari oleh mereka berempat untuk mengubati Izz yang penuh dengan darah di tubuhnya.

Luqman Khidir pasti yang Izz mesti tidak mahu pihak universiti mengetahui tentang hal ini.Jika perkara ini diketahui,pasti akan menjadi kecoh dan silap-silap terpampang wajah Izz di laman sosial(Maklumlah anak Tan Sri yang hot).Disebabkan itulah,lagak mereka meminta pertolongan Doktor Fazira seperti mahu merompak klinik itu.Mujurlah Doktor Fazira ni bukan jenis yang banyak mulut dan kaki gosip,kalau tidak Lin dan Lan lah yang dicarinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience