Bab 42

Romance Series 30286

====(====)=====

Lampu meja di hidupkan oleh Rin untuk menemani malamnya yang penuh dengan assignment yang telah diberikan oleh pensyarahnya.Mahu tidak mahu,kenalah juga dia buat assignment tu kalau tidak...Telinganya jadi pisang goreng la jawabnya tetapi tugasannya itu asyik terganggu dengan panggilan masuk daripada seseorang iaitu "Encik Tunang Bertopeng itu".Namun,dibiarkan sahaja telefon itu berbunyi kerana dia tidak tahu ingin berkata apa kepada Hairi.Dia sudah penat mengalirkan air mata,dia sudah penat memikirkan perbuatan mama dan papanya terhadap dirinya dan dia penat dengan semua itu.Apabila kali ke-7 telefonnya memainkan lagu Taylor Swift itu,barulah dia jawab dengan membaca Bismillah terlebih dahulu.

"Hi...Rin..You macam mana??Okay??".Sapa Hairi dengan bertanyakan soalan tentang keadaan Rin.

"I okay".Jawab Rin ringkas.

"You dah makan??".Soal Hairi yang mulai gugup itu.

"Dah".Balas Rin dengan bersahaja.

"I nak mintak maaf sangat-sangat kat you.I tahu I salah but please bagi I peluang?".Pinta Hairi.

"Haaaa???Apahal lambat?Kau membuang ke??".Soal Izz kepada Muadz yang baru muncul di hadapannya.

"Tak la Tengku tapi makan la ni dulu".Tutur Muadz seraya memberikan plastik yang berisi makanan itu.

"Ok terima kasih tapi kenapa muka kau macam baru lepas nampak hantu ni?Kau pergi rumah hantu ke??Bukan nak ajak aku".Bicara Izz yang tangannya di bilas dengan air untuk makan Kebab yang telah di beli oleh pembantu peribadinya.

"Eish merepek la tengku ni tapi sebenarnya ada benda penting yang saya nak bagitahu tengku ni".Ujar Muadz.

"Ape dia??".Soal Izz yang sedang memegang kebab itu.

"Pasal Rin".Kata Muadz yang yakin sangat,Izz ingin mengetahuinya.

Izz membalas kata-kata Muadz dengan menjungkitkan keningnya,menandakan dia menyuruh Muadz menyambung ayatnya.

"Tadi saya terjumpa Rin dengan kawannya lepas tu kan....".

"I dah maafkan you dah..Dah la boleh tak call I lain kali??Sebab I tengah busy buat assignment ni".Tambah Rin yang tidak berminat berbual dengan Hairi.

"Okay sorry I ganggu you but boleh tak kalau kita jumpa di KLIA..Hari Jumaat pukul 2 petang kalau betul-betul you dah maafkan I.I nak jumpe you sebelum I berangkat ke China".Tutur Hairi yang berharap permintaannya ditunaikan.

"Tengoklah macam mana nanti kalau I rajin I pergi kalau tak bye-bye".Kata Rin sambil memutuskan talian.Maleh dah dia nak berdrama dengan Hairi.Lebih baik dia buat assignment dia,lagi bagus.

"Lepas tu saya ternampak ada dua orang lelaki ikut diaorang.Mula-mula saya ingat kebetulan diaorang dekat belakang Rin.Rupanya tidak,diaorang ikut mereka makan sekali and diaorang pun duduk belakang meja Rin dan Khai makan".Terang Muadz yang membuatkan Izz terhenti makan.

"Then??Diaorang ada buat ape-ape tak dekat Rin?".Soal Izz yang mula tidak senang duduk.

"Tak ade tapi diaorang mencurigakan saya tadi.Diaorang ikut je mana Rin pergi.Tiba-tiba kan tengku.....Saya risau pulak dengan keselamatan Rin kat kondo tu".Risau Muadz memikirkan gadis yang dikatakannya.

Izz mencapai telefon pintarnya yang terletak di atas meja makan,mendail nombor Rin secepat mungkin.

"Assalamualaikum ye ada ape Tengku Khalil??".Suara Rin di hujung talian.

"Eish ada je orang call.Tadi mamat bertopeng,yang ini pulak mamat tak pakai topeng..Aduhai".Telah Rin di dalam hati.

"Waalaikumussalam.Kau okay tak??Kau kat kondo ke??".Tanya Izz yang sedang bermundar-mandir memikirkan tentang dua orang lelaki yang telah diceritakan oleh Muadz.

"Iyaaaa aku kat kondo and aku okay je..Kenapa ni??".Soal Rin yang pelik dengan Izz.

"Okay dah kunci pintu dan gate belum??".Tanya lelaki yang puas dia memikirkan apakah sebab dua orang lelaki itu mengekori Rin.

"Sudah..Eh kau kenapa ni??Kunci pintu la ape la.Cuba bagitahu aku kenapa dengan kau".Rin dah mula blur sangat.

"Dengar ni,mulai esok aku akan amik kau kat kondo and kita pergi U sama-sama.Lepas tu aku akan hantar kau balik.Aku tunggu dekat bawah pukul 8 esok.Jangan lambat.Ikut cakap aku dan kalau kau tak ikut.Aku cari kau sampai jumpe esok..Bye".Kata Izz lalu memutuskan panggilan di antara dia dan Rin.

"Wei hello?Hello??Hello???????Eish dia ni dah kenapa??Huh kena ikutlah apa yang dia cakap ni??Adoiii ikutkan aje la".Ngomong Rin sendiri dengan kepalanya digoyangkan sedikit.

"Erm dua orang lelaki??".Monolog Izz yang baru teringat akan dua orang lelaki yang yang hampir melanggar Rin sewaktu mereka membeli-belah di Port Dickson.

"Kenapa Tengku??".Tanya Muadz yang melihat majikannya yang tiba-tiba terdiam.

"Kau ingat tak muka diaorang berdua??".Soal Izz yang mahukan kepastian daripada Muadz.

"Saya ingat-ingat lupa la Tengku,Tengku ada nak saya buat ape-ape ke??".Tanya Muadz yang bersedia mengikut arahan Izz.

"Buat masa ni kita tengok dulu,kalau kau atau aku terserempak diaorang follow Rin lagi.Barulah aku akan decide untuk kita buat apa".Jelas Izz yang mula menggengam tangannya.Jika ada sesuatu yang bakal terjadi kepada Rin,pasti dia akan menyalahkan dirinya.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Tepat jam 7:55 pagi,Rin sudah tercegat di pondok security guard,menunggu kehadiran Izz yang tiba-tiba mahu menumpangkannya ke Universiti...Setiap hari!!

"Uittt tunggu siapa tu??".Tegur Wawa dari belakang Rin.

"Tunggu Izz.Dia suruh aku pergi U dengan dia tapi bumper kereta dia pon aku tak nampak".Jawab Rin yang sedang memeluk tubuh.

"Hahaha..Sabarlah,kejap lagi sampai la tu,kitaorang pergi dulu eh.Bye".Tambah Piqah sambil melambaikan tangannya buatku.

"PIN!!PIN!!PIN!!".

Rin memusingkan kepalanya ke kiri tatkala mendengar bunyi hon kereta.Tanpa melengahkan masa,tubuhnya masuk ke dalam perut kereta dan mereka berdua pergi ke universiti tanpa bersuara walaupun terdapat seribu satu soalan yang berlegar di dalam fikiran mereka berdua.

Setibanya mereka di universiti,Izz berjalan dengan pantas ke court bola keranjang untuk mengadakan latihan sukan kegemarannya kerana beberapa jam lagi mereka akan beraksi di dalam court itu untuk menentang pelajar dari universiti di Melaka(katanya)sewaktu dia mematikan enjin keretanya tadi.Seperti biasa juga,Rin akan menonton perlawanan itu jika dia tiada kelas dan tidak terlalu banyak assignment.Kehadiran Rin pada pagi itu di sapa oleh seorang jejaka yang kemas memakai cermin mata iaitu Nadzmirul Adam Bakri tetapi Rin ketika itu tiba-tiba moody sebab teringat akan perbualan antara dia dengan Hairi semalam.Baginya,mungkin dia perlu bagi peluang kepada Hairi walaupun dia tahu yang dia tidak akan dapat menerima cinta Hairi kerana hatinya dicuri oleh lelaki yang berada di hadapannya itu.Ketika itu,Nadz hanya mampu melemparkan senyuman manisnya sahaja untuk Rin,tidak dapat mengajak Rin untuk pergi breakfast bersama-samanya disebabkan dia perlu menyediakan laporan untuk kelab matematiknya.

"Ohoiiiiii hoiiiiiiiii..Cik akak dah kenapa ni??".Tanya Kiran dengan suara yang lantang seraya mencuit bahu kiri Rin.Dia ternampak yang kawannya itu seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Opocot!!!Kau ni kan Kiran.Suka sangat terkejutkan aku.Aku okay je la".Jawab Rin sambil mengurut dadanya.

"Habis tu dah kenapa kau macam masyam je pagi-pagi ni.Kemonlah babe,pagi-pagi dah masyam payahlah".Kata Kiran sambil memberikan Kit Kat kepada Rin.

"Aku okay aje la by the way thanks".Tutur Rin yang menerima pemberian Kiran.

"Welcome no hal.Mana Khai??".Soal Kiran yang sedang memusingkan kepalanya untuk mencari rakan sekelasnya yang lagi seorang itu.

"Ahh Khai pergi jumpa boyfriend dia kot.Citer pasal boyfriend ni,girlfriend kau tak marah ke kau jalan berdua dengan aku ni??".Tanya Rin kepada Kiran.

"Alahai tak de hal la.Girlfriend aku okay aje la".Jawab Kiran.

"Boleh tahan awal jugak kau datang hari ni eh Kiran??".Perliku yang sengaja mahu memerli Kiran yang sering datang lewat ke Universiti.

"Ehehe kau ni..Aku datang awal salah,lambat pun salah.Alahai..Sekali sekala datang awal kan...Apa ade hal".Balas Kiran dengan selamba dia jee.

"Hahaha..Aku bergurau je la..Jangan amik hati tau..Saje je nak ceriakan hati kau".Kata Rin dengan senyum herot.

"Kau ni Rin..Hati orang kau nak tolong hiburkan,tapi hati sendiri kau tak pandai nak hiburkan".Ujar Kiran seraya mengetuk perlahan kepala Rin.

"Haa??Ape kau cakap ni??Aku tak faham".Tanyaku yang keliru.

"Macam ni...Aku ni la satu-satunya classmate lelaki kau yang ambil berat pasal kau.Kita selalu share masalah kat each other.Aku dah masak sangat dengan perangai kau.Sejak aku da ada girlfriend ni,jarang kau story masalah kau kat aku.Jadi janganlah pendam sangat masalah tu okay.Jangan disebabkan aku da ada girlfriend kau tak nak share ape-ape dengan aku lagi.Don't worry..Aku sedia mendengar masalah kau.Haah la.By the way,tadi kan aku nampak..

"Konna kota iina.Dekita ra iina".

Kiran menyeluk poketnya apabila mendengar deringan telefonnya.Adehh dalam banyak-banyak ringtone dalam dunia ni,lagu doraemon jugak yang si Kiran ni jadikan ringtone.Hahaha terhibur aku.

"Assalamualaikum sayang~~~Ye ye saya jumpa awak sekarang tau.Tunggu tau tunggu tau.Jangan pergi mana-mana tau.Duduk dekat situ je tau.Tau tau tau".Ujar Kiran lalu memutuskan panggilan.Berapa banyak tau dia daa~~

"K la Rin,aku gerak dulu au,girlfriend aku da bising tu.Kita jumpa kat kelas nanti eh.Bye".Bicara Kiran.

"T..t..Tapi Kiran kau nampak ape tadi??".Tanya Rin yang tidak sempat dijawab soalannya oleh Kiran kerana dengan sepantas kilat dia berlari untuk mendapatkan teman wanitanya.

Rin menapakkan kakinya ke kedai buah untuk membeli buah betik dan tembikai untuk Izz.Di situ juga dia tertembung dengan Luqman Khidir,kawan baik Izz.

"Luqman!!Good luck game kejap lagi".Tegur Rin dengan memberikan kata-kata semangat kepada rakan sepasukan Izz.

"Ahhh???Game??Kitaorang mana ada game hari ni".Balas Luqman sambil menggaru kepalanya.

"Aikk?!?!?!Izz kata hari ni korang ada game".Kata Rin yang mula wonder dan rasa tertipu.

"Tak ade pulak.Minggu ni kitaorang banyak berlatih jee,game lagi seminggu".Jelas Luqman yang dia pun pelik kenapa Izz berkata begitu kepada Rin.

"Oh okay-okay.Nanti jumpa Izz,tolong tepuk perlahan pipi dia ye.Jangan kuat sangat.Kata dengan dia,ini Rin yang suruh".Tutur Rin dengan berbalas tawa.

"Hahaha okay.Aku gerak dulu Rin.Bye".Kata Luqman lalu beredar dari situ.

Sewaktu Rin sedang berjalan menuju ke tasik,hatinya tiba-tiba berdegup laju.Seakan-akan memberitahu yang ada sesuatu yang aneh bakal terjadi kepadanya.Rin melintasi jalan dan..

"RIN!!!!!!!!!!!!!".

Rin memalingkan mukanya ke kiri dan melihat sebuah kereta berwarna merah sedang menghampiri dia.

"Ahhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!".Jerit Rin dengan matanya yang tertutup.

Pada waktu itu,seseorang memeluknya dari belakang dan menolak dia ke tepi sehingga kepalanya terhantuk pada batu penghadang jalan.

"Dump!!".

Orang yang menyelamatkan dia terbaring di atas tar sambil memegang tangannya sendiri.Rin segera mendekati lelaki itu dan melihat darah mengalir di tangan lelaki yang meneyelamatkannya.Mungkin tangannya tergesel di atas tar ketika dia tergolek tadi.

"Awak..Awak sedar tak ni???".Tanya Rin yang tidak keruan.

Namun,tiada sebarang balas yang keluar daripada mulut penyelamat Rin iaitu Nadz.

"Awak jom pergi klinik".Tutur Rin dengan air matanya yang mula mengalir.

Rin memapah Nadz untuk dibawa pemuda itu ke klinik.Kaki Nadz yang sakit itu menyukarkan dirinya untuk berjalan.Kakinya juga tadi dilanggar kereta itu ketika mahu menolak Rin ke tepi.Mujur hanya kaki kirinya sahaja yang terkena kereta yang....

>>>>>>>>

Rin sedang duduk di atas kerusi,menunggu Nadz mendapatkan rawatan daripada Doktor Fazira yang bertugas di klinik universitinya.Jika diingatkan balik,Rin perasan yang tiada pemandu di dalam kereta yang hampir melanggarnya tadi.Perkara yang ganjil itu membuatkan dia berfikir panjang dan berasa pelik.Tiada driver dan kereta itu boleh berjalan sendiri.Patutlah kereta itu melanggar pokok,rupanya tiada pemandu.

"Apa maksud semua ni??Kenapa tak ade driver??Maksudnya....Ini semua dah dirancang ke??Maknanya kereta itu memang....memang...untuk langgar aku??".Monolog Rin yang mula seram sejuk.

-----------------
P/S:Assalamualaikum n hi semua..Selamat hri raya..Maaf zahir batin..Smoga raya tahun ini lebih banyak kenangan n keistimewaan berbanding dgn raya yg sebelum² ini..Smoga urusan kita semua dipermudahkan oleh ALLAH S.W.T..Be happy n always smile-from the author of this novel..Enjoyyyyyyyyyyyyy!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience