TC 2 Bab 8

Romance Series 30286

"Jadi sebenarnya aku pun harap yang hidup kau macam bunga-bunga tu jugak..Mula-mula warna-warni selepas itu jadi hitam...GELAP...Gelap tanpa sebarang cahaya..Dan hari tu akan terjadi bila kau..MATI!!!!".

"Splashhh".

Api yang marak itu semakin terpadam dengan air yang disimbah.

"Sayang!!Sayang!!".

Hairi menarik gadis kesayangannya jauh daripada api yang sudah terpadam itu.Sekali lagi,Hairi tidak dapat menahan amarahnya apabila melihat gadis itu menitiskan air mata dan menggigil ketakutan.

"Sayang..I ada kat sini..Jangan takut okay..I ada ni..Please don't cry".Hairi cuba menenangkan Rin.

"Hairi...I takut..I takut sangat sangat".Balas Rin yang menangis teresak-esak.

"It's okay..Calm down..I ada..I akan lindungi you okay..And I akan cari siapa punca semua ni..I janji dengan you..I akan cari dia sampai I jumpa".Sambung Hairi yang tidak akan sesekali melepaskan orang yang berbuat seperti ini kepada kekasihnya.

======

"Kau pasti yang kau pun tak tahu apa-apa pasal ni?".Soal Ekh kepada Hairi.

"Tak..Sebelum ni pun aku dah cuba tapi langsung tak dapat apa-apa..Kerja diaorang clean..Langsung tak tinggalkan any jejak or kesan pun..Bila aku hantar Afzal or Joyie ke sini pun diaorang tak nampak sape-sape pun lalu sini".Jelas Hairi yang ingin sangat tahu identiti orang yang cuba membunuh Rin ini.

"Aku rasa..Kita kena upah someone untuk follow Rin dari jauh..At least tak la pening bodyguard kau tu ke hulu ke hilir".Cadang Ekh yang mahu keselamatan adiknya lebih ketat daripada sebelum ini.

"Kalau kau rasa tu lagi bagus,aku ikut je..Lagipun orang tu dapat masuk rumah ni..Ke kita patut upah security guard?".Hairi pula yang memberi cadangan.

"Idea kau bukan tak okay tapi rumah ni penuh dengan perempuan..Tak mustahil kalau security guard tu senyap-senyap masuk rumah ni pastu buat yang bukan-bukan..Aku rasa kita just stick to the plan tadi..Upah dalam empat orang..Dua orang perhatikan rumah dari jauh and dua orang guard Rin".Ekh menegaskan untuk mengupah beberapa orang lelaki bagi keselamatan adiknya.

"Okay nanti aku carikan..By the way,kau masa keluar tak ada perasan orang ke kat area rumah korang ni?Or nampak something yang mencurigakan ke ape ke?".Tanya Hairi yang sungguh hairan bagaimana kotak tersebut boleh berada di dalam rumah Rin tanpa disedari.

"Tak..Tapi kan..Aku ada check CCTV rumah aku..Sebelum ni Khai ada bagitahu yang ada orang datang rumah and kirim salam Rin..So aku pun mintak tolong Ray dengan member aku datang..Kitaorang check any record hari tu tapi....Record untuk hari tu tak ade".Ujar Ekh yang sedang bersandar pada kereta itu.

"Tak ade record??Maksud kau?".

"Dia bukan tak ade record..Aku tengok waktu petang ada je recordnya tapi pagi tu..Apa yang aku nampak just gelap je..Seolah-olah macam ada something yang tutup kamera tu..Tapi yang lagi pelik hari ni punya pun jadi benda yang sama..Lepas bodyguard kau blah,CCTV jadi gelap je sampailah kau datang".Terang Ekh yang puas meneliti CCTV yang diletakkan di kawasan yang agak tersembunyi di rumahnya.CCTV itu boleh merakam sekitar pintu pagar rumahnya dan juga pintu pagar rumah adiknya.

"Tapi yang lagi lagi lagi lagi pelik..Macam mana dia tahu CCTV aku kat situ".Semakin hairan dan gusar Ekh memikirkan orang yang misteri itu.

"Haish..Makin risau pulak aku..Apa-apa pun nanti aku update kat kau pasal upah orang tu".Beritahu Hairi yang berasa sedikit lega Ekh tidak berkasar dengannya pada hari itu.

"Okay and ingat..Aku baik dengan kau ni bukan maknanya aku terima sangat kau jadi adik ipar aku..Ni semua sebab aku risaukan adik aku..Apa-apa jadi kat adik aku,kau bertanggungjawab okay..Jangan ingat senang sangat bila kau dapat gelaran sebagai tunang Rin".Pesan Ekh yang sangat overprotective terhadap adiknya itu.

"Ye aku buat ni semua sebab aku sayangkan adik kau..Kau ni aku penat tunjuk kat kau yang aku dah berubah..Apa lagi yang kau nak daripada aku ni..Hurm dah la..Aku gerak dulu..Aku kena jumpa klien setengah jam lagi ni..Kirim salam sayang kat adik kau okay".Kata Hairi sambil mengenyitkan matanya.

"Hurm..Mata tu kalau aku jentik..Haishhhh..Aku kenalah jugak belajar terima dia ni dalam keluarga aku".Telah Ekh di dalam hati sambil mengekori kereta Hairi pergi dari situ dengan pandangannya.

Sementara itu,di dalam bilik Rin...

"MATI".

Ayat itu menghantui Rin dan dia langsung tidak dapat berhenti daripada memikirkannya.Malah,dia jadi semakin takut dan mengetahui yang dia bakal dibunuh bila-bila masa sahaja.Dia teringat semula akan hadiah-hadiah misteri yang diterimanya dahulu.Semuanya berisi dengan kata-kata ugutan untuk membunuhnya.Fikirannya cuba memikirkan yang adakah dia mempunyai musuh?Siapakah orang itu?Adakah orang ini merupakan kenalannya dahulu?Atau orang ini merupakan pesaing terdekat dengan restorannya?Tetapi segala mesej-mesej yang didapatinya sebelum ini seolah-olah orang itu amat dikenalinya dan seperti....Mencintainya?

"Siapa punya kerja eh semua ni?Aku tak tahulah kalau aku ni ada musuh atau tak..Kalau kat U tu pun..Musuh-musuh aku cumalah peminat-peminat Izz je..Selain tu Hanah sorang je tapi sekarang okay je..Siapa orangnya?Apa motif dia?Kenapa aku?".Rin sedaya upaya cuba menjawab segala pertanyaan yang ditanya kepada dirinya sendiri.

"Knock knock!!Haluu Rin".Tegur Tira di muka pintu.Rin membalas sapaan Tira dengan menghadiahkan segaris senyuman.

"Dah la Rin..Janganlah kau fikir negatif sangat..Takut nanti kau makin stress and bila kau stress nanti kau boleh sakit..Aku tak nak kau macam tu..Abang Ekh and tunang kau akan cari orang tu sampai jumpa..Don't worry ok".Tira menepuk lembut bahu Rin.

"Mestilah aku risau..Aku bertambah risau kalau orang tu kacau korang jugak..Itu yang aku takutkan".Rin tidak mahu kawannya ditimpa nasib yang sama seperti dia.

"Tak adelah..In Shaa ALLAH..ALLAH akan sentiasa lindungi kita Rin..Orang tu bukannya tuhan yang tentukan bila kau mati".Bicara Tira yang ingin menguatkan semangat Rin.

"Hah aku baru teringat aku nak tanya kau something..Kau nampak Khai tak?Lepas balik kerja,mata hitam dia pun aku tak nampak".Tanya Tira yang melihat kereta Khai tiada di garaj.

"Hah pastu kan..Dia pun ada keluar jugak tengah hari tadi bawak kotak..Dia nampak macam rushing time tu..Aku tak sempat nak tanya apa-apa dia dah jalan".Terang Tira selepas melihat Rin menggelengkan kepalanya.

"Ada la tu dia nak buat..Entah aku pun tak tahu sebab dia dah jarang story mory dengan aku".Rin hairan juga dengan sikap kawannya yang agak berlainan baru-baru ini.

"PIN!!PIN!!".

Bunyi hon menghentikan perbualan mereka berdua.

"Hah tu..Khai dah balik la agaknya tu".Agak Tira.

"Woi korang yang kat atas tu!!!Turun ahhhh!!!!Khai bawak balik KFC ni!!!".Jerit Aleen yang mahu makan malam bersama teman serumahnya.

"Hah KFC!!".Serentak Tira dan Rin bersuara dengan wajah yang gembira.

"Okay aku pergi dulu..Tepi-tepi aku nak peha".Laung Tira yang berlari mahu mendapatkan bahagian ayam kegemarannya.

"Ahh tak de tak de..Aku nak jugak!!".Sahut Rin yang bersaing dengan Tira demi paha ayam.

Meja makan menjadi tempat mereka serumah berkumpul.Kelihatan Rin da Tira berpuas hati setelah masing-masing mendapat seketul paha ayam.Sudah pasti sebelum menyuakan ayam ke mulut mereka,bacaan doa makan dibaca terlebih dahulu.

Hanya buat seketika,Rin dapat melupakan kejadian ngeri yang menambahkan kegusarannya.Melihat seorang demi seorang kawannya yang tertawa itu sangat membantu dalam memberi semangat kepada dirinya.

"Khai kau menghilang ke mana ni??Tengah hari tadi kau keluar..Balik daripada kerja pun kau keluar..Cer bagitahu kau pergi mana?".Soal Linda sambil makan kentang putar.

"Tak ade lah..Aku just keluar cari barang untuk aku tadi..Alang-alang tu aku singgah la beli KFC tadi".Balas Khai dengan teragak-agak.

"Ohh ingatkan kau pergi dating tadi sebab aku ada nampak beberapa kelopak bunga ros dalam kereta kau masa tolong angkat makanan ni tadi..So,aku assumed yang kau ada dapat bouquet".Celah Aleen.

"Pasal.....Bu...Bunga tu...tu..Tu aku ada beli sikit tadi..Haaa..Kononnya nak hias sikit ah meja kat restoran tapi tadi aku tertumpahkan pepsi pulak kat atas seat..Terkena la pulak bunga-bunga tu..Aku terus buang ah".Jawab Khai yang tergagap pada mulanya.

"OHHH MACAM TUUU".Serentak kawan-kawan Khai membalas.

~~~~~~~

"I nak you cover semua ni..Kalau tak kantoi kita nanti..Kalau diaorang tahu macam mana??Pastu kalau Rin pulak yang tahu??I tak nak benda ni akan menyebabkan I dengan Rin tak berkawan lagi..You please ah jangan buat benda-benda yang diluar kawalan I ni lagi..I takut sangat-sangat kalau Rin tahu".

Rin memandang katil di sebelahnya,matanya di kelipkan beberapa kali agar penglihatannya lebih jelas.Kawannya iaitu Khai tiada di atas katil.Balkoni dipandangnya tatkala mendengar ada suara yang datang daripada situ.Khai sedang berbual menerusi telefonnya.Jam pada dinding di tenung Rin,waktu menunjukkan ianya pukul 3 tepat.

"Apa lah yang si Khai ni bualkan time-time macam ni?".

"Khai..Kau telefon sape tu??".Tegur Rin dari katilnya.

"Ah??Rin...Ah...Aku call parents aku..Saje sebab aku tak boleh tidur..Kau pulak..Aku buat kau terbangun ke??".Khai mula takut kerana Rin mungkin ada terdengar perbualannya tadi.

"Hurmm...Tak adelah..Aku terjaga ni pun sebab aku haus..Aku nak pergi amik air kat bawah..By the way..Kirim salam parents kau".

Rin membawa dirinya ke dapur manakala Khai pula berasa lega yang Rin tidak syak apa-apa tentangnya.Segelas air diteguk Rin beberapa kali.Fikirannya terpikir akan Khai yang bersikap aneh semenjak dua menjak ini.Gadis itu seakan-akan merahsiakan sesuatu daripada dia dan temannya.Pada waktu itu,Rin terdengar bunyi kereta di luar rumahnya.Dia pun menjengah ke luar melalui sliding door.Kelihatan seorang lelaki sedang bersandar pada keretanya sambil memandang rumah Rin.

Gadis yang seorang diri itu mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan lelaki itu.Dia pun keluar dengan perlahan-perlahan melalui sliding door satu lagi yang terletak di bahagian barat.Bangku yang berada di laman menjadi tempat dia menyorok.Sangkaan dia sememangnya tepat,lelaki itu sedang memandang balkoni biliknya dan pemuda itu seperti sedang berborak dengan seseorang.Kini,Rin pasti bahawa pemuda itu sedang berbual dengan Khai menerusi telefon.Hati Rin mula berasa tidak sedap dan dia juga berasa musykil dengan sahabatnya itu.

"Khai tak nampak aku kan??Kan??Kan??Jadi..Aku rasa aku patut buat something supaya laki tu pergi dari sini".Ngomong Rin sendiri.

"Aha!!!Gue dapet idea".Satu idea muncul di dalam fikiran Rin.

"Eeeee he he he he he he he".Rin mula mengilai seperti hantu.

"Ahhh you..I balik dulu ah..Seram semacam tiba-tiba ni".Ujar lelaki itu kepada Khai lantas masuk dan duduk di tempat duduk pemandu.

Cik penyamar lihat akan lelaki yang kelam-kabut beredar dari rumahnya.Dalam pada itu,Khai yang berada di balkoni juga kelihatan sedang masuk semula ke dalam bilik.Perasaan yang dirasai Rin amat mengelirukannya,dia yakin bahawa ada sesuatu yang disorok oleh Khai tetapi dia tidak tahu apakah ia.Tiada sebarang petunjuk yang memberi bayangan kepada perkara yang dirahsiakan Khai itu.Sebelum dia berfikir dengan lebih lama,dia memutuskan untuk menyambung tidurnya kerana dia pasti akan rasa terlalu mengantuk pada keesokkan harinya jika dia mengambil masa yang lama untuk lena dibuai mimpi semula.

========

"Kalau kau rasa tak okay..Kau pergilah duduk kat cashier tu..Tak pun duduk kat surau".Cadang Linda yang perasan akan Rin yang kelihatan agak sugul.

"Ye la ye la..Karang kalau aku tak pergi nanti kena paksa pulak..Lepas aku ferment doh roti rye ni aku pergi".Kata Rin yang ingin memuaskan hati kawannya.

"Mazlin...Nanti kau cover Rin jap lepas settle kerja kau".Minta Syifa yang sedang memotong daging.

"Hah okay..Bagi aku around 15 minit..Biar aku settle buat chiboust,anglaise dengan chantilly dulu".Jawab Mazlin yang melajukan pergerakannya selepas mendengar permintaan daripada Syifa.

Selepas Rin meletakkan doh roti rye ke dalam prover,dia membawa dirinya keluar dari dapur.Pandangannya selepas itu dipenuhi dengan pelanggan-pelanggan yang sedang mengisi perut mereka.Dia menolak pintu yang mempunyai tanda "push" itu.Entah mengapa dia terasa mahu mengambil udara segar dan ingin pergi jauh daripada perkara yang merunsingkan kepalanya.Punggungnya dilabuhkan di atas simen sambil memandang kereta-kereta yang tidak bergerak itu.Khai..Orang misteri..Dua orang itu sangat merisaukan Rin.Yang seorang itu tiba-tiba sikapnya berubah baru-baru ini,yang seorang lagi pula asyik cuba mengugut dirinya.Dan...Nama seseorang muncul apabila memikirkan dua orang itu.

"Kalau Izz ada..Aku rasa...Lebih baik kot".Telahnya di dalam hati.

"Aih??Kenapa perempuan sorang-sorang kat luar ni??".

Rin mendonggakkan kepalanya untuk melihat empunya suara.

"Bahaya tahu tak..Kot-kot kalau ada mana-mana perompak ke...Pembunuh ke??".Sambung lelaki itu lagi.

"Erm??Tengku?!!".Rin pantas berdiri dek terkejut dengan kemunculan lelaki yang memakai mask itu.

"Ahaha kenapa awak terkejut sangat ni macam nampak KILLER je??".Soal Tengku Fayyad Ariq Zayne yang menekankan perkataan killer tu.

"Mestilah saya terkejut..Tiba-tiba ada orang popular depan mata saya..Ahhh tengku buat ape ye kat sini?".

"Saya nak jumpa seseorang kat restoran ni".Tersenyum Tengku Fayyad Ariq Zayne di sebalik topeng itu.

"Ahhhhh...Boleh ke saya tahu siapa?".Rin sudah seperti wartawan pula lagaknya.

"Saya dah jumpa dah orangnya..And..Sebenarnya lagi tadi saya nampak awak macam termenung..Kenapa?Awak tak sihat ke?".Tanya Tengku Fayyad Ariq Zayne lagi seraya mengambil tempat di sebelah Rin.

"Tak ade apa-apalah tengku..Saya okay..Cuma akhir-akhir ni adalah something yang buat saya risau".Rin menjarakkan sedikit tubuhnya daripada Tengku Fayyad Ariq Zayne.

"Apa something tu??Cuba awak terangkan kat saya..Mana tahu saya boleh tolong".Tengku Fayyad Ariq Zayne sudah dapat menebak perkara yang merisaukan gadis itu.

"Eh tak apelah tengku tak perlu tolong..Lagipun saya dengan tengku bukannya kenalan rapat".Sikap Tengku Fayyad Ariq Zayne itu sedikit sebanyak membuatkan Rin berasa selesa dengannya.

"Bukan kenalan rapat??Are you sure?".Tengku Fayyad Ariq Zayne tidak puas hati akan ayat yang dikatakan oleh Rin.

"Yup..Lagipun saya kenal tengku pun dekat internet and pastu saya tahu yang tengku berkawan dengan Hairi".Jelas Rin.

"Maknanya memang betul dia tak cam siapa aku yang sebenarnya..Tak pe..Aku akan buat dia ingat siapa aku".Fikir Tengku Fayyad Ariq Zayne sendiri.

"Even awak kenal saya sebab semua tu pun,kita still boleh berkawan kan?Tunang awak kawan dengan saya..Tak kan awak tak nak berkawan rapat dengan saya?".Tengku Fayyad Ariq Zayne cuba memancing Rin yang innocent itu.

"Kita boleh ke berkawan?Sebab saya ingat orang macam tengku ni tak berkawan dengan orang yang macam saya".Rin melontarkan pendapat dia tentang golongan manusia yang seperti lelaki di sebelahnya.

"Kenapa pulak awak fikir macam tu?Saya macam orang biasa jugak..Even saya ada nama dekat Malaysia ni..Saya still sama je macam orang biasa".Rin seakan-akan terpancing dengan kata-kata Tengku Fayyad Ariq Zayne.

"Kalau tengku sudi berkawan dengan saya..Saya on je".Tutur Rin seraya memandang kawan kepada tunangnya itu.

"Tak payah tengok aku macam tu lah.Makin bertambah rasa nak termuntah tu bila aku tengok muka kau.Plastik mana plastik?".Terasa semakin menyampah pula Tengku Fayyad Ariq Zayne terhadap Rin.Namun,dia menahan sabar sahaja supaya rancangannya berjalan lancar.

"Ok memandangkan saya dah jadi kawan awak..Apa kata saya happykan awak??Itukan tugas sebagai seorang kawan".

"Happykan??Macam mana?".Soal Rin yang tidak sedar akan lelaki yang mengugutnya sebelum ini sedang berada di sampingnya.

"Let's go...Amik angin jom..Maybe dapat kurangkan masalah awak tu".Pelawa Tengku Fayyad Ariq Zayne sambil menghulurkan tangan kirinya yang bersarung hitam itu.

Teragak-agak Rin untuk menyambut huluran jejaka itu tetapi hatinya seakan-akan memberitahu..

"Ikutlah dia.....".

Pandangan Tengku Fayyad Ariq Zayne hanya tertumpu kepada gadis yang pernah melukai hatinya.Walaupun perit,dia masih mampu memberanikan dirinya untuk berhadapan dengan pujaan hatinya yang dahulu.Meskipun begitu,niatnya pada kali ini tidak sama seperti dahulu.Kalau dahulu,dia ingin menceriakan gadis itu dan sentiasa mahu dekat dengannya,sekarang fikirannya lebih mahu melihat gadis itu melalui rasa yang pernah dirasainya suatu ketika dahulu.Walaupun begitu,kedengaran seperti hatinya tidak berkata sebegitu.Fikiran dan hatinya mempunyai pendapat yang berbeza.

"Ikutlah aku..Seperti dahulu yang tidak pernah engkau menidakkan permintaan aku untuk bertemu denganmu....".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience