Bab 27

Romance Series 30286

"Izz bangun Izz!!Kita da sampai rumah kau ni".Rin mengejutkan Izz yang sedang tidur nyenyak itu sambil membuka topi yang aku pakaikan di kepala Izz tadi.

Tetapi Izz tidak bangun dan dia masih terlena akibat terlalu penat..Rasanya lah...

"Hei..Bangun Izz!".Kejut Rin sambil menepuk perlahan bahu Izz.

Dan..Izz masih tidak membuka matanya.Rin yang mula bengang itu membuka pintu kereta dan membuka pula pintu kereta penumpang di sebelahnya itu.Dia mencuba lagi untuk mengejutkan Izz.

"Tengku Khalil Izuddin Arasy!!Bangun!!".Mukanya di dekatkan dengan tubuh Izz supaya lelaki itu dapat mendengar suaranya dengan lebih kuat tetapi masih tiada kelipan mata daripada Izz.

"Wahai Putera bangun la kalau tak nanti ak..wooooo!!!".

Dengan sekelip mata,wajah Rin berada di atas dada Izz.Entah macam mana dia boleh tergelincir.Mungkin tapak sneakernya telah haus atau lantai yang licin.

Rin memandang lelaki yang menjadi tempat dia mendarat disebabkan tergelincir itu.Tanpa diduga,mata lelaki itu terbuka perlahan-lahan.ALAMAKKKKK!!!

"Eishh..Kau ni Rin.Nak try aku pun agak-agak la".Tutur Izz yang suaranya serak-serak basah itu.

"Mana ada.Aku tak sengaja la".Marah Rin sambil menekapkan mukanya di dada Izz.

"Hurm.Tak sabar sangat la kau ni.Tunggu la kita kahwin nanti.Lepas tu kau boleh la buat ape yang kau nak".Sakat Izz yang masih mamai itu.

Sebenarnya dada Izz terasa sempit sangat ketika itu dengan pakej jantungnya berdegup kencang pabila jarak di antara dia dengan gadis yang dicintainya amatlah rapat.Tangannya mula mahu merayau di tubuh gadis itu.Cepat-cepat dia beristighfar dan meletakkan tangannya semula.Buat sementara ini,biarlah dia menikmati detik yang indah itu.

"Ahh.Cik adik lama lagi ke?Kalau lama lagi saya tutup pintu ye".Izz semakin sengaja mahu menyakat Rin dengan menarik kaki Rin menggunakan kakinya ke dalam kereta lalu menutup pintu kereta itu.

Kini 100% tubuh badan Rin berada di dalam kereta juga di atas Izz.Semakin bertambah nakallah si Izz itu.Rin pula mengangkat mukanya semula untuk memandang Izz seraya mencebikkan bibirnya.

"Kau tahu kan?Bibir seksi aku ni dekat je dengan bibir kau tu.Kalau aku ke depan sikit.Confirm kena.Jangan menyesal nanti kalau kene".Ugut Izz nakal seraya mengenyitkan matanya.

"Eeee aku benci kau!!".Marah Rin sambil tangan kanannya membuka pintu kereta lalu melarikan diri daripada Izz.

"Ahahaha.Kau benci aku??Macam mana eh?Sebab aku da terlalu sayangkan kau la.....Rin....".Tutur Izz perlahan seraya kepalanya digelengkan beberapa kali pabila memikirkan tentang betapa nakalnya dia mengenakan Rin.Ahahaha.

"Mummy!!!!!".Panggil Rin seraya memeluk kuat tubuh badan Puan Sri Cheryl Humaira Helene.

Terkejut wanita yang sedang menyiram pokok bunga itu pabila dipeluk secara tiba-tiba oleh Rin dari belakang.

"Eh kamu Rin,bila sampai?".Soal Puan Sri Cheryl Humaira Helene yang teruja melihat gadis yang memeluknya itu.

"Baru je sampai mummy".Jawab Rin sambil menyalam tangan Puan Sri Cheryl Humaira Helene.

"Ohh.Ahh kejap.Kenapa pipi kamu blushing ni?".Tanya Puan Sri Cheryl Humaira Helene.

Terus Rin memegang kedua-dua belah pipinya pabila ditegur oleh mummy Izz.Alamak kantoi.

"Tak ade la mummy.Izz sakat Rin.Eeeeee.Mummy tolonglah pukul dia".Rin mengadu.

"Ahaha.Kesian kamu,kejap eh nanti mummy ajar dia cukup-cukup okay".Bilang Puan Sri Cheryl Humaira Helene yang tahu sahaja akan kenakalan anaknya yang sering menyakat Rin.

"Assalamualaikum mummy".Salam diberi oleh Izz yang baru sahaja muncul itu.

"Waalaikumusalam.Inikah orang yang sakat kamu tu".Puan Sri Cheryl Humaira Helene menjawab salam Izz dan bertanya kepada Rin.

Gadis itu hanya menganggukkan kepalanya lalu menyorokkan dirinya di belakang wanita yang mempunyai gelaran Puan Sri itu.

"Hah Izz!!Apa yang kamu dah buat dengan Rin ni sampai merah pipi dia".Soal Puan Sri Cheryl Humaira Helene kepada anak terunanya yang seorang itu.

"Mana ada Izz buat ape-ape.Rin yang start dulu la mummy?".Jawab Izz seraya tersenyum herot.

"Eh tadi mummy kata ada orang tu blushing.Hehehe".Kening dijungkitkan dia seraya tertawa nakal.

"Hah??Kamu start dulu ape ni Rin?".Tanya Puan Sri Cheryl Humaira Helene yang tidak tahu akan situasi yang berlaku di antara Izz dengan Rin.

"Ahhh.Start??Start ape mummy?Mana ade ape-ape.Izz tu yang melebih".Terangku dengan pipi yang masih membahang malu.

"Dia yang buat,tak nak mengaku pulak.Naughty betul.Chit chit chit...Dah la.Izz nak naik dulu.Nak tukar baju".Kata Izz seraya melangkah pergi dari situ.

Puan Sri Cheryl Humaira Helene menggelengkan kepalanya pabila melihat telatah dua orang yang dia sayangi itu.Sesungguhnya dia dapat merasakan yang anaknya Izz amat mencintai gadis yang berada di dalam dakapannya itu.Dia memerhatikan anak lelakinya dari jauh dan tanpa di panggil,Izz menghentikan langkahnya seraya memusingkan badannya.

"Rin.Kau nak ikut sekali ke?Kalau nak ikut aku tunggu kat bilik tau".Teriak Izz seraya membuka butang baju di kolarnya.

"Mummy tengok Izz tu!!!!".Aduku kepada Puan Sri Cheryl Humaira Helene.

"Izz kamu pergi naik atas.Jangan nak kacau anak dara orang".Marah Puan Sri Cheryl Humaira Helene dengan lembut.Pantas anak tunggalnya itu melarikan diri ke biliknya.

"Hah tengok tu.Dia tak berani dengan mummy.Dah jom kita masuk".Ajak Puan Sri Cheryl Humaira Helene.

Aku dan Puan Sri Cheryl Humaira Helene masuk ke dalam mahligai milik keluarga Izz.Kami berdua pergi ke ruang dapur untuk menyediakan minum petang.Selepas itu,kami pergi ke tepi kolam untuk minum petang bersama-sama.Tan Sri Aziz azmi Alauddin masih belum pulang dari tempat kerjanya.

Ayahnya Izz merupakan CEO di syarikat Harta Bronze Holding Sdn.Bhd yang berpendapatan RM8.6 billion dan mengaut untung sebanyak 400 juta dalam masa 4 bulan.Kau rasa?Gila kaya kot!!

Aku melabuhkan punggungku di atas kerusi sambil memandang air di dalam kolam yang berwarna biru itu.Puan Seri Cheryl Humaira Helena memandangku yang sedang termenung.

"Haih menung ape je tu?".Tanya Puan Seri Cheryl Humaira Helene sambil memegang kedua-dua belah bahuku.

"Tak ade ape-ape la mummy.Mana ada Rin termenung".Bantahku sambil memandang wajah yang awet muda itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience