TC 2 Bab 2

Romance Series 30286

"Hedrina...Apa yang telah berlaku semuanya adalah disebabkan kau...Aku tak akan berdiam diri...Aku akan musnahkan hidup kau macam mana kau musnahkan hidup aku...Remember Hedrina..What you give is what you will get...Aku tak akan biarkan kau bahagia macam tu je selepas apa yang telah kau buat..Aku akan hancurkan hidup kau..". -AZ

"Siapa dia??Kenapa dia tulis macam ni dekat aku??Siapa dia sebenarnya??AZ??Siapa AZ ni??".

"Sayang??Kenapa jerit-jerit ni??Are you okay??".Tanya tunang Rin yang terdengar jerita gadis itu di tingkat bawah.

"I takut..I takut la you".Rin memberikan kertas yang bertulis itu kepada Hairi.

"You nak I cari ke siapa yang hantar ni??I boleh suruh Afzal and Joyie carikan orangnya".Soal Hairi selepas membaca isi yang tertulis pada surat itu.

Rin tidak memberi sebarang respon kepada pertanyaan Hairi yang risau akan keselamatan gadis itu.Wajah yang baru bangun dari tidur yang lena itu diamatinya seraya tersenyum.Rin bernasib baik yang Mak Tijah ada memberitahunya mengenai Hairi yang sedang bersarapan bersama mama dan papanya di meja makan.Rin segera menutup kepala dan tubuhnya dengan comforter kerana dia dapat mengagak yang lelaki itu berkemungkinan akan masuk ke dalam biliknya.

"Sayang??You okay ke tak ni??I tanya you ni".

"I'm fine cuma I rasa yang orang tu betul-betul nak musnahkan hidup I".Jawab Rin yang merenung sebuah kotak yang diberi oleh Mak Tijah tadi.

"Ermm..Macam ni..Ke mana sahaja yang you pergi nanti I akan follow..At least ada lelaki di sisi you and boleh protect you..Kalau you sorang-sorang,I pulak yang risau nanti..So,lepas ni kalau nak pergi mana-mana you inform kat I and I teman you..Okay??".Cadang Hairi.

"Tak nak lah..Kesian pulak you,you kan kerja..Takkan you nak tinggalkan office semata-mata untuk teman I..Tak mahu lah..I menyusahkan you je".Rin lega mendengar cadangan Hairi tetapi dalam pada masa yang sama dia juga tidak mahu menyusahkan tunangnya itu.

"Hey my fatty,tak menyusahkan lah..Lagipun I kan tunang you..I terasa yang I bertanggungjawab untuk protect you..You dah la cantik,comel dan lawa pulak tu..Risau gak kalau ada lelaki yang kat luar tu kacau fatty I ni".Hairi tersenyum herot.

"Fatty??You!!I ni fat sangat ke -_- ??".Soal Rin yang terfikir akan berat badannya.

"You??Fat??Haah".Sakat Hairi.

"Sampai hati you kata I gemuk..".Rin memuncungkan bibirnya.

"Haah you gemuk...Tapi you gemuk dengan cinta I".Pagi-pagi Rin sudah mendapat pickupline daripada Hairi.

Rin tidak dapat menahan dirinya daripada tersenyum lalu tertawa kecil mendengar pickupline daripada Hairi yang tidak dijangkanya.Hairi memalingkan wajahnya ke arah yang bertentangan daripada wajah Rin kerana pipinya terasa membahang dek kerana kata-katanya sendiri.

"Haaa macam ni la comel..Senyum tu kan indah..Nak-nak pulak senyuman you lagilah indah...Terus bersinar pagi I ni".Tambah Hairi yang membuatkan Rin tertawa besar.

"Dah dah..Jangan nak puji I sangat ye..Malu I..Ok encik tunang..I rasa you dah boleh keluar daripada bilik I ni..I nak bersiap ni..".Suruh Rin yang memandang tepat muka Hairi yang menatap wajahnya.

"Halahh..Tak boleh ke I duduk dalam ni..Boleh I teman you kot-kot orang tu kejap lagi diam-diam masuk bilik you ke".Ujar Hairi sambil menoleh kiri dan kanan.

"Haaa jangan nak merepek..You keluar sekarang..Hahahaha..Keluar!!Keluar!!".Suruh Rin lagi seraya membaling bantal ke arah Hairi.

"Okay okay okay..I keluar..Kalau ada apa-apa you jerit tau..Tapi memang tak boleh ke I duduk kat dalam ni je".Tanya Hairi dan sebiji bantal dibaling ke tubuhnya.

Dengan pantas dia menutup pintu bilik Rin sambil tersenyum.Hairi menggelengkan kepalanya lalu meletakkan tangannya pada dadanya.Jantungnya berdegup kencang dan senyumnya tidak dapat dihentikan.Pagi-pagi lagi dia sudah berasa sangat bahagia dan gembira dengan kehadiran seorang perempuan yang bakal melengkapi kehidupannya.Sesungguhnya dia sudah bertekad untuk berubah ke arah yang lebih baik berbanding sebelum ini.Hal ini kerana,dia sudah berjanji pada dirinya sendiri yang dia akan memimpin tangan Rin dan menjaga gadis itu dengan sebaik yang mungkin.Dia juga tidak akan melepaskan gadis itu ke tangan lelaki yang lain.Janjinya pada Izz juga akan ditepatinya selepas jejaka itu pergi membawa diri ke Australia.

"Saya nak mintak tolong encik..Tolong jagakan Rin untuk saya".

Ugutan daripada Izz juga diingatinya...

"Tapi saya nak bagi satu amaran, kalau encik sakitkan hati Rin..Saya akan rampas Rin semula..".

"Aku tak akan sakitkan hati dia..Aku akan buat dia tersenyum setiap hari wahai Tengku".Desis Hairi.

-------------

Back to the scene.....

"Mungkin ALLAH telah takdirkan aku bersama dengan Hairi tetapi ya ALLAH...Aku masih tertanya-tanya..Kenapa Izz langsung tidak menghubungi aku..Dia okay ke tak eh kat sana??Sihat ke tak??Mungkin dia dah ada girlfriend??".Air mata Rin mengalir di pipinya,dia rindu akan jejaka yang sedang berada di liar negara itu.

Rin bangun dari katil dan mencapai tualanya yang tersangkut di belakang pintu.Usai mandi dan solat,dia pergi ke ruang makan untuk bersarapan dengan teman serumahnya iaitu Khai,Aleen,Linda,Afra,Wawa dan Tira.Mereka semua telah menjadi kawan serumah setelah mereka menamatkan pelajaran mereka pada tahun lepas.Ini semua terjadi apabila Rin memberikan ideanya untuk membuka sebuah restoran yang menyajikan pelbagai jenis makanan.Antaranya ialah roti,makanan barat,lauk-pauk,kek dan sebagainya.Idea Rin itu menarik minat kawan-kawannya yang mahu masuk ke dalam dunia perniagaan.Kawan sekelasnya yang lain juga turut bekerjasama dalam menjadikan restoran mereka sebagai salah satu restoran yang popular di Malaysia.Impian mereka itu menjadi kenyataan setelah membuka restoran selama tiga bulan sahaja.

Kalau hendak diikutkan,sememangnya ia tidak logik tetapi ada beberapa sebab yang menjadikan restoran itu popular dalam tempoh yang singkat.Yang pertama,Rin merupakan tunang kepada Hairi yang juga popular di kalangan wanita.Yang kedua,syarikat papa Rin telah menjadi semakin maju dan menjadi bualan mulut orang ramai.Akhir sekali, ada di antara rakan-rakan Rin terkenal di media sosial dan mereka digelar sebagai "instafamous".Tidak lupa juga kepada salah seorang daripada mereka yang telah menjadi "youtubers" dalam bermain permainan video.

Restoran itu sering dihadiri oleh peminat-peminat dan orang-orang koprat.Kadang-kala papa Rin ada bertemu dengan kliennya di restoran itu untuk berbincang tentang perniagaan mereka.Restoran yang telah dibina setinggi 3 tingkat itu selalu di tag di media-media sosial setiap kali mereka mengunjungi restoran itu.

"Rin encik tunang dah tunggu kau kat bawah tu".Khai memberitahu Rin setelah dia ternampak Hairi yang sedang bersandar pada kereta mewahnya menerusi sliding door.

Rin memandang lelaki yang disebut oleh Khai.Terbit seukir senyuman di bibirnya seraya memikirkan hubungannya dengan Hairi.Lima bulan itu bukanlah lama,ianya sangat singkat sebelum Rin dipanggil sebagai Mrs.Hairi.

"Adakah lelaki ini,lelaki yang boleh pimpin tangan aku dan bakal anak-anak aku ke syurga??".Timbul satu persoalan di dalam hati Rin.

"Pergilah Rin,kau termenung ape lagi tu?Kesian dia tunggu kau".Afra menepuk lembut bahu Rin.

Anak kepada Dato Syed Halim Syah Syed Khalid Idris itu terus mencapai beg tangannya selepas memakai selendang berona purple lavender di kepalanya.Kasut yang berjenama crocodile disarungnya lalu menuju ke luar rumah untuk bertemu dengan tunangnya.

"Semenjak dua menjak ni kan..Aku nampak Hairi banyak berubah..Dia tak macam dulu lagi..Tapi annn...".Linda menghentikan katanya.

"Tapi ape??".Soal Wawa yang sedang mencuci pinggan itu.

"Tapi...Sebenarnya aku lebih suka Rin dengan Tengku..Tak tahulah kenapa..Tapi bila diaorang berdua,aura diaorang tu semacam..".Linda teringat akan lelaki yang sering bersama dengan Rin.

"Kan..Tiba-tiba aku pon rindu Tengku..Lama betul dia pergi..Senyap je..Dia dah la block Rin kat IG...Termasuklah kita semua..Kenapa dia buat sampai macam tu sekali eh??Dia frust ke??".Aleen mencelah perbualan kawannya.

"Siapa je yang tak frust bila dapat tahu orang yang kita sayang tu sebenarnya da berpunya..Aku rasa Tengku tak akan pergi kalau Rin bagitahu pasal Hairi lebih awal..Ini tekaan aku aje la..".Tebak Tira yang sedang melihat Rin telah masuk ke dalam kereta Hairi.

"Semalam aku dengan Rin ada tertembung dengan Muadz masa kitaorang beli sayur...Yang peliknya kan,Muadz langsung tak tegur kitaorang..Senyum pun tidak..Bila kitaorang nak datang dekat pada dia,dia lari..Masa tu,air muka Rin berubah..Dia macam nak nangis je masa tu..tapi dia tahan".Kata Khai yang terserempak dengan pembantu peribadi Izz.

"Aku rasa,Tengku memang menetap kat sana..Dia tak balik Malaysia dah..Parents dia pon dah pindah dua hari selepas Tengku bertolak ke Australia..Haishh kenapa sampai macam ni sekali eh??".Aleen tertanya-tanya akan sebab Tengku Khalil Izuddin Arasy bertindak sedemikian.

"Aku harap..Hairi boleh bahagiakan Rin macam mana Izz bahagiakan dia".Kata Khai di dalam hati.

Kereta Hairi mula meninggalkan kawasan perkarangan rumah mereka.

~~~~~

Hairi menghantar Rin ke tempat kerjanya yang memerlukan hanya 30 minit sahaja ke sana.Mereka menunggu kawan sekerja Rin yang masih belum sampai di dalam kereta.Di dalam fikiran Hairi,dia sedang memikirkan tentang baju perkahwinan mereka yang belum dicari lagi.Datin Syarifah Nur Adelina Idayu sering memesannya untuk berjumpa dengan wedding planner yang disarankannya.Hairi memandang Rin seketika lalu dia bersuara.

"You,bila kita nak pergi test baju??".Tanya Hairi yang memecahkan suasana yang sunyi itu.

"Test baju??Oh kita tak pergi lagi eh??".Soal Rin yang baru teringat akan baju perkahwinannya.

"Belum la you..Kita berdua kan asyik busy je sampai tak sempat cari baju kita".Balas Hairi.

"Hurm..Kalau macam tu??Bila kita nak pergi??".

"I free tengah hari and petang ni..You free tak??Kalau free jom lah kita pergi".Ajak Hairi yang tidak ada sebarang urusan pada waktu tengah hari dan petang.

"Kalau macam tu..Bolehlah..Nanti I bagitahu diaorang yang I pergi cari baju..I rasa yang diaorang mesti faham kan?".Tutur Rin.

"Mestilah diaorang faham sebab majlis kita kan lagi beberapa bulan lagi".Bicara Hairi dengan tersenyum riang.

"Hahaha..Aah kan..Lagi berapa bulan je lagi kita nak kahwin..".Rin melihat luar tingkap kerana kawan-kawan sekerja sudah melambaikan tangan mereka buat Rin.

"Ahh you..I keluar dulu ye..Nanti you call I eh bila you otw ke sini tengah hari nanti".Pesan Rin sambil membuka pintu kereta.

"Alright bye sayang...I love you".Hairi meluahkan rasa sayangnya terhadap gadis yang tidak asing di dalam hatinya itu.

"Eeee you ni,janganlah cakap kuat sangat..Malu I,kawan-kawan I pandang tau".Mata Rin terpandang Kiran yang tersengih-sengih memandang pasangan itu.

"Biarlah..Memang betul kan I sayang you..Buat ape I nak sorokkan..Bukannya kawan you tak tahu..".Tertawa kecil Hairi melihat wajah tunangnya yang mula berona merah.

"Eee you ni kan..Annoying betul!!".Rin yang berada di luar kereta itu mencubit lengan Hairi selepas dia memasukkan sedikit tubuhnya ke dalam kereta itu semula.

"Geram betul I dengan you ni..Dah la I nak masuk ni..Bye you".Ucap Rin sekali lagi lalu mendekati Kiran dan Nadzri.

"Haih..Boleh tahan garang jugak tunang aku ni..Nak buat macam mana..Yang garang ni la yang aku suka".Ngomong Hairi sendiri.

"Hei korang..Tolong jagakan tunang saya ye..Jangan bagi tangan dia luka okay??".Jerit Hairi kepada Kiran, Nadzri,Rina dan Naziha.

"Hahaha no hal encik..Kitaorang akan tolong jagakan cinta hati encik ni..".Kiran menjamin keselamatan Rin dengan kata-katanya.

"Okay i trust you..Bye sayang!!!".Hairi memandu keretanya ke pejabat setelah melambaikan tangannya kepada Rin.

"Uuuuu~~~~Sayang...".Sakat Kiran.

"Ok jom sayang kita masuk..Hahaha..Sayang tak boleh luka-luka tau..Nanti sayang yang lagi satu tu marah kitaorang".Tambah Nadzri yang seronok mengenakan kawannya.

"Ada yang kena pecat hari ni kang..".Ugut Rin yang ingin membantai Kiran dan Nadzri di situ.

"Hahaha boss..Janganlah marah boss..Kitaorang hanya ikut arahan bakal suami boss je".Sambung Kiran yang terperanjat mendengar ayat Rin.

"Dah dah..Jom masuk..Kita buat apa yang patut dulu sebelum diaorang sampai".Suruh Rin.

"BAIK BOSS!!!".Jawab mereka berempat serentak.

Sementara itu di rumah Rin dan kawan-kawannya...

"Weii korang cepatlah..Nanti Rin bising nanti".Jerit Khai yang sedang menunggu kawan-kawannya di luar kereta.

"Kejap!!!Kitaorang tengah nak amik barang ni!!".Ujar Wawa yang berada di dalam rumah.

"Cepat!!!Aku bagi korang 2 minit..Lambat aku tinggalkan korang".Aleen mencari jalan supaya kawan-kawannya bergerak lebih pantas.

"Sabar leeeeee!!!!".Jerit Afra yang membuatkan Aleen tertawa besar.

Sedang Aleen menunggu kawan-kawannya yang belum muncul-muncul itu,dia terpandang orang yang berada di luar pagar rumahnya.Seorang lelaki yang berkulit putih sedang memeluk tubuhnya seraya berbual dengan seorang lelaki yang berada di dalam kereta.Aleen mendekatkan dirinya dengan pintu pagar supaya dia dapat melihat orang-orang itu dengan lebih jelas.Lelaki yang bertopeng dan memakai kaca mata hitam itu direnungnya.

Tiba-tiba lelaki berkulit putih dan berbadan sasa itu menuju ke arah Aleen yang berada di sebalik pintu pagar itu.Aleen yang sungguh berani itu membuka pintu pagar tanpa diminta oleh lelaki yang tidak dikenalinya itu.

"Yes sir??What can I help you??".Soal Aleen yang asyik memandang lelaki di hadapannya dan lelaki yang berada di dalam kereta itu.Dia dapat melihat majikan lelaki itu kerana tingkap kereta di tempat duduk belakang telah diturunkan.

"Kring!!Kring!!".

Bunyi telefon berbunyi dan dijawab oleh lelaki yang agak menggerunkan Aleen itu.Selepas itu,lelaki itu memberi telefonnya kepada Aleen.Mata gadis itu terkebil-kebil,dia berasa hairan akan tindakan lelaki itu.Namun,dia mengambil sahaja telefon itu.

"Hei kau!!".Si pemanggil yang menelefon lelaki dari luar negara itu mula bersuara.

"Hah??Saya ke??".Tanya Aleen kepada si pemanggil itu.

"Hedrina ada kat rumah tak??".Soal si pemanggil yang berada di dalam kereta itu.

"Tak ade..Encik ni siapa??Kenapa tanya pasal Rin??".Aleen memandang tepat lelaki yang sedang memegang telefon itu.

"Tak ada apa-apa..Aku cuma nak tahu pasal dia je..Tolong sampai kan pada dia yang aku kirim salam...Dia mesti kenal aku siapa...Tut...Tut..".Si pemanggil memutuskan talian selepas mengatakan segala yang ingin dia katakan.

"Wei..Siapa kau??Who are you guys??".Jerit Aleen.

Lelaki yang berbadan sasa itu merampas telefonnya daripada tangan Aleen yang tercengang itu.Dengan pantas lelaki itu berlari ke keretanya tanpa menjawab pertanyaan Aleen.Afra yang sedang membawa sebuah kotak itu melangkahkan langkahnya dengan lebih laju untuk berada di sisi Aleen.

"Aleen?Kau kenapa??Kenapa kau menjerit?".Tanya Afra yang terdengar jeritan Aleen.Kawannya membalas pertanyaannya dengan menunjukkan jari telunjuknya ke arah sebuah kereta yang berwarna hitam.

"Ehhh?!?!?!?!?".Mulut Afra terlopong apabila melihat lelaki yang sedang duduk di tempat duduk belakang kereta.

"Itu bukan ke Tengku Fayyad Ariq Zayne??".Afra tidak percaya akan apa yang sedang dilihatnya.

"Hah??TENGKU FAYYAD??".Aleen juga tidak percaya akan nama yang baru disebut oleh Afra.

Aleen memandang semula lelaki itu dan apabila memikirkan wajah pemuda yang diminati oleh rakannya iaitu Naziha,dia tidak menjangkakan bahawa lelaki itu sememangnya Tengku Fayyad Ariq Zayne.Dia menutup mulutnya dan terdiam sejenak.Kereta Tengku Fayyad Ariq Zayne berlalu pergi dari situ ketika mereka berdua terdiam terpaku.

"Guys!!Jomlah!!Apa tercegat lagi kat situ??".Panggil Linda yang sudah duduk di tempat duduk sebelah pemandu.

"Kenapa??Kenapa dia kirim salam kat Rin??Dia kenal Rin ke??Setahu aku,Rin tak kenal dia..Yang tahu pasal dia sangat-sangat kat dalam rumah ni pon..Afra sorang je..".Fikir Aleen yang puas memikirkan sebab Tengku Fayyad Ariq Zayne berkata sebegitu dengan nada yang agak tinggi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience