Bab 52

Romance Series 30286

"Ini tak boleh jadi,aku nak pergi masuk balik tempat kitaorang pergi tadi".Kata Kiran yang kesal kerana tidak perasaan akan kehilangan kawan lelakinya itu.

"Jangan nak merepek ah!!Nanti benda tu kejar kau lagi".Marah Aleen yang air matanya sudah mengalir kerana bertambah lagi seorang kawannya yang hilang.

"Aku try call Hafriz".Ujar Nadzri seraya mendail nombor Hafriz.Namun,tidak diangkat oleh Hafriz.

"Dia tak angkat la.Phone dia off". Beritahu Nadzri yang memeranjatkan mereka di situ.

"Maknanya,benda tu dah tangkap Hafriz jugak ke???Kenapa situation ni da macam Friday the 13th??".Kata Linda.Yussry yang mendengar kata-kata Linda itu terlopong mulutnya dek kerana terkejut.

"Eeeeeee Linda.Janganlah cakap macam tu aku takut lah".Tegur Rina yang sudah menutup telinganya dengan tangannya sendiri.

"Habis??!!Apa yang patut kita buat sekarang??".Tanya Nick yang fikirannya mula melayang di saat memikirkan dua orang kawannya telah hilang.

"Aku tak tahu nak buat ape wei.Aku buntu sangat-sangat ni.ALLAHUAKBAR!!".Bicara Nadzri yang terduduk di atas tanah.

"By the way,tadi ada sorang pekerja kat sini nak tolong kita.Dia pergi tengok CCTV kot-kot nampak mana Rin pergi".Beritahu Izhan tentang pekerja yang tertembung dengan dia tadi.

"Woiiiiiii korangggggg!!!!!!!!".

Semua orang yang berada di situ memandang empunya suara yang menjerit memanggil mereka.Terkebil-kebil mata mereka kerana melihat Hafriz yang sedang berjalan dengan sungguh bersahaja.

"Ahhh!?Itu bukan Hafriz ke??Ke spesies Friday The 13th gak??".Tanya Kiran yang menggosok matanya beberapa kali untuk melihat benarkah di hadapan matanya itu Hafriz.

"Eh entahlah.Aku pun tak tahu.Kot-kot tu sundal bolong ke yang menyerupai Hafriz".Sambung Daniel yang terfikir akan jenis hantu yang lain.

"Dup!!!Dup!!!".

"Adoi!!Adoi!!".Daniel dan Kiran mengadu kesakitan.

"Cakap benda merepek lagi.Kan dah kena".Marah Aleen yang sempat mengetuk kepala Kiran dan Daniel dengan kuat.

"Tapi kan.Siapa dekat sebelah Hafriz tu??".Tanya Nadheera yang ternampak satu susuk tubuh yang memakai baju berwarna putih.

"Korang!!Aku jumpa Rin!!".Panggil Hafriz dengan memberitahu khabar yang menggembirakan rakan sekelasnya.

Rakan sekelasnya bergegas mendekati Hafriz dengan orang yang berada di sebelahnya.Apabila mereka semakin mendekati Hafriz.....

"Ehhhhhh????".Semua orang kecuali Hafriz memberi rekasi yang sama apabila melihat wajah orang yang berpakaian putih itu sedangkan Hafriz juga masih tidak sangka yang lelaki itu berada di sebelahnya.

"Teng...Teng...Tengku???A..Ape Tengku buat dekat sini??".Tanya Kiran yang speechless tatkala melihat Tengku Khalil Izuddin Arasy yang sedang mencempung Rin sedang berdiri di hadapan mereka.

"Haih....Nanti-nantilah eh aku jawab soalan tu..Sekarang ni..Mana bilik Rin?Aku da penat ni.Rin ni bukannya ringan sangat".Ujar Izz yang sudah lama mencempung Rin.

"Kat sini Tengku".Panggil Khai seraya membawa Izz ke biliknya.

Izz membaringkan Rin di atas katil yang bercadar putih itu.Sempat dia mengamati wajah Rin yang sedang matanya ditutup.Gadis itu masih tidak sedarkan diri lagi dan Izz mula gelisah.

"Tengku.Terima kasih bawak Rin ke sini.Sekarang ni dah larut malam,lebih baik Tengku pergi berehat".Kata Khai yang merenung sahaja Izz yang masih tidak mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Tak ape.Aku nak duduk sini sampai Rin sedar".Balas Izz seraya menutupi tubuh Rin dengan selimut.

Izz mengambil sebuah kerusi rotan dan duduk di atasnya bersebelahan dengan katil Rin.Khai hanya mampu menurut kehendak Izz yang dia sendiri berasa sangat hairan.Bagaimana pemuda itu boleh berada di sini dan juga bagaimana dia boleh menjumpai Izz di tempat yang dia dan rakan-rakannya mendengar jeritan Rin tadi.

"Apahal Tengku dekat sini?".Tanya Hafriz kepada kawan-kawannya.

"Eh mana la kitaorang tahu.Kau yang jumpa dia dulu,sepatutnya kau yang tahu dulu".Jawab Afifah yang terkejut dengan kehadiran Izz di tempat yang sedang mereka menginap itu.

"Pelik sungguh kan?Kita tak ade la pulak share dekat any social media yang kita ade di sini".Tambah Syukri yang sedang berfikir.

"Ahhh ahh..Aku tak tahu ape".Celah Yussry yang berdiri di antara Syukri dan Afifah.

"Tengku ade di dalam ke??".

Ke semua remaja yang berada di situ memandang empunya suara yang muncul secara tiba-tiba dengan memakai hoodie berwarna hitam.

"Ade tapi kamu ni siapa ye?".Tanya Ina yang tidak pernah melihat lelaki itu di mana-mana sebelum ini.

"Itu pembantu peribadi Tengku.Namanya Muadz".Celah Khai yang baru sahaja keluar daripada biliknya.Dia mengenali Muadz sejak majikan kepada lelaki itu berteman rapat dengan Rin dan dia juga pernah datang berjumpa dengan kawan baiknya di kondo sebelum ini.

"Ye saya Muadz.Maaf tak perkenalkan diri terlebih dahulu".Muadz menundukkan kepalanya seketika tanda meminta maaf.

"Tak ape.Tak perlu minta maaf pon".Jawab Aqiel yang baru tahu akan Izz mempunyai pembantu peribadi.

"Uish boleh tahan handsome gak an PA Tengku ni??".Bisik Tira kepada Aleen.

"Aah boleh tahan gak.Agak-agak da berpunya ke belum?.Soal Aleen kepada gadis yang berada di sebelah kanannya.

"Mustahil tak berpunya.Rupa ade so mestilah dia dimiliki".Tutur Afra kepada Tira dan Aleen.Ketiga-tiga mereka berdiri bersebelahan dan berbisik-bisik tentang pemuda yang good looking di mata mereka itu.

"Maaf tapi saya masih single lagi".Jawab Muadz seraya tersenyum herot.

Ketiga-tiga gadis itu memandang wajah mereka di antara satu sama lain seraya menutup mulut mereka sendiri.Mereka tidak jangka yang pembantu peribadi Tengku Khalil Izuddin Arasy itu mendengar perbualan mereka bertiga.

"Boleh saya tahu,Tengku ada di dalam ke??".Soal lelaki yang berperwatakan lembut itu sambil memandang wajah Khai.

"Iya...Tengku kata..Dia nak duduk sini sampai Rin sedar".Balas Khai kepada soalan yang ditanyakan oleh Muadz.

"Sampai Rin sedar??Kenapa??Rin sakit ke??".Tanya Muadz sambil kepalanya digelengkan juga dia menepuk dahinya.

Khai dan Kiran menerangkan tentang apa yang telah terjadi sebentar tadi kepada Muadz tetapi reaksinya selepas mendengar cerita yang diceritakan oleh Kiran dan Khai ialah....

"Hahahaha".Muadz tergelak besar manakala Kiran dan Khai memandang sahaja lelaki yang sedang ketawa itu.Mereka keliru sama ada mereka sedang menceritakan kisah seram atau lawak jenaka.Mereka beranggapan yang Muadz pasti akan terasa kasihan akan Rin tetapi ketawa juga menjadi pilihan pemuda itu.

"Bengong betullah diaorang ni.Memang mengamuklah Tengku tu kejap lagi dan mangsanya....Aku".Telah Muadz di dalam hati sambil mengelengkan kepalanya.

"Kenapa encik gelak??".Soal Afra yang pelik melihat lelaki itu tergelak setelah mendengar cerita mengenai Rin.

"Kadang-kala..Tidak semua yang kita nampak itu betul.Pasti ada sesuatu disebaliknya".Tutur Muadz yang matanya memandang bilik Rin.

"Ape dia cuba sampaikan ni??".Bisik Aleen kepada Afra yang riak mukanya masih tidak berubah.Terserlah wajahnya yang blur itu.

"Dia nak.......Sampaikanlah salam cinta ku padanya~~".Balas Afra yang menyanyikan lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi lagenda Malaysia iaitu Alleycats.

"Eish bukan sampaikanlah salam tu la...Yang ni..Sampaikan salam buat semua~~~".Potong Tira yang menyanyikan lagu daripada ALLAHYARHAM Sudirman pula.

"Ya ALLAH..Jangan sampaikan tangan aku ni hinggap kat muka korang.Memang kirim salam korang kejap lagi".Aleen mula geram dengan gurauan mereka berdua.

"Tapi ann....Sado tu memang sado.. Cuma ada something je yang tak kena".Sambung Afra yang memandang wajah lelaki yang sedang memakai hoodie berwarna hitam itu.

"Apa yang tak kena??".Tanya Tira yang tertanya-tanya dengan tanggapan Afra.

"Awat dia macam lembut jeee??".Kata Afra yang membuatkan Aleen dan Tira memfokuskan pandangannya kepada Muadz yang baru mereka perasan.Cara percakapan pemuda itu agak lembut jika dibandingkan dengan cara percakapan budak lelaki kelas mereka.

"Aah la wei.Aku baru perasan".Aleen bersetuju dengan kata-kata Afra.

"Hahaha..Saya memang lembut orangnya,tapi lembut-lembut ni lah yang pandai bermacam-macam jenis seni pertahankan diri".Celah Muadz yang memasang telinganya mendengar perbualan di sekelilingnya.

"Uish..Aku rasa an...Lelaki tu dia ada kuasa psychic la..Dia boleh dengar apa yang kita kata".Ujar Tira yang terkebil-kebil matanya tatkala mendengar apa yang dikatakan oleh Muadz.

"Aduiiii!!!".Aleen,Afra dan Tira mengadu kesakitan.

"Dah korang mengumpat pasal dia depan mata dia.Sah sah la dia dengar".Tutur Khai yang sempat mengetuk kepala tiga orang kawannya itu.

"Weiiii...Kira okay ape kitaorang mengumpat depan depan.Nanti kalau mengumpat belakang belakang.Bukankah itu lagi teruk?Kan korang??".Balas Aleen yang sedang menggosok kesan ketukan daripada Khai di kepalanya.

"Betul tu betul".Afra dan Tira bersetuju dengan Aleen.

Dalam pada masa yang sama,Izz masih tidak berganjak dari tempatnya.Dia masih setia duduk di sisi Rin seraya merenung wajah gadis yang masih belum membuka matanya lagi.

Persoalannya kini ialah.... "Bagaimanakah Izz boleh berada di situ?? dan "Macam mana dia boleh menemui Rin di kawasan yang gelap tadi??".

"Adakah anda mahu mengetahui jawapannya??Okay sat lagi saya cerita naaaa".Ujar author novel ini.

"Wake up Rin.Jangan buat aku risau macam ni.Kalau lah tadi aku sempat kejar Rin,Rin tak akan pengsan sekarang.Ini semua salah aku,kalau aku kejar Rin lagi cepat tadi.Benda ni tak kan jadi".Kata Izz dengan nada yang perlahan seraya menumbuk katil kerana dia berasa sungguh tidak puas hati dan geram.

"Aku tak akan lepaskan kau!!".Fikir Izz dengan matanya mula bergenang dan berona merah.

Izz bangun daripada kerusi rotan yang didudukinya dan melangkah keluar dari bilik yang dibuat dengan menggunakan bahan alam semula jadi.Tubuhnya yang berada di luar bilik Rin itu dipandang oleh kawan sekelas gadis yang disayanginya manakala Muadz pula memandang tepat muka majikannya yang sedang marah.Dia sudah dapat agak yang majikannya itu pasti akan mengamuk.

"Muadz!!!Go look for them right now!!".Arah Izz dengan jarinya menunjukkan Muadz.

"Ta..Tapi Tengku dah malam sangat ni".Jawab Muadz yang menelan air liurnya ketika mendengar arahan daripada Izz yang bersuara lantang itu.

"Aku cakap sekarang!!Sekarang!!".Jerit Izz yang mahu Muadz menurut arahannya.

"Baiklah Tengku.Saya pergi sekarang".Akur Muadz lalu membawa dirinya pergi dari situ

Sementara itu,teman-teman Rin yang lain terperanjat dan terdiam apabila melihat Izz yang keluar dari bilik Rin dengan emosinya yang marah.Sangat jarang sekali untuk mereka melihat Izz marah walaupun perwatakannya agak sombong dan annoying kadang-kadang.Selepas itu,Izz masuk ke dalam bilik Rin semula dan bermundar-mandir seraya memikirkan tentang kejadian tadi yang asyik berlegar di dalam fikirannya.

"Kenapa kena sampai macam tu sekali??Apa motifnya sebenarnya??Apa yang cuba dilakukan??Ahhhhhh aku tak faham laaaaaaa".Izz mula bengang dengan situasi yang telah terjadi kini.

"How!!How!!How and whyyyyyy!!!".Izz masih tertanya-tanya dan dia mahukan jawapan kepada soalan itu sekarang supaya dia dapat menenangkan fikirannya daripada memikirkan tentang keadaan Rin.

"Izz??Kau ke tu???".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience