TC 2 Bab 5

Romance Series 30286

"Maaf Tengku..Saya bukannya tak nak cuma saya ada banyak kerja..Banyak lagi order yang saya kena buat".Rin menolak pelawa Tengku Fayyad Ariq Zayne dengan sopan.

"Tinggalkan sekejap tak boleh??Saya tak amik masa yang lama..Tak kan tak boleh".Tengku Fayyad Ariq Zayne masih tidak berputus asa.

"Tapi...".

"Hi Tengku!!!".Jerit seorang lelaki yang ternampak Tengku Fayyad Ariq Zayne.

"Hi Hairi!!".Balas Tengku Fayyad Ariq Zayne.

"Dah kenapa pulak dia ada kat sini..Aduhaiii".Marah Tengku Fayyad Ariq Zayne di dalam hati.

"Eh hai sayang..Tengku apa khabar??Lama tak jumpa dengan Tengku".Hairi menegur tunangnya terlebih dahulu sebelum menanyakan khabar Tengku Fayyad Ariq Zayne.

"Good..How about you??Have a seat..Join la aku makan sekali".Ajak Tengku Fayyad Ariq Zayne manakala Rin mengambil peluang itu untuk beredar dari situ.

"Hah Tengku..Itu tunang saya Rin..Dialah perempuan yang saya pernah cerita kat Tengku masa kita ke China dulu..Kitaorang akan kahwin lagi 5 bulan..Hope kau datanglah majlis kitaorang..".Terang Hairi seraya menunjukkan jari telunjuknya kepada Rin yang sedang menuruni tangga.

"Ohh..Saya tahu..Selalu tengok kat insta je..Kau kan popular,kat mana-mana ada gambar korang..Tunang kau tu boleh tahan lawa jugak ye..Pandai kau pilih and of course la aku akan datang majlis korang".Ujar Tengku Fayyad Ariq Zayne.

"Hahaha..ALHAMDULILLAH..Rezeki aku dapat tunang lawa and baik macam tu".Jawab Hairi yang bersyukur mendapat tunang seperti Rin.

"Hurm??Kau ingat korang akan kahwin??".Desis Tengku Fayyad Ariq Zayne.

Tengku Fayyad Ariq Zayne dan Hairi berborak dan makan bersama-sama.Rancangan Tengku Fayyad Ariq Zayne tidak dapat dilaksanakan kerana kedatangan Hairi yang mengejut itu.Dia mengisi perutnya dengan makanan yang sudah terhidang di atas meja.Bayangan Rin tidak muncul selepas dia mempelawa gadis itu untuk makan bersamanya.Dia perlu memikirkan cara yang lain untuk menyambung rancangannya yang tergantung itu.

--------
"Okay okayyyy...Come on Rin..Kitaorang tak sabar nak tengok kau ni!!".Jerit Khai yang merupakan salah seorang daripada bridesmaids Rin untuk majlis perkahwinan Hairi dan temannya itu.

"Baju yang kita tempah for kita pakai masa Rin kahwin nanti dah siap ke?".Tanya Aleen yang teringat akan kain yang dihantar Wawa kepada tukang jahit yang digemarinya.

"I'm not sure la babe..Tapi tailor tu kata baru siap dua dress..Lagipun aku suruh dia jangan kalut sangat sebab majlis lama lagi".Jawab Wawa yang sedang duduk di atas sofa sambil menunggu bakal pengantin itu.

Seorang perunding yang memakai blouse itu memberi isyarat kepada kawan-kawan Rin yang sudah memakai dress yang dipilih oleh Khai.Afra sudah menepuk tangannya apabila melihat Rin yang mengenakan tubuhnya dengan dress yang berwarna peach dan berlace.Telefon yang sedang dipegang Linda sudah bersedia untuk mengambil beberapa keping gambar.Gambar-gambar itu akan dihantar kepada Hairi melalui whatsapp.Rin tidak memberitahu tunangnya tentang kehadirannya ke butik RaVeLis Collection kerana dia tidak mahu menggangu Hairi yang sedang sibuk bekerja.Dia akan memilih baju pengantinnya pada hari itu juga kerna dia tidak mahu membuang masa,majlis perkahwinannya tinggal 4 bulan sahaja lagi.Barang hantaran pun dia tidak cari lagi kerana jiwanya langsung tidak rasa teruja untuk berkahwin.Cermin dipandang Rin dengan senyuman herot.

"Aku rasa macam tak okey je...Korang rasa okey ke??".Soal Rin seraya memusingkan badannya ke arah teman-temannya.

"Eeermm..Okey memang okey Rin cuma macam ada something yang kuranglah Rin".Tutur Wawa.

"Kan....Aku pun rasa macam tulah babe..Cantik memang cantik tapi entahlah..Kau ada rasa something special tak bila pakai baju tu..Rasa macam sedih ke terharu ke or anything else".Tanya Aleen yang turut bersetuju dengan pendapat Wawa.

"Nothing...Aku tak ade rasa apa-apa..Ok aku rasa aku patut pakai baju lain pulak".Rin mengekori perunding butik itu untuk menukar bajunya.

Dress yang berwarna turquoise pula disarungnya setelah mengamati kecantikan dan rekaan baju itu.Sungguh tidak dijangkakannya,dia tersenyum dan puas hati dengan dress yang dipakainya.Gadis itu dengan pantas keluar dari fitting room itu untuk menunjukkan kepada kawan-kawannya.Khai dan yang lain tidak mampu melekangkan senyuman mereka tatkala Rin berada di hadapan mereka dengan wajah yang berseri-seri.Linda meminta perunding yang bernama Cindy itu memakaikan veil di atas kepala Rin.Andy Verlind menepukkan tangannya lalu membantu Cindy mengembangkan kain di bahagian belakang dress Rin.

"Rin..Aku akan putus kawan dengan kau if kau tak suka dengan dress ni".Ugut Tira yang sangat gemar melihat Rin memakai dress itu.

"Betul Rin serius lawa gile kau pakai dress ni..Please la pilih dress ni wei..Kau kan suka dress macam ni..Ada lace then ada sparkle-sparkle gituuuu..Ini style ko weii".Khai amat tahu akan citarasa kawan baiknya.

"Kan kan kan kan kan kan..Lawa annn..Aku suka ah dress ni..".Rin gembira dengan pilihannya.

"Tapi..Kau ada rasa apa-apa tak??".Soal Aleen yang menanyakan soalan yang sama seperti tadi.

"Haah eh..Aku suka baju ni..Cantik and kena dengan aku..Tapi..Kenapa aku tak ade rasa ape-ape eh??Kenapa aku tak ada rasa nak nangis bila aku pakai baju ni??".Desis Rin.

"Aku ada rasa camtu".Rin bercakap bohong dengan Aleen.

"Yesssss so..Kau serius ke dengan baju tu..Kau memang betul-betul ke nak baju tu??".Soal Afra untuk mengetahui keputusan Rin.

"Of course la..YESSSSSS!!!!".Jerit Rin lantas dipeluk oleh kawan-kawannya dengan rasa yang sungguh gembira.

"Wow cantiknya princess I".Kata seorang pemuda yang memakai vest itu.

"Eh you??You buat ape dekat sini??".Soal Rin yang terkejut dengan Hairi yang tiba-tiba muncul itu.

"I datang nak tengok princess I lah..Tak kan I nak bincang pasal business pulak dekat sini".Kawan-kawan Rin serentak berundur ke belakang lalu duduk semula di atas sofa.

"You..Kan I dah bagitahu..I tak nak kacau you..You kan sibuk..I okey je datang sini dengan kawan-kawan I".Rin bersuara dengan nada yang lembut.

"Bagi you okay tapi bagi I tak..You ingat I nak lepaskan ke saat-saat you cantik macam ni..".Hairi tetap merenung mata Rin tanpa mengalihkannya ke arah lain.

"Tapi I kesian kat you..Nanti kerja-kerja you makin menimbun".Rin kasihan akan Hairi yang sering keluar dari pejabatnya semata-mata untuk berada di samping Rin.

"You..Sekali lagi you cakap macam ni hilang gincu kat bibir you ni".Hairi menyentuh seketika bibir Rin.

"Kalau you beranilah..Sebab kalau you buat..Nanti you masuk pejabat dengan pipi yang ada blusher tau".Balas Rin sambil menjungkitkan keningnya.

"Ohhh nanti pipi I ada blusher sebab you nak tutup kesan kiss you kat pipi I eh??Pandai you ni..Haa cepat I dah ready ni".Suruh Hairi seraya mencucuk-cucuk pipi kanannya.

"Linda..Kau tolong belikan goreng pisang kat depan tu..Makan time-time ni sedap ni".Minta Khai yang sudah duduk bersilang-panggung itu.

"Jangan lupa..Belikan teh ais derhaka sekali..Whipping cream lebih sikit".Tambah Tira yang terasa dahaga itu.

"Aihh korang ni serius ke nak aku belikan??Kalau betul..Meh duit..Aku tak bawak banyak duit ni".Tanya Linda yang hanya membawa RM3 sahaja.

"Tak ade la..Aku gurau je..Dah jom sambung tengok".Ajak Khai.

"Eishh you ni..Annoyinglah..Suka kacau I kan..Malu I kat depan kawan-kawan I ni".Rin terpandang Aleen yang mengenyitkan matanya kepada Rin.

"Eleh tak pe la..Diaorang pun tahu yang I ni siapa pada you..Nak malu buat ape..Nanti lepas kita kahwin,hilanglah rasa malu you nanti".Bicara Hairi sambil memegang telefon pintarnya untuk berswafoto dengan gadis yang berada di sebelahnya itu.

"Okay..Gambar ni boleh jadi wallpaper baru I..By the way,you jom dinner malam ni".Ajak Hairi yang mahu makan malam berdua-duaan sahaja dengan Rin.

Rin menjawab ajakan Hairi dengan menganggukkan kepalanya beberapa kali seraya menerbitkan seukir senyuman.Gadis itu sering memujuk hatinya untuk belajar mengenali Hairi dan cuba menyayanginya lebih daripada seorang kawan memandangkan mereka bakal bergelar suami isteri.Ada juga dia terfikir yang perasaan itu mungkin akan dirasainya apabila dia sudah bernikah dengan jejaka itu.Datin Syarifah Mariah Mikayla pernah memberi nasihat kepadanya.

"Bercinta selepas nikah tu kan indah..Tak salah kan kalau Rin buat macam tu..Mama nak yang terbaik untuk Rin..Remember this okay".

Mungkin ada betul kata mamanya.ALLAH telah merancang dan mengatur kehidupan kita sebagai hambaNya cuma tinggal kita sahaja yang perlu melaksanakan rancanganNya dengan penuh rendah diri.Perubahan Hairi yang dapat dilihat dan diperhatikan Rin amatlah drastik.Hairi yang dahulu,diharap tidak melakukan lagi perkara yang sia-sia dan dimungkari ALLAH.Bakal pengantin perempuan itu sering mengingatkan Hairi bahawa janganlah dia berubah kerana dirinya tetapi dia perlu berubah kerana sang Pencipta kita iaitu ALLAH S.W.T.Tidak kiralah sama ada kita banyak dosa atau tidak, kita perlulah segera memohon keampunan agar hidup kita lebih tenang dan dipermudahkan segala urusan.

"Haiiiii..Termenung apa lagi tu???I dah ada kat depan ni buat ape nak termenung..Wake up love".Hairi memetik jarinya.

"Eee..Mana ada I termenung..I just tenung my future hubby je".Kata Rin yang sudah mencairkan hati Hairi yang berada di hadapan wanita itu.

"You ni..Janganlah macam ni..Susah hati I nak kawal if you buat jantung I laju macam ni..".Tutur Hairi yang tersenyum manis.

"You ingat you je boleh bagi ayat-ayat manis kat I..I pon bolehlah".Lawan Rin sambil tersengih.

Sesampainya di rumah Rin,abangnya iaitu Syed Eizlan Ekhuan Syah menunggunya di pintu pagar.Ekh tidak memandang wajah bakal adik iparnya itu.Teguran daripada Hairi juga tidak diendahkannya.Dia tahu akan perubahan Hairi tetapi hatinya masih terasa yang jejaka itu tidak sesuai untuk dijodohkan dengan adik kesayangannya.

"Dah pilih dah baju??".Tanya Ekh.

"Sudah".Balas Rin sambil melambaikan tanggannya buat Hairi.

"Abang nak tanya ni..Rin semenjak dua menjak ni ada rasa macam ada orang ikut Rin tak??Bila Rin pergi shopping or pergi mana-mana..Ada??".Ekh bertanya kepada Rin setelah dia mendengar cerita daripada teman serumah adiknya.

"Ermm..Rasa macam tak ade je..Kenapa abang Ekh tanya??Kalau ada yang selalu ikut senyap-senyap tu pun biasanya bodyguard Hairi..Selain daripada tu rasanya tak ade..".Joyie sentiasa berada di sekitar Rin setelah mendapat arahan daripada Hairi untuk memerhatikan wanita itu dari jauh.

"Ermm??Pelik..Kenapa Hairi hantar bodyguard dia??Rasanya sebelum sebelum ni tak ade kan??".Ekh masih tidak menemui jawapan kepada soalannya.

"Sebenarnya kan bang..Baru-baru ni...".Rin menceritakan perkara yang telah berlaku pada hari lahirnya sewaktu dia menerima sekeping kertas daripada orang yang tidak dikenalinya.Tulisan yang penuh dengan ugutan itu merisaukan tunangnya juga.Ekh yang mendengar peristiwa hitam Rin itu berasa geram dan tidak puas hati.

"Kenapa Rin tak bagitahu abang pasal ni?Rin tahukan benda ni bahaya..Rin tu perempuan tau".Ekh agak marah dengan Rin.

"Macam mana la Rin nak bagitahu kalau abang sekarang selalu outstation..Pastu selalu sibuk..".

"Ye la lagipun sekarang abang baru je bukak company sendiri so no wonder la abang sibuk..Tapi Rin boleh je kan call abang".Ujar Ekh yang semakin risau akan keselamatan jirannya.

"Abang jangan risaulah..Setakat ni Rin okay je..Tak dapat apa-apa ugutan lagi..In Shaa ALLAH okay..Rin nak masuk dulu boleh sebab nak mandi..Panas".Minta Rin yang diizinkan oleh Ekh.

Ekh memandang keadaaan di sekeliling rumahnya dan rumah Rin.Tiada sebarang pergerakan atau orang yang aneh berjalan di situ.Rumah mereka agak jauh daripada rumah-rumah yang lain.Ekh merenung pula rumahnya dan ternampak sesuatu yang memberi idea kepadanya.Sebelum dia terlupa,dia membuat panggilan dengan menggunakan telefon pintarnya.

"Ray datang rumah aku kejap..And tolong contact Shawn sekali..Aku nak mintak tolong dia ni..Cakap dengan dia urgent!!".

>>>>>>>>

"How about this??".Tanya Hairi yang memegang beg tangan berjenama Guess.

"Cantik..I suka..Simple but nampak elegant".Rin suka akan pilihan Hairi.

"Okay handbag kita dah jumpe..Sekarang kita cari kasut okay".Hairi bersemangat mencari barang hantaran untuk Rin.

"You ni tak penat ke??Lepas habis kerja you spend time dengan I..Sepatutnya time time macam ni you rehat dekat rumah".Rin memandang lelaki yang berbaju rona royal blue itu.

"Nope..Tak penat pun..I makin excited adalah..You jangan risau sangatlah..I okay je..Asalkan I dapat sarungkan cincin kat jari you".Kasut berjenama Crocodile dipandang Hairi.

Rin tidak bersuara ketika dia mendengar Hairi menyebut tentang cincin.Dia melihat beberapa kasut yang menarik penglihatannya lalu menunjukkan kepada Hairi.Mereka berdua mencari barang hantaran setelah makan malam bersama.Semakin hampir hari pernikahannya, semakin dia sedar akan banyak perkara yang masih belum diselesaikan lagi.Lagi 4 bulan tapi dia baru mencari baju untuk bersanding,barang hantaran,cincin dan lain-lain.Dia gusar jika Hairi perasan akan dirinya yang kelihatan tidak bersemangat dan tidak teruja akan majlis perkahwinan mereka yang bakal menjelang.Goodies yang akan diberikan kepada para tetamu tidak perlu difikirkannya kerana hal itu akan diuruskan oleh rakan sekerjanya.

"Puan Sri,saya rasa kasut ni sangat sesuai dengan Puan Sri".

"Betul ke??Kalau macam tu..Saya amik ni ye".

"Baiklah Puan Sri".Pekerja di kedai itu membawa kasut yang dipilih oleh pelanggan mereka ke kaunter bayaran.

Rin menolehkan kepalanya tatkala mendengar pekerja di situ memanggil pelanggannya "Puan Sri".Wanita yang memakai tudung bawal itu ditenung Rin sehinggalah wanita itu tertembung mata dengannya.Rasa sedih kembali bertempat di dalam hati Rin.Wanita yang dipandangnya menerbitkan segaris senyuman dan melangkahkan kakinya keluar daripada kedai itu.Pembantu wanita itu juga segera mengambil kasut yang dibeli oleh majikannya lalu mengekorinya dari belakang.Rin berasa tidak puas hati dan segala persoalan yang sering ditanya olehnya masih tidak terjawab.

Mengapakah orang yang mengenali Izz mengelak daripada dirinya??Apakah sebab mereka berbuat sedemikian??Mengapakah mereka langsung tidak memberitahunya tentang keadaan Izz??Mengapa?? Kenapa??Why why why!!

"Hari ni aku nak tahu jawapannya..Aku tak kira..Aku...Aku nak tahu kenapa diaorang buat macam ni pada aku!".

Rin berlari tanpa memberitahu Hairi tujuannya.Hairi yang melihat tunangnya berlari itu terus pergi mendapatkannya.Kepala Rin dipusingkan ke kanan dan ke kiri,dia perlu mencari wanita itu kerana mungkin selepas ini dia makin sukar untuk berjumpa dengannya.Idea yang bernas muncul di fikirannya.Dia pergi ke tempat meletakkan kenderaan dan cuba mencari kereta wanita itu.Nombor plat,warna dan jenama kereta wanita itu amat diingatinya.Pada waktu yang sama,Hairi yang clueless itu tidak menjumpai tunangnya.Dia menghubungi Afzal dan Joyie untuk meminta bantuan.

Beberapa minit kemudian,wanita yang ditunggu-tunggu Rin berada di hadapannya.Gadis itu merapatkan tubuhnya dengan wanita yang bergelar Puan Sri itu.

"Mummy...Mummy kenapa larikan diri daripada Rin?".Dengan hanya mengatakan sebaris ayat sahaja,air mata Rin mula bergenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience