Bab 35 : CBYS

Romance Series 109654

"Qazrina?"

Yusra Saidah menyebutnya perlahan namun masih didengari oleh Fairuz.

Tubuh Fairuz sedikit menggeras mungkin kerana terkejut mendengar nama yang disebut Yusra. Tambahan lagi, mereka baru sahaja berbincang tentang 'dia'. Kata orang ni petanda 'panjang umur'.

Yusra menghulurkan telefon itu kepada Fairuz dan Fairuz mengambil. Sekilas dia lihat skrin telefon.

Masing-masing saling berpandangan sehingga telefon Fairuz senyap dengan sendiri. Yusra menarik nafas lega bila telefon itu diam. Namun sekali lagi telefon pintar Fairuz berbunyi.

Fairuz melihat skrin telefonnya, 'Qazrina' lagi. Fairuz serba salah. Mahu menjawab panggilan itu ataupun tidak.

"Jawab jelah, mana lah tahu, kot-kot urgent." Yusra bersuara mematikan renungan Fairuz pada telefonnya. Sedikit bingit telinganya mendengar lagu entah apa tajuk tu menjerit minta dijawab panggilan telefon.

Fairuz termangu seketika sebelum mengambil keputusan untuk menjawab panggilan itu.

"Sekejap. Tunggu sini, jangan pergi mana-mana." Fairuz bangun dan berlalu ke ruang dapur. Sedikit menjauh dari Yusra. Dengar Fairuz bercakap-cakap di talian tapi tidak jelas butir bicaranya.

Tak sampai pun 10 minit, Fairuz muncul semula. Dia kembali duduk di tempatnya. Yusra hanya pandang Fairuz, menunggu sebarang penjelasan dari Fairuz. Fairuz dengan lagak selamba kembali meneruskan kerjanya tanpa pedulikan renungan Yusra.

"Kenapa dia call?" Tak sabar menunggu, Yusra akhirnya bertanya.

"Ingat kan tak nak tanyaaa..." gumam Fairuz perlahan. Sedikit terukir senyuman di bibir.

"Apa?"

"Tak ada apa. Dia ajak keluar jumpa dia je," jawab Fairuz bersahaja. Matanya masih difokuskan pada skrin komputer ribanya.

Mata Yusra membuka dengan luas. Pantas kepala toleh pada Fairuz.

"Hah? ajak awak keluar? kenapa?"

"Entah..Dia rindu aku kot," jawab Fairuz dengan angkat bahu sebelah dan mencebik bibir.

''Rindu awak? Dia kan isteri orang, awak tu kan suami orang, kenapa mesti dia rindu awak?" Bertubi-tubi soalan ditanya. Sakit pula hati dia. Tangan dibawa peluk tubuh sendiri.

Melihat reaksi Yusra, Fairuz kulum senyum. 'Tahu jealous jugak budak kecik ni.'

"Nak buat macam mana dia rindu aku. Dia ajak la aku jumpa dia." Tambah Fairuz sengaja menambah minyak pada api cemburu Yusra.

"So, awak setuju la nak jumpa dia?"

"Emmm.... Jap. Aku fikir." Jari Fairuz diletakkan ke dagu. Yusra menanti dengan debaran.

"Dia selalu call awak ke?" tanya Yusra lagi. Tidak puas hati dengan tindak tanduk Fairuz. Lambat sangat bagi dia jawapan.

"Tak pun. Lepas kita kahwin, rasanya ni kali pertama kot. Kenapa, kau jealous erk?" Fairuz mengangkat keningnya. Tatap wajah cemberut Yusra.

Yusra menjeling. 'Lagi mau tanya ke?'

"Mana ada... saya tanya je," tungkas Yusra.

"Yelah tu.. kalau betol pun, kau bukannya nak mengaku kan?" giat Fairuz lagi.

"Dah awak tu suami saya, mesti lah saya kena tanya. Tak kan saya nak diam je bila ex-girlfriend awak contact awak balik. Mana lah tahu kot-kot dia nak awak balik." Tambah Yusra lagi. Agak keras suaranya.

"Kalau dia nak aku balik?" Giliran Fairuz bertanyakan soalan.

Serentak itu Yusra toleh pada Fairuz. Sedikit terkedu dengan soalan Fairuz.

"Awak nak dia balik ke?" Yusra pulangkan balik soalan Fairuz.

Fairuz diam. Masing-masing saling berpandangan. Fairuz menghela nafas panjang sebelum bersuara.

"Aku tak perlu isteri dan perempuan lain dalam hidup aku, Yusra. Cukuplah ada seorang perempuan yang berjaya tambat hati aku. Buat aku selalu rasa bahagia dengan dia walaupun aku sendiri tak pasti dengan hati dan perasaan dia terhadap aku. Kau masih tak boleh terima aku ke Yusra? Kau masih ragu-ragu dengan aku?"

Giliran Yusra pula terdiam. Kali ini entah yang ke berapa kali Fairuz meluahkan tentang perasaannya pada dia. Ragu-ragu kah dia? Bahagiakah dia bila bersama Fairuz?

"Sa.. saya sebenarnya selesa dengan awak. Saya masih lagi belajar untuk terima awak. Tapi bukan senang untuk saya terima awak lepas apa yang dah jadi pada saya dulu. Saya takut awak tinggalkan saya sama macam dia tinggalkan saya."

"Kau masih ingat dia lagi ke?" Fairuz tatap mata Yusra dalam.

Mahu dengar penjelasan dari Yusra sendiri. Hatinya tak sabar mahu selesai kan segera segala teka-teki yang selalu bermain di benaknya.

"Dia orang pertama yang saya suka. 7 tahun saya setia tunggu dia. Tapi tiba-tiba saya dapat tahu dia tinggalkan saya sebab seseorang yang saya sayang." 'Dan orang itu adik ipar saya sendiri.' Sambung Yusra dalam hati.

"Saya percaya dengan janji dia. Tapi dia dah kianati janji dan hancurkan harapan saya. Mungkin awak rasa saya ni bodoh sebab percayakan janji seseorang yang saya baru kenal, kan?" Yusra bertanya dengan suara lirih. Sakit terasa bila teringat kisahnya dengan Faiz. Faiz, sepupu suaminya sendiri!

"Tak boleh ke kau lupakan semua tu dan beri aku peluang?" Fairuz mengambil tangan Yusra dan digenggam erat. Sebelah tangannya naik menyentuh dagu Yusra mahu Yusra pandang mukanya.

"Aku betul-betul sayangkan kau, Yusra. Bagilah aku peluang untuk kenal kau dengan lebih lagi sebagai isteri kesayangan aku. Bagi aku peluang untuk aku buat kau lupa pada dia yang dah kecewakan kau." Penuh berharap suara Fairuz.

"Qazrina?" Itu yang terpancul dari mulut Yusra.

"Aku dengan Qazrina dah tak ada apa-apa. Dia isteri orang dan aku suami orang," tegas Fairuz dengan penuh yakin.

"Aku tak sembang dengan dia pun tadi. Tadi aku call Ammar, aku mintak Ammar tolong cover aku. Aku dah tak ada apa-apa urusan dengan Qazrina." Sambung Fairuz.

Yusra tersenyum kelegaan. Yusra diam seketika sebelum bersuara.

"Kalau saya bagi awak peluang, janji dengan saya jangan sia-siakan kepercayaan saya?"

"Aku tak kan sia-siakan kau." Fairuz jawab dengan yakin.

"Kalau suatu hari nanti ada sesuatu yang berlaku, dah awak tak suka... Awak akan tinggalkan saya?"

Yusra takut untuk menghadapi saat bilamana Fairuz akan tahu semua ceritanya. Tapi untuk berterus terang sekarang, dia masih tidak punya kekuatan. Biarlah semuanya menjadi rahsianya untuk sementara waktu.

"Aku akan cuba lakukan yang terbaik untuk rumah tangga kita. Aku cuma nak kau seorang je jadi isteri aku untuk hari ini dan hari-hari akan datang. You're my Yusra Saidah forever. Okay?" Fairuz menunduk sedikit tatap wajah Yusra.

Yusra senyum dan mengangguk.

"Come..." Fairuz menarik tubuh Yusra ke tubuhnya. Sebuah ciuman singgah di ubun-ubun Yusra sebelum peluk isterinya erat.

* * *


Masing-masing diam. Fairuz tenang memandu dan Yusra selesa membisu. Mereka dalam perjalanan balik ke Teratak Qaseh selepas 2 hari menghabiskan masa di rumah baru mereka. Fairuz akan menghantar Yusra ke Teratak Qaseh dulu sebelum dia ke pejabatnya. Lagipun hari ini Mak Nah dan Pak Mail akan kembali ke Teratak Qaseh. Esok pula keluarga Tengku Faisal akan tiba dari England. Pasti rumah itu akan riuh seperti selalu.

Seperti biasa, Fairuz lebih suka membuka cermin tingkap kereta pada waktu pagi bagi menikmati udara pagi yang segar. Yusra bersandar kepala di kerusi dan senget sedikit badannya menghala ke cermin kereta. Tangannya berpeluk tubuh.

Kereta Fairuz berhenti di simpang empat bila lampu isyarat berwarna merah bernyala. Turut berhenti kereta Mercedes-Benz di sebelah kereta Fairuz, di sebelah penumpang. Tuan kereta Mercedes-Benz menurunkan cermin tingkap keretanya bila terpandang Yusra yang tengah mengelamun.

Tuan kereta tertoleh-toleh pada Yusra. Dan dia berbisik-bisik dengan penumpang di sebelahnya. Kedua-duanya memandang Yusra, ada senyuman nakal di bibir masing-masing. Melihat Yusra yang masih tidak memberikan respon, si pemandu membunyikan hon cuba menarik perhatian Yusra.

Yusra sedikit terkejut dan begitu juga dengan Fairuz. Fairuz dan Yusra pandang ke kereta sebelah. Lelaki itu mengangkat tangan pada Yusra. Mulutnya bergerak-gerak mungkin berkata 'hai'. Kemudian dia melambai-lambai kepada Yusra dengan senyuman nakalnya.

Yusra terkejut dengan tindakan berani mereka. 'Mengorat isteri orang di traffic light?' Terus dia pandang Fairuz. Muka Fairuz selamba dengan pandangan terus menghala ke hadapan. Menunggu saat lampu isyarat bertukar hijau.

Yusra jatuh pandangan pada tangan Fairuz yang tengah pegang stereng kereta. Tengok pada kedua-dua tangan yang tengan mengenggam stereng itu sampaikan timbul urat tangan, Yusra tertelan liur. Yusra tahu Fairuz sedang menahan rasa amarahnya.

Sebaik sahaja lampu bertukar warna, Fairuz terus menekan pedal minyak. Selaju yang mungkin. Yusra di sebelah menjerit kecil bila perasaan kereta di pandu laju lebih dari kebiasaannya. Mahu menegur, dia takut. Fairuz tengah angin. Kang tak pasal-pasal dia yang kena penampar sulung.

Sampai sahaja depan pintu rumah Teratak Qaseh, Fairuz menghentikan kereta dan bersandar di kerusi. Dadanya berombak kencang menahan rasa amarah. Matanya dipejam rapat, istigfar dalam hati. Mohon hatinya diberikan ketenangan. Dalam lima minit dia begitu, dia buka mata.

"Are you okay now?" Yusra bertanya di tempatnya. Dia tidak akan keluar dari kereta selagi dia tidak memastikan Fairuz dalam keadaan 'okay'.

"Sorry aku dah takut kan kau tadi. Aku marah dan aku tak suka," ujar Fairuz. Tangannya dibawa ke muka. Meraup wajahnya sekali.

"Tak apa. Janji sekarang awak dah okay. Pergi kerja elok-elok tau. Jangan marah-marah lagi," pesan Yusra.

"Okay. Duk rumah elok-elok. Tengahari nanti, kalau aku free aku balik. Nanti aku WhatsApp kau dulu. Aku pergi kerja dulu." Fairuz menghulurkan tangannya dan Yusra bersalam sebelum keluar dari kereta Fairuz.

"Okay awak. Hati-hati bawak kereta. Assalamualaikum."

"Waalaikummusalam. InsyaAllah."

* * *

          
Usai berdoa, Fairuz bangkit menyakut sejadah dan menanggalkan kopiah. Kemudian dia mengatur langkah menuju ke ruang bawah. Bunyi gelak ketawa si kembar mencuit rasa hati. Langkahnya dilencongkan ke taman mini belakang Teratak Qaseh. Si kembar sedang berkejaran dengan Yusra Saidah. Riuh suara Farhan dan Farhana melarikan diri dari Yusra yang mengejarnya di belakang.
       
Fairuz mengintai di sebalik dinding. Memerhati raut wajah sang isteri yang sedang gelak ketawa. Muka yang putih kemerahan- merahan itu kelihatan sedikit merah mungkin mengah berkejaran dengan anak-anak saudaranya. Mata itu cantik, mata bulat. Hidung pula cantik terletak dan tidak mancung sangat. Bibir mungil itu kelihatan sentiasa segar dan  kemerahan. Bila tersenyum terserlah lekuk lesung pipit di kiri dan kanan pipinya. Cantik persis bidadari! Fairuz mengukir senyuman. Bahagia memiliki isteri secantik Yusra.
         
"Ruz, buat apa kat sini? kenapa tak duduk kat sana?" sergah Mak Nah dari belakang sambil menatang dulang seteko air kopi dan kuih seri muka.

Fairuz tersentak sedikit sebelum dia menoleh lalu tersengih. Terkejut sebenarnya dengan sergahan Mak Nah tadi.
         
"Jom la Ruz," ajak Mak Nah lagi.

Fairuz mengangguk lalu mengekori langkah Mak Nah dari belakang.
        
Fairuz melangkah ke gazebo. Disitu sudah kelihatan Tengku Furqan sedang duduk memerhati anak-anaknya. Atau lebih tepat lagi sedang memerhati Yusra yang sedang memeluk anak-anaknya. Bibir itu tersenyum senang.

Fairuz menarik kerusi dan melabuhkan duduknya. Matanya sesekali dikerling abangnya. Tidak senang dengan cara abangnya memandang Yusra.
        
"Umi mana abang?" Fairuz cuba mengalihkan pandangan abangnya dari terus memerhati isterinya. Furqan menoleh pandangan pada Fairuz.
        
"Umi ada kat dalam rasanya. Ruz baru balik ke? Macam mana rumah tu, okay tak?"
        
"Ha'a.. balik lewat sikit hari ni, ada hal dengan client. Rumah tu okay. Yusra suka. Thanks to abang and abah" Senyum Fairuz bila teringat tentang rumah hadiah dari abah dan abangnya.
        
"Alhamdulillah kalau Ruz dan Yusra suka rumah tu. Jenuh kami fikir citarasa korang. Abah la beria-ria nak rumah tu. Abang follow je. Macam-macam abah letak syarat untuk rumah tu. Dan yang paling penting rumah tu mesti dekat dengan U Yusra dan Office Ruz. Tengok sampai tahap macam tu sayangnya abah pada Yusra. Dia risau keselamatan Yusra kalau Ruz kerja balik lewat malam. Ruz, kalau boleh jangan la workaholic sangat, kesian Yusra nanti." Furqan memberi nasihat.

Fairuz mula memegang belakang kepala. Menyedari silapnya. Yusra yang masih bergelak ketawa itu dipandang. Timbul perasaan bersalah.
       
"Yusra baik orangnya Ruz. Abang tak rasa Ruz boleh cari perempuan lain sebaik Yusra. Mungkin susah untuk Ruz terima perkahwinan Ruz dengan dia yang agak 'old-school' ni.. tapi percayalah cakap abang, Ruz akan suka dia dan hargai dia bila Ruz dah betul-betul kenal dia. Abang minta maaf atas keterlanjuran abang hari tu. Abang mengaku yang abang suka dia tapi abang dah boleh terima yang Yusra untuk Ruz. Bukan untuk abang." Luahan hati Furqan, ikhlas dari lubuk hatinya.
       
Dia tidak mahu gara-gara keterlanjuran kata-katanya tempoh hari, memberi kesan kepada perhubungan dia dan Fairuz. Fairuz terkedu seketika mendengar luahan abangnya.
      
"Ruz tak salahkan abang 100%. Lagipun abang yang first kenal Yusra," balas Fairuz senada, tidak dapat nafikan hakikat itu. Air kopi dihirup perlahan. Furqan tersenyum.
      
"Abang tahu Ruz suka dia. Layan dia elok-elok. Jangan nanti ada yang rembat dia, baru Ruz menyesal." Furqan berseloroh.

Baru Fairuz ingin membalas, dengar suara anak-anak saudaranya riuh memanggil nama mereka berdua.
       
"Papa, Pak Ngah.. sini kejap. Tengok kaki Mak Ngah ni. Darah!"Jerit Tengku Farhana.

Tangan kecil itu melambai-lambai memanggil papanya. Serentak Furqan dan Fairuz bangun. Segera laju menerpa ke arah Yusra.
      
"Kenapa ni Yusra?" Tanya Furqan dan Fairuz serentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience