Bab 89 : Ending II

Romance Series 109654

"Sayang, tak nak masuk ke?" Tegur Fairuz kepada isterinya bila sedar Yusra tidak mengikuti ahli keluarganya yang lain masuk ke dalam rumah.

Yusra dilihat masih di luar. Gayanya seperti tengah tunggu kedatangan seseorang. Siapa yang Yusra tunggu? Rasanya semua ahli keluarga mereka sudah pun tiba. Majlis pun akan bermula sebentar sahaja lagi.

"Sayang?" Panggil Fairuz lagi. Kali ini Yusra menoleh padanya. Fairuz angkat kening.

"Tunggu siapa?"

"Yusra tunggu Kak Fatt. Dia tak datang ke?"

Fairuz diam. Tahu isterinya masih mengharapkan hubungannya dengan Fatihah pulih seperti sedia kala. Walaupun setahun berlalu peristiwa itu, Yusra sangat lembut hatinya. Memaafkan dan melupakan segala perbuatan Fatihah terhadapnya biarpun dia sendiri bagaikan nyawa di hujung tanduk. Bukan sahaja nyawanya tapi turut melibatkan nyawa Farish Yazeed dan Faliqh Yasser.

"InsyaAllah nanti dia datang. Jom la kita masuk, semua orang dah tunggu kita kat dalam."

"Abang, Kak Fatt masih tak boleh terima Yusra ke? Selama kita ziarah dia di Rumah Perlindungan Raudah, Kak Fatt tak pernah terima kedatangan kita.. Dia masih tak terima Yusra ke abang?"

"Kita bagi dia masa untuk dia betul-betul bersedia. Kita tak boleh nak paksa dia untuk terima kita kalau dia tak ikhlas. Abang tahu isteri abang ni, hatinya lembut.. sentiasa memaafkan kesalahan orang lain walaupun teruk macam mana pun orang dah buat pada sayang."

"Abang tahu sayang rindukan dia tapi sayang kena ingat..kadang-kadang kita perlu bagi masa dan ruang kepada 'dia' untuk dia belajar muhasabah diri, renung nasib diri.. menyesali setiap perbuatannya. Abang tahu dia dah tak macam dulu. Dia dah berubah, dah insaf. Nanti bila tiba masanya dia sendiri akan berdiri depan Yusra, tarik tangan Yusra, dan peluk tubuh Yusra. Dia sendiri akan minta maaf dari Yusra. Okay sayang?" Sambung Fairuz. Pipi isterinya dielus lembut.

Yusra mengangguk. Sedikit sejuk hatinya. 'Hati, sabar lah. Akan tiba masanya, InshaAllah' Bisik hati Yusra.

"Dah, jom kita masuk. Jangan lupa senyum. Ramai orang nak tengok mummy heroes ni senyum." Fairuz menggenggam erat tangan isterinya seraya menariknya masuk ke dalam rumah.

* * *

Segalanya berjalan dengan lancar. Yusra panjat kesyukuran diatas segalanya kelancaran majlisnya. Si kembar lena dalam dukungan ibunya, Hajjah Sumayah dan seorang lagi dalam dukungan ibu mertuanya, Tengku Fauziah. Haji Shafie dan Tengku Faisal rancak berborak dengan beberapa orang lagi bapa saudara suaminya.

Toleh ke sisi, suaminya sudah bersedia mahu menyuap Nasi Beriani ke mulutnya. Yusra membuka mulut. Matanya sibuk pandang ke kiri kanannya, risau kalau ada mata-mata yang memandang. Nanti macam-macam cerita keluar.

"Kenapa ni?" Tanya Fairuz menyedari ketidakselesaan Yusra.

"Tak selesa la abang suap Yusra.."

"Kenapa pulak?"

Yusra angkat bahu. Nak cakap malu, nanti takut Fairuz pulak berkecil hati. Nak terus biarkan Fairuz menyuapnya, dia pulak rasa segan. Malu bertingket-tingket.

"Malu ke? Yusra isteri abang.. biar lah abang nak suap pun."

"Eh.. kau ingat kau je ke ada wife, Ruz?" Celah satu suara dari arah depan mereka.

Kedua-duanya menoleh. Ammar tersengih nakal meletakkan pinggan nasi ke meja. Aishah turut meletakkan pinggan nasinya. Ammar menjauhkan pinggan nasi Aishah, lalu tangannya diangkat untuk menyuap nasi ke mulut Aishah. Aishah buntangkan matanya. Ammar mengisyaratkan Aishah supaya membuka mulut. Lambat-lambat Aishah membuka mulutnya, jelas dengan muka terpaksa dan menerima suapan suaminya. Reaksi lebih kurang Yusra.

Yusra dan Fairuz tergelak dengan reaksi Aishah. Aishah memang cukup malu kalau Ammar tiba-tiba berlagak romeo dengannya depan kawan-kawannya.

"Aku dah tak jealous la.. aku pun dah ada." Selamba Ammar berkata sambil menyuap lagi nasi ke mulut Aishah.

"Oo.. dulu jealous la? Sebab tu tak sabar-sabar nak kahwin?"

"Eh of course la.. kau ingat kau sorang je ke nak makan bersuap macam ni? aku pun nak la.."

"Bie... jom kita duduk sini.. anje suap bie makan tau.." Celah lagi satu suara.

Mereka berempat toleh ke sebelah. Faiz melabuhkan duduknya dengan Haura. Haura mengangguk dan Faiz mula menyuap nasi ke mulut Haura dengan tangannya sendiri tanpa menggunakan sudu. Bila dia perasan ada mata memerhati, dia menjongket kening berkali-kali sambil senyum senget sebelah. Sengaja bakar suasana biar jadi hangat.

"Anje... Bie nak ayam..." Sengaja Haura melunakkan suaranya menyokong tindakan suaminya mengusik teman-teman mereka.

"Sekejap ye Bie.. Anje suap ayam.. sedap tak Bie?"

"sedapnye Anje... Anje... Bie, nak air..."

Faiz suakan gelas berisi air ribena ke mulut isterinya pula.

"Melebih-lebih la pulak korang ni..." Fairuz menjeling dengan tingkah laku Faiz dan Haura.

Ammar, Aishah dan Yusra tergelak.

"Entah.. mengada.. Sayang nak air?" Ammar pula meningkah.

Aishah sekadar mengangguk. Sejak mereka ada pasangan masing-masing ni, macam-macam hal lah pulak diorang ni. Yang menjadi mangsa, tentu para isteri. Hishh diorang ni..

"Korang ni kenapa? Nak menunjuk masing-masing dah ada pasangan la? Aku pun ada lah.. Lagi banyak experience dari korang tahu? Nak tips apa, just call me.." Syahmi tiba bersama Nabila bersama pinggan masing-masing.

"Diorang ni jealous dengan aku. Bukan salah aku, Syah." Fairuz menjawab.

"Ala.. kasi lah can kat kitorang ni.. Kitorang ni kan pasangan yang baru belajar bercinta. Baru merasa asam garam berumahtangga. Kan Amm?"

"Ha'a.. Betul tu. Masa ni lah kitorang nak tunjuk dekat anak dara yang dok menjeling kat kitorang ni, kitorang dah ada isteri." Jawab Ammar.

"Pandai lah kau ni bab-bab menjawab, tak nak kalah." Syahmi menggeleng dan mula menikmati hidangan depan mata. Nabila di sebelah hanya senyum.

"Kau dengan Yusra tu romantik sangat. Sapa je tak jealous?"

Fairuz tergelak kecil dengan jawapan Syahmi.

"Dah dengan dia yang halal untuk aku beromantik, Syah. Ni, mana Tuah dengan Jebat?"

"Ada dengan mummy dan daddy. Diorang tu kalau ada Tuah dengan Jebat, kitorang ni dah jadi macam pasangan baru berkahwin la.."

"Oo.. patut la.. cepat la ye Tuah dengan Jebat nak dapat adik.. kan Bella?" Ammar pula menyampuk.

"InsyaAllah tak lama lagi." Jawab Nabila.

"Wahh.. lebih kurang kak Haura la kan?" Tiba-tiba Aishah bertanya.

Semua diam. Masing-masing tercengang dengar berita yang baru dikhabarkan oleh Aishah. Dan yang paling tercengang semestinya si suami Haura, Faiz Iskandar.

Aishah terpinga-pinga dengan reaksi semua orang. Tetiba tidak kedengaran sudu berlagak dengan garfu. Sunyi sekejap.

"Ermmm... Aishah salah cakap ke ni?" Aishah bertanya sambil pandang wajah-wajah didepannya satu persatu. Singgah pada Haura, ternyata Haura juga terkedu.

"Seriously Bie?" Tanya Tengku Faiz kepada isterinya. Tenung muka Haura.

Haura mengangguk.

"Bie ingat nak surprisekan Anje.. tak sangka betul-betul suprise macam ni.."

"Hah.. jadi abang Is tak tahu? Sorry.. sorry Kak Haura.. Aishah ingat semua orang dah tahu..." Aishah serba salah. Tepuk mulut lancangnya dengan tangannya. Merosakkan suasana betul la mulut ni.

"It's okay Aishah. Memang Haura nak bagitahu sekarang cuma tunggu diorang reda dari bergaduh mulut dulu.." Ada tawa halus di hujung ayatnya.

Haura pandang Faiz sambil ukir senyuman lebar.

"Thanks bie." Faiz peluk Yusra.

"Congratulations Is dan Haura" Ucap Fairuz. Ikhlas dari hati. Gembira dengan berita itu.

"Tahniah Is, Haura." Nabila pula berkata.

"Tahniah Is, Haura... nanti doakan kami pula." Ammar mencelah. Sebelah tangan genggam erat tangan isterinya, tahu Aishah rasa bersalah.

"Tahniah Abang Faiz dan Kak Haura." Giliran Yusra pula mengucapkan tahniah.

* * *

Yusra tersenyum. Kagum dengan persahabatan yang terjalin antara mereka berempat. Yusra tenung Fairuz disebelah.

Fairuz, suami yang dinikahi dua tahun yang lalu. Seorang yang sangat penyayang dengannya dan anak-anak. Walaupun pada mulanya dia agak ragu-ragu dengan hubungan mereka, takut kalau rapuh di tengah jalan memandangkan mereka cuma berkenalan sebaik sahaja usai lafaz akad nikah.

Tapi siapa tahu, jodoh mereka sudah ditetapkan dari dulu. Dia 'Hak aku lah' itu kata-kata Fairuz dari dulu kepada Faiz Iskandar dan ternyata kata-kata itu jadi satu doa. Kini dia betul-betul hak Fairuz. Insha Allah selama-lamanya. Terima kasih atuk sebab tak putus asa cari Yusra. Yusra janji akan bahagiakan Fairuz.

Yusra pandang pula pada pasangan di hadapannya. Wajah Faiz pula dipandang. Faiz, sang kekasih hati sewaktu zaman hingusannya. Faiz, lelaki yang ditunggu hampir 7tahun lama tapi kerana dia bukan jodoh ku, maka hubungan kami cukup sekadar itu sahaja. Terima kasih Faiz sebab ajar Yusra tentang sesuatu.

Teringat kata-kata Faiz dulu sewaktu Faiz datang menemuinya, bagi menjelaskan segala kekusutan yang terjadi antara mereka berdua;

"Abang cari Idah. Merata abang cari tapi abang tak jumpa. Abang tak pernah lupakan Idah. Idah dah janji dengan abang, Idah akan tunggu abang balik tapi kenapa bila abang balik, Idah dah bahagia dengan dia?"

"Tapi abang Faiz sedar tentang sesuatu, dulu kita bahagia tapi bahagia kita tidak selamanya kerana Dia sudah tetapkan yang jodoh itu bukan milik kita. Betapa kuat kita menggengam, akhirnya kita sendiri yang akan terasa sakit."

Yusra bersetuju dengan kata-kata Faiz tempoh hari. Pertemuan, jodoh, ajal dan maut.. semuanya urusan DIA. Beratus tahun dulu, DIA sudah catatkan segalanya tanpa kita tahu.

Yusra kemudian pandang Syed Ammar dan Syarifah Aishah. Dia tahu Aishah sedang menganyam bahagia dengan Ammar seperti mana dia dengan Fairuz. Aishah yang dulunya benci dan menyampah dengan Ammar yang 'sweet talker' akhirnya menerima lelaki itu bila sedar Ammar tidak pernah berputus asa dengannya.

Syahmi dan Nabila, pasangan yang sudah lama berumahtangga tapi terlewat dalam soal mendapatkan zuriat. Beberapa tahun berkahwin baru mereka dikurniakan Tuah Arsyad dan Jebat Irsyad. Pada awal perkahwinan mereka, hubungan mereka tidak direstui oleh ibubapa Syahmi yang berstatus Datuk manakala Nabila cuma anak orang biasa. Tapi dengan hadirnya si kecik, telah mengubah hubungan keruh antara mereka. Nabila di terima sebagai menantu dan kini mereka bahagia bersama.

Dari jauh, Tengku Furqan dilihat sedang bersembang dengan Doktor Syaqila Adila. Doktor yang pernah merawat Yusra Saidah.suatu ketika dulu. Dalam diam, mereka sedang menjalin satu ikatan yang akan diakhiri dengan ijabkabul. Yang paling gembira semestinya Tengku Farhan dan adiknya Tengku Farhana.

* * *

~Idah... Kak Fatt minta maaf, akak tak dapat datang ke Majlis Idah dengan Fairuz. Akak belum bersedia untuk bertentang mata dengan Yusra. Biarlah akak tenang di sini dulu, mencari sesuatu yang dah lama akak hilang. Akak sentiasa rindukan kenangan kita masa di MRSM dulu. Terima kasih kerana Idah tak pernah buang Kak Fatt dari hati, Idah. Sampaikan salam sayang dari Kak Fatt buat kedua orang putera Kak Fatt~ Fatt@Tehah.

Email itu dibaca. Yusra ukir senyuman. Idah juga rindu Kak Fatt. Tak pernah terlintas di hati untuk singkirkan akak dari hati. Idah akan sentiasa doakan yang terbaik untuk Kak Fatt. Idah tunggu 'kepulangan' Kak Fatt.

*1717_monday, 22 March 2021, 8 Syaaban1442*

Alhamdulillah. Akhirnya siap jua novel pertama saya. Maka dengan ini, berlabuhlah tirai kisah CBYS. Maafkn saya andai ada sebarang kesalahan, kesilapan dan semestinya itu kekurangan dari saya. Ampuan dan maaf sekiranya ada yang tidak berpuas hati dengan cerita ini. Insha Allah saya akan memperbaikinya lagi di karya yang seterusnya. Insha Allah. =) Terima Kasih kepada semua yang sudi membaca kisah Yusra-Fairuz. Tinggalkan komen please.. hehe

Share this novel

Noraisyah Ishak
2022-08-25 16:14:55 

best.

Siti Khadijah Ahmad
2022-08-05 16:58:48 

terus kn berkarya lagi

Siti Khadijah Ahmad
2022-08-05 16:54:34 

jalan cerita yg menarik dn happy ending


NovelPlus Premium

The best ads free experience