Bab 59 : CBYS

Romance Series 109654

"Hahh Bedah??"

Terlepas kuat dari mulut Yusra kerana terkejut. Serentak semua mata tertumpu padanya. Yusra pantas tutup mulut bila perasan Fairuz merenung dia lain macam. Terkejut mungkin dengar jeritan Yusra.

"Macam mana pulak Bedah boleh beranak dalam bilik Yus?" Soal Yusra lagi, terpinga-pinga.

"Idi dah letak kat rumah dia, tapi tak tahu la bila masa dia masuk dalam bilik Yus, tengok tengok dah selamat beranak dalam bilik Yus." Jawab Hajjah Sumayah.

"Alahai Bedah... Nak kena dia ni..." Yusra dah siap menyingsing lengan baju blouse yang dipakai ke siku. Mahu segera buat perhintungan dengan Bedah.

"Kak, jangan nak macam-macam dengan Bedah aku tu. Dia baru lepas beranak la weiii..." Yusran menarik tubuh kecik kakaknya. Risau kalau Yusra mengapa-apakan Bedah.

Yusra tak jadi melangkah.

"Mana Bedah sekarang?"

"Kau nak buat apa dengan Bedah aku kak? Dia baru pah beranak la kak. Jangan la marah dia." Yusran membela nasib Bedah lagi, mahu melindungi Bedah dari jadi mangsa kemarahan Yusra.

"Ahhh aku tak kira.. Beranak tak beranak.. dah tak ada tempat lain ke dia nak beranak, bilik aku jugak dia nak jadikan tempat." Bebel Yusra.

"Siapa Bedah tu?" Fairuz mencelah.

Sejak tadi dia cuma selesa mendengar perbualan Yusra sekeluarga tanpa menyampuk. Tapi kini, bila nama Bedah menghiasi bibir isterinya, dia jadi penasaran untuk tahu.

"Kucing Idi." Jawab Yusra sambil jeling tajam kepada Yusran Saidi. Geram dengan tuan punya Bedah atas kesalahan Bedah.

"Kucing?" Tanya Fairuz. Terkesima dengar nama manja kepada seekor binatang yang bernama kucing.

"Ha'a kucing." Jawab Yusra.

"Seriously Bedah tu kucing?" Tanya Fairuz lagi. Kot-kot tadi dia salah dengar.

"Iye kucing Idi. Namanya Bedah. Macam dah tak ada nama lain." Jawab Yusra lagi.

Ketawa besar Fairuz meletus. Yusra tercengang dengan Fairuz yang ketawa tiba-tiba.

"Bedah? Seriously Idi? ni kali pertama abang dengar nama kucing macam ni.. Dari tadi abang duk fikir siapa Bedah tu.. Ingat kan nama mak cik kepoh mane pulak kali ni... Adoi la Idi... Nice name!" Fairuz mengesat hujung matanya yang sedikit berair akibat ketawanya.

Dengar jawapan Fairuz, Haji Shafie dan Hajjah Sumayah turut ketawa. Yusran Saidi pula garu kepala yang tidak gatal.

"Entah la Idi ni.. Nama tu jugak yang dia berkenan. Jangan cakap nanti awek Idi pun nama Bedah." Tambah Yusra.

"Ehh suka hati Idi lah.."

"Ye lah kau.. Ni kalau Idi sayang Bedah, pergi kemas bilik akak. Jangan nak harapkan ibu je kemas. Tu Bedah Idi, bukan Bedah ibu." Bebel Yusra.

"Iye lah-yelah esok Idi buat. Kau jangan buat macam-macam dengan Bedah aku, kak.. anak-anak dia comel-comel tau. Ada 4 ekor."

"Nama apa pulak kali ni?" Tanya Fairuz dalam gurauan.Terhibur dengan adik iparnya.

"Kali ni nama cantik sikit dari mak dia... nama Dragon, King, Shark dan last sekali Jay."

Jawapan Yusran Saidi sekali lagi undang ketawa besar Fairuz. Sekali geng KL Gangster, Yusran bagi pada nama anak-anak kucingnya.

"Kau ni merapu lah Idi." Yusra menyampuk sambil membawa begnya ke bilik Yasmin Safwah.

"Kau dengki kan kak?"

"Dah-dah la tu Idi. Ni tolong bawak beg abang masuk bilik Kak min." Hajjah Sumayah menegur.

* * *

Jarum jam sudah mencecah angka 1 pagi namun mata Fairuz masih belum mahu lelap. Otak penat memandu tapi mata tidak mahu tidur. Fairuz mengiring mengadap Yusra disebelah. Sungguh pulas isterinya tidur. Yusra dengan tidur mati memang tidak dapat dipisahkan. Boom meletup sebelah pun bukannya dia sedar. Puas merenung wajah isterinya tidur, Fairuz bangkit dari baringnya. Dia keluar ke dapur sekejap, mahu membasahkan tekak yang sudah terasa kering.

Fairuz menarik sedikit dedaun pintu bimbang kalau menghasilkan sebarang bunyi. Matanya lurus pada ruang tamu yang kebetulan terletak di hadapan bilik tidur mereka. Rumah papan Haji Shafie direka dengan ruang tamu berada betul-betul di tengah. Di kiri dan kanan pula terdapat bilik tidur. Di tepi bilik Yasmin dan Yusra, terletaknya dapur kecil mereka.

Haji Shafie angkat muka bila terdengar pintu bilik dikuak dari dalam. Sedikit tersentak bila ada bunyi mecelah di sebalik kesunyian di tengah malam. Bacaannya sedikit terganggu, dia menutup halaman buku yang dibaca. Bila muncul wajah menantunya, dia menarik nafas lega.

Fairuz juga seperti bapa mertuanya, sedikit terkejut bila melihat kelibat ayah mertuanya di situ.

"Ayah tak tidur lagi?" Tegur Fairuz mendekati Haji Shafie.

"Belum. Tak mengantuk pulak Ruz. Biasanya awal-awal lagi ayah dah tidur tapi malam ni rasa tak mengantuk la pulak. Seronok agaknya anak menantu ada balik." Jawab Haji Shafie bersahaja
Buku yang di baca, diletakkan ke meja.

"Ruz tersedar ke?"

"Tak la ayah.. Ruz tak boleh tidur. Tak tahu lah. Badan penat sangat kot. Ni keluar ingatnya nak minum air."

"Oo.. biasa la tu Ruz. Ayah pun macam tu, kalau badan penat sangat, susah nak tidur."

Fairuz mengangguk. Diam seketika. Masing-masing membisu.

"Ayah nak tanya... Ruz dengan Yusra sekarang macam mana?" Tanya Haji Shafie memecah kebisuan antara mereka.

"Kami.. Alhamdulillah kami okay je ayah."

"Alhamdulillah.. lega ayah dengar. Ayah pun dah nampak Yusra semakin bahagia dengan Ruz. Ayah sebenarnya, masih rasa bersalah dengan Yus. Yus tak bebas macam orang lain yang sebaya dia. Orang lain sibuk dengan belajar, dia pula sibuk uruskan dua benda. Rumahtangga dan pelajaran." Luah Haji Shafie. Ada keluhan dihujung ayatnya.

"Yusra anak yang baik. Dari kecil, ayah jaga dia.. ayah didik dia. Dia tak pernah merungut. Semua dia ikut tanpa banyak soal.. kecuali masa ayah mintak dia tunaikan hasrat Tengku Ibrahim. Dia menangis, merayu.. Ayah kesian tapi ayah tak boleh mungkir janji ayah pada arwah." Sambung Haji Shafie.

"Ye ayah. Yusra memang isteri yang baik. Menantu yang baik pada umi dan Abah. Saya beruntung dapat dia sebagai isteri saya."

"Bahagiakan Yusra sepertimana ibu dan ayah bahagiakan dia dulu. Boleh Ruz?"

"InsyaAllah ayah. Ruz cuba."

"Ayah nak tanya Yusra tahu tentang perjanjian tu?"

"Tak ayah. Ruz tak berniat nak bagitahu dia. Rasanya lebih baik dia tak tahu."

"Elok la tu Ruz. Kalau boleh jangan biarkan Yusra tahu. Ayah tak nak dia fikir yang bukan-bukan tentang ayah dan ibu. Ayah tahu dia anak yang baik, tak mungkin dia fikir yang tak elok pada kami tapi ayah tetap takut kalau tiba-tiba dia tahu."

"Selagi surat tu ada pada saya, saya akan simpan surat tu elok-elok. Lagipun surat tu cuma ada pada saya. Tak ada salinan lain."

"Alhamdulillah.. lega ayah kalau macam tu. Ayah rasa bersalah dengan Yusra. Macam mana kalau cukup tempoh perjanjian tu, kamu masih belum ada pewaris... Ruz akan tetap teruskan dengan syarat perjanjian tu?"

"Ruz sayangkan Yusra, ayah. Tak mungkin Ruz akan buat macam syarat tu. Yusra isteri Ruz dan Ruz akan jaga Yusra sampai bila-bila."

"Keluarga Ruz pulak macam mana? Sanggup hilang semua tu?"

Fairuz diam seketika sebelum menjawab pertanyaan ayah mertuanya.

"Ruz sayangkan Yusra ayah. Tak kira apa jua halangan, Ruz akan mempertahankan perkahwinan kami. Ruz janji dengan Ayah. Ruz akan jaga anak ayah."

"Ayah pegang kata-kata Ruz tu. Ayah harap suatu hari nanti Ruz tak kan lupa apa yang dah Ruz janjikan dengan ayah."

"InsyaAllah ayah."

* * *



Esokkan harinya, Yusran dan Yusra memulakan operasi membersih dan mengemas bilik tidur Yusra. Manakala Fairuz masih lagi lena di bilik tidur sementara mereka, selepas selesai solat subuh tadi. Penat katanya. Nasib baik Haji Shafie dan Hajjah Sumayah tidak banyak tanya, masing-masing faham dengan kepenatan yang dirasai oleh Fairuz.

Kotak di bawah katil Yusra, ditarik keluar oleh Yusran dan dibawa kotak itu ke bilik Yasmin yang terletak dihadapan bilik Yusra. Disebabkan Bedah jadikan bawah katil Yusra sebagai tempatnya bersalin, maka bawah katil perlu dikosongkan terlebih dahulu sebelum dibersihkan.

"Dah settle ke keluarkan barang bawah katil?" Tanya Yusra yang baru muncul dengan baldi berisi campuran pembasmi kuman dan batang mengemop lantai

"Dah. Kotak akak, Idi letak dulu kat bilik Kak Min. Beg lama akak pun sama. Idi simpan sana dulu." Jawab Yusran.

Yusra mengangguk sebelum memulakan tugasnya.

Semua tempat selesai dimop, peluh di dahi dilap dengan hujung lengan baju t-shirt yang dipakai. Fairuz muncul disebalik pintu.

"Dah bangun?" Tegur Yusra.

"Dah la.. siap mandi dah. Tunggu nak sarapan je."

"Sekejap Yusra sediakan breakfast abang." Yusra meletakkan kembali peralatannya ke tempatnya. Beriringan keluar dari bilik untuk ke dapur.

"Mana semua orang?" Tanya Fairuz setelah duduk di kerusinya. Matanya melilau mencari susuk tubuh ahli keluarga mertuanya yang lain.

"Ibu dan ayah keluar pergi Bandar Jerteh kejap. Idi pulak pergi kedai kejap. Cari makanan untuk Bedah. Sayang sangat dia tu pada Bedah tu."

Yusra menyenduk nasi goreng ke pinggan suaminya. Air kopi o panas dituang ke cawan lalu di tolak sedikit kepada suaminya.

"Yusra tak makan?"

Fairuz bertanya bila perasan hanya satu pinggan sahaja yang disediakan oleh isterinya.

"Yusra tak selera sangat. Tadi pun Yusra makan sikit je."

"Kenapa tak ada selera? Tak sihat ke?" Ada bias kerisauan mula terpeta di wajah Fairuz.

"Tak lah abang. Yusra sihat je. Penat kot."

"Nanti rehat la kejap. Petang ni bawak abang pergi sungai boleh?"

"Boleh je abang. Nanti kita pergi sama-sama."

Serentak mereka berpaling bila dengar suara Yusran memanggil Bedah di ruang tamu.

"Kak, tadi aku pergi kedai Ustaz Luqman, aku jumpa Kudin. Dia kirim salam kat kau." Yusran muncul di dapur pula.

Fairuz hentikan kunyahannya seketika. Angkat muka pandang Yusra dan Yusran bergilir-gilir.

"Abang jangan risau. Kudin tu kawan akak je. Hehe" Yusran menyelamatkan keadaan bila perasaan perubahan wajah abang iparnya.

Yusran kemudian berlalu meninggalkan pasangan itu.

"Kawan masa belajar SMKBP. Kedai yang kita pergi dulu tu, kedai ayah dia. Kudin pun pernah selamatkan sayang masa mak cik-mak cik kepoh tu mengata sayang." Jawab Yusra pula.

Fairuz mengangguk sambil meneruskan suapannya.

Tutup kisah Faiz-Fatihah.. bagi Yusra dan Fairuz enjoy the moment kat kampung dulu. =) tq 21k views.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience