Bab 78 : CBYS

Romance Series 109654

"Apa lagi ibu?"

"Apa lagi yang ibu sorokkan dari Yusra?" Sekali lagi Yusra bertanya bila ibunya diam tidak menjawab soalannya.

"Bukan niat ibu dan ayah untuk sorokkan hal ni dari Yus. Kami tak nak Yus fikir yang bukan-bukan pada kami. Lagipun perjanjian ni bukan seperti yang Yus fikirkan. Ada sebabnya kenapa Tengku Ibrahim buat perjanjian tu."

"Ada sebabnya? Sebab apa ibu? Boleh berterus terang dengan Yus, sepaya Yus tak fikir yang bukan-bukan pada ibu dan ayah."

"Kami buat semuanya demi mempertahankan rumahtangga Fairuz dan Yusra."

"Mempertahankan rumah tangga kami? Kenapa perlu pertaruhkan harta?"

"Tengku Ibrahim pernah berterus terang dengan kami sebelum kami setuju tandatangan surat perjanjian tu. Dia bagitahu kami, hanya dengan harta mampu mengikat Yusra dalam keluarga besar Fairuz tanpa siapa berani memperlekehkan kedudukan Yusra dalam keluarga dia."

"Tapi Yusra tak pandang semua tu ibu... Yusra ikhlas terima Fairuz sebab ayah dah janji dengan Tengku Ibrahim. Yusra langsung tak tahu tentang kewujudan Yusra dalam keluarga Fairuz berkait rapat dengan harta tu.."

"Yusra tiba-tiba rasa ibu dan ayah dah serahkan Yus sebab harta.." Kendur suara Yusra. Matanya menekur tangan di ribanya.

"Astagfirullah-al-azim Yus... ibu tak pernah fikir macam tu. Bukan niat kami serahkan Yus sebab harta. Kami cuba terikat dengan janji." Sangkal Hajjah Sumayah.

Yusra menghela nafas panjang. Teringat semula tentang apa yang dibaca dulu.

1. CEO Mentari Holdings hanya layak dipegang oleh Tengku Fairuz dan Tengku Faiz Iskandar.

2. Hanya menantu Haji Shafie yang layak pegang jawatan CEO Mentari.

3. Separuh dari harta Tengku Ibrahim akan diserahkan kepada pemegang CEO apabila perkahwinan mereka mencecah ulang tahun ke-5.

4. Sekiranya ada pewaris dalam tempoh 5 tahun berkahwin, segala harta akan jadi milik CEO secara sah. Tetapi jika selepas tempoh 5 tahun perkahwinan, sekiranya mereka tidak mampu miliki pewaris semua harta akan diserahkan kepada anak Haji Shafie. Begitu juga kalau berlaku perpisahan/penceraian sebelum tempoh itu, semua harta Tengku Ibrahim secara sah akan dipindah milik kepada anak Haji Shafie.

Agak tak logik sebenarnya perjanjian itu tapi itulah yang tertulis. Dibawahnya ada tandatangan Tengku Ibrahim, ibu dan Abah. Bersertakan tarikh.

Pewaris? Tiba-tiba Yusra teringat. Tangannya dilekapkan pada perutnya yang masih kempis walaupun ada penghuni kecil di dalamnya.

"Anak? Anak ni penting kepada Fairuz kan? kepada ibu, ayah dan keluarga mertua Yus, kan ibu? Semuanya sebab harta tu kan?"

Lihat anggukkan si ibu, Yusra rasa pedih hati. Kenapa mesti anak juga dijadikan taruhan?

"Kenapa perlu anak pun jadikan taruhan? kenapa mesti ada tempoh 5 tahun? Kalau Yus tak mampu ada zuriat dalam tempoh 5 tahun tu, Yus akan diceraikan?"

"Bagi Tengku Ibrahim, dengan tempoh 5 tahun tu sudah cukup untuk buat Tengku Fairuz jatuh cinta, jatuh suka pada Yusra Saidah. Tapi hakikatnya cukup sekadar lihat gambar Yusra Saidah berpayung tu pun sudah cukup buat hati Tengku Fairuz jatuh cinta pada Yusra Saidah."

Entah bila Tengku Fairuz masuk ke bilik tidur mereka dan mendengarkan segala isi perbualan si isteri dan si ibu.

Yusra Saidah toleh kepada datangnya suara itu. Fairuz menapak perlahan kearahnya.

Hajjah Sumayah kelegaan dengan kewujudan menantunya. Sekurang-kurangnya dia terselamat dari terus diasak dengan pelbagai soalan Yusra.

"You should ask me about this not to your mum. She didn't know well as I know."

"Kalau Yusra tanya, abang akan berterus terang dengan Yusra? Semuanya?"

Fairuz mengangguk sebelum duduk di sebelah Yusra. Tangannya capai jari jemari Yusra.

"Abang bukan tak nak bagitahu Yusra.. cuma abang rasa ianya tak penting pun untuk Yusra tahu. Abang takut kalau Yusra fikirkan yang bukan-bukan pada ibu dan ayah."

Fairuz pandang ibu mertuanya. Hajjah Sumayah juga pandang dia. Kepala ibu mertuanya di anggukkan sedikit. Beritahu bahawa sudah tiba saatnya untuk Yusra perlu tahu tentang semuanya. Fairuz senyum dulu sebelum kembali tatap wajah kesayangannya.

"Kenapa sebabnya ada perjanjian tu? Sebenarnya Atuk nak sangat kita jaga hubungan kita. Dia mahu kita kekal sebagai suami-isteri sampai bila-bila. Dia sanggup taruhkan segala harta dia untuk memastikan Yusra tak 'keluar' dari keluarga Tengku Ibrahim."

Yusra cuma pandang Fairuz. Menanti bicara seterusnya.

"Pertama - Memang abang atau Is calon untuk Yusra tapi abang yang ditakdirkan untuk jadi pendamping Yusra. Dari awal-awal abang kenal baby girl tu, abang suka dan nampaknya Yusra memang jodoh abang. Atuk bukakan jalan untuk abang."

"Kedua - Bila abang dah sah jadi menantu ayah, memang abang yang layak pegang jawatan tu. Bukan sebab Is tak bagus atau tak layak tapi Is sendiri yang menolak. Sekali lagi Is mempermudahkan urusan kita."

"Ketiga - Kenapa tempoh 5 tahun? macam yang abang cakap tadi. Atuk nak sangat kita kekal dalam hubungan ni. Atuk rasa bila kita dah lama kenal, kita akan rasa saling sayang menyayangi dan mencintai antara satu sama lain. Sebab atuk tahu kita saling tak mengenali satu sama lain pada awalnya."

"Keempat - Atuk takut sekiranya sesuatu terjadi pada rumahtangga kita, jadi atuk berani taruhkan harta. Dia sengaja gunakan harta untuk ikat Yusra supaya stay dalam family abang. As you know, we are business families, of course 'harta', duit akan jadi our priority. So, atuk sengaja gunakan harta supaya umi dan Abah akan tetap terima Yusra as daughter-in-law walau apa pun orang luar cakap. Atuk takut kalau tiba-tiba jadi macam drama kat TV, mula-mula terima menantu lepas tu paksa anak menantu bercerai. Atuk tak nak semua tu jadi. Tapi percayalah cakap abang, Umi dan Abah ikhlas terima Yusra sebagai menantu mereka."

"Jadi jalan yang terbaik, abang fikir 'pewaris' is our best solution. Dengan adanya pewaris, semua akan tutup mulut. Tak kan ada lagi sesiapa pertikaikan soal perjanjian ni. That's clear sayang?"

Yusra diam dulu. Cerna maklumat baru.

"What if, Yusra tak mampu berikan abang zuriat dalam tempoh 5tahun kita kahwin? Kita akan berpisah, bercerai? Family abang tentu tak nak hilang 'harta' yang selama ini milik family abang, kan?"

"If one day I need to choose one, trust me I will choose you. Cause you're everything. My everything." Fairuz lekapkan tangannya pada pipi Yusra lalu diusap lembut. Sebuah kucupan singgah di ubun-ubun isterinya.

"Ibu.. Ruz janji, Ruz akan jaga anak ibu sepenuh hati Ruz." Fairuz kalih pandangan pada ibu mertuanya. Berjanji dan mahu ibu mertuanya dengar janjinya.

Hajjah Sumayah mengangguk. Dia percaya dan dah lama dia serahkan anak perempuannya pada Fairuz. Dia tahu Fairuz betul-betul sayangkan anak perempuannya. Seketika kemudian dia meminta diri memberi ruang kepada Fairuz dan Yusra.

"Now tell me, about Faiz and Fatihah.. Kak Fatt ada bagitahu pasal surat.. surat apa?"

Fairuz tarik nafas dulu. Mencari ayat yang sesuai untuk menjelaskan semuanya tentang kewujudan surat-surat dulu.

"Sebelum abang ceritakan pasal surat tu.. abang akan jelaskan dulu pasal kisah abang dengan Tehah. As you know, Tehah tak suka abang kahwin dengan Yusra."

"Tapi kenapa? Yusra ada buat salah apa-apa ke?"

"Yusra tahu kan kita dah kenal lama. Sejak dari Yusra baby, kan? Actually.. Tehah tak suka abang lebihkan Yusra dari dia. Dia rasa kewujudan Yusra dah buatkan abang jauh dari dia. Dia rasa abang dah kurang sayangkan dia. Tehah adik yang manja. Dia dengan Farra agak jauh beza umur, jadi kami memang manjakan dia lebih."

"Jadi sebab adanya Yusra, buat kak Fatt rasa Yusra rampas abang dari dia?"

Fairuz mengangguk.

Yusra terdiam.

"Tapi ada satu hal lagi... the big issue. Masa Yusra 2 tahun, Yusra hampir kemalangan. Masa tu Yusra main kat luar pagar rumah atuk. Kami tak perasan bila Yusra lepas dari pagar, kami terdengar bunyi brek kereta, kuat sangat. Kami berlari ke pagar, bila kami sampai kat luar pagar, abang tengok Yusra dah menangis sambil tunjuk lutut yang berdarah. Kat situ ada Tehah. Dia berdiri tepi pagar. Bila abang tengok Yusra menangis, abang cuma fikir mesti Tehah yang tolak sebab dia dah banyak kali cuba nak tolak Yusra. Abang marahkan Tehah tapi Tehah nafikan. Abang tak percaya, abang tolak Tehah dan dia jatuh ke pintu pagar, terkena bucu pagar yang dah rosak. Bahu Tehah berdarah, luka agak dalam jugak. Kena banyak jahitan. Sejak dari hari tu Tehah langsung tak bercakap dengan abang."

Yusra terdiam. Rupanya itu kisahnya kenapa kak Fatt benci dia sangat-sangat. Terus teringat, dia pernah tanya kak Fatt tentang parut di bahunya masa sekolah dulu. Kak Fatt cakap ada budak gila tolak dia sebab pertahankan budak kecik gila.

"Bila ayah pindah ke Terengganu, kita berpisah. Abang demam teruk. Bila sembuh, abang dah tak ingat part our memories. Masa tu, abang dengan Tehah macam tak ada masalah. Everything back to normal macam masa sebelum kita kenal."

"Lepas tu apa jadi?"

"Until the one day.. everything was changed, bila dia dapat tahu tentang calon cucu menantu atuk is was you, Yusra Saidah atau Idah-adik angkat kesayangan dia. Atuk ada tunjukkan dia gambar Yusra masa dia tamat belajar SPM. So dia start plan something. Step by step. Yusra tahu Tehah sukakan Is?"

Yusra tersentak. Kak Fatt suka Faiz? Sejak bila?

"Tak.. Yusra tak tahu.. kalau Yusra tahu, sumpah Yusra tak kan terima kasih abang Faiz dulu." Kesal. Hanya sebab lelaki Kak Fatt berubah.

"Tehah memang sukakan Is. Dari dulu. Is diibaratkan hero Tehah. But you ruined everything. Sambung part tadi, bila Tehah tahu Yusra ni 'Saidah' Is, so she plan something. Setiap surat yang di terima dari Faiz untuk dia pos pada Yusra, dia tak pos tapi dia menyamar jadi Yusra. And macam tu juga surat-surat Yusra. Dia simpan. Last sekali, dia create surat perpisahan korang sebab tu Is tak balik cari Yusra macam yang dia janji."

Yusra tercengang. Terkejut, terkedu. Patutlah semuanya sepi rupa-rupanya ini penyebabnya.

"Macam mana abang tahu?"

"Abang jumpa surat-surat tu dalam kotak Tehah yang Yusra bagi kat abang dulu. Tapi Yusra tak buka pun setiap isi surat dalam tu, Kan?"

Yusra mengangguk. Ya, memang dia tak belek satu persatu pun. Bukan harta dia, bukan hak dia. Dia tak nak digelar penceroboh.

"But Tehah tak puas hati sebab Is masih lagi sibuk cari Yusra walaupun dia dah berjaya buat perhubungan Is dengan Idah terputus tengah jalan. Dia rasakan kehadiran Yusra masih jadi satu ancaman pada dia. Sebab tu lah abang tak bagi sayang balik rumah umi dulu. Abang tak tahu apa yang dia mampu buat pada sayang and I'm sorry for what happened to you."

"Abang dah cuba yang terbaik untuk Yusra. Cuma nasib tak menyebelahi sayang. Sekarang, Abang Faiz dah tahu ke siapa Yusra?" Berdebar menanti jawapan dari Fairuz tapi hatinya dapat merasakan Faiz sudah tahu kebenarannya.

"Sekarang, Faiz dah tahu Yusra adalah Saidah yang dia cari selama ini."

Maaf2 atas kelewatan... Kebenaran itu pahit sebenarnya. Tq2 35k Views =)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience