Bab 55 : CBYS

Romance Series 109654

Cepat la pagi....

cepat la pagi....

Resah di tempat tidurnya, Faiz Iskandar ubah posisi tidur dari menggiring, dia terlentang. Mendepakan tangan, matanya tengok pekat malam suasana di bilik tidurnya. Tak puas terlentang, dia bangkit dari pembaringan. Mundar mandir di sekitar ruang bilik tidurnya.

Jam dinding sudah menunjukkan angka 4 pagi. Namun matanya masih belum kantuk. Semuanya disebabkan oleh rasa terkejut dengan penemuan terbaru tentang Yusra Saidah.

Yusra Saidah? Kenapa dia boleh terlupa tentang Yusra Saidah? Perempuan yang miliki dua ulas lesung pipit di pipi, sama seperti Idah. Mata bulat, sama dengan Idah.

Ahhhh... Faiz meraup kasar mukanya. Lantas dia mengatur langkah ke almari bukunya. Dia membuka pintu almari bukunya, tarik sebuah laptop lama. Laptop yang dah lama tidak digunakan sejak tamat belajar di DCU. Butang power on/off ditekan. Folder My Love pula di tekan. Ada banyak files di dalamnya. Nama Saidah Shafie dipilih.

Gambar Idah tengah memasak di dapur rumahnya dulu, 7 tahun dulu. Dia memang suka curi-curi ambil gambar gadis itu dulu. Gambar ketika mereka bercuti di Cameron Highlands, di Lata Iskandar, Perak. Ada gambar ketika dia petik gitar, dan di sebelahnya Idah. Walaupun dikelilingi oleh adik-adiknya, namun suasana dalam gambar itu cukup romantis.

Faiz Iskandar hela nafas berat. Tengok raut wajah Idah dulu dan Yusra Saidah, tidak jauh beza sangat pun sebenarnya. Yusra Saidah sekarang nampak lebih matang berbanding dulu. Kenapa dia tak sedar? Kenapa dia tak cam Idah tu Yusra? Jawapannya hanya ada pada dia.

Ya.. sebab dia sendiri dah lama tak 'tengok' gambar Idah. Dulu ada di simpan dalam wallet tapi dia sendiri yang membuangnya.

'Habis kenapa sekarang kau beria-ria mahu cari dia balik, kalau dulu kau pernah dah buang dia?' Faiz monolog sendiri.

* * *

"Kau masih ingat dia lagi ke, Is?" Tanya Fatihah sambil menuang fresh oren ke dalam gelas kaca.

"Siapa?" Tanya Faiz pula. Tubuh dihenyak ke sofa. Melepaskan segala penat lelah setelah balik dari kerja.

"Idah."

Seketika Faiz buka matanya.

"Aku tak pernah lupakan dia, Tehah." Jawabnya bersahaja. Matanya di pejam kembali.

"Kalau dia dah kahwin? Kau masih harapkan dia ke?"

Soalan dari Fatihah buat matanya kembali terbuka. Panggung kepala kepada Fatihah yang sedang menapak ke arahnya. Gelas berisi jus fresh orange diambil dari tangan Fatihah. Fatihah melabuhkan duduknya di hadapan Faiz.

"Dia dah kahwin ke? Baru umur 20 kot.. kan?"

"Aku rasa-rasa je." Balas Fatihah.

"Kau balik tak Ruz kahwin bulan depan?" Faiz bertanya. Air mukanya Fatihah langsung berubah.

"Aku rasa nak balik. Nak kasi suprise. Kau?" Sambung Faiz tanpa perasan wajah Fatihah sudah berubah kelat.

"Aku kan tengah exam masa tu. Macam mana aku nak balik." Jawab Fatihah senada. Matanya dijulingkan ke atas tanda tidak berminat dengan topik yang mereka bualkan.

"Seriously kau tak nak balik walaupun sekejap?"

"Aku rasa tak kot. Jadual aku pack."

"Kau jangan nak kelentong aku la Tehah. Exam subjek kau lambat lagi kan? Ada masa untuk kau balik." Balas Faiz.

Fatihah diam. Sepi seketika sebelum Fatihah kembali bersuara.

"Kau dah tahu ke nama perempuan tu?" Soal Fatihah. Mahu tengok reaksi Faiz.

"Tak lagi. Ruz tak bagitahu aku. Kenapa, kau dah tahu ke nama bakal kakak ipar kau?"

"Kakak ipar aku? Huh, benci aku dengar!" Bentak Fatihah. Benci dengar Faiz sebut tentang itu. Atuk pun satu hal, macam tak ada perempuan lain nak dijadikan isteri Fairuz. Huh!

Faiz senyum segaris.

"Kau tak nak jumpa dia ke?"

"Aku tak nak jumpa dengan perempuan tu."

"Kau ni Tehah.. benda tu dah lama kot. Tak perlu kau nak berdendam sampai macam ni. Lagipun kau pun tahu, Ruz tak sengaja masa tu? Dan 'dia' masa tu just a little baby. Tak faham apa-apa. Tak boleh ke kau maafkan diorang?"

"Kau dengan Ruz sama je. Suka bela budak tu dari aku. Kalau bukan sebab Ruz dah hilang ingatan pasal budak tu, kau ingat aku akan baik-baik dengan dia? Kau tak tahu betapa sakitnya hati aku ni? Selagi parut tu ada, selagi tu aku rasa sakit. Kau tahu?" Bentak Fatihah lagi.

Faiz Iskandar menggeleng. Faham sangat dengan perangai Fatihah yang keras kepala.

"Kau tahu tak nama bakal isteri, Ruz?" Tanya Fatihah buat kali ke dua. Cuba mengalihkan topik dari terus dibebel oleh Faiz Iskandar.

"Yusra Saidah Binti Haji Shafie." Jawab Fatihah terus tanpa menunggu jawapan Faiz.

Faiz terus terkedu.

"Apa... Yusra Sa.. Sai.. idah?"

Fatihah senyum senget. Dah agak itu reaksi Faiz. 'Sekarang giliran kau pulak terkejut, Is. Tunggu lah Saidah kau sampai ke sudah pun tak kan jadi milik kau.' Ngomelnya dalam hati. Suka melihat riak terkejut Faiz.

"Kenapa, Terkejut? Sama dengan nama Idah?" Tambah Fatihah.

"Nama lebih kurang, umur pun lebih kurang.. kau rasa dia orang yang sama ke tak? Buang masa kau masih mengharapkan pada orang yang tak sudi, Is. Kalau betul dia masih ingat kat kau, tentu dia dah lama kirim berita.. bukannya senyap macam ni." Tambah Fatihah lagi.

Segera dia bingkas berdiri, naik ke biliknya meninggalkan Faiz di ruang tamu. Sementara Faiz pula masih termangu di tempatnya.

* * *

"Is... Is.. Iskandar... bangun...."

Kedengaran satu suara memanggil namanya bersama tepukan di bahu kanannya. Faiz mengangkat kepala. Lenguh di bahu kanan dan kirinya mula terasa. Dia tertidur di meja study rupanya. Dia memisat-misat matanya beberapa kali sebelum menceliknya matanya luas. Susuk tubuh disebelah kanannya dipandang.

"Mama...." Tegur Faiz Iskandar dengan suara garaunya. Suara seksi baru bangun tidur.

"Is tidur kat meja ke? Selesai kan kerja office ke?" Tanya Tengku Faridah prihatin. Terserlah watak ibu penyayang dalam jiwanya.

Faiz meluruskan tangan, mengeliat sedikit.

"Is tak kerja ke hari ni?" Tanya Tengku Faridah lagi bila memastikan keadaan anak bujangnya sudah stabil.

Faiz Iskandar picing mata kecil sedikit supaya dapat melihat jam yang tertera di skrin telefonnya. 9.00 pagi.

"Alamak mama... Is dah lewat.. Is tak sedar langsung. Semalam Is tak boleh tidur, mungkin sebab tu Is terlelap kat sini." Faiz gesa-gesa bangun. Capai tuala dan belari ke bilik air.

Tengku Faridah menggeleng dengan tingkahlaku Faiz Iskandar. Dia pusing tubuh mahu keluar dari bilik anak bujangnya dan jarinya tidak sengaja tersentuh salah satu papan kekunci laptop Faiz. Laptop yang telah di set kepada 'sleep', skrinnya tiba-tiba menyala.

Terkejut Tengku Faridah bila melihat gambar Saidah menghiasi skrin. Dia masih kenal Saidah, kawan kepada Fatihah. Dan dia tahu Iskandar sukakan gadis itu tapi dia tidak sangkakan Iskandar masih menaruh minat pada Saidah. Lama kisah itu berlalu, Iskandar masih berminat?

* * *

"Aku nak kau dan orang-orang kau siasat siapa perempuan ni.'' Faiz meletakkan sekeping gambar diatas meja.

Naufal selaku Personal Assistantnya, mengambil. Dia tenung gambar itu sebelum matanya naik memandang bossnya.

"Aku nak kau siasat latar belakang perempuan ni, dari dulu sampai sekarang. Aku nak tahu. Kalau boleh aku nak info tu cepat. Dan jangan lengah-lengahkan masa aku." Faiz Iskandar memberikan arahan.

Naufal mengangguk beberapa kali.

"Soal bayaran kau jangan risau. Aku bayar kau half, settle semua kerja aku bayar half lagi." Tambah Faiz.

Sampul surat coklat berisi sejumlah wang dihulurkan kepada Naufal. Naufal menyambutnya dan mengintai sedikit isi dalamnya. Melihat isi dalamnya, dia tersenyum puas hati.

"Okay no hal. Bagi saya masa 2 minggu, boss."

"Okay. Aku bagi kau masa 2 minggu. Ingat dalam tempoh 2 minggu tu, kau jangan contact aku dan Fairuz langsung. Jangan bagi Fairuz tahu tentang kerja kau ni. Kalau dia tahu, siap kau aku kerjakan. Aku bagi kau cuti untuk kau settle hal ni." Ugut Faiz.

Naufal telan liur. Bukan kerana takut diugut oleh Faiz tapi takut kalau Fairuz dapat tahu. Bukannya dia tidak tahu siapa perempuan dalam gambar ni. Isteri sepupu bossnya. Isteri Tengku Fairuz!

"Baik boss."

"Settle kerja kau, kita jumpa kat sini. Kay datang office macam biasa. Kalau Fairuz tanya, pandai-pandai lah aku nak goreng dia nanti." Ujar Faiz Iskandar lagi.

"Okay. Kau chow dulu. Settle kerja kau sebelum kau uruskan tugas kau tu."

Naufal mengangguk. Kemudian dia meminta diri ke biliknya.

* * *

Yusra Saidah menjejak kaki buat kali pertama di pejabat suaminya. Atas arahan Tengku Fauziah, mertuanya menyebabkan dia membawa diri ke sini. Bangunan Mentari Holdings setinggi 15 tingkat itu dipandang dari bawah. Fuhh tingginya...

Ting!

Pintu lif terbuka menandakan Yusra sudah sampai di tingkat yang dituju. Baju kurung hijau muda yang dipakai diperkemaskan. Dengan langkah yang berhati-hati, Yusra menapak keluar dari perut lif. Bekal makanan tengahari di pegang erat.

Setibanya Yusra di bahagian penyambut tetamu, Yusra tersenyum manis kepada dua perempuan yang berada disitu. Masing-masing mengukir senyuman bila memandang Yusra yang makin mendekati meja mereka. Yusra melemparkan salam dulu dan mereka menjawab salam.

"Ya cik ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Tegur salah seorang dari mereka. Yusra pandang sekilas tag namanya, Husna.

"Emm.. saya.. datang sini nak jumpa Tengku Fairuz." Yusra sedikit gugup menyebut nama suami sendiri. Risau kalau dia akan memalukan suami sendiri.

"Oo.. Cik ada sebarang appointment ke dengan Tengku?"

Yusra menggeleng.

"Kalau tak ada appointment, agak susah untuk jumpa dengan dia, Cik. Sebab hari ni, dia agak sibuk. Tapi sekejap, saya call secretary dia dulu." Husna capai gagang telefon dan mula membuat panggilan.


Belum sempat Husna meletakkan gagang telefon, susuk tubuh seseorang yang mengenali Yusra, sudah pun berdiri di belakang Yusra.

"Yusra?" Tegurnya.

Dan lambat-lambat Yusra memusing badan, ingin melihat gerangan yang menegurnya. Bila melihat lelaki itu, Yusra tersenyum kelegaan. Sekurang-kurangnya dia tidak termangu serang diri dekat sini.

"Awak buat apa kat sini? Nak jumpa Ruz ke?" Tanyanya.

"Ha'a.. katanya hari ni dia sibuk, jadi saya bawakan bekal untuk dia. Boleh Syah tolong passing pada dia?" Yusra menghulurkan plastik yang berisi beberapa bekas makanan kepada Syahmi.

Syahmi mengerut dahi.

"Kenapa awak tak masuk sendiri? wait.. Husna and Zieana, kenalkan ini Puan Yusra Saidah. Wife boss awak." Syahmi bertindak memperkenalkan mereka.

Husna jelas-jelas terkejut begitu juga Zieana. Selama ini dia tahu Tengku Fairuz sudah berumahtangga tapi tidak sangka pulak dia hari ini dia bakal bertemu dengan suri hati Tengku Fairuz. Cantik dan sempoi habis. Sesiapa sahaja yang melihat Yusra pun tak akan percaya yang dia isteri kepada CEO Mentari Holdings.

"Maaf Puan, saya tak sengaja, saya tak tahu Puan ni isteri Tengku."

"Ehh tak apa.. awak tak ada salah apa-apa pun. Saya tahu tu kan prosedur company. It's okay."

"Jom Yusra. Saya bawa awak jumpa Fairuz. Saya pun kebetulan memang nak datang sini, nak jumpa diorang." Syahmi mempersilakan Yusra berjalan mendahuluinya.

Hormat dengan isteri kawan baiknya itu. Yusra mengangguk sebelum meminta diri dari Husna dan Zieana.

Tq untuk semua yang masih setia mengikuti kisah Fairuz-Yusra. Bersedia dengan kisah seterusnya? tq utk 18k views. Saya sgt2 hargainya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience