Bab 42 : CBYS

Romance Series 109654

Yusra mengajak Fairuz ke sungai yang terletak di belakang rumahnya. Yusra mahu kenalkan Fairuz dengan kehidupannya yanh sebelum ini, sebelum dia bergelar isteri kepada Tengku Fairuz. Ada sungai, ada Lata Tembakah, La Hot Spring, Kebun kelapa sawit milik abang Yadif, Kebun getah milik ayahnya dan dusun buah-buahan milik arwah datuknya.

Yusra berhati-hati melangkah menyusuri denai untuk ke sungai. Fairuz dibelakangnya hanya mengekori langkah kecilnya tanpa banyak soal. Di belakang Fairuz pula ada Yasmin Safwah dan Zulkifli serta dua anaknya. Mereka sampai dari Kota Bharu tengahari tadi. Yadif Safwan masih dalam perjalanan dari Gua Musang.

Sampai di tempat yang dituju, Fairuz sedikit terpaku. Pamandangan yang indah terhidang di depan mata.

"SubhanaAllah.. cantiknya sungai kat kampung." ucap Fairuz.

Yusra tersenyum kagum bila itu yang diucapkan oleh Fairuz. Sesungguhnya sungai di kampungnya amat cantik dan bersih, airnya pula masih jernih. Menunjukkan sungai ini masih terjaga dan terpelihara dari sebarang pencemaran.

Yasmin dan Zulkifli membawa anak mereka ke sungai selepas selesai tukar pakaian, sengaja memberi peluang kepada pasangan yang baru belajar bercinta itu meluangkan masa bersama. Yusra duduk di atas tunggul kayu di gigi air dan mempersilakan Fairuz melabuhkan duduknya di situ. Fairuz hanya menurut.

"Aku.. eh ab.. abang...Eh kekok pulak rasanya." Fairuz tersenyum sendiri bila teringat tentang kisah semalam.

Tangan naik menggosok belakang tengkuk. Semalam tidak pulak rasa kekok tapi bila hari ni, tiba-tiba rasa kekok. Dia tersengih sendiri bila menyedari Yusra turut tersenyum dengan keterlanjurannya. Semalam bukan main lagi Yusra kena denda bila terlanjur memanggil namanya.

"Sejuk..." Fairuz berkata tatkala kaki mencecah air sungai. Mahu kawal perasaan malu yang datang tiba-tiba.

"Ha'a sejuk. Tapi seronok. Mula-mula memang rasa sejuk tapi bila dah lama-lama rasa okay la. Tu tengok Yamin dengan Zehra, seronok diorang main air."

Mata masing-masing menghala pada anak-anak Yasmin. Yamin Zafrin dan Yasmin Zehra seronok bermain air dan pasir sungai.

"Dulu masa umi dan Abah datang sini, si kembar tentu seronok mandi sungai kan?" Soal Fairuz tapi matanya masih melekat pada telatah anak-anak Yasmin.

"Ehh mana tahu ni?"

TErsungging sebuah senyuman di bibir Fairuz.

"Lepas je diorang balik dari rumah ayah hari tu, macam-macam diorang bercerita kat abang. Masing-masing seronok dapat datang sini. Siap tunjuk gambar lagi. Sebab tu abang boleh tahu pasal sayang pergi fitting baju dengan Abang Qan tu." Fairuz mengalih pandangan. Matanya menekur kaki. Kakinya dikuis-kuis, bermain-main dengan pasir sungai.

"Emm.. masa tu ada lah sekali dua, diorang turun mandi sungai. Memang diorang betul-betul seronok. Katanya mandi sungai tak sama dengan mandi kolam. Pasal fitting baju tu.... sayang minta maaf kalau buat abang marah."

''Abang tak marah pun."

"Ye ke tak marah? Kenapa masa fitting baju untuk resepsi, kemain lagi abang bagi sayang warning?"

Fairuz dilihat dengan ekor matanya. Ranting kayu yang patah berdekatan dengannya dicapai dan di lorek-lorek pelbagai bentuk di permukaan pasir sungai.

"Abang tak marah tapi abang jealous," balas Fairuz lantas halakan matanya pada Yusra.

Yusra mengangguk dan tersenyum. Sepi menyelubungi antara mereka.

"Jujur abang cakap, abang nak sangat tahu kisah sayang. Boleh tak kalau sayang ceritakan serba sedikit tentang sayang? Sebelum ni abang banyak dengar dari umi dan Abah tapi hari ini, boleh ke kalau abang nak dengar sendiri dari mulut sayang?" Tiba-tiba Fairuz bersuara.

Yusra termangu sekejap, berfikir. Satu hembusan nafas dilepaskan.

"Okay.. sayang akan ceritakan kalau ada yang abang nak tahu. The first thing, apa yang abang nak tahu?"

"Emm..okay, kita mulakan dari zaman sekolah sayang dulu. Kalau nak ceritakan zaman U, Sayang tak start belajar pun lagi, kan?"

Yusra mengangguk. Nafas dalam disedut sebelum dihembusnya perlahan.

"Dulu sayang bersekolah dekat Pasir Akar masa sekolah rendah. Lepas tu, sayang dapat masuk ke sekolah MRSM. Masa tingkatan 4, sayang pindah sekolah ke SMK Tengku Mahmud dengan Aishah. Kebetulan masa tu arwah nenek sakit dan ayah Aishah pulak baru je meninggal. Yus pindah ke sini, selepas arwah nenek meninggal. Kami dapat result cemerlang masa SPM dan dapat sambung study ke UM sebelum ke Australia."

"Sayang seronok sangat bila kami dapat peluang ke overseas. Tapi Aishah kemalangan tak lama selepas tu. Teruk jugak keadaan Aishah masa tu. Sayang tak sanggup nak tinggalkan Aishah, jadi sayang rela ketepikan cita-cita sayang tu asalkan dapat bersama Aishah. Kami buat keputusan untuk sambung belajar di SMKBP, masuk form 6." Yusra bercerita secara ringkas.

''Baiknya Sayang abang ni... sanggup ketepikan cita-cita sendiri sebab seorang kawan. Sayang rasa menyesal tak, bila tak dapat pergi Australia?"

Yusra senyum bila Fairuz memanggilnya 'Sayang abang ni'. Rasa mereka tersangat-sangat dekat.

"Menyesal? Tak ada lah menyesal sangat sebab itu keputusan sayang sendiri. Tapi kalau kata sedih tu.. Siapa yang tak sedih. Lebih-lebih lagi, itu yang sayang nak dari dulu. Sayang ada seorang kakak angkat. Dia pun sambung belajar oversea jadi sebab tu sayang cabar diri untuk terus berjaya dalam pelajar an, sama macam dia." Lirih suara Yusra bila mengenangkan Tengku Fatihah.

Kali terakhir Tengku Fatihah ada mengirimkan surat dengan menyatakan bahawa dia akan sambung belajar di Overseas tapi tidak dinyatakan negara mana. Bersama surat itu, ada sekeping poskad dan gambar dari Tengku Faiz Iskandar kiriman dari lelaki itu.

Selepas itu, Tengku Fatihah terus sepi darinya. Segala surat yang dikirim juga tidak berbalas. Akhirnya selepas 2 tahun menunggu suratnya dibalas, Yusra mengalah.

"Bagus sayang jadikan cabaran tu sebagai semangat. Dan sayang berjaya, kan?"

"Alhamdulillah sayang berjaya walaupun akhirnya terpaksa lepaskan." Yusra ukir senyuman nipis.

"Kalau diberikan peluang sekarang, sayang nak ke sambung study kat sana balik? Kalau sayang nak, abang tak ada masalah untuk sponser sayang study.." Fairuz memberi cadangan.

Yusra terngadah sebelum toleh pada Fairuz.

"Hishh tak nak lah sayang." Yusra menolak sambil tangannya membuat gaya, menolak pendapat Fairuz.

"Kenapa tak nak? Abang nak sponser la..." Fairuz kerut dahi. Kadang-kadang pelik dengan isterinya yang terlalu sederhana. Segala kemewahan yang diberi mentah-mentah ditolak.

"Bukan tu maksud sayang, abang cuma... Sayang sekarang dah jadi isteri abang. Sayang dah terikat dengan tanggungjawab sayang pada abang. Lagipun sayang kan dah dapat sambung study dekat UKM, okay apa... U taraf International." Jawab Yusra sambil mendabik dada. Fairuz tergelak dengan Yusra.

"Sayang tak sanggup berjauhan dengan abang ke?"

''Eii.. perasannya dia..." Cebik Yusra. Fairuz sambung gelak. Gelak bebas yang membuatkan Fairuz nampak semakin menarik di mata Yusra.

"Ehh kejap, tadi sayang cakap, sayang pelajar MRSM? Woww... abang tak tahu pun.. MRSM mana tu?" Fairuz bertanya setelah ketawanya terhenti.

Yusra hala matanya pada Fairuz. Ada liur menuruni kerongkongnya. Payau. Pada Yusra, cukup lah dia sekadar bagitahu dia bekas pelajar MRSM. Tapi bila Fairuz bertanya tentang lokasi MRSM secara terperinci, tiba-tiba Yusra jadi takut kalau-kalau Fairuz dapat mengesyaki persamaan dia dengan adiknya.

"MRSM mana sayang? Adik abang, Tehah pun study MRSM jugak. Belah-belah pantai timut juga. Rasanya MRSM Kuala Berang."

"Emm.. MRSM...."

"Amboi korang... mandi sungai tak ajakkk" Suara Yadif Safwan bergema dari belakang tempat duduk mereka.

Semua mata berpaling ke belakang. Yadif bersama seorang gadis ayu bertudung, disebelah Yadif tersenyum sipu.

* * *


Usai makan malam, mereka sekeluarga duduk di ruang tamu menonton slot samarinda kegemaran Hajjah Sumayah. Fairuz keluar ke ruang tamu dari bilik tidur bersama bagasinya.
Mata Hajjah Sumayah beralih arah. Bagasi di tangan Fairuz di teliti sebelum matanya naik menentang sepasang mata menantunya. Bukan Hajjah Sumayah seorang tapi semua orang termasuk isterinya.

"Abang nak pergi mana dengan beg ni?'' Ada rasa gugup dalam nada Yusra.

Terkejut dengan tiba-tiba suaminya keluar dari bilik bersama bagasi.

"Ha'a Ruz, nak pergi mana malam-malam ni?" tanya Hajjah Sumayah pula.

Terkejut dengan reaksi semua yang memandangnya membuatkan Fairuz tersenyum nipis sebelum tarik beg bagasinya ke depan. Beg bagasi dibuka dan dikeluarkan beberapa beg kertas lalu di berikan kepada setiap ahli keluarga mertuanya.

"Lah.. nak bagi souvenir rupanya. Ingatkan tarik beg, nak lari balik KL." Yadif Safwan mula bersuara selepas sambut hulurkan adik iparnya.

"Entah la kau ni Ruz, ada ke patut tarik beg macam tu. Cuak Yus tadi ingat kau nak lari." Tambah Zulkifli. Fairuz tersenyum kambing.

"Mana boleh lari sorang-sorang bang, kali ni wajib bawa isteri aku balik," balas Fairuz. Dia semakin serasi dengan keluarga mertuanya.

Yusra terasa wajahnya panas bila Fairuz berkata begitu.

"Yela.. bawak la Ruz. Kesian dia aku dengar, siap kena booking wad di HRPZ II lagi sebab angau rindukan kau." Yadif menyampuk.

''Wad apa tu?" Fairuz bertanya pula. Tak faham dengan usikan abang iparnya.

"Wad psikiatri." Yadif menjawab.

Terburai ketawa Fairuz, baru faham maksud gurauan abang iparnya. Yusra menjeling abangnya tajam.

"Angau rindu abang ke?" Fairuz toleh pada Yusra. Kening sebelah di angkat-angkat mengusik Yusra di sebelahnya.

"Mana ada, ayah dan ibu tu yang mereka cerita." Dalih Yusra pula. Menunduk menekur lantai.

"Jangan nak cakap ibu reka cerita Yus, Kalau tiap-tiap petang duk termenung tepi tingkap tengok jalan tu, apa maknanya?'' giat Hajjah Sumayah. Menyokong cerita Yadif.

"Cantiknya baju Zehra. Suka-suka. terima kasih Ayah Chik." Yasmin Zehra mengayakan baju gaun berenda biru itu ke badannya. Menyelamatkan Yusra dari terus kena usik.

"Yamin pun suka baju ni, Ayah Chik. Kalau Yamin pakai mesti handsome macam Ayah Chik. Terima kasih Ayah Chik." Yamin Zafrin pula menyampuk.

Fairuz tersenyum, tangannya mencuit pipi Yamin manja.

"Amboi dapat baju, kemain puji ayah chik ye." Yasmin Safwah mengusik anaknya. Kedua anaknya tersenyum.

"Mana sayang punya?" Yusra bertanya bila menyedari hanya dia yang tiada beg kertas yang di hulurkan oleh suaminya.

"Eh.. tak ada ke? Kejap..." Fairuz bangun dan masuk ke bilik. Sebentar kemudian, Fairuz muncul dari bilik dengan tangan kosong.

"Sorry sayang, rasanya abang dah masukkan yang sayang punya dalam beg untuk family sana." Fairuz serba salah.

Macam mana dia boleh terlupa hadiah untuk isteri tersayang. Yusra dihampiri dan dipaut bahu isterinya mesra.

"Sorry..." Fairuz serba salah.

"Ala.. hal kecil jelah Yus. Tak payah nak merajuk laa.. Esokkan dah nak balik KL, nanti Ruz bagi lah hadiah Yus." Yadif membela adik iparnya.
Yusra angkat muka pada Yadif.

"Abang tu memang. Suka kan dapat hadiah?" selar Yusra tidak puas hati, sudahlah dia diusik, hadiah pula tak ada. Tak aci betul. Yadif dipandang geram.

"Ehh of course la. My brother-in-law yang bagi tak kan tak suka. Tengok ni Yus, cantik tak?" Yadif mengusik adiknya.

Baju yang baru diberikan oleh Fairuz ditayang depan Yusra. Fairuz belikan sehelai baju untuk kaum Adam manakala selendang untuk kaum hawa.

"Bencilah abang ni." Yusra capai bantal kecil segi empat sama di sebelah lalu dilemparkan pada abangnya. Yadif sempat mengelak.

"Tangan tu tak pernah kena sasaran ada hati nak lempar kat abang. Ni kalau Idi ada, padan muka Yusra kena gelak." Yadif sembur ketawa. Jelir lidah.

"Bencilah. Semua suka usik Yus. Nak masuk bilik la macam ni." Yusra bingkas bangun dan menapak ke bilik tidurnya.

Suis lampu dan kipas di petik. Bilik yang gelap sebentar tadi serta merta terang bederang disimbah cahaya lampu. Ada satu kotak hadiah terletak elok diatas katil. Yusra tergamam seketika namun kakinya dihayunkan jua mendekati katil. Kad di atas kotak di ambil.

~Suprise! Abang tak akan lupakan isteri abang. I always be there for you~

Terasa ada tangan melingkari pinggangnya, tubuh Yusra serta merta menggeras, terkejut. Dagu Fairuz diletakkan di bahunya.

"Hadiah untuk sayang.'' Bisik Fairuz perlahan di telinganya bersama satu kucupan di situ.

Yusra geliat kegelian. Tangannya diletakkan di atas tangan Fairuz yang berlingkar di pinggangnya.

''Abang tak pernah lupa sayang. Sampai bila-bila." Tambah Fairuz lagi.

Suara perlahan menahan gentar yang hadir di dada. Sejak dia berani menyentuh Yusra, perasaan selalu tak stabil bila berhadapan dengan Yusra. Tambahan pula Yusra seakan-akan tidak membantah setiap sentuhannya.

Fairuz menguraikan pelukannya sendiri, bimbang kalau dia tidak mampu kawal kehendak hati. Kotak hadiah diambil dan dihulurkan pada Yusra. Sedikit terjongket kening minta Yusra mengambilnya bila Yusra hanya pandang wajahnya.

Yusra menyambutnya dan duduk di birai katil. Dengan cermat, kotak itu dibuka. Seutas jam tangan berwarna creamy dihiasi butiran manik swarovski warna pink terserlah di matanya. Yusra menarik jam itu dari tempatnya.

"Cantik.."

"Cuba sayang pakai. Abang hadiahkan jam ni untuk sayang sebab abang nak kita hargai setiap detik kita bersama. Sama-sama kita mulakan hidup baru."

Yusra mengangguk lalu memakai jam pemberian suaminya.

"Cantik.. sepadan dengan sayang." Itu yang terluah dibibir Fairuz tatkala matanya singgah pada pergelangan tangan isterinya.

"Tapi abang... Sayang kan dah ada jam." Yusra sudah berkira-kira.

Fairuz tarik nafas sebelum menjawab. Faham dengan perangai Yusra.

"Tak apa. Nanti sayang boleh gilir-gilir pakai dengan jam tu. Abang tak mintak sayang buang pun jam tu."

Yusra mengangguk. Matanya pandang jam tangan lama yang sudah dua kali tukar tali tapi jarum jamnya masih berfungsi elok. Sayang sebab jam tu ada kenangannya. Kenangan? Ya, dia patut lupuskan segala kenangan lama. Jam itu.... jam pemberian Tengku Faiz Iskandar ketika hari terakhir mereka di Stesen Bas Puduraya, 7 tahun lepas.

* * *


"Take care. Abang sayang Idah. Abang harap Idah tunggu abang." Tengku Faiz bersuara lalu menghulurkan sekotak hadiah kecil kepada Yusra.

"Insya-Allah." balas Yusra Saidah dan menyambut huluran itu.

"Buka lah sekejap. Abang nak tengok Idah pakai, boleh?" pinta Tengku Faiz.

"Boleh. Sekejap." Yusra buka kotak tersebut tanpa membuang masa, dan ada seutas jam tangan di dalamnya. Yusra menyarungnya ke penggelangan tangan kirinya.

"Sepadan dengan Idah." Hanya itu yang Faiz komen.

''Kenapa bagi jam kat Idah?" tanya Yusra pula. Jam di tangannya di belek-belek penuh berminat. Kebetulan jam tangan yang ayahnya hadiahkan, sudah pun rosak.

"Abang hadiahkan Idah jam ni supaya Idah sentiasa hargai setiap detik waktu kita luangkan bersama kat rumah abang. Tunggu abang. Habis abang belajar, abang akan balik cari Idah. Boleh?"

''InsyaAllah abang." Hanya itu yang mampu Yusra balas.

"Abang turun dulu." Faiz minta diri bila hon bas di bunyikan berkali-kali menandakan bas sudah bersedia untuk bergerak.

Yusra mengangguk dengan senyuman yang paling manis terukir.

* * *


"Sayang? Kenapa diam ni?" Fairuz menunduk sedikit wajahnya cari raut Yusra yang tiba-tiba senyap di sebelah.

"Maaf abang. Teringat kenangan lama." Keluh Yusra jujur.

Tubuh Fairuz tiba-tiba menggeras mendengar keluhan Yusra. Teringat kenangan lama? Yusra dengan lelaki tak setia tu?

"Masih tak dapat lupakan dia ke?'' Wajah Fairuz mencuka. Serius nadanya.

''Sayang masih suka dia ke? Sayang dia? Cinta dia?" soal Fairuz lagi bertalu-talu.

Tajam matanya pandang Yusra. Berdebar menanti jawapan dari seorang isteri.

Boleh tinggalkan sebarang komen untuk saya? terima kasih kepada yang sudi baca kisah saya. 10k views. Saya hargai sangat. =)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience