Bab 14 : CBYS

Romance Series 112928

Yusra Saidah dan Syarifah Aishah melangkah masuk ke kedai runcit Ustaz Luqman. Kudin yang sedang menyusun stok minuman ke dalam peti sejuk menoleh bila terpandangkan susuk rakan sekelasnya. Dia menghentikan kerja itu lalu menutup pintu peti sejuk. Kakinya mendapatkan Yusra dan Aishah.

"Eh, korang bila daftar masuk U?" Tanya Kudin.

Aishah dan Yusra berpandangan sebelum Aishah memberi jawapan pada soalan Kudin.

"InsyaAllah kalau tak ada hal, lagi 3 hari aku pergi KL daftar U."Jawab Aishah.

"Korang pergi sekali lah nanti? Azam dah pergi kan?" Tanya Kudin lagi.

"Aku pergi dengan mak aku. Yus tak pergi. Azam dah pergi ke? Aku tak tahu pun." Jawab Aishah lagi.

''Kau tak pergi Yus? kenapa?" Kudin sudah berkerut. Sepertinya dia sudah ketinggalan cerita ni.

"Alahh macam mana nak pergi U kalau tiba-tiba dah kena kahwin. Buat apa nak belajar tinggi-tinggi kalau nanti terceruk tepi dapur jugak." Satu suara menyampuk dari rak sebelah.

Terlindung dari pandangan mata mereka bertiga. Mereka tertoleh-toleh mencari dari arah mana suara itu berbunyi.

"Alahai Jenab, kisah buat apa dengan belajar... Bakal laki dia tu orang kaya. Dah tentu-tentunya boleh sara dia. Bukan setakat sara dia, sara seluruh keluarga Haji Pie tu pun boleh. Orang kaya, kan?" Satu suara lagi mencelah.

Kudin sudah tengok Yusra dan Aishah lain macam. Sedikit sebanyak Kudin mohon penjelasan dari mereka berdua tentang topik yang baru sahaja dia didengari.

"Aku dengar bakal laki dia tu orang kerabat diraja. Lagi mendongak la hidung Hajjah Yah tu. Anak dapat result SPM dan STPM cemerlang pun dah mendongak tinggi melangit hidungnya, inikan pula nak dapat menantu kaya.. alahai makin mendongak laaa..." Suara itu menyinis lagi.

Yusra mula panas hati bila nama ibu dan ayahnya terpalit sekali. Kudin mula melangkah. Panas juga hatinya walaupun kata-kata itu bukan ditujukan padanya.

"Kak Jenab, Kak Yam, saya masih hormatkan akak tau. Jangan ajar saya ni jadi orang yang tak reti hormat orang tua kalau orang tua pun tak reti hormat perasaan orang lain." Kudin mula bersuara bila berhenti di salah satu lorong dimana Zainab dan Maryam berdiri dengan suara lancangnya sebentar tadi.

"Kau ni dah kenapa Kudin? Aku bukan kata dekat kau, aku kata dekat orang yang tak sedar dek untung tu." Tungkas Zainab. Sempat pula dia hadiahkan jelingan kepada Yusra.

"Apa yang tak sedar dek untungnya kak Nab?" Aishah pula bersuara, dia dan Yusra sama-sama menyertai Kudin. Dari tadi lagi dia cuba bersabar. Kalau hendak diharapkan Yusra membuka mulut jangan diharap lah.

"Kau pulak dah kenapa Shah? Aku kata kau ke? Kau ke yang nak kahwin?" Maryam pula mencelah. Matanya cerlung pada Aishah.

Aishah mencebik bibir. Kudin mendengus.

"Memanglah akak tak mengata saya tapi akak mengata pada kawan saya. Sahabat baik saya. Apa salahnya Yusra ni pada akak sampaikan macam tu sekali akak mengata dia?" Aishah membela Yusra.

Yusra sudah menarik tangan Aishah. Mahu segera keluar dari kedai runcit Ustaz Luqman. Tidak mahu pergaduhan menjadi berpanjangan. Tapi Aishah mengeraskan tangannya. Tidak berganjak.

"Dah memang betul pun. Dulu dia mereyam dengan Azam. Sampaikan Azam tingalkan anak saudara aku sebab sukakan Yus ni. Bila dah elok-elok dapat Azam. Ditinggalkan Azam pulak sebab dah dapat orang kaya. Kau jangan ingat aku tak tahu Yus." Luah Maryam geram. Jarinya ditunjuk-tunjuk kepada Yusra.

"Apa yang Kak Yam cakap ni? Yusra tak pernah sukakan Azam. Dia cuma kawan sekelas kami je." Aishah menyangkal semua tuduhan yang dilemparkan kepada kawan baiknya.

"Yang kau banyak bunyi ni kenapa Shah? Aku kata kau ke?" Marah Maryam.

Geram pula dia bila Aishah sibuk meyebelahi Yusra sedangkan Yusra hanya menikus dibelakang Kudin dan Aishah.

"Kak Nab dan Kak Yam kalau tiada apa-apa yang nak dibeli, saya minta jasa baik akak berdua tolong keluar dari kedai ayah saya. Saya tak nak saya jadi kurang ajar dengan pelanggan ayah saya. Saya masih hormatkan akak sebagai orang yang lebih tua dari saya." Kudin pula bersuara, mengalah. Bimbang kalau pergaduhan ini didengari orang lain.


Zainab dan Maryam mendengus kasar. Tajam pandangan yang diberikan pada Yusra. Hatinya masih sakit dengan cerita yang anak saudara dia sampaikan. Lama mereka begitu, akhirnya Maryam menarik tangan Zainab untuk keluar dari kedai Ustaz Luqman.


Kudin melontarkan pandangan pada Yusra dan Aishah selepas Maryam dan Zainab berlalu dari kedai runcit ayahnya.


"Apahal ni Yus? Apa yang Kak Nab dan Kak Yam cakap tu?" Kudin mula bertanya. Tubuhnya berpaling pada Yusra dan Aishah.

"Memang betul apa yang Kak Nab cakap tu. Aku tak jadi masuk U. Ehh bukan tak jadi tapi aku tangguh dulu." Jawab Yusra.


"Tapi part yang Azam tu tak betul. Aku tak ada apa-apa hubungan pun dengan Azam." Sambung Yusra.


"Kau tangguh? Bukan ke kau excited lain macam ke bila kau dapat masuk U, Yus?" Kudin pula bertanya. Hairan dengan penjelasan Yusra.


"Kau tak tahu ke Kudin?" Giliran Aishah pula bertanya. Kudin mengerut kening.


"Tahu apa?" Soalnya.


Yusra menunduk. Malu untuk berterus terang sebenarnya. Bukan setakat pada Kudin dia malu, pada orang kampung juga dia malu. Malu bila heboh berita tentang dia akan berkahwin selepas tamat belajar Tingkatan 6 sedangkan dia dapat keputusan STPM dengan cemerlang dan juga dia diterima untuk masuk ke Universiti.


"Yus dah nak kahwin esok. Memang betul apa yang Kak Yam cakap tu. Yus akan kahwin dengan orang kerabat diraja dan dia tangguh kan dulu untuk masuk ke U." Aishah mewakili Yusra untuk menjelaskan perkara yang sebentar. Kudin menghela nafas.


"Sorry Yus, aku tak tahu. Aku pun baru sampai rumah. Aku pergi rumah abang aku di Pahang. Kerja kat sana sementara tunggu hari nak daftar UUM."


"Tak apa Kudin, bukan salah kau pun. Lusa, jemputlah datang rumah aku. Esok akad nikah aku. Lusa kenduri." Jawab Yusra.


"Terima kasih tadi kau backing aku. Hero betul kau tadi" Sambung Yusra.

Kudin Yersenyum dan mengangkat tanda bagus dengan ibu jarinya.

* * *


_Assalamualaikum_ ~Fairuz

_Hi fiance. Kau buat apa?_ ~Fairuz

Yusra tersenyum. Suka sangat panggil dia 'hi fiance'.

_Waalaikummusalam_ ~Yusra

_Tak ada buat apa pun. Tadi pergi kedai._ ~Yusra

_Oo.. ingat dah lupa aku dah._ ~Fairuz

_Kalau aku tak text kau, kau tak pndai ke nak text aku?_ ~Fairuz

_Laaa kan awak tengah drive tadi._ ~Yusra

_Tak kan la saya nak kacau awak._ ~Yusra

_Jadi kau ingat aku la?_ ~Fairuz

_Ehh, tak ada maknanya saya nak ingat awak._ ~Yusra

_Rupa awak macam mana pun saya tak tahu, macam mana saya nak ingat awak!_ ~Yusra

_Haha kau merajuk la ni?_ ~Fairuz

_Nak aku pujuk ke?_ ~Fairuz

_Ehh nak pujuk, pujuk jelah tak payah la tanya.._ ~Yusra

_Nanti-nantilah aku pujuk kau._ ~Fairuz

_Esok aku pujuk kau._ ~Fairuz

_Emm yelah Tengku_ ~Yusra

_Sampai jam berapa tadi?_ ~Yusra

_Jangan pnggil aku Tengku._ ~Fairuz

Yusra mengerut dahi. Dah kenapa pula mamat ni?

_Kenapa pulak? Kan awak memang Tengku. Tengku Fairuz._ ~Yusra

_Stopped Yusra. Aku tak suka kau yang panggil aku macam tu._ ~Fairuz

_Kalau orang lain, aku tak kisah pun._ ~Fairuz

_Sampai jam 3 petang tadi. Aku rehat-rehat je ni. Orang lain semua dah pergi mandi kolam._
~Fairuz

_Tak suka? Habis tu nak saya panggil awak apa? Encik Tunang?_ ~Yusra

_Alhamdulillah.. selamat berehat awak._ ~Yusra

_Kau jangan nak mengelak dari aku Yusra._ ~Fairuz

_Aku tengah rehat-rehat la ni. Kau tak menganggu masa aku rehat pun._ ~Fairuz

_Panggil lah aku apa pun asalkan bukan Tengku_ ~Fairuz

Yusra mengetap bibir. Susah la dia ni, ikut mood dia je!

_Yelah-yelah awak. Saya tak panggil awak Tengku lagi dah._ ~Yusra

_Agak-agak awak handsome tak?_ ~Yusra

'Eh... apasal aku tulis macam ni? Yusra tepuk dahi sendiri. Gila lah kau ni Yusra!'

_Soalan kau... Kau rasa?_ ~Fairuz

Yusra tersenyum membaca text itu.

'Mesti kau nak cakap kau tu handsome kan?' Haha Yusra gelak jahat.

_Mesti handsome kan? Ada rupa macam Matt Barr x?_ ~Yusra

_Amboi kau... layan jugak ya cerita tu? Agak-agak la nak sama kan aku dgn Matt Barr tu..._ ~Fairuz

_Tapi aku ni lebih sikit je handsome dari Jay Hernandez tu._ ~Fairuz

_Hahahahha_ ~Yusra

_Kalau awak handsome macam dia, confirm esok saya tengok awak, saya jatuh cinta dengan awak._ ~Yusra

_Kenapa? sekarang ni kau tak jatuh cinta lagi ke dengan aku?_ ~Fairuz

Gulp! Yusra menelan liur. Tawa gelaknya terhenti. Tiba-tiba jantungnya berdegup tak senang. Dia mati idea untuk membalas.

10 minit berlalu. Ada perkataan 'typing...' diatas. Lagi membuatkan Yusra berdebar.

_Kenapa kau tak reply text aku Yusra? Balas text aku Yusra!_ ~Fairuz

Yusra menelan liur. Kesat. Gerangan dihujung sana macam marah.

'Alamak, apa aku nak jawab ni?'

_YUSRA!_ ~Fairuz

'Alamak, ni memang betul-betul marah ni! Siap dieja namanya dengan huruf besar dan bertanda seru.

_Iya... saya ada lah. Janganlah text macam tu_ ~Yusra

_Then, answer me._ ~Fairuz

_One day saya akan reply but not today._ ~Yusra
_Why?_ ~Fairuz

_Next time, we'll talk about this. But not now._ ~Yusra

_Ok._ ~Fairuz

Yusra ketandusan idea. Dia tahu Fairuz merajuk.

_I'm sorry my fiance._ ~Yusra

Hanya itu yang ditaip. Dan dihantar. Lama menunggu sebelum 'typing....' muncul. Berdebar menunggu Fairuz membalas.

_Its okay Yusra. I have to go. InsyaAllah esok kita jumpa._ ~Fairuz

_Aku yakin kau akan jatuh cinta dengan aku walaupun aku tak se'hensem' Jay Hernandez._ ~Fairuz

_Aku ni lebih banyak hensem dari Alex O'Loughlin. So kau fikir la baik-baik._ ~Fairuz

Yusra tersenyum baca text itu sambil menggeleng. Tak habis lagi dia ni perasan!

_Hahahhaha. Ok.. kita tgok esok._ ~Yusra

_Awak jangan fikir saya macam Christian Ocho pulak_ ~Yusra

_Tak payah fikir. Sbb aku tahu kau macam mana. Dah sebulan aku tgok gambar kau._ ~Fairuz

Gambar?

_Maksud awak?_ ~Yusra

~See you tomorrow my fiance. Bye. Assalamualaikum._ ~Fairuz

Share this novel

Tulip Haura
2021-07-24 18:55:51 

haha D.A buat saya pun kena baca blik kisah Yusra-Fairuz ni...

D.A
2021-07-24 17:42:37 

kita baca kita senyum sendiri.. ingat pada seseorang yang Tanya soalan yang sama macam ni..


NovelPlus Premium

The best ads free experience