Bab 44 : CBYS

Romance Series 109654

"Yusra Saidah?" tanyanya pada Yusra.

Yusra mengangguk sambil curi pandang wajah kaget Fairuz. Situasi yang agak janggal padanya.
       
"Saya Qazrina." Tangan di hulurkan kepada Yusra.

Giliran Yusra pula terkedu. Qazrina? Bukan ke Qazrina nama yang Fairuz sebut ketika mereka bercuti di Australia dulu? Yusra bangun dari duduknya. Menyambut hulurkan tangan Qazrina. Fairuz turut bangun.
       
"Qazrina?" Lambat-lambat Yusra menyebut.

Pandangan dialihkan pada Fairuz. Melihat wajah kelat Fairuz, Yusra merasakan ada sesuatu yang dia perlukan penjelasan dari Fairuz.
      
Qazrina mengangguk bersama seulas senyuman di bibir. Raut wajah Yusra ditatap penuh berminat. Wajah yang nampak muda remaja. Cantik walaupun bergaya sederhana. Rupanya dia, Yusra Saidah yang selama ini hanya dikenali melalui laman Fac. Kali pertama bertentang mata dengan isteri Fairuz, yang satu masa dahulu hanya diketahui melalui perkhabaran yang disampaikan oleh Syed Ammar.

Inilah perempuan yang berjaya mengambil tempatnya di hati Fairuz. Melihat wajah tenang Fairuz yang sedang merenung Yusra sebentar tadi sudah cukup menggambarkan betapa alam rumahtangga mereka sedang meniti bahagia. Tidak seperti rumahtangganya, satu keluhan terlepas dari bibirnya. Sekilas dia pandang Hisham disebelahnya.
     
"Sorry, kacau korang lunch. Kebetulan kita terserempak kat sini, I cuma nak sapa kawan sekolej I je. Lagipun kita dah lama tak jumpa since you bertunang, kan Ruz?" Qazrina berkata.

Tangannya memaut lengan si suami. Sedikit menggeras tubuh Hisham bila diperlakukan sebegitu oleh sang isteri. Jeling sekilas pada Qazrina.

"So Ruz, this is my husband, Hisham. Hisham, this is Fairuz, my ex-classmate and his wife, Yusra Saidah." Sambung Qazrina lagi, bertindak memperkenalkan mereka.
       
Fairuz mengangguk lalu menghulurkan tangan kepada dengan Hisham sebelum dia berdiri di samping Yusra dan memaut pinggang ramping itu supaya berdiri rapat dengannya. Pada awalnya Yusra menolak bila diperlakukan sebegitu namun akhirnya dia hanya membiarkan. Ini kerana hati Yusra mula timbul rasa tidak selesa dengan renungan Hisham padanya. Renungan yang merimaskan.
      
"Have a seat. Boleh borak-borak." Fairuz sekadar berbasi-basi. Yusra mengangguk menyokong pelawaan suaminya walaupun agak janggal.
      
Qazrina pandang suaminya, Hisham mengangkat kedua bahunya memberi maksud 'never mind'. Qazrina mengangguk lalu menarik kerusi di sebelah Yusra dan Hisham melabuhkan duduknya di sebelah Fairuz.
      
"Rasanya ni kali pertama kita berjumpa kan Yusra?"
      
"Ha'a..Ini kali pertama."

Diam sebentar antara mereka berempat. Masing-masing kelu untuk memulakan perbualan.

"Dah lama kita tak jumpa, kan? Dengan Bella dan Syahmi pun I dah lama tak jumpa. Diorang sihat? Babies?" Qazrina bertanya pada Fairuz.

"Alhamdulillah diorang sihat. I pun jarang2 melepak dengan diorang sekarang. Busy sikit lately."

"Nanti boleh la kita reunion sama-sama. Eh, hari tu, I ada dengar Is ada balik masa wedding you, lama ke dia balik?"

"Ha'a dia ada balik. Tapi sekejap je. Dalam 4 hari je kot. You apa cerita sekarang ni? Masih sibuk dengan butik you?"

"I? Masih macam dulu. I dengan butik I." Jawab Qazrina ala kadar. Tidak berminat untuk bercerita tentang kisah hidupnya.

"Ruz, lepas you kahwin terus you sorok isteri you. Dah la langsung tak invite I masa wedding you." Qazrina bertanya Fairuz lagi. Matanya dihalakan pada Yusra. Yusra hanya senyum.

Qazrina agak kekok sebenarnya bila perasan ketidakselesaan Fairuz dan Yusra dengan kehadiran dia suami isteri. Tapi hatinya, tidak ambil peduli. Ini kerana kisah rumahtangganya tidak seperti yang diharapkan, dia tekad untuk jejaki Fairuz semula. Baginya, pasti kehidupan Fairuz juga lebih kurang seperti kisahnya. Tidak bahagia dengan perkahwinan yang diaturkan oleh orang tua mereka.

"I bukannya tak invite you, tapi you yang menyepi lepas kahwin. I kahwin pun selang beberapa hari dari tarikh you kahwin. Jadi maybe you yang terlepas pandang kot." Balas Fairuz. Hisham pandangan Qazrina.

"Oo ye ke? Honey, betul la.. you tak ada cakap pun masa tu kita ada jemputan dari kawan you. Kalau tak, tentu kita boleh attend. Rugi kalau tak tengok wedding orang hebat ni." Hisham pula berkata. Mata di kerling sekilas pada Fairuz sebelum dijatuhkan pada Yusra.

Sejak dari tadi Hisham cuma membisu. Sekadar memerhati dan mendengar perbualan antara Qazrina dengan Fairuz. Fairuz, siapa yang tidak kenal? Salah seorang ikon usahawan yang berjaya di usia muda. Walaupun masih muda, Fairuz berjaya mencipta namanya sendiri di pentas perniagaan biarpun cuma menyambung legasi perniagaan keluarganya.

Kerana seseorang yang bernama Tengku Fairuz, hubungannya dengan Qazrina agak renggang. Sebelum bertunang lagi, dia berminat dengan Qazrina, seorang model pakaian muslimah. Namun kerana nama Fairuz yang selalu meniti di bibir Qazrina, dia menjadi tawar hati. Hubungan rumahtangganya juga hambar.

"Sorry I nak tanya, you kerja sekali dengan Ruz ke?" Qazrina menyoal Yusra. Wajahnya dihalakan kepada Yusra.

"Sebenarnya saya masih.."

"Dia masih student lagi. Tapi dia akan kerja dengan I, one day." Fairuz menyampuk sebelum Yusra menyudahkan kata.

"Student? No wonder, you look so young berbanding kitorang. Macam adik kepada you je Ruz." Qazrina memberi komen.

Yusra hanya mengangguk sekadar memanis muka. Kakinya menguis kaki Fairuz di bawah meja. Memberi isyarat, supaya lakukan sesuatu. Dia tidak selesa dengan kehadiran mereka. Fairuz kerdip mata tanda dia faham dengan isyarat Yusra.

"Emm excuse me guys, I think kitorang kena gerak sekarang, ada hal sikit. One again, nice to meet you Qaz and Hisham.. So, shall we sayang?" Fairuz bangun seraya menghulurkan tangannya buat sang isteri.

Yusra perlahan-lahan menyambut huluran tangan suaminya.

"Saya pergi dulu ya.. Qaz, Hisham. Insha Allah nanti kita jumpa lagi. Assalamualaikum."

* * *

"So, itulah Qazrina yang abang pernah ceritakan pada sayang dulu kan?" Yusra bertanya apabila kereta yang dipandu suaminya menyusuri jalan raya, keluar dari kawasan Bandar Bangi.

"Iye sayang. Dia lah orangnya," jawab Fairuz dengan sedikit malas. Hatinya tidak tenang bila memikirkan tentang pertemuan mereka sebentar tadi.

"Cantik orangnya."

"So?" Sekilas Fairuz jeling Yusra disebelah. Sedikit serius mukanya lalu kaca mata hitamnya dipakai.

"Tak ada apa-apa."

"Jangan nak fikir apa-apa yang abang tak suka. Jangan pernah fikir abang ni sepatutnya kahwin dengan dia. Macam yang sayang tengok dan tahu. Dia kahwin dengan Hisham and I'm married you. Full stop!" Sedikit serius bicara Fairuz.

Sedikit tersentak Yusra bila dijerkah begitu. Rasanya sudah lama Fairuz tidak bersuara tinggi dengannya. Yusra telan air liur macam tahu-tahu saja itu yang bermain di kepalanya.

Fairuz menghela nafas. Rasa bersalah tinggikan suara pada Yusra sedangkan iru bukannya salah isterinya. Cuma hatinya rasa tidak enak bila fikirkan tentang renungan Hisham kepada isterinya.

"Sekali pun kalau bukan wasiat tu, abang tetap tak akan kahwin dengan dia. Abang tak pernah ada niat nak belakangkan setiap keputusan umi dan Abah. Kalau mereka setuju dengan pilihan abang, abang kahwin. Kalau tak, abang tak kahwin. Soal dia, Abah dan Umi awal-awal lagi dah tolak dia sebagai calon menantu."

''Sayang minta maaf fikir yang bukan-bukan."

"It's okay. Tapi tolong jangan fikir sesuatu yang buatkan sayang makin berjauh hati dari Abang. Abang tak pernah ada niat, nak kan dia balik. Kisah abang dengan dia cuma sejarah, macam kisah sayang dengan 'si dia' dulu. Abang cuma sayang sayang sorang je. Dalam hati abang cuma ada sayang." Fairuz menggenggam erat tangan isterinya.

''Betul abang cuma sayang sayang?"

"Masih ragu dengan abang ke?"

"Sayang tak ragu dengan abang. Sayang cuma takut, kalau-kalau sayang serahkan segalanya pada abang, abang tinggalkan sayang."

"Kenapa mesti fikir macam tu Yusra? Pernah ke abang cakap macam tu? Perlu ke fikir sampai macam tu?" Fairuz mendengus kuat. Stereng kereta digenggam kuat, menahan marah pada sang isteri.

"Tapi sayang takut kalau abang tinggalkan sayang macam dia pernah tinggalkan sayang. 7 tahun sayang tunggu tapi dia balik dengan orang lain. Sayang tak boleh lupa semua tu."

"Berapa kali abang nak cakap, abang bukan dia, Yusra. Bukan dia! Faham tak?" Nada suara Fairuz kembali meninggi.

Sakit hati bila Yusra masih mengungkit kisah dia dengan entah siapa lelaki yang beri harapan palsu pada isterinya dulu.

'Tapi dia sepupu abang!' Jerit Yusra dalam hati.

"Dia cuma teman lelaki sayang dan abang suami sayang. Seluruh hidup sayang milik abang. Kesilapan dia, tolong jangan hukum abang. Dah, stop cakap pasal ni. Abang tak nak gaduh dengan sayang."

Yusra senyap. Fairuz juga.


* * *


Yusra duduk di bangku berdekatan dengan kawasan parkin sementara menanti kedatangan suaminya menjemputnya balik dari kuliah. Dia belek-belek telefonnya, menanti kalau-kalau ada sebarang pesanan dari suaminya. Sudah setengah jam menunggu, dia resah di tempatnya.

"Assalamualaikum... hai, boleh saya duduk sini?" tegur seseorang yang berdiri di hadapannya. Yusra angkat muka.

"Waalaikummusalam," balas Yusra.

Jejaka dihadapan itu senyum bila Yusra membalas salamnya lalu bingkas dia duduk walaupun tidak dijemput.

"Sorang je? Tunggu seseorang ke?" tanyanya lagi. Lagak gentleman.

Yusra sedikit berkerut keningnya.

"Sorry, kalau saya buat awak tak selesa. Saya cuma nak kenal-kenal dengan awak. Tak salah kan? Saya, Nuqman. Awak?"

Baru Yusra ingin menjawab.

"Nuqman!" Satu suara lain menjerit, memanggil Nuqman.

Yusra dan Nuqman sama-sama toleh. Kelihatan Azzam tercungap-cunggap belari mendapatkan Nuqman. Bahu Nuqman ditepuk-tepuk.

"Puan Hanisah cari kau. Aku ada call kau tadi tapi kau tak angkat."

Nuqman seluk poket, keluarkan telefon bimbitnya. Cek sesuatu di skrin telefonnya. Nuqman buntang mata. Garu belakang kepala.

"Alamak.. Puan Hanisah dah 7 kali call aku. Mati aku. Jom Zam teman aku, ni mesti dia nak bincang pasal kelas semalam."

Sedikit tercuit hati Yusra dengan gelagat Nuqman. Hilang terus gaya machonya tadi.

"Sorry awak.. Next time kita borak, Tak sempat tanya nama.. boleh saya tahu?"

"Yusra." Jawab Yusra sepatah.

"Okay, Thanks awak. Zam, jom.."

"Jom. Yus nanti jumpa lagi."

Yusra cuma pandang kelibat Azzam dan Nuqman yang semakin menjauh.

"Ehemm!"

Yusra pusing badan. Sedikit menggeras tubuhnya kerana terkejut bila tengok perempuan dihadapannya. Kenapa dalam banyak-banyak tempat, di sini juga mereka berjumpa?

"Tajam mata tu. Pandang siapa? Dah lupa laki ke?" Sinis pertanyaan dari Tengku Fatin Isma bin Tengku Ismail.

Bakal adik ipar tak jadi dia! Yusra tunduk muka, menekur kaki.

"Terkejut tengok aku? Kau tak tahu erk, aku salah seorang lecture kat sini?" Tajam matanya merenung Yusra.

Yusra angkat muka sedikit. Pandang lama wajah 'kawan' lamanya dulu. Fail dibawa peluk ke dada. Erat pelukannya.

"Kau study apa kat sini? Aku ingat bila kau dah dapat orang kaya, kau dah tak berminat nak sambung belajar.. ye la kan, dah dapat suami kaya, mertua kaya... tak kan nak belajar lagi kan?" Tambah Fatin menyindir.

Yusra kemam bibir.

"Sejak bila jadi bisu ni?" Fatin menyoal lagi. Tidak puas hati bila Yusra tidak menjawab setiap pertanyaannya.

"Saya... tak pernah pun berniat nak ambil kesempatan atas kemewahan keluarga suami saya."

"Perempuan macam kau boleh cakap je apa yang kau nak cakap Yusra tapi orang macam aku belum tentu akan percaya dengan apa yang kau cakap," bidas Fatin geram.

"Awak sendiri pun tahu tentang perkahwinan kami. Awak tak patut tuduh saya macam ni."

"Aku tuduh kau macam-macam? Hey perempuan, kalau kau tu tak kemaruk nak kahwin, sepatutnya family kau tolak lamaran arwah atok aku. Tapi sebab keluarga kau tahu yang kau bakal dapat apa yang akan kau dapat selepas kahwin dengan Fairuz, jadi family kau terima pinangan tu walaupun kau cuma 15 tahun masa tu!"

Yusra tergamam dengan bahasa kasar Fatin. Walaupun suara Fatin sekadar di celah gigi tapi mampu meresap terus ke dasar hati Yusra.

"Fatin, kau salah seorang pengajar kat sini jadi tolong jaga bahasa kau. Jangan terlalu biadap bila berkata-kata." Fairuz muncul pada waktu yang tepat dari belakang Fatin.

Fatin terdiam sebelum berpusing badan kepada sepupunya. Wajah Fairuz tegang.

Fairuz menghampiri isterinya dan berdiri di sebelahnya. Kedua tangannya santai di masukkan ke dalam poket seluarnya.

"Aku hormatkan kau sebab kau keluarga aku. Jadi tolong jangan hilangkan 'hormat' tu dengan cara kau pandang rendah pada isteri aku. Dia tetap ahli keluarga Tengku Ibrahim." Fairuz berkata tegas. Yusra disebelah Fairuz langsung tidak berani pandang wajah serius Fairuz.

"Aku cuma cakap benda yang betul."

"Yang lebih tepat dan betul, dia adalah isteri aku dan dia dah jadi keluarga Tengku Ibrahim. Kau, Fatihah dan Fitrah sepatutnya terima keputusan yang dah dibuat, tak perlu kau nak ulang tayang balik perjanjian yang dah dibuat. Sekali pun cukup tempoh yang dijanjikan, dia tetap jadi isteri aku sampai bila-bila." Fairuz berkata lagi.

"Jom sayang." Fairuz segera angkat kaki.

Yusra dibelakangnya segera mengekori derapan kakinya meninggalkan Fatin yang terkulat-kulat melihat mereka berlalu pergi. Kalau di ikutkan hati mahu sahaja dia peluk dan tarik tangan isterinya tapi dia hormatkan Yusra, ini tempat di menimba ilmu.

* * *

_Assalamualaikum sayang. Lunch ni abang balik lewat sikit. Ada discussion dengan client._ ~Fairuz

_Waalaikummusalam. Okay Abang. Don't worry, sayang okay._ ~Yusra

_Okay sayang. Duduk dekat rumah, hati-hati._ ~Fairuz

_InsyaAllah abang._ ~Yusra

Yusra menutup aplikasi WhatsApp. Telefon diletakkan di atas meja kopi di ruang tamu. Remote control astro di tekan kepada channel radio Sinar, layan lagu-lagu yang diputarkan sambil memasak.

Yusra berlalu ke dapur. Mahu mengeluarkan bahan-bahan yang diperlakukan untuk memasak. Kebetulan hari ini dia cuma ada kelas awal pagi, jadi dia mahu memasak sedikit menu untuk makan tengahari.

Sejak kejadian terserempak dengan Fatin tempoh hari, Yusra sedikit risau untuk melepak di Universiti dengan lebih lama. Sebaik sahaja habis kelas, dia terus memandu pulang ke rumah. Gara-gara kelewatan Fairuz menjemputnya tempoh hari, dia terserempak dengan Fatin dan dilemparkan dengan kata-kata berbaur penghinaan. Semenjak hari itu juga Fairuz mengizinkan Yusra memandu kereta Toyota Corrolla Altis miliknya untuk ke kolej setiap kali ada kelas atau ada sebarang aktiviti di kolej.

Ting tong... ting tong...

Loceng rumah berbunyi. Yusra yang tengah mengeluarkan bahan masakan dari peti ais, sedikit terkejut. Dia mengerut dahi.

''Siapa datang ni? Rasanya tadi Fairuz cakap, dia tak balik lunch Yusra.." Yusra berkata dengan dirinya sendiri.

Yusra melangkah ke ruang tamu. Dia mengendap di sebalik tingkap ruang tamu. Ada seseorang sedang menunggu di luar pagar bersama sejambak bunga.

Ting tong... Ting Tong....

Loceng rumah berbunyi lagi. Yusra mencapai tudung, dan melangkah ke pintu utama. Dia menguak sedikit pintu dan melangkah ke pintu pagar. Yusra membuka kunci pagar sedikit.

"Ya encik.. ada apa?" Berhati-hati Yusra bertanya. Seorang lelaki awal 20-an bersama sejambak bunga dan coklat di tangannya.

"Puan Yusra Saidah?" tanyanya kepada Yusra. Yusra mengangguk.

"Saya dari Ainul florist, Ini ada delivery flowers untuk Puan. Boleh sign kat sini Puan?" Lelaki itu menghulurkan sekeping kertas dan sebatang pen kepada Yusra lalu Yusra menandatanganinya.

Bunga dan coklat itu bertukar tangan. Bersama ucapan terima kasih, Yusra menyambutnya dan lelaki itu berlalu bersama motosikalnya.
Yusra melangkah masuk. Matanya terpaku pada bunga tulip di tangannya. Bunga kesukaannya. Cantik! Ada kad terselit di situ dan Yusra mencapai dan membukanya.

~Flower can't solve all problem but they're a great start~

Sorry lambat update. Masih di kampung. Apa-apa pun saya cuba luangkan masa update story Fairuz-yusra. Terima kasih kepada 11k Views. saya sgt2 hargai. =)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience