Bab 40 : CBYS

Romance Series 109654

"Apa maksud kau, Amm?" Fairuz cerun pandangan pada Syed Ammar.
Ammar tenang kekal sambil menghirup nescafe '3 in 1'nya.

"Aku tak buta lagi untuk menilai rasa suka seseorang tu yang biasa-biasa atau pun dengan rasa minat, Ruz."

"Mungkin kau tak perasan sebab kau sibuk melayan tetamu masa hari resepsi kau dulu tapi bukan aku. Dari jauh aku tahu Is tengah tengok isteri kau, Ruz." Sambung Ammar.

"Kau kena jaga Yusra elok-elok Ruz. Banyak mata tengah tengok dia, tunggu masa dia keseorangan je. Kalau kau leka, aku tak pasti siapa dulu yang sambar Yusra," ujar Ammar lagi.

Fairuz teguk liur kesat. Mula terasa beratnya risiko beristerikan 'Yusra Saidah'.

"Kau ni... saja nak gertak aku kan?"

"Aku tak gertak kau Ruz. Aku cuma cakap dengan apa yang aku nampak. Kau ingat tak masa aku cakap ramai sedara mara kau pandang Yus masa korang mula-mula kahwin?"

"Ha'a ingat.. kenapa?"

"Yus tu cantik Ruz. Perempuan idaman semua lelaki termasuk aku dan Syahmi. Dan tak mustahil juga Is. Masa kau tunjuk gambar Yusra dekat Syahmi, kau tahu apa kata?"

Fairuz jongket kening sebelah, bertanya dan menanti jawapan Ammar.

''Syahmi kata, kalau macam ni punya 'wasiat' yang dia kena ikut, tak mustahil Bella pun dia boleh tinggalkan kalau diorang tak kahwin lagi. Aku pun terkejut sebenarnya masa mula-mula tengok Yusra, macam bidadari weii... and kalau aku jadi Is pun aku terkejut tengok Yusra Saidah. Lebih-lebih lagi, Is tengah angaukan Saidah dia tu. Tak mustahil kalau dia rasa Yusra Saidah dengan Saidah dia tu orang yang sama." Tambah Ammar.

Fairuz menghela nafas.

"Abang kau macam mana dah sekarang? Dia dah okay? Dah boleh terima Yusra as a sister-in-law? Kau jangan cakap aku tak tahu yang abang Qan pun suka Yusra kan?"

Fairuz ketap bibir. Ammar ni segala rahsia dia tahu. Bahaya betul!

"Alhamdulillah abang Qan dah boleh terima Yusra sebagai adik ipar dia. Aku pun rasa lega bila dia dah boleh terima macam tu."

"Bila kau nak bawa Yusra tinggal rumah kau?"

"Nanti aku balik ni la. InshaAllah kalau tak ada halangan, secepat mungkin aku nak bawa Yusra keluar dari rumah umi. Aku tahu Yusra pun tak selesa bila kena stay kat sana lama-lama. Lagipun aku rasa ni masa yang sesuai untuk aku mulakan kehidupan aku dengan dia, as husband and wife."

"Alhamdulillah. Lega aku dengar. Aku sebagai sahabat kau, aku sentiasa sokong keputusan kau asalkan tidak salah di sisi agama, Ruz." Ammar tepuk bahu Fairuz berkali-kali tanda menyokong keputusan yang akan dibuat oleh Fairuz.

"Thanks Amm.. You are my man." Fairuz senyum sejongket pada Ammar.

* * *


Yusra tersenyum tengok gambar dia dengan Fairuz masa mereka ke Australia dulu. Dia teringat ketika mereka ke Fitzroy Garden. Fairuz suka ambil gambar dia. Kata Fairuz, nanti senang dia nak tengok gambarnya kalau dia rindukannya. Masa tu, Yusra cuma buat muka, mata jeling ke atas. Dan hari ini, dia akui kata-kata Fairuz, hanya gambar yang boleh dijadikan pengubat di kala rindu. Dia betul-betul rindukan Fairuz.

Yusra buka akaun Facnya. Di tekan pada profile. 'Saidah Shafie' nama akaun Fac nya. Ruangan gambar profile dia cuma letakkan gambar bunga Tulip. Dia sukakan bunga tulip. Bunga yang kelihatan sentiasa segar padanya.

Tengok laman Fac, teringat kisah masa Fairuz merampas telefonnya semata-mata mahu tahu nama akaun Fac nya. 'Macam tidak boleh mintak elok-elok je kan?' Yusra mengeleng kepalanya berulang kali. Bibirnya automatik tersenyum sendiri bila teringat peristiwa itu.

Yusra belek halaman utama akaun Facnya. Pelbagai cerita dari rata-rata rakan alam matanya. Senarai rakan ditekan. Keluar permintaan rakan 'Azzam Aziz', dia pilih ruangan 'delete'. Dia tidak mahu ada sebarang urusan dengan Azzam. Kalau boleh dia mahu lenyapkan diri terus dari berdepan Azzam.

Gambar hari penyampaian Anugerah Kecemerlangan STPM bagi tahun 2017, SMKBP ditekan. Nampaknya gambar ini menjadi topik perbualan rakan-rakannya. Gambar dia berdiri di tepi Cikgu kesayangannya, Cikgu Anis dan sebelahnya Azzam berdiri di situ. Di sebelah kanan cikgu pula ada Aishah bersama 3 orang rakan yang lain. Hanya ini sahaja gambar yang ada Azzam bersamanya itu pun setelah di'tagged' oleh Cikgu Khairul Azmi selaku guru panitia Pra-U.

Dia buka ruangan komen.

Intan Sofea : Mana semua menghilang lepas habis Stpm ni? Bila nak reunion balik?

Annur Sufi : Adaa... busy weii..baru sem 1 tapi dah busy =(

Intan Sofea : Sama la. Tapi rindu korang wei. Mana Aishah dgn Yusra? Tak muncul pun.. Cikgu Anis tengok Shah dengan Yus ni tak nak kwn dah dgn kitorang, mentang-mentang la duk U sama. seronok membawang la tu.... haha

Aishah Hamidi : Ada laaa... korang tu yang tak ingat. Dalam WhatsApp senyap je semua...

Cikgu Anis : Korang jangan lupa apa yang saya pesan. Jangan lupa kawan bila dah senang. Nanti balik cuti sem, datang la sini. Jumpa cikgu.

Aishah Hamidi : InsyaAllah cikgu. Bulan 11 nanti kami cuti cikgu. InsyaAllah kami datang jumpa cikgu. Korang mcma mna, nak join tak? Intan Sofea and Annur Sufi?

Annur Sufi : Aku on. Lagipun aku pun cuti. Yusra? Azzam? Muaz?

Intan Sofea : Aku pun on. Janji kita pergi sama2. Kalau pergi seorang aku malu.

Annur Sufi : Susah apa, kita mintak Shah datang sekali dengan Yus and Azzam, lepas tu datang ambil kitorang, boleh tak Shah?

Aishah : Nanti aku tanya Yusra.

Maria : Ehh bukan ke Yusra tak ada dekat sini? Yusra ikut suami dia duk KL kan?

Cikgu Anis : Suami? Yusra dah kahwin?? Kenapa cikgu tak tahu ni?

"Buat apa tu?" sergah Fairuz di belakang Yusra.

Yusra terkejut hampir-hampir sahaja telefon Opponya jatuh ke lantai. Walaupun tidaklah tinggi sangat tapi boleh mendatangkan kesan calar juga pada skrin telefonnya. Dia sayang telefon ni, hadiah pemberian abang Yadif sempena keputusan STPMnya. Tangan Yusran spontan naik ke dada, mengurut dadanya perlahan-lahan bagi menghilangkan rasa debar sebab terkejut.

"Hishh awak ni tak boleh ke tegur elok-elok?
Tak payah nak sergah sangat la. Buatnya saya ni ada sakit jantung, tak ke arwah dah saya?" marah Yusra sambil mengurut dadanya. Fairuz tersengih.

"Alah.. aku tahu kau tak de sakit jantung, sebab tu aku berani sergah kau macam tu. Kau buat apa tadi? Kusyuk benar aku tengok... '' tanya Fairuz seraya melabuhkan duduknya di sebelah Yusra. Di tangannya ada potato chips.

"Saya tengok-tengok Fb je. Tak tahu nak buat apa." Jawab Yusra. Matanya dihalakan kembali ke skrin telefon.

"Fb? Apa Fb kau? Aku tak tahu pulak kau ada Fb. Aku ingt orang macam kau ni tak suka bermedia sosial." Fairuz sudah mengeluarkan telefonnya.

Mahu tambah rakan pada Fb Yusra. Mahu tengok aktiviti isterinya di media sosial.

"Kenapa nak tahu? saya bukannya aktif sangat pun. Bukannya selalu buka fb," dalih Yusra.

Tak senang kalau-kalau Fairuz tahu yang dia tak suka dedahkan tentang statusnya di media sosial, lebih-lebih lagi kalau ada yang tahu dia dah 'berkahwin'. Majlis mereka dulu pun tak semua yang di jemput.

"Kau tak nak bagi nama fb kau ke?" Fairuz jeling Yusra tajam.

"Bukan tak nak bagi, tapi tak penting pun. Tak ada benda menarik pun."

"Meh sini telefon kau." Pantas telefon Yusra dirampas oleh Fairuz. Fairuz membelek-belek telefon Yusra sekilas dan mula membaca segala komen yang ada di bawah gambar tadi.

"Azzam...." Bunyi Fairuz menyebut nama Azzam perlahan tapi mampu didengari Yusra. Yusra pantas menoleh pada Fairuz.

''Kenapa dalam Fb kau tak ada satu pun gambar aku?" Tanya Fairuz. Yusra mencebik.

Tangannya pantas tekan details profile Yusra. Status Yusra 'single' di tukar kepada 'In a relationship'. Bulat mata Yusra tengok Fairuz yang pandai-pandai ceroboh hak privasinya.

"Awak buat apa ni? Awak dah kenapa?" Tangan cuba mengambil kepada telefonnya dari Fairuz tapi Fairuz bertindak pantas, segera dilarikan telefon Yusra jauh dari Yusra.

"Suka hati aku la. Kau isteri aku kan. So, kau 'in a relationship' dengan aku... Ni kenapa kau letak gambar ni? Ni gambar yang arwah atuk bagi pada aku.. Kenapa kau letak dalam Fb?" Bertalu-talu soalan Fairuz.

Ada serius dalam suaranya. Gambar Yusra sedang berpayung berbaju biru di tunjukkan kepada Yusra. Gambar pertama kali Fairuz tengok Yusra.

"Kenapa pulak? Tu kan gambar dari Fb Kak Yasmin. Kak Yasmin yang tag saya." Menempelak Yusra. Geram dengan Fairuz yang tiba-tiba melenting marah.

"Kau baca tak apa yang diorang tulis kat komen ni?" Fairuz jegil mata pada Yusra bila membaca ruangan komen berbaur gatal mengusik Yusra itu.

"Alahh.. diorang bukannya kenal saya pun. Sekadar nak tulis, saya pun boleh tulis," jawab Yusra. Tangannya naik peluk tubuh sendiri.

"Ehh kau ingat diorang yang tulis ni sama ke dengan apa yang kau fikir tu? Baik kau delete gambar kau ni. Minta Kak Min delete gambar ni," arah Fairuz bernada serius. Dia mahu Yusra tahu yang di betul-betul bermaksudkannya.

"Awak ni dah kenapa? Itu sekadar gambar lah. Lagipun di Fb saya dah tak de gambar lain. Gambar tu je yang ada."

"Aku cakap macam ni sebab kau tu isteri aku. Kau ingat aku nak bangga ke bila lelaki kat luar tu duk puji-puji bini aku macam ni? Ni semua yang komen-komen ni, kau kenal ke diorang?"

"Kawan-kawan kak Min," jawab Yusra.

"Okay." Fairuz mengerakkan jari jemarinya di skrin telefon.

Yusra yang mahu melihat, dia segera membawa telefon menjauh dari Yusra.

"Okay dah settle." Dengan bersahaja, dia menghulurkan telefon kepada Yusra.

Segera Yusra capai dan membuka akaun Fbnya. Hampir terbeliak matanya bila terpandang 'details profile'nya.

'Married with Fairuz Faisal'

'Date : 21 may 2018'

Gambar profilenya juga turut berubah. Gambar 'close-up' jari Fairuz sedang menjarung cincin ke jari manis Yusra semasa majlis akad nikah mereka dulu. Gambar yang diambil oleh jurukamera mereka.

"Apa awak buat ni?" jerit Yusra. Giginya diketap geram.

"Kau sengaja nak sembunyikan status kau kan? Sorry Yusra, benda-benda macam ni aku tak nak kau sembunyikan kebenaran. You're mine and always mine! Aku tak suka orang lain usik barang milik aku. Jangankan usik, tengok pun kalau boleh aku tak bagi. So, sebagai balasan dengan apa yang kau buat, aku akan announce pada semua orang yang kau adalah isteri aku." Fairuz berkata tegas.

"Kalau kau rasa banyak masa, jemput la tengok fb aku. Rasanya banyak benda yang kau boleh dapat info. Kau pun baru je 'friends' dengan aku kan?" Fairuz sinis pada Yusra.

Yusra menjuling matanya ke atas. Sakit hati.

"Lain kali jangan cabar aku. Aku boleh jadi orang yang sangat tak sabar dan Kadang-kadang juga aku boleh jadi orang yang paling baik dengan kau. So, pilihan di tangan kau."

Itu kisah semasa mereka balik dari Australia. Dan hari ini kata-kata Fairuz tu benar, baik dia dedahkan saja statusnya daripada terus bersembunyi. Lagipun dia dah terima Fairuz dan dia akan terus sayangkan Fairuz dan cintakan Fairuz.

Selepas peristiwa Fairuz menukar segala privasinya, pelbagai soalan yang ditanya oleh teman-temannya. Sebagai langkah yang paling selamat, Yusra mengiakan sahaja tentang hubungan mereka dan meng'upload' gambar majlis mereka sebagai bukti.

~A truly good wife is the most precious treasure a man can fine! ~proverbs 31:10

Dan dibawahnya Fairuz meletakkan gambar mereka semasa majlis resepsi. Gambar mereka saling berpandangan.

~You are a dream come true and I want to spend the rest of my life with you.

Fairuz meletakkan gambar mereka ketika bayi. Dan gambar tersebut di edit dalam bentuk kolaj bersama gambar mereka ketika di Australia. Nampaknya Fairuz tak main-main bila dia cakap, dia mahu semua orang tahu siapa Yusra Saidah padanya.

Tit.. tit..

Notification WhatsApp masuk. Yusra pantas buka. Tengok nama Fairuz, dia terus teruja. Dari pagi dia tunggu sebarang WhatsApp atau panggilan dari Fairuz, tapi tiada sebarang berita. Dia faham Fairuz tengah sibuk. Perbualan terakhir mereka, Fairuz cuma memaklumkan yang dia kan terus ke Airport selepas selesai semua kerja dan akan hubungi dia bila tiba di KLIA.

_Assalamualaikum Wife._ ~Fairuz

_Waalaikummusalam awak... Dah smpai KLIA?_ ~Yusra
_Dah. Baru je. Aku balik dengan driver Ammar._ ~Fairuz

_Aku balik rumah Umi dulu. Esok aku blik Besut._ ~Fairuz
Membaca mesej itu, Yusra teruja. Rasa seperti mahu lompat bintang tinggi-tinggi. Kekasih hati nak balik!

_Tak apa awak tak payah rushing sangat. Saya tahu awak penat._ ~Yusra

_Rehat la sekejap dekat rumah umi sehari dua, nanti bila dah okay, awak datang ambil saya._ ~Yusra

Lain yang ingin diluah, lain yang di tulis. Akalnya menahan, dia cuba berfikiran waras. Tak mahu terlalu tunjukkan perasaan gembiranya nanti macam-macam boleh jadi.

_Kau tak rindu aku ke?_ ~Fairuz

Membacanya buat Yusra terngadah. Mulutnya terlopong. Terkedu seketika. Apa patut dia balas ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience