Bab 65 : CBYS

Romance Series 109654

Faiz berdiri menghadap tasik Putrajaya yang luas terbentang sambil menunggu kedatangan Fairuz. Kata Fairuz, ada benda yang ingin diberikan kepadanya. Tangannya diletakkan di besi penghadang. Menarik nafas sedalam mungkin bagi memberikan sedikit kekuatan untuk dia mendengar sebarang penjelasan dari Fairuz. Mungkin ada kaitan dengan Yusra Saidah.

Yusra Saidah? Faiz pejam mata rapat. Sukar untuk dia terima hakikat bahawa Saidah sudah jadi milik orang lain dan orang lain itu adalah sepupunya.

Tasik Putrajaya menjadi tempat untuk Tengku Fairuz berbincang secara santai dengan Tengku Faiz Iskandar. Pagi-pagi begini, rasanya tempat ini lebih sesuai untuk berbincang. Suasana masih segar, pengunjung pun masih tidak ramai. Tidak seperti di sebelah petang, segenap ruang di sekitar tasik di penuhi manusia yang datang ke sini untuk beriadah bersama teman-teman atau bersama keluarga tersayang.

Hati Fairuz berkecamuk. Fikirannya menyusun strategi yang terbaik untuk berterus terang kepada sepupunya. Bab kata Yusra semalam, perkara ini diibaratkan 'menarik rambut dalam tepung, rambut jangan biar terputus dan tepung jangan biar berselerak'.

"Is... aku tak tahu nak mulakan macam mana.." Fairuz bersuara bagi memecahkan kesunyian yang melanda antara mereka berdua.

Faiz diam. Menanti Fairuz meneruskan kata.

"Dulu kau selalu rasa yang Yusra tu Idah kau tapi aku selalu menafikan. Dan aku pernah cakap 'I will make sure 'they' are not the same person even though their names are almost the same!', tapi betul... aku silap.. mereka memang orang yang sama."

Faiz pejam mata rapat. Pedihnya sebuah kenyataan.

''Sungguh Is... aku tak tahu dia Idah kau. Aku tak tahu kau selama ni lelaki yang dia tunggu. 7 tahun dia tunggu kau, Is..bukannya sekejap. Aku sendiri rasa cemburu dengan kesetiaan dia pada kau. Dan akhirnya kau balik.. Balik saat hati dia dah terluka teruk dengan kesepian yang kau cipta. Bila dia dah tekad untuk lupakan kau, kau tiba-tiba muncul depan dia. Kau balik dengan Tehah. Dia terima keputusan kau bila dia tahu kau lebih memilih Tehah dari dia. Tapi bila kau muncul, kenapa kau langsung tak kenal dia? Tak sapa dia?"

Faiz angkat muka. Tenung Fairuz disebelah. Mahu bersuara tapi Fairuz dulu deras memintas.

"Aku bukan nak jadi suami yang dayus, Is. Aku bukan minta kau balik semula pada Yusra cuma aku rasa aku perlu jelaskan apa yang tersimpul antara kau dan dia. Termasuk Tehah. Aku sebagai sepupu kau, kawan baik kau, suami Yusra Saidah dan abang kepada Fatihah. Banyak peranan aku untuk bantu kau selesaikan masalah ni. Aku perlu tolong kau." Sambung Fairuz.

Fairuz berpusing tubuh menghadap Faiz.

"Kau nak tahu satu cerita antara aku dah Yusra, Is?"

Faiz kalih pandangan pada Fairuz. Menanti butir bicara Fairuz dengan penuh debaran.

"Aku dan Yusra berkahwin kerana sebuah wasiat. Walaupun aku suami dia, tapi aku tahu dalam hati dia ada orang lain. Melalui tindak balas dia pun, aku dapat agak dia terpaksa menerima aku sebagai suami dia. Bila dia terus terang dengan aku, dia masih sayangkan kau dan berusaha untuk lupakan kau, aku bagi masa dan ruang untuk dia terima aku walaupun berapa lama sekali pun, aku tunggu. Aku tak pernah tanya dia, siapa lelaki yang ada dalam hati dia..bukan sebab aku tak nak ambil tahu tapi aku tak nak dia bersedih."

''Dan dia tak pernah sekali pun burukkan kau walau apa jua keadaan pun. Dia tak pernah bagitahu aku, kau lelaki tu. Lelaki yang dah tinggalkan dia tu adalah sepupu aku sendiri. Semuanya dia pendam sendiri. Sehingga satu hari kau muncul, dan dia menangis kecewa. Aku tak tahu apa yang berlaku tapi aku tekad, aku akan jaga Isteri aku. Aku tak kan benarkan dia menangis lagi untuk lelaki yang buat dia menangis. Aku terima dia seadanya Is sehingga dia terima aku dalam hidup dia."

"Kau bertuah dapat dia Ruz." Faiz akhirnya bersuara walaupun cuma beberapa patah. Jiwanya rapuh saat mendengar patah perkataan dari Fairuz. Dia kecewa. Dia cemburu.

"Aku tak tahu dia Idah kau, Is. Sungguh aku tak tahu.... Sedangkan aku sendiri tahu macam mana perasaan kau pada Idah sejak dari hari pertama kau pandang dia. 3 tahun kau pendam perasaan kau pada dia Is tapi kenapa bila tiba saatnya, kau berubah? Boleh kau terus terang dengan aku, kenapa kau abaikan dia dulu, Is?"

Faiz tarik nafas dalam dulu.

"Aku cuma ikut apa yang Idah nak. Aku rasa kecewa teruk bila Idah mintak aku bagi dia masa untuk dia fikirkan balik hubungan kami. Sedangkan masa tu aku dah buat keputusan macam yang aku pernah cakap dengan dia. Aku dah bersedia nak balik ke sini dan jumpa dia. Tapi tiba-tiba dia hantar surat tu..... "

"Yusra hantar surat? Bila dia hantar? Setahu aku, dia cuma tulis surat pada kau cuma dua kali dan kau pun tak pernah hantar surat pada dia, kan? Hanya poskad je yang kau kirim pada Tehah." Jawab Fairuz.

Sekadar menduga Faiz. Hakikatnya dia tahu kemana semua surat-surat itu pergi.

"Idah tak pernah terima surat-surat aku?? Aku selalu tulis surat pada dia, Ruz. Setiap kali aku tulis surat mesti aku kirim sekali dengan poskad. Kenapa Idah cakap macam tu? Dan ni surat terakhir yang aku dapat dari dia.."

Faiz membuka walletnya. Di ambil sekeping kertas yang berlipat, lalu diserahkan kepada Fairuz.

Fairuz membacanya dan menyerahkan kembali kepada Faiz. Rahang Fairuz diketap kuat, makin sakit hati dengan permainan adiknya. Kenapa kau jadi kejam begini, Tehah?

"Sebab tu aku tak ikut kau balik dulu Ruz. Aku cuma ikut apa yang Idah nak."

"Hanya sebab tu? Dan kau percaya Idah yang mintak kau buat semua tu?"

"Maksud kau, Ruz?"

Tanpa banyak kata, Fairuz menghulurkan kotak milik peribadi Fatihah kepada Faiz. Walaupun tercengang dengan huluran Fairuz, Faiz tetap sambut juga kotak pemberian Fairuz. Wajah Fairuz ditenung sekilas minta penjelasan.

"Buka lah, Is. Aku nak kau cari jawapan dalam tu. Ada sesuatu yang kau perlu tahu. Penyebab kepada kenapa 'dia' dan kau tidak dapat bersama hari ini, tak seperti yang kau rancangkan 7 tahun lepas." Fairuz berkata sembunyikan pelbagai maksud yang tersirat.

Kerutan di dahi Faiz makin kelihatan. Tak faham maksud yang disampaikan oleh Fairuz. Dia jatuh pandangan pada kotak di tangannya. Sekali lagi dia pandang muka Fairuz.

Fairuz cuma mengangguk.

Faiz duduk di bangku di belakangnya dan mula membuka penutup kotak. Satu persatu isi dalam kotak itu di ambil dan diteliti. Barang siapa?

Seperti yang Fairuz jangkakan, muka Faiz berubah tiba-tiba. Terkejut. Terkedu. Terkelu. Semuanya jelas di wajahnya. Matanya terbuka luas terkejut dengan apa yang baru dia jumpa. Kenapa... ? Matanya terus mencari Fairuz minta penjelasan dengan apa yang dipegang dan apa yang baru habis dibaca. Dua surat berlainan sampul sudah habis dibaca.

"Semua ni barang Tehah. Yusra terjumpa barang ni masa Yusra teman Mak Nah kemas stor dulu. Dah lama tapi Yusra tak pernah bagitahu aku." Jawab Fairuz.

Faiz tergamam. Sekali lagi surat-surat ditangannya dipandang.

"Barang Tehah? Maksudnya selama ni Tehah yang....." Tak mampu dia nak meneruskan kata.

Faiz menekup mukanya dengan tangan kanannya. Sukar untuk dia terima. Surat yang dia pernah kirimkan kepada Yusra melalui Fatihah tidak sampai ke tangan Yusra begitu juga dengan surat yang Yusra kirimkan kepada dia, juga tidak sampai. Surat-surat mereka cuma terhenti di satu tempat. Kenapa?! Kecewa... dia kecewa... selama ini dia sangat percayakan Fatihah. Sangat berharap Fatihah mampu membantunya untuk dapatkan Yusra tapi kalau macam ni... siapa yang bantu?

"Jadi selama ni, aku dapat surat dari Tehah? Tehah menyamar jadi Idah? Allah.... kenapa Tehah...." Separuh merintih. Mata Faiz pedih. Ada air memenuhi kelopak matanya menanti tubir empangan pecah. Terkilan, sungguh dia terkilan dengan Fatihah.

Fairuz diam di sebelah Faiz. Tangannya menepuk bahu Faiz perlahan-lahan. Memberi kekuatan kepada Faiz. Apa yang terjadi semuanya salah adik dia juga.

"Kenapa.. Ruz? kenapa Tehah sanggup buat aku dan Idah macam ni? Tehah sendiri tahu, aku terlalu sayangkan Idah. Aku serius dengan Idah.'' Sayu suara Faiz.

Fairuz diam serba salah. Ya, dia sendiri tahu Faiz selalu cerita tentang kisah Idah pada dia suatu masa dulu.

"Aku tak ada jawapan untuk soalan kau tu Is. Jawapan tu ada pada Tehah. Kau kena bincang dengan Tehah elok-elok. Kau perlu dengar dari mulut dia sendiri. Kau pun tahu macam mana hubungan aku dengan Tehah sejak aku kahwin dengan Yusra." Jawab Fairuz.

Mereka diam.

"Tehah tahu ke Yusra, 'baby girl' tu?" Tanya Fairuz kemudian, setelah sejenak dia berfikir sebarang kemungkinan.

"Aku tak tahu. Dia tak pernah cakap Yusra tu baby girl tu. Dia cuma cakap baby girl tu Yusra Saidah dan Idah, Saidah Shafie. Nama kebetulan sama. Sebab tu aku tak tahu Yusra Saidah dan Saidah tu orang yang sama. Aku pun tak tahu nama Idah tu ada Yusra kat depan."Jawab Faiz.

Diam lagi.

Fairuz faham. Yusra pernah bagitahu, dia selesa guna nama Saidah Shafie semasa di MRSM dulu.

"Ruz, kalau aku mintak izin kau untuk benarkan aku jumpa Idah, kau bagi tak?" Tiba-tiba Faiz bertanya.

Lama Fairuz tatap muka keruh Faiz sebelum bersuara.

"Yusra, Is. Nama dia Yusra. Walaupun dia dan Idah orang yang sama tapi sekarang dia dah jadi Yusra." Fairuz memperbetulkan kenyataan. Dia tidak mahu Faiz terus menerus memanggil Yusra dengan nama Idah. 'Idah', mungkin akan mengingatkan tentang kisah Cinta mereka.

"Ya, Yusra.. dia dah jadi Yusra. Tak mungkin dia akan jadi Idah aku semula. Aku faham Ruz. Thanks tegur aku." Faiz menunduk. Mengeluh.

"Kau jangan salah faham Is. Aku cuma menjaga hak aku. Tentang permintaan kau tadi... sebenarnya Yusra tak tahu kewujudan surat-surat tu... aku tak tahu nak bagitahu dia macam mana.." Fairuz mengelus lehernya.

"Yusra tak tahu? Tadi kau cakap Yusra yang jumpa kotak Tehah ni...?"

"Ya, memang Yusra yang jumpa kotak ni. Tapi dia perempuan yang baik Is. Macam yang kau pernah cerita kat aku dulu. Dia tak ceroboh hak Tehah sebaliknya aku yang buka surat tu. Aku yang baca semua surat-surat tu.. dan aku rasa aku patut bagitahu kau dulu sebelum aku bagitahu Yusra. Yusra cuma ambik album gambar ni sebab dalam ni ada gambar dia dan dia ambik gelang putih ni sebab gelang ni dia pernah hadiahkan kepada Tehah."

"Yusra betul-betul sayangkan Tehah. Kalau dia tahu Tehah yang buat semua ni tentu dia kecewa dengan Tehah." Ujar Faiz.

"Aku tak tahu macam mana aku nak berdepan dengan Tehah nanti.. Tergamak dia buat aku macam ni..."

"Kau lebih kenal Tehah dari aku abang dia sendiri, Is. Mesti ada sebab dia buat macam tu. Dia sukakan kau dari dulu lagi, cuma kau yang tak pernah bagi dia peluang."

"Aku tak boleh Ruz... Aku sayang dia tapi cuma sebagai adik aku je Ruz."

Diam sekejap sebelum Fairuz tiba-tiba bersuara.

"Is, aku cuma rasa, Tehah sebenarnya tahu Yusra tu 'baby girl' tu.. sebab tu dia sanggup buat Yusra macam tu..."

Serentak mereka berpaling sesama sendiri.

* * *

_Is, aku balik esok. Jangan lupa jemput aku kat Airport._ ~Tehah

_Pandai-pandailah kau Tehah. Kau kan lebih pandai dari aku. Esok, aku mintak Pak Mail jemput kau. Terus balik Teratak Qaseh. Kau jangan balik rumah aku. Aku tak nak sesiapa pun tahu tentang kau. Ingat tu!_ ~Iskandar

_Kau giler ke Is? Kau nak Pak Mail jemput aku? Baik aku balik sendiri!_ ~Tehah

_So? Balik sendiri jelah. Do I care?_ ~Iskandar

_Kau jangan main-main dengan aku Is!_ ~Tehah

Cuma bluetick dari Faiz Iskandar. Faiz Iskandar dah banyak berubah sejak lelaki itu balik ke Malaysia. Fatihah mendengus!

"Berani kau buat aku macam ni, Is? Kau tunggu! Sekali pun aku tak kan benarkan kau lari dari aku.. never Is!"

Tak tahu nak rasa apa.... Tehah dh balik.. 24k views.. Tq2 =) p/s : publish balik bab lama.. hp tibe2 buat gila.. hbis smua bab 'dia' sibuk scroll up and down huhuhu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience