Bab 76 : CBYS

Romance Series 109654

"Ruz... dah la.. kesian Tehah.." Ammar menyampuk. Kesian melihat Fatihah tersedu-sedu menangis dari tadi.

"Ruz.. kan Aku dah cakap...." Belum habis Faiz berkata, Fairuz segera memintas. Lurus jari telunjuknya di halakan pada Faiz.

"Kau diam Is. Tak payah kau nak sibuk backing budak ni. Aku tak suka dan kau juga tahu kenapa aku marah sangat-sangat dengan Tehah! And you should have the same feelings as I do!" Amarah dari Fairuz.

Faiz terdiam. Marah Fairuz bukan main-main lagi sehinggakan dia ambil. keputusan untuk diam. Kunci mulutnya dari terus membela Fatihah. Betul kata Fairuz, dia juga sepatutnya marah.. kenapa perlu dibela lagi nasib Fatihah, yang sudah terang lagi bersuluh menipu dan pergunakan dia!

"Kesian dia kau cakap tadi Amm? Habis Yusra, siapa nak kesian? Kalau aku nak kesiankan budak ni, entah apa-apa lagi yang dia akan buat pada Yusra. Aku ni kalau bukan sebab dia ni adik aku, dah lama aku hantar dia dan segala bukti-bukti ni ke balai, tapi aku tak boleh buat macam tu.. sebab apa? Sebab perempuan ni adik aku! Family aku! Tapi kau Tehah, kau langsung tak fikir apa yang kau dah buat pada keluarga kau sendiri! Kau cuma fikir pasal dendam, pasal sakit hati kau je! sampai bila Tehah? Sampai bila kau nak berdendam dengan Yusra?" Amuk Fairuz lagi.

Tak puas hati betul dia selagi Fatihah bertindak menyepikan diri dari menjawab setiap pertanyaan dia.

"Sekarang ni, aku tak kira... kau naik atas, packing pakaian kau, ikut aku balik rumah Umi. Kita settle masalah ni kat rumah Umi! Biar abah dan umi tahu apa yang kau dah buat dengan Yusra." Arah Fairuz lagi. Tarik kasar tangan Fatihah supaya bangun dari duduknya.

Fatihah bangun pantas dia tarik tangannya dari di pegang Fairuz. Tak rela disentuh abang sendiri. Dia mendengus kasar.

"Tak nak! Tehah tak nak balik rumah umi. Umi pun tak sayang Tehah. Umi cuma fikir pasal Yusra je. Sejak dia masuk dalam keluarga kita, tak habis-habis semua orang puji Yusra. Tehah ni siapa? cuma seseorang yang tidak dikenang oleh semua orang." Balas Fatihah.

Suaranya dikeraskan sekali. pakej dengan jelingan tajam. Apa hak Fairuz mahu memaksa dia?

"Kau dah melampau Tehah! Kau dah libatkan umi! Umi tu ibu kandung kau! Untuk pengetahuan kau, Umi dan Abah tak pernah berhenti fikir pasal kau. 4 tahun kau kat negara orang macam-macam umi risau kalau apa-apa berlaku pada kau, umi tak pernah lupakan kau lah. Hari-hari dia tanya khabar kau tapi kau? Ada kau layan umi baik-baik? Kau balik jarang-jarang sekali pun, kau tak pernah layan umi elok-elok. Lepas tu kau sibuk nak tuduh umi macam-macam?" Tempelak Fairuz pula. Sangkal segala tuduhan Fatihah.

Fatihah tak puas hati. Kembang kecup hidung menahan rasa marah yang terbuku di dada. Tak habis-habis Fairuz nak mengungkit apa yang dia dah buat pada Yusra, sekarang mengungkit pasal umi pula? Dia mula mengumpul kekuatan sedikit demi sedikit untuk membalas.

"Kau tu dari dulu tak habis-habis nak back up perempuan tu. Perempuan tu bukan adik kau la Ruz tapi aku, aku adik kau!" Fatihah masih menggunakan modal yang sama. Sengaja mahu provok Fairuz. Tajam matanya dihalakan pada Fairuz.

"Kau pun sama Is. Dari dulu tergila-gilakan Yusra sampai aku depan mata, kau langsung tak pandang. Aku suka kau Is, dari dulu lagi. Dari kecil aku suka kau tapi kau langsung tak pandang aku. Yang kau pandang cuma budak perempuan tu. Budak yang kau dan Ruz sama-sama suka tu dan aku tak sangka pula sampai sekarang pun kau masih sukakan Yusra walaupun hakikatnya kau tahu dia dah jadi isteri Fairuz!" Fatihah serang Faiz pula.

"Sebab tu kau sanggup gunakan aku?" Kali ini Faiz menyoal.

"Ya. Sebab hanya aku yang tahu siapa 'Yusra Saidah'. Aku sebenarnya Is, dah lama tahu yang Yusra Saidah tu calon cucu menantu atuk yang atuk nak lamarkan untuk Fairuz, tapi aku diam je. Macam mana boleh aku tahu? For your information, Atuk ada tunjukkan gambar Idah pada aku sebelum aku pergi England lagi. So, kau dah boleh agak apa yang jadi kan, Is? Haha.. Jadi.. sebelum kau nak balik jumpa Idah, aku dah atur dulu semua plan tu. Aku yang tulis surat konon-konon Idah yang tulis dan aku pun tulis surat untuk Idah, kononnya dari kau."

"Tapi aku tak sangka pulak, Idah dan kau sama-sama lurus orangnya. Terus percaya apa yang aku tulis.. haha.. Tapi macam mana boleh jadi perempuan yang aku benci dan perempuan yang aku sayang dulu, orang yang sama. But it's okay. Aku lebih memilih benci dari sayang. Aku dah buang segala kenangan dia dari hidup aku sama macam aku dah buang dia dari hati aku. Tapi ada yang lagi hebat Is, dalam diam dia bercinta dengan kau tapi hakikatnya dia tu bakal dijodohkan dengan Fairuz, sepupu kau sendiri. Haha.. kelakar kan? Kau tak rasa ke kisah korang ni macam kelakar?" Fatihah jeling Faiz dan Fairuz bergilir-gilir. Puas hati dia tengok rupa Fairuz dan Faiz.

"Kelakar kau kata? Kalau kau tak tipu aku tak mungkin semua ni jadi tahu?!" Faiz sudah genggam penumbuknya geram dengan penjelasan Fatihah.

"Tapi malangnya Is.... semua dah pun jadi. Kau still tak dapat Yusra, Idah or whatever.." Selamba Fatihah tarik senyuman menyinis pada Faiz seakan-akan meraikan kemenangannya. Siap kening dinaikkan berkali-kali. Sengaja menyakitkan hati sekeping Tengku Faiz Iskandar yang selama ini sangat menjaga hati sekeping Tengku Fatihah.

Faiz menggeleng, kesal. Dia tersalah menilai Fatihah rupanya.

Fatin kacip gigi. Sakit hati dengar setiap patah perkataan dari mulut Fatihah. Hidup-hidup dia kena tipu dengan cerita-cerita hikayat Fatihah selama ini. Tak guna kau, Tehah!

"Tak guna kau Tehah! Selama ni kau yang tipu abang aku, tipu aku! Kau cakap macam-macam pasal Idah. Kononnya Idah yang buang kau dan permainkan Is. Kau sanggup karang cerita kononnya Idah dah hamil sebelum kahwin dengan lelaki tua.. tapi hakikatnya kau tahu siapa Idah tu yang sebenarnya. Kau ni memang perempuan yang busuk hati, Tehah! Kau keluar dari rumah aku sekarang Tehah! Keluar! Aku tak nak jumpa kau lagi!" Fatin berang. Tubuh Fatihah di tolak kasar. Berani Fatihah tipu dia? Kau memang mintak kaki aku singgah tubuh kau, Tehah!

"Kau cakap Yusra apa Tehah?" Giliran Fairuz pula mengaum. Sakit hati dengar cerita tak elok pasal Yusra.

Fatihah diam tidak menjawab. Tubuhnya di tolak berkali-kali. Terkejut dengar jerkahan Fatin tak hilang lagi, kini Fairuz pula.

Diam Fatihah membuatkan Fatin heret senyuman sinis, giliran Fatihah pula. Fatin berpeluk tubuh dulu sebelum kalih pandangan kepada Fatihah kemudian pada Fairuz.

"Kenapa tak jawab apa abang kau tanya tu, ohhh lupa, Idah tu isteri abang kau kan? kau takut Ruz tahu ke, Ruz akan marah ke? Okay... aku biar aku je bagitahu kau, Ruz... Si Tehah ni pernah cerita macam-macam pasal Idah dekat aku. Idah si perempuan jalang, suka menggedik dengan lelaki masa di sekolah walaupun dah ada Is, dan yang paling terbaru, Idah dah kahwin dengan lelaki tua sebab gilakan harta dan dah pun sebab dah mengandung anak luar nikah... Tu yang kau cerita kat aku kan, Tehah?" Giliran Fatin pula menyindir. Banyak lagi yang Fatihah fitnah Yusra tapi biarlah cuma itu sahaja.

Pang!

Serta merta Fatihah pegang pipinya. Rasa pijar. Ada cecair mengalir di hujung bibir. Belum pernah dia kena penampar, lebih-lebih lagi penampar sulung dari abangnya.

Diam seluruh isi rumah. Kaku dengan tindakan Fairuz menampar pipi Fatihah. Terteleng ke kanan kepala Fatihah akibat tamparan kuat dari Fairuz. Berurat timbul di tangan Fairuz membuktikan dia sangat berang dengan cerita Fatin. Rahang diketap kuat. Mahu menerpa tubuh Fatihah namun sempat dihalang oleh Ammar.

"Tepi Amm... aku dah tak kisah apa nak jadi sekalipun malam ni. Siap kau Tehah dengan aku! Siap kau! Tak cukup kau dah tipu Yusra dan Is, kau fitnah Yusra pulak?" Fairuz tarik tangan Fatihah. Mahu kerjakan adiknya cukup-cukup, biar dia puas hati!

"Ruz... kau jangan jadi gila Ruz!" Ammar bergelut menarik tubuh Fairuz menjauh dari Fatihah. Manakala Faiz bertindak menarik Fatihah dari pegangan Fairuz. Sekalipun dia kesal, dia tak kan biarkan Fairuz bertindak gila malam ni.

"Aten, bawa Tehah naik atas!" Jerit Faiz pula, meminta tolong dari Fatin tapi Fatin tidak layan.

Fatin menjeling dulu Fatihah sebelum terus blah naik ke tingkat atas. Tak kuasa dia nak menolong Fatihah. Sendiri cari masalah, biarkan perempuan tak guna tu selesai kan masalah sendiri. Fatin bawa diri ke bilik dimana Fatihah menumpang menginap, di keluarkan segala pakaian dari almari dan dihumbankan ke perut bagasi.

Ammar berusaha tarik Fairuz keluar dari rumah Fatin. Rasanya semuanya harus dihentikan sebelum keadaan bertambah rumit. Jarum jam sudah menghampiri 12 tengah malam.

"Lepaskan aku Is... lepas... kau memang adik yang kurang ajar Tehah. Kau memang tak kenang budi! Lepaskan aku, Is! Aku nak ajar kau cukup-cukup malam ni Tehah. Apa nak jadi sekalipun, aku dah tak kisah!"

"Tehah, kau butakan hati kau untuk terima Yusra Saidah dalam hidup kau padahal kau sendiri tahu Yusra tak macam tu! Yusra tak pernah sekalipun cakap buruk pasal kau. Yusra tak pernah tahu kau dah aniaya dia tapi kau sanggup buat dia macam tu?" Tepik Fairuz lagi.

Dada rasa nak pecah malam ni, rasa sakit sangat, lebih sakit dari dia tahu 'Faiz' bekas kekasih Yusra dulu.

"Ruz... dah!" Jerkah Ammar buat pertama kalinya. Terkedu Fairuz dan Faiz.

"Dah lewat malam Ruz! Kau sedar diri tu. Kalau kau berterusan macam ni, tak kan dapat selesaikan masalah tapi makin bertambah masalah. Kau Tehah, pergi naik masuk bilik kau. Aku akan bawa balik abang kau. Is, jom." Arah Ammar. Segera dia tarik Fairuz keluar bimbang Fairuz makin bertambah gila.

Fatihah masih terpasak di tempatnya. Serta merta singgah bagasi pinknya di kaki. Mata turun menekur bagasi dulu sebelum perlahan-lahan naik singgah di mata bengis milik Fatin.

"Kau ambik harta kau dan berambus. Hubungan kita sebagai kawan, tamat malam ni. Aku cukup benci dengan penipu macam kau. Sekali aku benci kau tahu macam mana nasib kau Tehah. Dah, sekarang tak payah cakap banyak, kau berambus. Kemana kau nak pergi, dengan siapa, non of my business. So, please get out!" Lurus jari Fatin menunjuk pintu yang sudah terkuak luas.

Fatihah teguk liur. Fatin sudah menghalau dia? Kemana mahu pergi?

"Apa kau tunggu lagi? Blah lah!" Tambah Fatin.

Fatihah tarik bagasinya perlahan-lahan. Dah Fatin menghalau, buat apa tunggu lagi. Sekumit ada rasa takut juga dia dengan amukan Fatin. Fatin pun bukan calang-calang perempuan juga kalau nak diajak bertumbuk.

Fatihah tiba di muka pintu. Kemana dia nak pergi gelap gelita macam ni? Kereta dia, arghh tiba-tiba teringat kereta dia elok tersadai di tempat parking rumah Umi. Hari tu dia datang sini, dengan grab. Kereta Fairuz sudah lesap itu bermakna Fairuz sudahpun balik. Yang ada cuma kereta Faiz, Faiz belum balik? Kenapa Faiz tak balik lagi? Faiz tunggu aku ke?

"Masuk kereta, hati aku belum cukup hitam nak biarkan kau berjalan tengah-tengah malam ni sorang-sorang." Ujar Faiz tanpa perasaan. Hatinya tawar tapi dia belum lagi jadi orang yang jahat.

Fatihah tanpa banyak soal, terus masuk ke perut kereta Faiz disebelah pemandu.

"Tolong duduk belakang, buat masa sekarang ni.. aku tak mampu nak duduk dekat-dekat dengan kau."

Fatihah sekali lagi telan liur. Buka pintu dan berpindah ke tempat duduk belakang. Beberapa saat kemudian, kereta Faiz mengaum meninggalkan kediaman Fatin.

"Aku bawa kau balik rumah umi. Lepas ni aku tak nak jumpa kau. Tentang 'kita', aku akan cari masa untuk bagitahu orang lain. Tapi amaran aku, jangan sesekali kau pergi jumpa Yusra dan buat gila dekat rumah orang. Just stay rumah umi. Kalau aku tahu kau kacau rumahtangga Fairuz lagi, aku tak teragak-agak untuk lepaskan kau, Tehah. Aku dah cukup sabar dengan kau, jadi jangan cabar kesabaran aku lagi!''

Sorang2 dah tinggalkan kau, Tehah! 32k views... Terima kasih byk2 =)

Share this novel

Sm.mh (Tulip Haura)
2021-02-24 12:44:07 

My bad... byknye salah eja n ayat terabur... sorry... huhu


NovelPlus Premium

The best ads free experience