Bab 85 : CBYS

Romance Series 109654

Pangg!

Satu tamparan hingga di pipi Fatihah dari Tengku Faisal. Turun naik dada itu berombak kencang menahan perasaan marahnya pada anak perempuan. Panas hati bila dengar cerita dari Fairuz yang Fatihah sekali lagi pergi serang Yusra di rumah mereka siang tadi. Dan sekarang menantunya masih berada di Hospital menerima rawatan kerana berlaku sedikit pendarahan. Panas hati lagi bila fikir, Fatihah dah buat Yusra hampir-hampir sahaja kehilangan anak yang dikandung.

"Apa yang kau dah buat ni Tehah? Tak puas lagi ke dendam kau tu sampai kau perlu jadi seorang pembunuh macam ni?''

Fatihah tunduk menekur lantai sambil tangan menekup pipi. Rasa pijar, rasa ada cecair di birai bibirnya. Tidak dipedulikan semua itu yang penting sekarang telinga perlu tadah telinga dengar segala amukkan dari Abahnya.

"Kau bagitahu abah, apa lagi yang abah perlu buat supaya hati kau rasa lega, rasa tenang, rasa cukup? kau sedar tak apa yang kau dah buat ni Tehah?" Jerkah Abahnya lagi.

"Apa abah nak buat dengan kau ni Tehah? Abah salah didik kau ke selama ni?! Kau bagitahu abah apa lagi yang kurang? Apa lagi yang tak cukup? Semua benda yang kau nak, kami berikan. Kau nak stay dengan Is kat sana, abah turut kan walaupun hati abah dan umi tak tenang fikirkan kau kat sana berdua dengan Is. Apa lagi tak cukup Tehah?" Tengku Faisal mengendurkan suaranya di hujung ayat.

Menggeleng beberapa kali. Dia kemudian melabuhkan duduknya di sebelah isterinya. Mengeluh panjang kerana terkilan dan kesal dengan apa yang dah Fatihah buat.

"Apa abah nak jawab dengan orang tua Yusra kalau mereka tahu? Adik ipar dia sendiri cuba nak bunuh anak perempuan mereka. Abah malu! Mana abah nak letak muka abah dan umi kalau orang bertanya? Tehah rasa suka ke kalau Yusra tak ada dalam keluarga ni?" Tanya Abahnya lagi. Matanya tepat renung Fatihah yang masih menekur lantai itu.

"Sampai bila Tehah nak macam ni, Tehah?" Tengku Fauziah pula mengambil alih bertanya. Sejak dari tadi dia hanya memerhati. Dia perlahan bangun dari duduknya dan berdiri sebelah Fatihah. Bawa tubuh anak gadisnya ke dalam pelukkannya.

"Hati Tehah sakit umi.." Fatihah bersuara walaupun cuma perlahan. Serak suaranya.

"Selagi Tehah tak ikhlas memaafkan abang Ruz dan terima Yusra, selagi tu Tehah tak tenang. Selagi tu Tehah akan rasa sakit."

"Macam mana Tehah nak maafkan dia umi? Kesan di sini sangat dalam umi. Sangat dalam sampaikan Tehah tak tahu macam mana nak merawatnya umi." Fatihah letakkan tangannya ke dada.

''Rasa sakit tu tak pernah padam setiap kali Tehah pandang dia. Dia bahagia dengan abang tapi kenapa Tehah tak boleh bahagia dengan Is? Tehah sayang Is umi. Dari dulu perasaan ni tak pernah berubah tapi bila Is jumpa dia, Is lupakan Tehah. Dan sekarang bila Tehah dah dapat Is, Tehah masih tak dapat miliki hati Is. Kenapa Umi? Tehah tak layak untuk dicintai ke Umi?" Air mata turun membasahi pipi.

''Ini bukan caranya Tehah. Tehah marahkan orang lain tapi Tehah lepaskan pada orang lain. Yusra tak salah Tehah."

"Umi tahu Tehah sukakan Is tapi perasaan seseorang tak boleh dipaksa. Semakin kita paksa dia berada sisi kita, makin kuat tekanan perasaan yang kita perlu hadap. Setiap orang ada jodoh dan pertemuan masing-masing Tehah."

"Tapi Tehah tak nak orang lain umi. Tehah cuma nak Is.. Umi tolong la Tehah.. tolong bagitahu Is Tehah tak nak dia kahwin dengan Haura. Kalau dia tekad nak kahwin dengan Haura, Tehah sanggup bermadu asalkan dia jangan tinggalkan Tehah. Tehah tak boleh hidup kalau Is tinggalkan Tehah. Tehah sayangkan Is. Is suami Tehah." Fatihah merintih.

Airmatanya makin laju membasahi pipi. Kedua telapak tangan disatukan antara satu sama lain. Merayu supaya kali ini Umi boleh menolongnya.

"Suami Tehah? Is suami Tehah?" Tanya Tengku Fauziah seraya pandang tepat pada mata Fatihah. Terkejut dia dengar penyataan yang baru di keluarkan oleh Fatihah. Suami?

Fatihah mengangguk, mengiakan pertanyaan uminya.

"Kami kahwin masa kat sana. Dah hampir setahun tapi tadi Is cakap dia dah ceraikan Tehah. Apa salah Tehah umi? Umi cakap la kat Is, jangan tinggalkan Tehah. Tehah tak sanggup."

"Is ceraikan Tehah?" Sekali lagi uminya terpingga-pingga. Ada kisah yang mereka tak tahu rupanya.

"Is kata dia ceraikan Tehah sebab Tehah dah buat Yusra macam tu.. Tehah buat semua tu sebab Yusra puncanya umi. Kalau tak disebabkan Yusra, Is tak kan jumpa Haura, kan Umi? Is tak kan kenal Haura kan Umi?"

Tengku Fauziah tak tahu nak kata apa. Dia hiba dengan Fatihah. Tak tahu mahu percaya atau pun tidak. Fatihah pun nampaknya dah mula merapu yang bukan-bukan. Betul kata Furqan jiwa Fatihah sudah parah. Mereka perlu lakukan sesuatu sebelum keadan Fatihah menjadi bertambah parah. Tengku Fauziah pandang suaminya meminta pertolongan supaya dapat tenangkan Fatihah.

"Dah jadi macam ni pun, Tehah tak habis-habis nak salah kan orang lain? Kalau bukan Tehah yang pukul Yusra dulu sampaikan Yusra sakit, tak adanya Yusra perlu masuk hospital tahu?" Tempelak Abahnya kuat. Sakit pulak hati dengar Fatihah cakap macam tu. Tak habis-habis nak salah kan orang lain.

Fatihah menikus di belakang uminya bila dengar suara kuat abahnya.

"Abang... dah la tu..." Tengku Fauziah membela Fatihah. Kesian dengan Fatihah, jiwa anaknya tidak stabil lagi nak tambah-tambah.

"Abang cuma cakap benda yang betul. Tehah tu tak habis-habis nak salahkan orang lain, padahal diri sendiri yang salah. Lagi Ziah nak bela dia, lagi dia naik lemak."

"Abang.. dah la tu.. jangan nak burukkan lagi keadaan.. abang sendiri pun dengar apa Furqan cakap tadi. Tehah perlukan rawatan.. kita kena tolong dia.. bukan marah-marah macam ni."

"Umi.. kenapa semua orang tak sayang Tehah?"

"Syhh.. dah-dah.. semua orang sayang Tehah.. umi tahu.. Tehah anak yang baik. Tehah naik rehat dulu. Nanti umi bincang dengan abah macam mana nak buat. Tehah naik atas, rehat dulu." Hanya itu sahaja Tengku Fauziah boleh janjikan memandangkan suaminya hanya diam seribu bahasa.

Fatihah mengangguk berkali-kali. Kali ini wajahnya tidak sekeruh tadi.

* * *

"Jadi kau dah tekad dengan keputusan kau?" Soalan dari Tengku Fairuz mengembalikan Tengku Faiz Iskandar dari terus mengelamun.

Faiz jongket kening sebelah, bertanya. Sekali lagi Fairuz ulang soalan yang sama.

"Ya Ruz.. Aku dah tekad." Balas Faiz. Ada keluhan pada akhir ayatnya.

"Lagipun aku dan dia cuma berkahwin sebab aku nak jaga dia. Tapi dengan apa yang jadi sekarang aku tak rasa aku mampu jadi suami Tehah lagi."

"Kenapa kau langsung tak bagitahu aku Is? Kau pendam masalah ni sendiri sedangkan dia tu adik aku. Sepatutnya aku perlu tahu tentang masalah adik aku tu."

Keluh Fairuz. Sekarang baru dia tahu cerita sebenar disebalik apa yang jadi kepada Faiz Iskandar dan Fatihah selama mereka di sana. Dan kejadian itu berlaku selepas dia dan Yusra baru sahaja berkahwin. Kiranya usia perkahwinan antara mereka tidak jauh bezanya.

"Aku ingat perkara ni akan boleh settle bila dia dapat rawatan kat sana. Tapi bila dia kena hadap situasi yang hampir sama dua kali, aku tak rasa dia kuat untuk hadapi trauma dia.. sebab tu aku buat keputusan untuk kahwin dengan dia supaya aku boleh jaga dia depan mata aku."

''Tapi silap aku bila aku tak habis-habis ingatkan dia dengan syarat-syarat sebelum kami kahwin tu, dia jadi tertekan. Aku tak tahu pulak masalah jadi makin serius bila dia berjumpa balik dengan Yusra. Tambah pulak dia dah tahu yang aku tahu Yusra tu Idah." Faiz bercerita serba sedikit.

"Betul kata kau tu Ruz.. sepatutnya aku tak berahsia dengan kau.. sekarang ianya dah jadi satu isu besar bila membabitkan dua buah keluarga. Sekarang ni aku tak tahu apa yang patut aku buat Ruz. Tentu Pak Ngah dan Mak Ngah kecewa dengan aku kan sebab buat Tehah macam tu.. kau pun mesti kecewa dengan aku kan Ruz? Aku dah buat adik kau jadi janda."

"Aku tak berhak untuk bagi keputusan Is tapi aku nak ucapan terima kasih banyak-banyak pada kau sebab kau dah selamatkan Fatihah dulu."

"Aku kecewa teruk Ruz bila aku tahu Tehah dah khianati aku dan Idah. Sedangkan selama ni aku cuba selamatkan maruah dia dari jantan tak guna tu tapi rupanya Tehah dah buat sesuatu yang menyebabkan aku kecewa teruk. Aku rasa tak guna aku selamatkan dia dulu kalau aku tahu apa yang dia buat pada aku dah Idah. Sebab tu lah aku rasa aku dah tak boleh nak stay dengan Tehah lagi. Aku tak boleh pandang muka dia Ruz. Aku akan rasa sakit hati."

"Aku faham perasaan kau, Is. Aku tak kan paksa kau buat sesuatu keputusan yang kau rasa tak boleh buat. Aku akan bincang dengan abah dan umi. Kau jangan risau. Aku sentiasa ada untuk kau. Kali ni aku akan tolong kau sebab kau dah banyak tolong aku."

"Thanks Ruz. Aku ikhlas lepaskan Idah pada kau sebab aku tahu kau lebih layak dengan dia berbanding aku. Kita ditakdirkan jatuh cinta pada perempuan yang sama tapi dia tetap bukan jodoh aku. Aku mengalah pada kau. Aku terima kekalahan aku, Ruz. Janji dengan aku kau akan jaga Idah baik-baik. Mungkin DIA dah rancangkan sesuatu yang lebih baik untuk aku."

"InsyaAllah Is. Aku janji aku akan jaga Idah baik-baik." Fairuz menepuk bahu Faiz berkali-kali. Berjanji.

Faiz tersenyum.

Doktor Haura Qaseh menghampiri dua sahabat yang sedang berbincang di ruangan menunggu di hadapan bilik rawatan yang menempatkan Yusra Saidah.

"Ruz.. Faiz..."

Keduanya menoleh.

"Yusra dah sedar. Dia nak jumpa Fairuz." Beritahu Doktor Haura.

Fairuz mengangguk dan bingkas bangun. Beberapa langkah dia menapak ke bilik rawatan Yusra, dia kembali pusingkan badannya mengadap Faiz.

"Is.. kau ingat tak dulu, kau pernah minta izin aku untuk jumpa dengan Yusra? Discuss what happened between the two of you some time ago. I think I'll let you meet her. Solve all the problems and make it clear all the situations."

"Thanks Ruz."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience