Bab 2 : CBYS

Romance Series 109654

Banglo setingkat yang mempunyai 11 bilik itu diberi nama Teratak Qaseh oleh Tengku Faisal buat isteri tercinta, Tengku Fauziah diawal usia perkahwinan mereka.

Ruang atas dimana terletaknya bilik tidur utama dan bilik tidur empat anak kesayangannya iaitu Tengku Furqan, Tengku Fairuz, Tengku Fatihah dan sibongsu, Tengku Farra. Turut tersedia dua buah bilik kerja untuk Tengku Furqan dan Tengku Fairuz.

Di ruangan bawah pula menempatkan ruang tamu di tengah. Bilik solat di bahagian kanan dan bilik bacaan di sebelah kiri. Disebelah bilik bacaan terdapat satu lorong kecil yang digunakan untuk ke taman mini d laman belakang rumah.

Antara ruang tamu dan ruang dapur dipisahkan oleh dinding yang direka khas seperti pintu gerbang gua. Bilik pembantu rumah iaitu Siti dan Mak Nah serta suaminya, Pak Mail turut tersedia berdekatan dengan ruang dapur.

Ruang tamu itu riuh rendah dengan celoteh si kembar Tengku Farhan dan adiknya Tengku Farhana. Si kecil yang baru berusia 5 tahun itu tidak habis-habis bertanyakan soalan itu dan ini kepada datuk dan nenek mereka. Tak terlayan si nenek dan datuk melayan keletah mereka.

Nasib si kecil itu sedikit malang apabila ibunya, Nur Hanna meninggal dunia semasa melahirkan mereka lima tahun yang lalu. Mereka dibesarkan dan dijaga oleh kedua atuk dan nenek mereka. Tengku Farhan dan Tengku Farhana, permata hati Tengku Furqan. Duda anak dua yang segak bergaya. Sehingga kini masih belum ada sesiapa yang dapat mengisi kekosongan hatinya selepas perginya arwah Nur Hanna.

"Tokmi sayang adik tak?" Tanya Tengku Farhana kepada neneknya.

Tengku Fauziah mengeratkan lagi pelukannya sebelum menjawab pertanyaan cucunya itu.

"Mestilah tokmi sayang. Abang dan adik kan cucu tokmi dan tokbah. kenapa adik tanya?" soalnya kemudian.

Tengku Farhana diribanya ditatap penuh kasih sayang. Sekilas dia memandang Tengku Farhan diriba datuknya, Tengku Faisal.

"Adik sayang tokmi. Sayang tokbah. Adik tak nak tokmi dan tokbah tinggalkan adik macam mama tinggalkan adik." Ujarnya. Ada nada sedih.

Tengku Fauziah dan suaminya tersentak mendengarnya.

"Adik, tokmi dan tokbah sayang sangat kat adik. Kami takkan tinggalkan adik. Mama adik pun sayangkan adik tapi Allah lebih sayangkan Mama. Mama adik kan baik, sebab itu Allah ambil mama adik dulu. Kalau abang dan adik sayang mama, adik dan abang kena banyak berdoa untuk mama. Jangan nakal-nakal nanti mama sedih." Tengku Fauziah berkata lembut dan melontar pandangan pada cucunya itu.

Ubun kepala Tengku Farhana dikucup kasih. Rasa sebak didada bila memikirkan cucunya itu merindui kasih dan belaian dari seorang ibu.

"Tokbah, kenapa Papa jarang balik Johor?" Tengku Farhan di riba Tengku Faisal pula bertanya.

"Papa kan busy. Ramai patient yang perlu papa handle." Jawab Tengku Faisal. Suaranya juga lebih kepada memujuk.

Tengku Farhan mendengus sebelum berkata.

"Papa selalu busy. Abang dah lama tak balik kampung jumpa Atuk dan Opah. Dekat klinik kan Uncle Khalil dan Uncle Azmi ada. Diorang boleh tolong papa handle patients bila papa cuti balik kampung."

"Abang ada cakap kat papa, abang rindu atuk dan Opah?" soal neneknya.

Tengku Farhan mengeleng perlahan. Wajahnya muram.

"kenapa abang tak cakap kat papa?" soal neneknya lagi.

"Papa sibuk. Selalu balik lewat. Bila sampai rumah mesti dah malam. Abang tahu papa mesti penat. Abang kesiankan papa." Beritahu Tengku Farhan jujur.

"Abang, tokbah tak marah kalau abang nak balik johor jumpa Opah dan Atok tapi abang kena bincang elok-elok dengan papa. Nanti papa cuba cari masa untuk balik johor. Boleh?" Lembut suara datuknya bersuara.

Tengku Farhan mengangguk.

"Abang kenapa abang tak cakap dengan papa? kan adik dah pesan." Marah si adik.

"Kenapa abang pulak? adik jelah cakap kat papa. Adik ni asyik suruh abang je." Bentak si abang.

"Abang kan abang adik. Abang la yang kena cakap kat papa. Kan adik dah pesan banyak kali. Abang la yang salah." Jerit Tengku Farhana.

Tengku Farhan mencerlung pandangan kepada adiknya. Segera dia berlari mendapatkan adiknya di riba Tengku Fauziah. Tengku Farhana pula bergegas melarikan diri. Nenek dan datuknya menggeleng kepala dengan keletah dua orang cucunya itu.

"Ini baru dua orang cucu kita, abang. Kalu ramai macam cucu abang Long tu, hai macam mana lah agaknya saya nanti." Tengku Fauziah merungut kepada suaminya seraya senyuman terukir dibibir. Senyuman bahagia.


* * *


"Ya Allah, kenapa abang pukul adik ni?" Jerit Tengku Furqan di laman rumah.

Tengku Farhana yang menangis dipeluk erat. Manakala Tengku Farhan memeluk tubuhnya sendiri. Berpaling membelakangkan tubuh Tengku Furqan dan adiknya. Muncung dibibir sudah ditarik. Masih geram dengan adiknya.

"Abang, papa tanya ni, kenapa abang pukul adik?" Soal Tengku Furqan apabila menyedari anak sulungnya mendiamkan diri. Merajuk. Farhana sudah berhenti menangis.

"Adik tu.. dia cakap abang yang salah." Beritahu Tengku Farhan dengan rasa amarah yang masih tersisa.

"Kenapa ni? Hal apa? Adik.. Abang.. cuba cerita elok-elok dekat papa. Kalau abang dan adik tak cerita kat papa, papa tak kan tahu hal apa."

Tengku Furqan cuba memujuk anak-anaknya.

'Sudahlah hari ni pesakit ramai di klinik, balik rumah anak-anak pula buat perangai. Pening! Pening!'

"Papa, abang rindu atok dan opah. Dah lama kita tak jumpa atok dan opah. Bila kita nak balik johor, papa?" Tengku Farhan bertanya perlahan.

Tubuhnya berpusing mengadap papanya. Keruh wajahnya.

"Adik pun rindu opan dan atuk." ujar Tengku Farhana pula.

Tengku Furqan mengeluh perlahan. Dia lantas duduk dan membawa tubuh anak-anaknya ke pelukannya

"Papa minta maaf sebab papa terlalu sibuk dengan kerja sampaikan papa abaikan anak-anak papa. Papa janji hujung minggu ni kita balik. Johor." Tengku Furqan bersuara sambil membuat pinky promise kepada anak-anaknya.

Mereka turut melakukan hal yang sama. Senyum terukir dibibir masing-masing.

* * *


"Umi, hujung minggu ni Qan ingat nak balik Johor." Beritahu Tengku Furqan kepada ibunya setibanya dia di ruang tamu.

Sofa disisi ibunya diisi. Tengku Fauziah melontar pandangan kepada suaminya sebelum memandang Tengku Furqan.

"Qan nak ziarah pusara arwah Hanna. Dah setahun rasanya Qan tak jengguk pusara arwah. Lagipun anak-anak dah mula sebut nama Opah dan Atuk mereka. Rindu katanya." Sambung Tengku Furqan tanpa umi dan abahnya meminta perjelasan. Uminya menghela nafas sebelum bertanya.

"Lama ke Qan balik Johor nanti? Klinik macam mana?"

"Qan balik tak lama kot umi.. dalam empat hari saja. Jumaat, sabtu, ahad dan isnin dah balik sini. Klinik nanti Khalil dan Azmi tolong take over. Lagipun diorang baru je balik dari bercuti." Ujarnya.

Dia tidak sanggup berada di Johor lama-lama kerana itu akan mengingatkan dia kepada kenangan bersama arwah isterinya yang tercinta.

"Oklah kalau macam tu Qan. Umi dan abah izinkan. Lagipun kesian dengan cucu-cucu umi tu. Petang tadi abang mengadu kat umi dan abah yang dia rindukan Atuk dan Opah. Qan, cuba lah luangkan sikit masa dengan diorang. Diorang rindukan Qan." Luah Tengku Fauziah. Mendung wajahnya.

"Qan tahu tu umi tapi Qan betul-betul busy lately. Azmi dan Khalil ada emergency case. Masing-masing terpaksa balik kampung urus family matters. Qan tahu anak-anak perlukan Qan tapi Qan betul-betul busy lately." Ujar Tengku Furqan perlahan.

Rasa bersalah menerpa diri tatkala memikirkan perasaan anak-anaknya yang rindukan belaian kasih sayang dari dia dan mungkin dari seorang ibu. 'Ibu? siapa yang sudi bersuamikan duda anak dua?' desis hati kecilnya.

"Iya Qan.. Umi faham. Cubalah Qan luangkan masa dengan mereka. InsyaAllah nanti mereka faham. Slow talk dengan diorang. Cucu umi tu bijak orangnya tentu diorang faham."

"InsyaAllah umi. Qan akan cuba."

"Mana cucu umi ni? dah tidur ke?" Soal Tengku Fauziah apabila menyedari kesepian rumahnya dari keletah cucunya itu. Jam di dinding dipandang.

'Masih awal lg.' desis hatinya.

"Sudah umi. Jam 9 tadi dah tarik spongebob masing-masing. Penat la tu mandi kolam petang tadi."

"Emm macam-macam diorang ni. Perangai saling tak tumpah macam Qan kecil-kecil dulu. Nak tidur wajib tarik bantal busyuk dulu, kalu tak.. tak lena tidur la jawabnya." Ujar Tengku Fauziah sambil memandang anak sulungnya.

Tengku Furqan tersenyum. Tengku Faisal turut tersenyum. Hanya mendengar perbualan dua beranak itu. Matanya masih mengadap skrin tabletnya.

"Ruz, bila balik dari Jakarta abah?" Soal Furqan perihal adiknya, Tengku Fairuz yang kini masih berada di bumi Indonesia atas urusan peniagaan yang menjadi tonggak aset keluarganya.

Adiknya mewarisi minat ayahnya yang minat dalam dunia perniagaan. Manakala dia pula berminat dalam bidang perubatan. Mujurlah kedua orang tuanya tidak pernah menghalang minat mereka adik-beradik.

"Tadi Ruz call abah katanya esok baru habis metting. Lusa baru tengok tapak projek. Lepas tengok tapak projek tu baru dia balik." Jawab Tengku Faisal berkerut-kerut wajahnya cuba mengingat kembali apa yang diberitahu oleh Tengku Fairuz sebentar tadi.

"Nasib baik Ruz balik hari rabu. Sempat lah jumpa Farhana sebelum Qan balik Johor. Kalau tak, nangis tak berlagu la jawabnya." Tengku Fauziah menyambung selepas mendengar jawapan dari suaminya.

Tengku Furqan mengangguk, mengiakan kenyataan yang diberitahu oleh ibunya. Bibirnya tersenyum apabila mengenangkan anak keduanya itu lebih rapat dengan Pak Ngah nya berbanding dengan dirinya.

"Tehah bila balik umi? Bila final exam?" Soalnya perihal adik ketiganya pula, Tengku Fatihah yang masih menuntut di University of Oxford di tahun akhir.

"Kelmarin ada umi WhatsApp dengan dia, katanya lagi sebulan nak final exam. Dah tak lama dah. InsyaAllah nanti habis konvokesyen dia balik sekali denga Is." Ujar Tengku Fauziah.

"Farra macam mana dah sekarang umi?" Tentang adik bongsunya pula ditanya, Tengku Farra. Tengku Farra masih belajar di tingkatan 5, di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Kelantan.

"Alhamdulillah.. dia sekarang dah boleh fokus dengan study dia. Bukan mudah dia nak hilangkan trauma tu tapi lama-lama dia dah boleh terima hakikat yang Dahlia dah tak ada." Beritahu Tengku Fauziah dengan suara mendatar.

Masih jelas terbayang di matanya betapa Tengku Farra sangat terkesan dengan berita kehilangan sahabat baiknya, Dahlia selepas mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience