Teratak Qaseh tersegam indah dihadapan Yusra Saidah. Terlopong sekejap Yusra. 'Mak aih besar giler rumah! desis hatinya. Liurnya di teguk berkali-kali. Tengku Fairuz mematikan enjin kereta dan mula membuka pintu. Segera dia keluar dari kereta Toyota Corrolla Altis miliknya. Yusra disebelah langsung tidak dihiraukan. Yusra termangu seketika sebelum dia mengambil keputusan untuk membuka pintu kereta.
Tengku Fauziah sudah tersenyum lebar di muka pintu. Menunggu kedatangan pengantin baru. Fairuz bersalam dengan uminya dan melangkah masuk. Yusra masih terpinga-pinga di sisi kereta.
"Ruz, kenapa tinggal Yusra kat kereta?" Tanya Tengku Fauziah tatkala melihat anak keduanya menonong berjalan seorang diri tanpa meghiraukan isterinya.
Fairuz berhenti melangkah. Dia menoleh ke belakang. Mendengus kecil seraya membuka kaca mata Rayban. Dia memusing badannya dan menghampiri Yusra.
"Kau dah kenapa? Ikut jelah. Tak kan nak tunggu aku berjemput kau bagai."
Tangan Yusra dicapai dan ditarik mendekati uminya. Yusra terdorong ke hadapan sedikit.
"Yusra... selamat datang ke rumah Umi. Mulai sekarang rumah ni pun rumah Yusra juga."
Tengku Fauziah menarik Yusra ke dalam dakapannya. Rindu pada menantunya walaupun baru berpisah beberapa hari. Tengku Fairuz sudah memanjat anak tangga untuk ke ruang atas. Meninggalkan Yusra bersama uminya.
"Terima kasih umi. Ayah dan Ibu kirim salam," jawab Yusra.
Pelukan dileraikan. Tengku Fauziah menarik tangan Yusra masuk ke Teratak Qaseh. Pak Mail sudah pun memulakan tugasnya memunggah beg dari boot kereta untuk dibawa ke bilik Tengku Fairuz.
Saat melangkah masuk ke ruang tamu Teratak Qaseh, pandangan Yusra melilau ke kiri kanan ruang berkenaan.
'Wahh.. ini bukan sebarangan rumah ni... " Hati Yusra berkata-kata, kagum dengan hiasan dalaman rumah mertuanya. Jakun jadinya.
Cantik sangat dekorasi yang digunakan. Dekorasi 'English Country style' sangat sesuai dengan title 'Tengku'. Biasanya dekorasi sebegini dia hanya mampu melihat di kaca TV tapi kini di depan mata.
Yusra melabuhkan duduknya pada sofa berwarna coklat. Bantal hiasan kusyen yang berwarna putih berbunga rose kecik, diambil dan diletakkan di atas ribanya. Tengku Fauziah juga melabuhkan duduknya di bersebelahan Yusra.
"Umi sihat?"
"Alhamdulillah umi sihat. Tengah seronok, tak sabar tunggu Yusra dan Fairuz sampai." Tengku Fauziah tersenyum Nampak gembira wajah itu. Senang dengan kehadiran Yusra dalam keluarganya.
"Alhamdulillah. Terima kasih umi, terima Yusra dalam keluarga Umi." Yusra sudah tersenyum simpul. Malu bila ditenung begitu oleh ibu mertuanya.
"Umi tak sangka, umi akan dapat menantu macam Yusra. Walaupun umi baru kenal Yusra tapi umi yakin umi tak salah pilih Yusra." Tengku Fauziah benar-benar bermaksudkannya.
Yusra tersenyum dan membalas genggaman tangan ibu mertuanya.
"InsyaAllah umi. Yusra cuba untuk jadi menantu dan isteri yang terbaik buat umi dan abah serta untuk anak umi."
Suasana sepi seketika.
"Abah mana umi?"
"Abah masih kat office. Banyak yang abah perlu settle selepas cuti. Farra dah balik asrama semalam. Nanti majlis Yusra pula Farra balik. Farhan dan Ana masih ada kat klinik. Hari ni abang Qan bawa diorang pergi klinik." Jawab Tengku Fauziah secara details.
Seorang wanita sebaya Tengku Fauziah keluar menatang dulang berisi 2 gelas air oren sunquick bersama 2 potong kek coklat moist.
"Jemput minum Mak Ku, Cik.." Jemput Mak Nah seraya bangun berdiri untuk beredar ke dapur. Namun langkahnya terhenti bila Tengku Fauziah memanggil namanya.
"Mak Nah, ni menantu baru saya. Yang saya cakap hari tu.. Yusra Saidah. Yusra, ni Mak Nah. Cef kat dapur umi. Mak Nah, Siti mana?"
Yusra menghulurkan tangannya dan bersalam dengan Mak Nah. Senyuman yang paling manis diberikan buat Mak Nah.
"Sekejap Mak Ku, Mak Nah pergi panggilkan Siti. Tadi dia tengah jerang air," pamit Mak Nah.
Tengku Fauziah mengangguk. Sebentar kemudian seorang gadis muncul dari ruang dapur. Lebih kurang sebaya Kakak Yasmin.
"Yusra, ni Siti. Siti yang banyak tolong Mak Nah buat kerja rumah selain dari memasak." Tengku Fauziah memperkenalkan mereka kepada Yusra.
"Cantik Puan Yusra ni Mak Ku. Patut la Ruz tak senang duduk pun lepas tengok gambar Puan Yusra." Mak Nah mengusik.
Yusra tersentak. Gambar? Oh lupa.. banyak yang dia perlu tanya kepada lelaki itu! Dia tersenyum sipu. Malu bila ada yang memuji.
"Kan Mak Nah? Tak salah arwah Walid pilih Yusra." Tengku Fauziah menambah. Menantunya dipandang lagi. Tak jemu memandang wajah putih kemerahan-merahan itu. Wajah itu mula berona merah.
"Hish mana ada Umi, Mak Nah. Yusra biasa-biasa je. Tak ada apa yang istimewa pun. Mak Nah tak payah la panggil Yusra, Puan Yusra. Segan la Yusra macam ni" Yusra mula rasa pipinya panas. Tak senang duduk jadinya.
"Mana ada biasanya Yusra. Hari-hari Ruz tunggu Yusra contact dia. Melangut je kerjanya sejak tahu dia dah bertunang. Kan Mak ku?" Mak Nah pula menyambung.
Tengku Fauziah mengangguk. Yusra mula kalut. Tangannya digosok-gosok bagi mengurangkan rasa gelisah.
"Mak Nah buli isteri Ruz ke?" Fairuz tiba-tiba muncul di sisi Yusra. Tangan Yusra dicapai dan digenggam lembut.
Tergaman Yusra melihat tindakan Tengku Fairuz lebih-lebih lagi di hadapan umi, Mah Mah dan Siti.
"Ala buli sikit je Ruz. Saja nak kenal dengan Yusra ni. Sayang isteri ye, Ruz" Tokok Mak Nah.
Keningnya diangkat-angkat kepada Fairuz. Siti di sisi Mak Nah sudah tersengih-sengih memandang merpati dua sejoli itu.
"Siapa tak sayang isteri Mak Nah Oii'' Jawab Fairuz.
Tangan Yusra dibawa ke bibirnya. Matanya dikenyitkan bila Yusra melihatnya. Yusra buntangkan matanya dengan tindakan berani Fairuz.
"Apa abang ni.. malulah orang tengok" Pantas tangannya ditarik dari peganggan Fairuz.
Bahu suaminya dipukul perlahan. Mereka tertawa melihat reaksi Yusra. Mak Nah dan Siti kemudiannya meminta diri ke dapur.
"Tadi umi cakap Farhan dan Ana pergi klinik, kan? kenapa, diorang tak sihat ke umi?"
Dahi Yusra sudah berkerut. Lurus Yusra bertanya. Sememangnya dia masih belum mengenali setiap ahli keluarga barunya itu.
Fairuz melirik pandangan pada Yusra. Rasa tidak senang bila topik Furqan meniti dibibir isterinya.
"Ehh tak ada lah. Furqan tu doktor. Dia bawa anak-anak ke klinik lepas habis waktu sekolah tadi. Nanti lepas habis shift dia, dia terus bawa diorang balik rumah," jawab Tengku Fauziah.
Yusra mengangguk. Baru faham maksud ibu mertuanya tadi.
"Ruz nak pergi mana ni? Siap tukar baju bagai ni?" Tengku Fauziah bertanya pula.
Anak keduanya itu sudah lengkap berpakaian casual. Yusra turut melirik pada suaminya. Handsome! T-shirt putih berleher bulat bersama jaket denim dan jeans. Ringkas dan menarik!
"Ruz ada hal sikit nak keluar jumpa Syah dan Amm. Sayang, abang keluar kejap. Nanti sayang masuk rehat dalam bilik kita ya." Bingkas dia berdiri dan melirik pada jam tissot di pegelangannya kirinya.
Yusra mengangguk perlahan. Faham benar dengan perangai Fairuz. Bila depan orang, mulalah panggilan bertukar kepada 'Abang-sayang', kalau tinggal mereka berdua saja, tetap dia kekalkan 'aku-kau'. Sedikit terkilan dengan layanan Fairuz.
"Abang keluar kejap ya," pamit Fairuz.
Yusra mengangguk dan menyalami tangan suaminya. Dahi Yusra dikucup. Bagi lakonan mantap depan mertua!
Fairuz senyuman sinis pada Yusra. Fairuz mencapai tangan Tengku Fauziah pula dan disalam.
"Hish.. apa lah Ruz ni. Sanggup tinggal isteri sorang-sorang," bebel Tengku Fauziah.
Fairuz sudah melambai tanpa menoleh.
"Biarkan jelah dia Yus. Jom naik, umi tunjukkan bilik Yusra. Mesti Yusra penat. Yusra rehat-rehat dulu. Nanti asar, kita minum petang sama-sama."
Yuara sudah tersenyum dan mengangguk.
* * *
Pintu bilik Tengku Fairuz dikuak oleh Tengku Fauziah, Yusra Saidah melangkah masuk. Tengku Fauziah kemudian meminta diri ke kamarnya.
Yusra Saidah mengangguk dan menutup kembali dedaun pintu. Bau haruman lavender memenuhi segenap ruang. Dia mengitari sekeliling kamar mewah itu. Warna biru muda menjadi warna pilihan tema bilik ini. Warna yang memberikan gambaran yang luas pada ruang, warna yang damai, sejuk dan menenangkan fikiran. Warna ini juga merupakan warna korporat kerana mampu memberikan kesan professional dan kepercayaan. Sesuai dengan perwatakan Fairuz.
Gambar Fairuz yang lengkap berpakaian korporat terletak elok di dinding ditenung. Suaminya tersenyum bahagia. Meyerlahkan lagi gaya maskulinnya. Ternyata suaminya ini bukan calang-calang orangnya.
Segenap ruang diterokai Yusra. Kamar ini dilengkapi dengan pelbagai perabot berwarna hitam di segenap penjuru. Katil mewah terletak elok di tengah-tengah ruang. Cadar berwarna kelabu dan comforter kuning terbentang elok di situ.
Di sudut kanan bilik tersedia sofa berwarna royal blue dan dihiasi bantal hiasan yang berwarna biru muda dan kuning. Meja kopi berwarna kelabu dan diatasnya dihiasi bunga palsu berwarna kuning. Cantik!
Dihadapan sofa pula terdapat TV Plasma. Kira-kira TV ini lebih besar dari TV di rumah ayahnya. Senangnya jadi orang kaya, tengok tv dalam bilik je, tak payah berebut tv kat luar. Dia tersenyum.
Di tepi sofa terdapat sliding door. Yusra menyelak langsir yang berwarna creamy yang dihiasi corak geometri biru. Terserlah koridor bilik disebalik langsir. Pasti cantik kalau dapat berada disitu pada waktu malam. Yusra tersenyum bila membayangkan hal itu sambil melihat bintang. Bintang? Ya, dia suka melihat bintang dilangit di kala malam hari.
Manakala sudut kiri pula terdapat rak buku dan beberapa frame gambar terletak cantik tersusun di atasnya. Turut tersedia ruang untuk menunaikan solat. Khat khafi Asma Ul-Husna terukir indah di dinding sudut itu.
Tak cukup dengan itu, turut terdapat bilik mandi berkaca yang lengkap dengan bath tub dan pancuran air automatik. Yusra mendekati bagasi pakaiannya yang diletakkan oleh Pak Mail sebenar tadi.
Dia membuka bagasinya dan mengeluarkan barangan mandi serta beberapa helai baju yang akan dipakai nanti. Tubuhnya perlu disegarkan segera selepas 8 jam dalam kereta. Naik lemau rasanya. Dia melangkah ke kamar mandi.
* * *
"Hai what's up bro..." Ammar menegur lantas menepuk bahu Tengku Fairuz.
Tengku Fairuz menjongkel kening memandang sahabatnya. Kerusi di depan Fairuz ditarik Ammar dan dilabuhkan duduk.
"Kenapa tak bawa isteri kau sekali?" Ammar memulakan perbualannya.
"Buat apa aku bawak dia. Nanti kacau la. Syah mana?"
"Ada. Kejap lagi sampai. Faham-faham la Ruz, orang dah ada baby. Nanti turn kau pulak. Aku dengan Is jelah still single."
"Amboi kau.. panjang sangat jawapan," jeling Fairuz. Ammar mula mengekek ketawa.
"Hello brooo.... sorry-sorry aku lambat." Syahmi muncul.
Bersalam dengan Fairuz dan Ammar. Segera ditarik kerusi di sisi Fairuz dan melabuhkan duduknya. Melepak di kedai mamak sudah menjadi kebiasaan bagi mereka walaupun masing-masing anak orang berada dan ternama.
"So macam mana si kembar? Sihat?" Tanya Fairuz. Teh O Laici disedut perlahan.
"Alhamdulillah. Tuah dan Jebat sihat. Tak banyak meragam. Eh, nanti bawak isteri kau jumpa Bella. Dia nak kenal wife kau." Beritahu Syahmi.
Isteri Syahmi, Nabila selamat bersalin bayi kembarnya pada tarikh Yusra dan Fairuz diijabkabulkan. Sebab itulah mereka tidak dapat menyertai rombongan Fairuz tempoh hari. Tuah Irsyad dan Jebat Arsyad. Si permata hati Syahmi dan Nabila selepas 3 tahun mendirikan rumahtangga.
"InsyaAllah nanti aku bawa. Aku pun belum jumpa lagi dengan anak saudara baru aku tu." Fairuz sudah tersenyum. Muka bahagia sahabatnya ditenung.
"Ruz, kau macam mana sekarang, okay ke dengan wife kau?" Syahmi bertanya selepas selesai membuat pesanan kepada waiter. Sudah sedia maklum tentang status perkahwinan Fairuz dan isterinya.
"Aku macam biasa je dengan dia. Dia dengan hal dia, aku dengan hal aku. Masih dalam proses nak kenal hati budi kot," jawab Tengku Fairuz.
Tubuhnya disandarkan ke belakang kerusi manakala jari mengetuk-ketuk di permukaan meja. Berserabut fikirkan tentang perasaannya sendiri. Isterinya disukai dan diminati oleh abang kandungnya sendiri. Apa yang patut dia buat?
"Tackle dia elok-elok Ruz. Aku tengok ramai saudara mara lelaki kau tak berkelip tengok dia masa sanding hari tu." Ammar menyampuk.
Fairuz melirik pada Ammar. Tidak suka perihal isterinya dijadikan topik perbualan mereka.
"Amboi kau.. dah tu kau berkelip tak tengok dia? ke kau tak berkelip tengok kawan dia?"
"Ala... releks la Ruz. Aku ni kan single, kawan dia pun single. So, kitorang tak de masalah la."
"Dapat la?" Syahmi pula bertanya. Air yang dipesan olehnya dan Ammar sudah pun sampai.
"Of course la... ni Amm la Syah.. tengok orang la.." Ammar menepuk dadanya.
Ammar berbangga dengan diri sendiri. Dia sudah tersenyum bangga. Fairuz dan Syahmi mengeleng. Sudah sedia maklum dengan perangai mesra alam Syed Ammar bila dengan perempuan. Syed Ammar tersengih.
"Tapi betul la Ruz.. Cantik giler wife kau. Aku pun terkejut tengok gambar nikah yang kau hantar. Aku ingat biasa-biasa je. Maklum la kau cakap sebelum ni tunang kau biasa-biasa je, kan? Sekali Bella cakap wife kau macam artis weii!" Tokok Syahmi.
Memang itu tanggapan pertama yang terluah saat dia melihat gambar akad nikah Fairuz. Yusra memang sepadan dengan Fairuz. Bagai pinang dibelah dua.
''Pandailah kau tu Syah. Artis apa nya? Biasa-biasa je aku tengok." Sangkal Fairuz.
Mana mungkin dia akan tunjukkan perasaan sebenar dihadapan Ammar dan Syahmi. Ammar pecah ketawa.
"Come on la broo... kalau kau rasa dia biasa-biasa je, tak ada lah kau jealous tak tentu pasal bila kau tengok abang Qan sembang dengan dia," tempelak Ammar.
Fairuz pandang tajam pada Ammar. Hish.. kepochi la Ammar ni!
Syahmi menjongket kening pada Ammar, meminta penjelasan. Ammar mengangkat sedikit bahu dan mencebik bibir.
"Pe cerita tu?" Giat Ammar. Keningnya sudah diangkat-angkat.
Fairuz mendengus kasar. Pandangan di alihkan dari terus memandang sahabatnya. Mengelak dari terus diasak dengan pelbagai soalan.
Share this novel