Bab 60 : CBYS

Romance Series 109654

"Dah okay ke ni?" Tanya Yusra sambil mengosok belakang Fairuz.

Habis muntah keluar cendol pulut durian yang baru lepas dimakan di kedai tepi Pantai Bukit Keluang. Fairuz mengangguk berkali-kali.

"Rasa nak muntah lagi?"

Fairuz mengeleng laju. Hulurkan botol air mineral di ambil dari tangan Yusra lalu di teguk.

"Cendol tadi tak okay ke kak?" Tanya Yusran pula di seat belakang.

"Entah lah.. yang akak makan tadi macam okay je. Kau punya?" Yusra risau kalau apa-apa berlaku pada suaminya. Lusa mereka dah nak balik ke Selangor. Kalau keadaan suaminya macam ni, macam mana nak drive jauh?

"Idi punya pun rasa macam okay je."

"Abang ada alahan dengan apa-apa makanan ke?"

Fairuz cuma menggeleng. Matanya di pejam dan kepala disandarkan ke kerusi bagi meredakan rasa mual dan pening yang tiba-tiba datang.

"Abang okay tak ni? Kalau rasa tak okay, biar Idi drive. Abang boleh rest kat seat belakang dengan Kak Yus." Yusran menawarkan diri. Kesian melihat abang iparnya. Muka kacaknya sudah bertukar pucat.

"Sakit kepala.." Fairuz memicit pelipis kepala pula. Kali pertama rasanya sakit berdenyut teruk macam ni. Dahi berkerut menahan sakit.

"Betul kata Idi tu abang. Kita duduk kat seat belakang. Nanti Yusra tolong picit kepala abang."

Fairuz mengangguk, mengalah. Yusra segera keluar dari tempatnya dan menuju ke bahagian pemandu. Pintu sebelah dibuka, tangan Fairuz di tarik dan diletakkan diatas bahunya. Mahu memberi sokongan. Yusran juga membantu. Kesian Fairuz sudah lembik tak bermaya gara-gara muntah beberapa kali.

Fairuz didudukkan di seat belakang. Dibiarkan Fairuz duduk dengan keadaan selesa. Yusra minta diri ke kedai runcit sebentar, kebetulan ada di tempat mereka berhenti. Yusran sudah mengambil tempat di bahagian pemandu.

Yusra muncul dengan beberapa bungkusan plastik di tangannya. Ada minyak angin, ada snack dan ada sedikit asam untuk Fairuz makan bagi mengurangkan rasa mual.

"Kau beli apa kak?" Tanya Yusran, tangannya memberikan signal kanan dan terus melencong sedikit ke kanan untuk masuk ke jalan raya.

"Beli minyak angin cap kapak, beli asam. Abang nak makan asam sikit? mana lah tahu nanti kurang rasa mual-mual tu.. "

"Sekejap lagi la. Abang rasa pening kepala.. pusing.." Adu Fairuz lagi.

Yusra meletakkan sedikit minyak angin di hujung jarinya sebelum disapu ke hujung dahi suaminya.

"Nak pergi klinik tak abang?" Tanya Yusran pula.

Sementara mereka masih di sekitar Bandar Jerteh, baik dia bertanya. Mana lah tahu kalau Fairuz mahu ke klinik. Nampak gaya muntah abang iparnya tu, boleh tahan teruk juga.

"Tak.. tak payah.. balik rumah terus. Abang cuma nak baring, rehat.. Nanti makan ubat, rasa okay la ni.." Jawab Fairuz dengan suara perlahan.

Yusran mengangguk dan segera pecut kereta ke rumah keluarganya.

* * *

"Fairuz macam mana dah Yus?" Tanya Hajjah Sumayah sebaik sahaja kelibat Yusra muncul. Di dapur sambil menatang dulang berisi semangkuk air kosong dan sehelai tuala kecil.

"Dah tidur dah bu..lepas makan ubat tadi.."

"Selalu ke Ruz jadi macam tu?"

"Tak pernah pun ibu. Ni rasa kali pertama Yus tengok dia macam ni. Yus pun pelik.. Nak kata alahan dengan makanan tu, sebelum ni elok je dia makan, tak ada la pulak sampai muntah-muntah macam ni.." Jawab Yusra sebelum duduk di kerusi dihadapan ibunya.

"Ada yang tak kena dengan perut dia agaknya."

"Mungkin kot ibu."

"Ni, ibu nak tanya.. alang-alang duk cerita pasal perut ni, ibu teringat yang Yusra cerita kat ibu dulu.. yang sakit dalam perut tu.. macam mana dah sekarang? Lepas scan sebulan, macam mana dah keputusannya?" Hajjah Sumayah membangkitkan kisah tentang kesihatan Yusra.

Yusra tepuk dahi sendiri, dia sendiri lupa mahu memaklumkan tentang keputusan selepas doktor buat imbasan ultrasound. Sibuk memikirkan tentang Hisham atau 'Stalker' dia. Fikiran keputusan itu, Yusra senyum dulu sebelum menjawab.

"Alhamdulillah ibu... Doktor cakap cyst tu dah kecut masa scan tu. Lega sangat rasanya bu."

"Alhamdulillah.. harap-harap benda tu dah tak tumbuh lagi. Ibu pun ada tanya Mak Eton kalau-kalau boleh urut-urut sikit perut Yusra, katanya benda tu tak boleh di urut.. makin di urut, makin sakit. Jadinya kena jaga pemakanan jelah Yus."

"InsyaAllah ibu.. Yus cuba jaga. Yus pun risau kalau benda tu boleh ganggu kesihatan Yusra. Yusra risau kalau benda tu buatkan Yusra susah nak mengandung."

"Ishhh.. jangan la cakap macam tu.. Cakap tu satu doa tu.. tak baik buruk sangka macam tu.. kan doktor sendiri bagitahu Yusra, benda ni tak ada kaitan pun dengan 'susah' mengandung ke tak.. Serah je pada Allah, yang penting usaha."

"InsyaAllah ibu. Yusra serahkan semuanya pada Allah."

"Haa macam tu la.. Rezeki, jodoh pertemuan, ajal maut, semuanya di tangan Allah. DIA punya rahsia. Kita sebagai hamba hanya ikut apa yang sudah diaturkan. Kita perlu belajar dan menilai yang mana baik, yang mana buruk dalam apa jua pilihan kita."

Yusra hanya mengangguk.

"Bulan ni dah period ke belum?"

"Belum bu.. bulan lepas pun tak.. Entah lah.. Yus kadang-kadang malas nak ambik tahu. Dia datang, datang la.. tak datang, tak datang la.."

"Jadinya masih tak teratur jugak la?"

"Tak bu.. tu yang Yus risau.."

"Sembang apa ni?" Tegur Haji Shafie. Keduanya serentak menoleh.

"Tak ada apa. Cuma saya nasihatkan Yusra ni mana yang elok, mana yang tak elok. Hidup dalam rumahtangga ni, bukannya mudah. Ibarat kapal di lautan.. kalau salah kemudi, boleh karam tengah laut sebelum sampai ke darat." Jawab Hajjah Sumayah berkias. Sengaja menyembunyikan topik tentang kesihatan Yusra.

Haji Shafie menyusun langkah ke arah mereka. Mahu serta anak dan isterinya. Dia tarik kerusi di sebelah isterinya dan duduk di situ. Manakala Yusra hanya diam di tempatnya, lebih selesa mendengar nasihat yang akan diberikan.

"Betul tu Yus. Hidup berumahtangga ni tak semudah yang kita sangka. Yang penting dalam berumahtangga, perlu ada ilmu. Ilmu untuk kita cari bagaimana cara untuk kekalkan dalam perhubungan suami isteri." Sambung Haji Shafie.

"Macam mana ayah dan ibu boleh kekal
sampai sekarang?" Tanya Yusra tiba-tiba.

Teringat kisah ibu dan ayahnya. Jodoh orang tua juga seperti dia dan Fairuz. Dan mereka mampu bertahan sehingga sekarang. Lebih 35tahun mereka hidup bersama.

"Tak kenal maka tak cinta. Ayah tak kenal ibu. Ibu pun tak kenal ayah. Tapi tu tak bermakna kami tak boleh saling sayang menyayangi, suka menyukai, saling cinta menyintai. Kami ambil masa yang lama untuk saling mengenali hati budi masing-masing. Bila sama-sama dah kenal, baru lah tahu erti 'mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang'." Haji Shafie pula berkias.

Hajjah Sumayah tersenyum simpul. Mungkin malu bila suaminya mengungkit kisah awal-awal perkahwinan mereka.

"Sama macam Yusra. Bila Ruz dah tinggalkan Yusra, walaupun sekejap.. baru Yusra tahu pentingnya dia dalam hidup Yus kan?"

Yusra menunduk malu. Malu mahu menjawab pertanyaan ibunya.

"Sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan. Yusra faham maksudnya?" Haji Shafie bertanya lagi.

Yusra menggeleng.

"Maksudnya.. bila kita berpisah dengan seseorang, baru kita tahu betapa pentingnya dia dalam hidup kita. Rasa kosong, rasa tidak lengkap, rasa lompang di hati bila dia berjauhan. Rasa resah bila dia tiada depan mata. Rasa rindu, rasa sayang. Bila berjauhan, baru kita hargai dia dalam hidup kita. Bukan maksud ayah tinggalkan 'lama'.. tinggal sekejap pun, jadi lah." Ujar Haji Shafie.

"Ayah selalu berdoa semoga Yus dan Fairuz akan berkekalan sampai bila-bila. Semoga Yusra dimurahkan rezeki untuk menimang cahayamata. Ayah rindu nak main cucu baru.." Tambah ayahnya. Yusra segera angkat muka pada ayahnya.

"Apa ni ayah... malu la Yus..."

"Tak salah kan?"

"Tak nak cakap pasal ni.. Yus masuk tengok Ruz dulu lah" Yusra berlalu ke biliknya.

Haji Shafie lepas ketawa mengusik Yusra. Yusra sudah hilang ke biliknya.

"Abang.. saya risau fikirkanYusra dengan Fairuz. Nanti dia macam mana kalau cukup tempoh perjanjian tu? Diorang kena berpisah ke nanti? Macam mana nasib anak kita abang?"

Tangan Haji Shafie dicuit Hajjah Sumayah bagi mengutarakan keresahannya saat memikirkan perjanjian mereka dengan Tengku Ibrahim.

"Yah.. awak jangan fikir yang bukan-bukan. Tempoh tu panjang lagi. Masih banyak masa yang kita boleh bagi pada Yus dan Ruz untuk kenal hati budi masing-masing. Awak pun tahu 'sebab' kenapa Tengku Ibrahim buat perjanjian tu dulu. Dia tak nak kehilangan Yusra dalam keluarga dia. Soal ganjaran, itu semua helah saja."

"Helah supaya mereka tidak mudah berputus asa dalam mengemudikan rumahtangga mereka. Awak, sebagai ibu.. doa awak tiada batas. Awak doakan yang baik-baik buat Yusra dan Fairuz. Doakan semoga Yusra cepat-cepat bagi kita cucu. Dengan cara tu saja, semuanya akan selesai." Ujar Haji Shafie tenang.

Hajjah Sumayah mengangguk. Ya, mereka tahu tentang perjanjian itu. Mereka juga ada menurunkan tandatangan sebagai saksi perjanjian itu dilaksanakan. Bukan maruah anak menantu digadaikan kerana harta, tapi kerana meraka mahu anak menantu tetap kukuh dalam satu ikatan sah suami-isteri.

* * *

Fairuz buka mata perlahan-lahan, perit bila ada sinar matahari pagi yang masuk ke mata, dia memisat-misat beberapa kali sebelum matanya mampu menerima cahaya sepenuhnya. Dia tegakkan duduk. Berdehem sedikit bila terasa perit di kerongkong akibat banyak kali muntah semalam. Entah apa lah yang dia makan semalam sampaikan teruk dia muntah macam ni.

Yusra yang masih lena disebelah, dipandang. Tangannya mengelus lembut rambut Yusra. Mesti Yusra terlelap selepas solat subuh tadi. Dia kenal perangai Yusra, Yusra bukannya suka tidur selepas subuh, kalau terlelap mesti sebab badan terlalu penat.

Yusra buka mata bila terasa ada sesuatu bermain di rambutnya. Matanya luas terbuka bila terpandangkan wajah sang suami sedang tersenyum padanya.

"Abang dah bangun? abang dah okay? sakit kepala lagi tak? Nak Yus...."

Belum habis ayat Yusra, Fairuz sudah meletakkan jari telunjuknya pada bibir Yusra. Automatik terdiam terus Yusra.

"Iye abang dah bangun. Alhamdulillah.. abang rasa dah okay. Abang dah tak sakit kepala lagi. Cuma abang rasa lapar je.." Jawab Fairuz satu persatu soalan Yusra.

Yusra hela nafas kelegaan. Syukur, Fairuz sudah sihat.

"Abang lapar, abang nak makan apa? Yusra masak.."

"Abang rasa nak makan bubur nasi Mcd la..."

"Hah? Mcd? Mcd mana ada kat sini... tak ada benda yang simple-simple ke selain bubur nasi mcd?"

"Yusra masak la bubur nasi tu.. tapi abang nak yang sebijik macam bubur nasi mcd tu.. boleh? Tiba-tiba rasa macam nak makan tu je..."

"Okay-okay.. kejap Yusra Google resepi.. nanti Yusra buat. Abang betul dah okay ni?"

"Iye.. abang dah okay. Abang nak bgun mandi dan solat. Kenapa tak kejutan abang solat subuh? Dah terlepas solat abang..."

"Yusra dah kejut dah.. tapi abang tak terjaga langsung. Semalam pun abang sempat bangun, minum air, muntah lagi.. mungkin sebab tu kot abang penat. Tak sedar.."

"Emmm.. tapi abang tak suka la macam ni.."

"Jangan la macam ni abang.. kan sakit tu tanda Allah sayang. Dah-dah, abang pergi mandi dulu nanti qada solat dan boleh solat dhuha terus. Yusra pergi dapur kejap ye.."

"Okay sayang. Thanks sayang."

* * *

"Idi, nanti angkat kotak akak dalam bilik Kak Min letak balik dalam bilik akak. Nanti jangan bagi Bedah masuk lagi dalam bilik akak.. Kalau lagi sekali Bedah masuk bilik akak, buat hal... sekali geng KL Gangster akak rembat." Jerit Yusra sambil mengacau bubur nasi di dapur.

"Kak... kau jangan nak buat hal eh.. Jangan sebab bila setitik, rosak susu sebelangga." Yusran muncul di sebalik langsir. Terusik dengar nama Bedah.

"Alahh kalau nila tu, kau simpan elok-elok, takdenya nak titik-titik dalam susu sebelangga tu. Yang penting simpan elok-elok, jangan letak merata." Balas Yusra.

"Kau ni kak.. Macam-macam kau bagi ayat erk.. yelah-yelah nanti aku simpan elok. Aku letak tempat tinggi-tinggi supaya Bedah and the gengs tak mampu nak ambik nila tu."

"Korang dah kenapa ni? topik nila pula pagi-pagi ni? Korang ingat ni zaman korang belajar sekolah menegah ke? tiap-tiap minggu nak bernila baju sekolah?" Sampuk Hajjah Sumayah. Mengekek ketawa dua beradik.

"Ni Yus, Ruz dah okay dah?"

"Alhamdulillah.. dah okay ibu. Dia nak. makan bubur je pagi ni. Lapar..."

"Elok la tu.. alas dulu dengan makanan lembut-lembut. Nanti baru lah makan berat-berat sikit."

"Kak... ni kotak nak letak kat mana?"

"Letak balik kat tempat dia"

"Ehhh kotak tu.. elok simpan atas almari la Yus. Senang nanti Bedah dah tak kacau kotak-kotak Yus tu."

"Emm.. okay jugak tu. Idi, nanti letak atas almari."

"Okay.. nanti Idi letak. Abang ada kat dalam." Jerit Yusran lagi.

Adegan jerit menjerit belum lagi habis, Fairuz sudah buka pintu dari dalam. Dilihat Yusran sedang memangku kotak Yusra yang baru diambil dari bilik Yasmin.

"Kotak akak." Ujar Yusran tanpa sempat Fairuz bertanya.

"Meh bagi abang biar abang letak kat dalam. Nak letak kat mana ni?" Tanya Fairuz seraya mengambil kotak tersebut dari tangan Yusran.

"Kak Yus suruh letak atas almari."

"Okay nanti abang letak kejap lagi." Balas Fairuz. Yusran mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience