Bab 28 : CBYS

Romance Series 109654

Aishah melangkah ke ruang tamu penthouse Syahmi dan Nabila. Membuntuti langkah Faiz Iskandar dan Syed Ammar. Mukanya masam mencuka jelas menunjukkan yang dia kurang selesa berada di sini. Syed Ammar pula dengan selamba memaksa dia mengikut segala kehendaknya. Macam-macam diugut kalau tidak ikut!

"Aishah..." Yusra menyebut perlahan dan mula tersenyum. Sekurang-kurangnya dia ada teman berborak selain Nabila.

Aishah mengangkat muka bila terdengar ada seseorang menyebut namanya. Terpandang Yusra tengah memangku salah seorang bayi kembar Syahmi. Moodnya mula berubah.

Alhamdulillah, jumpa Yusra di sini. Banyak cerita yang nak dikongsikan dengan Yusra. Terutama sekali pasal lelaki tu. Dia mengalih pandangan kepada Syed Ammar.

Syed Ammar mencebik bibir serta menjongket sebelah bahunya. Hishh makin sakit hati Aishah melihatnya! Aishah menjeling.

"Aishah, ni isteri Syamil, Nabila.. panggil dia Bella je." Ringkas saja cara Syed Ammar memperkenalkan Nabila kepada Aishah.

Aishah menghulurkan tangannya dan bersalam dengan Nabila. Syed Ammar duduk di hadapan Fairuz manakala Faiz mengambil tempat di hadapan Syahmi.

"Siapa pula kali ni Amm?" tanya Nabila dalam nada bergurau.

Keningnya diangkat sambil tersenyum herot. Aishah yang duduk di hadapannya dan bersebelahan Ammar itu dipandang. Cantik muka ala-ala arab, sepadan dengan Ammar yang berketurunan syed.

"Come on la Bella. Soalan macam tu jangan di tanya, tu soalan menjatuhkan saham aku." Syed Ammar mendengus.

Aishah disisinya dipandang untuk melihat reaksi Aishah namun Aishah hanya beriak selamba seolah-olah tiada apa yang menarik minatnya.

"Kenapa pulak? Serius ke kali ni?" Tambah Nabila.

Dia memang suka mengusik Ammar. Ammar si kaki perempuan. Suka berkawan dengan perempuan tapi belum jumpa yang serius, katanya.

"Shut up Bella. Dia kawan Yusra. Aku saja bawak dia datang sini. Dia kata nak released tension. So, dah alang-alang Ruz dan Yusra nak datang sini, aku bawak la dia datang sini. Puas hati?" jawab Syed Ammar.

Aishah segera berpaling kepada Ammar. Dalam hati sudah berbakul-bakul dah dia sumpah seranahkan Ammar itu bila dengar jawapan Ammar tadi. Simpang jauh betul dengan cerita asal, huh!

"Ha'a Bella. She's my friend," tokok Yusra.

"Ooo.. tapi tak salah kan Amm.. Kau dapat sorang, Ruz dapat sorang," giat Nabila lagi.

Suka melihat reaksi Ammar dan Aishah. Aishah sudah merona merah manakala Ammar dengan muka tidak berperasaan.

"Bella.. stopped. Kesian Aishah." Syahmi menjadi penyelamat Aishah dan Ammar.

Fairuz dan Faiz sekadar tersengih. Sesekali Faiz mencuri pandang Yusra yang sedang memangku bayi itu. Terserlah jiwa keibuan di wajah lembut Yusra.

Nabila sudah tergelak lucu dengan reaksi Ammar. Tahu pun malu, dulu dia lah yang paling kuat mengusik bila hubungannya dengan Syahmi sudah ketahuan semua orang.

"Sorry Aishah. I gurau je. Dulu Ammar ni suka mengusik i, So now turn dia la." Tambah Nabila.

"Eh sekejap, i pergi tengok dapur. Rasanya makanan dah siap tu. Senyap je Mak Ros ni." Nabila mula bangkit dari duduknya.

Melihat Nabila ke dapur, Yusra menguis lengan Fairuz disebelahnya, memberi isyarat pada Fairuz supaya mengambil Tuah dari ribanya. Fairuz mengangguk faham. Dia menyerahkan Jebat kepada Syahmi dan mengambil Tuah dari riba Yusra. Yusra turut bangkit dari duduknya. Lenguh juga pinggangnya walaupun baru sekejap memangku Tuah.

"Saya ikut Bella sekejap ye awak," pamit Yusra. Aishah turut bangun mengekori langkah Yusra ke dapur. Tidak selesa dengan empat sekawan itu.

"Shah.. kenapa kau tak WhatsApp aku nak datang sini?" Yusra bertanya bila mereka tiba di dapur. Lengan Aishah dipaut.

"Macam mana aku nak WhatsApp kau, telefon aku kena rampas!" Aishah menjawab sedikit geram.

"Hah? kena rampas? maksud kau?" Yusra tanya lagi. Berkerut dahinya.

"Si Samdol tu la... dia rampas telefon aku. Meruap aku ni nak marah. Nasib ada kau dekat sini, tolong cover sikit marah aku ni," jawab Aishah dengan muka serius. Bibirnya diketap geram.

"Okay-okay... kejap lagi story morry kat aku. Jom kita tolong Bella dulu." Yusra menarik tangan Aishah.

Nabila dilihat sedang menyusun gelas di atas dulang. Seorang wanita sebaya ibunya yang dipanggil Mak Rose itu turut kelihatan sibuk di dapur. Yusra dan Aishah menghulurkan bantuan walaupun tidak diminta. Tidak betah membiarkan Nabila yang masih dalam pantang itu melakukan kerja rumah.

"Aishah dah lama ke kenal dengan Amm?" tanya Nabila mahu mengorek rahsia.

Aishah tergamam seketika sebelum memberi jawapan. Yusra dipandang sudah tersenyum-senyum.

"Aishah kenal dia masa majlis Yusra. Kebetulan dia jadi pengapit Fairuz."

"So sweet.. cinta pengapit bertaut pada pengapit la ni ye?" tanya Nabila lagi kali ini bersama ketawa halus. Yusra turut tertawa. Aishah mendengus kecil.

"Aishah sebenarnya geram dengan Ammar tu Bella, Yusra." Beritahu Aishah dengan tidak tahan-tahan lagi.

"Dah kenapa? Apa yang dah Amm buat?" Nabila menyoal. Kerutan jelas terpeta di dahinya.

Yusra hanya bertindak memasang telinga.

"Okay yang sebenarnya macam ni, saya sibuk hari ni, banyak sangat assignment yang saya kena siapkan sebelum submit. Sebab stress terperap dalam rumah, saya keluar sekejap ke taman depan rumah. Nak release tension kononnya. Lepas tu datang la Ammar dengan Faiz, ajak saya ikut dia datang ke rumah Bella. Saya cakap lah saya tak nak ikut, sebab saya banyak kerja kena siapakan."

"Tapi Ammar tu jenis susah nak faham. Dia paksa saya. Last-last bertekak la kami dekat situ. Lama jugak la kami duk bertekak. Kami berhenti sekejap sebab mak saya call. Tengah sembang dengan mak, tiba-tiba dia ambil telefon saya dan minta izin dengan Mak, nak bawa saya keluar sekejap. Lepas mak saya bagi izin, terus dia simpan telefon saya dalam kereta dia. Katanya lagi, kalau saya nak balik telefon saya, saya kena ikut dia datang ke sini. Huh, siapa yang tak bengang!" luah Aishah dengan nada marahnya. Tangannya dikepal kuat.

"Woww biar betul Amm sanggup buat Aishah macam tu. Sebelum ni belum pernah lagi ada orang tolak Amm tu. Kot sebab tu dia rasa tercabar bila Aishah tolak dia." Nabila sudah tersenyum simpul.

"Amm suka Aishah ye?"

"Hishh tak ada maknanya lah Bella. Kalau dia suka saya pun tak ada maknanya saya nak suka dia. Tak hingin saya dengan buaya darat tu. Dengan orang lain mungkin dia boleh buat hal, tapi bukan dengan saya." Tegas Aishah. Geramnya masih berbukit.

Nabila dan Yusra saling berpandangan sambil tersengih. Masing-masing berjongket bahu.

"Bella dah lama ke kenal diorang?" Giliran Yusra mengorek cerita kisah 4 sekawan itu. Mahu bagi peluang untuk Aishah tenangkan fikiran sekejap.

"Ruz tak cerita ya? Okay la macam ni, actually kami semua kenal masa kami study Ireland lagi. Bella ni junior diorang. Syah, Ruz, Amm dan Is, diorang berkawan dari sekolah menengah lagi. Lepas tu diorang sambung belajar ke Ireland. Bella kahwin dengan Syah masa di tahun akhir. So, habis je study Ruz dan Amm balik Malaysia dulu. Syah tunggu Bella habis study dan Is pindah ke England selepas tamat study." Cerita Nabila serba ringkas.

"Ooo patut la diorang rapat semacam. Macam adik beradik. Dah kenal lama rupanya." Aishah menjawab bagi pihak Yusra Saidah.

"Ha'a memang diorang rapat sangat. Kadang-kadang saya pun jealous dengan persahabatan diorang. Saya suka sangat bila dapat tahu Fairuz nak kahwin. Macam-macam dah kami plan tapi tak tahu la pulak time tu jugak saya nak bersalin." Nabila bercerita lagi. Ada senyuman terukir.

"Fairuz dengan Is tu dah macam kembar. Rapat semacam. Dari dulu taste diorang sama. Apa yang Ruz suka, mesti Is suka. Pastu diorang suka gaduh. Biasanya Syah la yang jadi tukang pendamai. Gaduh-gaduh diorang pun, tetap bersama. Masa Is buat keputusan nak pindah ke England tu, lama jugak la dia bergaduh." Tokok Nabila lagi.

Yusra hanya mendengar. Otaknya cuba menghadam maklumat baru yang diterima berkaitan suaminya dan Faiz Iskandar.

"Lama Is duduk oversea, dia kerja sana ke?" Aishah pula bertanya.

Yusra pandang Aishah dengan kerut dahi, cuba mengerti tujuan Aishah bertanyakan soalan itu. Aishah mengenyit matanya pada Yusra.

"Ha'a kerja kat sana. Is tu, dia antara kawan yang susah untuk kami nak faham. Dia banyak pendam masalah dia." Jawab Nabila. Sedikit kendur suaranya.

"Sayang, makanan dah ready ke?" Syahmi tiba-tiba muncul. Nabila toleh kepada suaminya.

"Eh.. lupa pulak. Dah siap abang. Boleh la panggil kan diorang."

"Okay." Syahmi kembali ke ruang tamu.

Sebentar kemudian dia tiba di dapur bersama Fairuz, Faiz dan Ammar.

* * *


Usai makan tengahari dan bersolat zohor, empat sekawan kembali berborak di ruangtamu. Masing-masing mahu meluangkan masa dengan Faiz Iskandar kerana esok lelaki itu akan balik ke England. Manakala geng perempuan pula sibuk membawang di dapur.

Si kembar sudah awal-awal lagi di bawa naik ke bilik. Bimbang kalau-kalau tidurnya terganggu. Maklum sajalah, bayi usia 2 minggu apa sajalah yang dia tahu selain tidur, bangun, minum susu, lepas tu membuang,nanti sambung tidur lagi. Itulah rutin bagi seorang bayi.

"Puan, Tuah menangis." Mak Ros muncul di dapur.

Nabila meminta diri ke bilik sebentar. Tinggallah Aishah bersama Yusra di dapur.

"Shah, aku nak story dekat kau ni." Yusra bersuara perlahan seolah-olah berbisik. Tangannya dicuit lengan Aishah. Aishah yang duduk di kerusi bar segera berpusing pada Yusra.

"Story pasal apa?" tanya Aishah separuh berbisik.

"Tadi sebelum aku datang sini, aku jumpa Azzam," beritahu Yusra. Aishah buntangkan matanya.

"Biar betul? Kau jumpa dia kat mana? Fairuz ada sekali ke?" Bertalu-talu Aishah menanyakan soalan.

"Sebelum aku datang sini kan aku singgah di Ioi citymall, aku masuk cari novel dekat mph tu, sekali Azzam terlanggar aku. Lepas tu, Fairuz datang. Tak tahu la dia fikir apa tapi dari mata dia tu, jelas la dia tak puas hati..." jeda Yusra.

"Aku tak suka la macam ni. Aku dengan Ruz baru je nak berbaik-baik semalam. Bila kat rumah umi, dia marah aku dengan abang Qan, bila kat luar terserempak dengan Azzam macam tadi, confirm dia fikir lain dah. Tu belum lagi dia tahu aku ni siapa dengan Faiz tu." Sambung Yusra.

"Rumit betul la masalah kau ni Yus. Lepas satu masalah, datang lagi satu masalah lain. Azzam tu satu hal tiba-tiba muncul. Jangan timbul isu tagih kasih dah la. Is tu pun sama, jangan nanti bila dia tahu kau ni 'Saidah', dia nak rebut kau dari Fairuz tu pulak. Pasal abang Qan tu, aku pun tak berapa berkenan dengan cara abang Qan pandang kau. Tengok la masa hari resepsi kau hari tu, terbeliak wei aku tengok mata dia pandang kau."

"Hishh kau ni Shah. Tak baik cakap macam tu. Dia sebenarnya baik cuma cara dia tu yang salah."

"Dah tu? Dia baik la macam tu? Masih nak back up dia?"

"Aku bukan back up dia la Shah. Aku cuma kesian kan dia, mungkin dia jadi macam tu sebab dia belum jumpa lagi penganti arwah isteri dia. Kesian juga dia."

"Amboi kau... ayat bukan main ehh.. Kalau Ruz dengar ni, merajuk 14 hari baru padan muka kau."

"Kau jangan Shah."

"Ehh.. susah-susah sangat kau pindah je dari rumah umi. Duduk rumah sendiri lagi best kot dari duduk bersama mertua."

"Aku pernah dengar Ruz cakap nak pindah tapi aku tak tahu la nak pindah kat mana. Aku pun lupa nak tanya pasal rumah tu. Ha'a Shah, aku pun rasa tak terkongkong sangat kan bila pindah? Baru rasa bebas, tak ada lah aku nak bertudung je bila keluar bilik," balas Yusra.

Dapat dia bayangkan kehidupannya sedikit bebas kalau mereka berpindah ke rumah sendiri.

* * *


Selesai minum petang, masing-masing meminta diri untuk pulang. Sudah penat melayan borak yang tidak pernah habis. Syahmi menghantar tetamunya di muka pintu. Syed Ammar dan Syarifah Aishah sudah mengorak langkah ke muka pintu. Dibuntunti dengan Tengku Faiz Iskandar, Tengku Fairuz dan Yusra Saidah.

"Ruz, esok kau hantar aku?" tanya Faiz.

"Boleh je. Dari office aku dengan Amm terus ke Airport."

"Okay set. Kita jumpa kat sana." Faiz bersalam dengan sepupunya.

"Yusra, Bella, nanti kita jumpa lagi." Aishah memeluk Yusra. Kemudian memeluk Nabila. Mengenali Nabila dia rasa gembira, orang cakap 'sekepala'.

"Dah.. cepat la.. tadi kau jugak yang bising nak balik cepat, dah jumpa BFF terus tak nak balik?"

Aishah menguraikan pelukan bila mendengar suara sumbang Ammar. Dia menoleh belakang, mendengus geram bila melihat Ammar dengan selambanya menjelingnya.

"Sibuk je dia ni. Dah la kidnap orang bawa datang sini lepas tu nak bising. Lain kali cakap la elok-elok nak pergi mana, buat apa, dengan siapa.. Kalau tak, tak adanya saya ni risau," tempelek Aishah.

Yusra membuntang mata mendengar Aishah membebel pada Ammar. Ammar mencebik bibir.

"Dah habis membebel? Dah ikut aku.. jom balik." Ammar sudah mengorak langkah. Faiz sudah pun berlalu.

"Macam-macam la kau ni Amm, Kesian Aishah." Nabila membela Aishah. Aishah menjeling Ammar sebelum mengekori Ammar.

"Aku pun minta diri dulu Syah. Thanks again Syah, Bella." Fairuz bersalam dengan Syahmi, manakala Yusra bersalam dengan Nabila.

"Kau tak nak singgah rumah ka..."

"Jumpa esok Syah." Pintas Fairuz sebelum sempat Syahmi menghabiskan soalannya.

Fairuz menjengilkan matanya pada Syahmi, Syahmi mengangguk faham dengan isyarat yang diberikan. Yusra mengerut dahi. Nabila pula menjongket bahu bila Yusra memandangnya.

"Jom Yusra." Fairuz dan Yusra sama-sama mengorak langkah ke tengah-tengah aras di mana terletaknya lif.

Ting! Bunyi lif terbuka. Mereka melangkah masuk ke dalam lif. Punat yang tertera huruf G ditekan oleh Fairuz. Yusra menyandar pada dinding lif. Penat dan mengantuk.

"Penat?" tanya Fairuz. Dia berdiri disebelah Yusra.

"Ha'a penat. Rasa macam mata ni nampak katil je," jawab Yusra sambil mata terpejam.

'Cepatlah sampai! Tidur sekejap dalam kereta pun okay ni,' bisiknya.

"Amboi penat sangat tu. Penat masak ke, penat membawang?"

Yusra menjengil matanya. Fairuz tersenyum sinis.

"Sembang apa dengan Bella?"

"Sembang apa? Emm saja saya korek rahsia suami saya ni." Jawab Yusra bersahaja.

"So, dah tahu la rahsia saya?" Fairuz berkalih pandangan pada Yusra.

"Ha'a dah tahu. Banyak rahsia awak yang saya dapat korek. Next time, boleh sembang lagi dengan Bella. Ramah orangnya, saya suka."

"InsyaAllah. Tapi sebelum tu, aku nak tnya kau... apa yang jadi di MPH tadi?" Fairuz berpusing tubuh ke arah Yusra. Pandangannya mula bertukar serius.

Gulp! Yusra telan air liur berkali-kali dengan soalan yang baru terkeluar dari bibir Fairuz.

'Dia dah start siasatan!'

"Ermmm.. di MPH tadi ya? Yang langgar saya tu Azzam."

"Okay. Aku tahu dia Azzam. So, ada kisah apa-apa ke kau dengan dia?" tanya Fairuz lagi.

"Tak ada apa pun. Cuma dia tu kawan sekelas saya dulu je." jawab Yusra.

Ting! Lif berbunyi menandakan sudah berada di aras G. Pintu lif terbuka, dan Yusra melangkah keluar di ikuti Fairuz di belakangnya.

"Sure just a friend? Rasanya aku pernah dengar nama dia di sebut masa kau gaduh dengan mak cik bawang dulu. So apa kaitan kau dengan dia?" soal Fairuz lagi. Ada riak tidak puas hati dengan jawapan Yusra.

Yusra mengeluh perlahan.

"Dia suka saya. Dia pernah luahkan perasaan dia pada saya dulu." suara Yusra sedikit perlahan.

Ada sedikit kerisauan sebenarnya untuk berterus terang. Bimbang kalau-kalau Fairuz tersalah faham.

"So, then?" soal Fairuz. Tangannya sudah membuka pintu kereta. Yusra disebelahnya juga melakukan hal yang sama.

"So, then? Maksud awak?"

"Yelah, apa jadi lepas tu?"

"Emm.. saya tak terima la. Kan saya dah cerita kat awak yang saya dah ada kekasih-tak-jadi tu."

"Emm aku tak suka tengok cara dia pandang kau. Rasa macam semacam je." Kaki Fairuz mula menekan pedal minyak perlahan-lahan.

"Esok, kau ikut aku ke Airport. Aku ambil kau kat rumah sekejap sebelum kita pergi jumpa Is." Sambung Fairuz.

Yusra mengetap bibir. 'Nak kena jumpa dia lagi ke?'

"Boleh tak kalau saya tak ikut esok?"

"Kenapa?"

"Awak spent time jelah dengan Is. Saya stay kat rumah je. Boleh?"

"Emm tengok lah macam mana esok."

Boleh tinggalkan sebarang komen untuk saya? Terima kasih sudi membaca karya saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience