Bab 33 : CBYS

Romance Series 109654

Seminggu sudah berlalu sejak mereka balik dari bercuti. Fairuz seperti biasa, kembali sibuk dengan kerjanya. Manakala Yusra hanya bersendirian di Teratak Qaseh. Umi dan Abah ke England, menghadiri majlis konvokesyen Fatihah. Tengku Furqan dan anak-anak ikut sekali. Tengku Farra masih di asrama.

Mak Nah dan Pak Mail awal-awal lagi minta cuti mahu balik kampung melawat anak menantunya sementara majikannya tiada di sini. Siti pula terpaksa balik ke kampung. Jaga ibunya yang sakit.

Selesai semua kerja, Yusra menapak ke taman mini yang terletak di belakang Teratak Qaseh. Dia suka melepak di sini. Tenang dan damai jiwanya. Dia duduk berehat di gazebo. Telefon di tangannya berbunyi menanyakan ada notification masuk. Segera di buka aplikasi WhatsApp dan nama suaminya tertera di skrin.

_Wife, Malam ni kita dinner kat luar. Nanti cari paperbag dalam wardrobe. Jam 8pm aku tunggu kat depan pintu._     ~Fairuz

Wife? Ya, Fairuz suka memanggilnya wife bila mereka berwhatsApp. Setiap kali dia membaca, dia tersenyum. Ada rasa bahagia menyinggah di hati. Dulu masa bertunang, Fairuz suka memanggilnya 'hi fiance', sekarang 'wife'. Kedua-duanya Yusra suka.

_OK husband =)_      ~Yusra

Sengaja menulis 'husband'. Sekali sekala layan kerenah Fairuz. Syukur Fairuz sudah banyak berubah dari segi layanan dan percakapannya.

_Make sure all doors and windows are locked. We spent the night outside tonight._ ~Fairuz

Yusra mengerut dahi.

_Night outside tonight? Nak pergi mana? Baju perlu bawa sekali tak?_    ~Yusra
_Tak payah banyak tanya. Baju tak payah bawak. Bawak diri je._  ~Fairuz

_OK. Faham._ ~Yusra

Yusra meletakkan telefon bimbitnya. Dah itu yang Fairuz katakan, baik dia mengalah. Dia malas banyak tanya walaupun dia sendiri tertanya-tanya. Yusra mengeluh halus. Sampai bila dia dan Fairuz begini?

Sudah hampir 3 bulan mereka berkahwin tapi mereka tidak seperti pasangan lain. Yusra akui dia masih belajar menerima kehadiran Fairuz sebagai suaminya. Dia juga harus menerima hakikat yang jodohnya dengan Fairuz. Dalam masa yang sama dia sedang berusaha untuk lupakan kisah cinta antara dia dengan Faiz dan menerima kasih yang Fairuz hulurkan.

Bila duduk seorang diri di rumah besar macam ni, hatinya mula terasa sunyi. Selalunya ada si kembar yang boleh menghiburkan hati. Tak pun ada Mak Nah dan Siti sebagai teman berborak. Sekali sekala boleh ikut ibu mertuanya ke Persatuan atau Kelab yang ditubuhkan oleh Tengku Fauziah sendiri. Tapi kini semuanya senyap dan sunyi. Hatinya kosong. Rindu pada kedua orang tuanya. Rindu juga pada adiknya, Yusran Saidi.

Yusra mengatur kaki melangkah masuk ke dalam rumah. Setelah memastikan semua pintu di ruang bawah sudah berkunci, dia menapak ke anak-anak tangga untuk ke kamarnya.

Seperti yang di tulis dalam WhatsApp Fairuz tadi, dia melangkah ke wardrobe untuk mencari beg kertas yang dimaksudkan oleh Fairuz.

Sebaik sahaja pintu wardrobe ditarik, matanya tertumpu pada satu beg kertas besar yang terletak di tengah-tengah ruang pakaiannya. Terselit kad kecil di situ.

~Yusra Saidah~

Namanya. Yusra mengambil beg kertas dan mengintai isi dalamnya. Ada kotak hadiah. Perlahan-lahan kotak itu ditarik keluar dari beg kertas. Reben merah hati yang di ikat pada kotak itu ditarik. Penutup kotak di angkat dari tempatnya. Melihat isi kandungan membuatkan Yusra tersenyum.

Ada perasaan terharu bila terpandangkan sehelai dress labuh berwarna hitam berlengan panjang. Dress tersebut di angkat dan digayakan ke tubuhnya. Sehelai selendang hitam di hiasi dengan taburan manik swaroski diambil dan di letakkan ke kepalanya. Sekadar mencuba. Yusra tersenyum lagi. Tak disangka disebalik wajah serius Fairuz, dalam hatinya ada 'taman'.

* * *


"Nah ambil ni." Satu beg kertas besar disuakan pada Yusra.

Yusra yang ralit layan games candy crush di telefonnya sedikit terkejut bila tiba-tiba Fairuz muncul. Katanya tadi lepas lunch, dia nak keluar sekejap. Ada hal katanya. Tengok-tengok baru selang beberapa minat, sudah terpacak elok di depannya.

Sejak dia sakit semalam, terus Fairuz mengeluarkan arahan, dia tidak dibenarkan keluar dari bilik kecuali pada hari esok, di mana mereka akan keluar dan terus ke Airport. Segala perancangan untuk berjalan-jalan, serta merta dibatalkan. Meningkatkan hal itu Yusra mengeluh. Sayangnya, datang jauh-jauh tapi terperap dalam bilik.

"Ambil la.. nak ke tak nak ni?'' Tanya Fairuz lagi. Masih menanti Yusra mengambil beg kertas yang dihulurkan.

Yusra terkebil-kebil tengok Fairuz. Beg kertas itu sekali lagi disuakan padanya. Yusra akhirnya mengambil dan membelek isinya. Anak patung koala berwarna kelabu dan kanggaru dikeluarkan dari beg kertas. Pandangannya di angkat mencari wajah suaminya.

"Kita tak boleh keluar tengok koala dan kanggaru hari ni. So, sebagai pengganti aku bagi kau dua patung ni. So lepas ni boleh la kau tolak ke tepi cik froggy kau kat rumah tu." Ujar Fairuz seraya melabuhkan duduknya di tepi Yusra.

"Ehh mana boleh tolak ke tepi. Ketiga-tiganya saya punya. So tak de istilah tolak ketepi." Yusra memeluk kedua-duanya. Lembutnya. Dia dah la suka dengan benda-benda yang macam ni. Fairuz macam tetahu je.

"Habis tu kalau semua nak letak atas katil, kau nak tidur kat mana? Aku nak tidur kat mana?"

Yusra sengih. Kedua anak patung masih dipeluk erat.

"Suka?"

"Mestilah. Thanks awak. Saya suka sangat."

"Aku minta maaf buat kau merajuk semalam."

Dengar kata maaf dari Fairuz, Yusra mengeluh berat.

''Bukan salah awak pun. Saya yang lebih-lebih. Hal kecik macam tu pun tak dapat kawal emosi. Saya minta maaf. Kalau saya period, perangai saya macam-macam. Kadang-kadang mengidam nak makan tu.. nak makan ni.." Mengenangkan kisah semalam, dia rasa malu. Kesian suaminya.

"Tak apa.. aku kena biasakan diri dengan keadaan kau. Lagipun ni first experience aku. So, lepas ni kalau kau period pain, aku kena tahu apa yang perlu aku buat." Jawab Fairuz sambil tersenyum.

Ada beberapa soalan yang dia perlu bertanyakan pada Yusra. Diam sebentar, memikirkan bagaimana perlu dia tanyakan pada Yusra.

"Emm.. Sebenarnya ada benda yang aku nak tanya kau.. Sejak hampir 3 bulan kita kahwin ni, aku rasa ni kali pertama kau period pain, kan?"

Yusra tergamam sebentar. Pandangan lambat-lambat dihalakan pada Fairuz. Menanti pertanyaan Fairuz seterusnya.

"Aku perasan kau selalu solat jemaah dengan aku paling tak pun satu waktu, dalam sehari. Bila kau sakit macam ni. Aku jadi tertanya-tanya, kau ada masalah ke?" Penuh prihatin dia bertanya.

Matanya menentang mata Yusra. Dia ada terbaca di Internet tentang isu-isu yang berkaitan 'masalah perempuan'. Terfikirkan tentang 'masalah' itu dia risau kalau Yusra tergolong sama. Yusra isterinya. Dia perlu lindungi dan memastikan Yusra 'sihat' seperti biasa.

Yusra terdiam. Tidak tahu apa yang patut dijawab. Perlukan dia berterus terang sekarang? tetapi dia takut kalau Fairuz tidak dapat terima dia kerana 'masalah' itu. Atau dia tidak perlu jawab soalan Fairuz, kerana baginya bukan masanya untuk berkongsi segala masalahnya pada Fairuz.

Diam Yusra bagaikan mencabar kesabaran Fairuz.

"Kau tak jawab soalan aku Yusra?" Mata Fairuz cerun pandang Yusra. Suaranya sedikit meninggi. Fairuz dapat rasakan Yusra cuba sembunyikan sesuatu darinya.

"Yusra!" Suara penuh authority.

Yusra terpejam mata. Sedikit terangkat bahunya ke atas kerana terkejut.

"Aku tak suka kau diam. Aku pernah cakap setiap soalan aku, aku perlukan jawapan. Kau perlu beri jawapan pada soalan aku." Fairuz mengendurkan balik suaranya.

Tangannya naik meraup wajah. Bersalah meninggikan suara pada Yusra sedangkan Yusra tidak beberapa sihat.

"Aku perlu tahu keadaan kau, Yusra. Aku suami kau dah aku perlu tahu kalau isteri aku tak sihat."

"Aku minta maaf. Kau rehat lah. Aku keluar sekejap." Fairuz bangkit dari duduknya dan melangkah keluar dari bilik hotel mereka.

* * *


Teringat kisah di hotel pada malam terakhir mereka, Yusra bertekad untuk berterus terang dengan Fairuz. Fairuz suaminya jadi dia perlu tahu tentang dirinya. Jam dinding dikerling, sudah jam 7.45 malam. Dia melangkah keluar dari bilik setelah memastikan dirinya berpuas hati dengan dress hitam di tubuhnya dan selendang hitam dililit kemas dikepalanya. Clutch diambil dan kasut tumit tinggi dicapai dengan hujung jarinya. Dibawa turut ke bawah.

Pintu utama ditarik dari dalam dan serentak dengan itu Fairuz menguaknya dari luar. Seketika mereka saling berpandangan. Masing-masing saling memerhati antara satu sama lain dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Fairuz dengan pakaian serba hitamnya. Nampak segak di mata Yusra. Nampak sepadan dengan pakaiannya yang juga serba hitam.

"Dah siap? Jom." Fairuz mengamit Yusra.

"Kejap."

Yusra mula tunduk menyarung kasut tumit tingginya. Terkial-kial mahu menyarung dengan bajunya yang sedikit meleret. Sebelah tangan memegang daun pintu, sebelah tangan tunduk menyarung kasut.

Terasa Fairuz mendekatinya dan duduk melutut dihadapannya dengan sebelah lutut mencecah lantai. Fairuz mengambil kasut si tangan Yusra dan menyarungkan kasut itu ke kakinya. Fairuz mendongak kepala dan merenung wajah Yusra. Tepat ke mata Yusra.

Pelbagai rasa timbul di hati Yusra. Panas wajahnya. Dia dilayan umpama seorang puteri oleh puteranya.

Fairuz menegakkan badan. Menghulurkan tangan kepada Yusra. Lambat-lambat Yusra menyambutnya. Fairuz tersenyum sambil merenung mata Yusra. Senyuman yang jarang-jarang dia lontarkan buat gadis-gadis di luar sana. Terpena seketika Yusra dengan senyuman Fairuz. Makin tidak keruan hatinya.

"Jom.."


Kereta BMW 5 Series GT milik Fairuz berhenti di hadapan banglo dua tingkat berwarna kelabu. Apabila pintu pagar dibuka secara automatik, kereta Fairuz masuk ke ruangan parkir dan menghentikan kereta.

"Jom." Fairuz sudah keluar dari perut kereta.

Yusra masih termangu di tempatnya. Matanya melirik sekilas ke kawasan rumah yang serba gelap kecuali lampu di hadapan pintu utama yang bernyala. Dada Yusra berdebar kencang. Macam-macam bermain di fikirannya. Dia membuka pintu kereta dan berdiri di sisi Fairuz.

"Rumah siapa ni awak?" Yusra bertanya sedikit resah. Matanya tidak terlepas dari melilau pandangan ke segenap ruang yang mampu matanya melihat. Fairuz kulum senyuman melihat reaksi Yusra.

"Rumah kita." Jawab Fairuz selamba.

Yusra tersentak. Jatuh rahang kerana terkejut. Rumah kita?

"Rumah kita? maksud awak? kita?" Jarinya tunding pada tubuhnya dan tubuh Fairuz berkali-kali.

Fairuz hanya tersenyum. Melihat Fairuz memasukkan kunci ke tombol pintu tanpa jawab soalan Yusra, sudah memberikannya jawapan.

Pintu ditolak dari luar. Fairuz memetik suis lampu dan ruang tengah rumah yang gelap gelita menjadi terang benderang. Yusra yang masih berdiri di muka pintu, melangkah masuk bila Fairuz mengamitnya masuk. Sesaat, dia terlopong melihat pemandangan di hadapannya.

"Ya Allah... apa semua ni awak? Rumah kita?" Wajah Yusra teruja dan berseri-seri memandang Fairuz di sisinya dengan pelbagai persoalan.

"Home sweet home, wife..."Fairuz tersenyum lebar.

Yusra masih terlopong. Tidak percaya. Fairuz mendekati Yusra dan membawa Yusra ke ruang dapur. Meja makan dihampiri. Fairuz menarik kerusi dan mempersilakan Yusra duduk. Tudung saji diangkat dan diletakkan di tepi meja.

"Kita makan dulu. Nanti kita pusing-pusing satu rumah. Kalau nak pusing-pusing sekarang, nanti perut masuk angin. Perut aku dah lapar. Malam ni kita stay kat sini. Nanti umi dan Abah balik, baru kita pindah sini." Fairuz mencapai pinggan dan menyenduk nasi ke pinggan.

"Malam ni aku yang layan kau sebagai balasan sebab kau dah layan aku dengan baik sepanjang jadi isteri aku."

Yusra hanya melihat perilaku suaminya. Ada bahagia menyapa. Tak sabar mahu melihat sekeliling rumah selepas makan.

"Awak masak ke ni?"

"Emmm.. aku selalu masak masa di Ireland. So, untuk malam pertama kita di rumah kita.. aku belanja masakan aku khas untuk kau." Kata Fairuz sambil mengenyit mata pada Yusra.

"Awak dah lama ke duduk sini?"

"Kita makan dulu please. Lapar..."

''Okay.. "

Dan mereka menikmati makan malam dengan bahagia. Diselit dengan pelbagai cerita dan gurauan. Satu malam mereka boleh berbual mesra, bagaikan mereka sudah serasi bersama. Setiap detik yang berlalu dengan begitu berharga dan bahagia. Kata Fairuz lagi, dia ingin jadikan makan malam ini sebagai satu perkenalan buat Yusra kepada rumah mereka.

* * *

Usai sarapan ringkas dari Yusra, roti sandwich sardin cukup buat selera Fairuz kecur liur menikmatinya. Yusra masih di dapur, berkemas apa yang patut. Dia teruja mengemas dapur barunya. Pandai Fairuz dekorasi rumah mereka. Dapur dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu dry kitchen dan wet kitchen. Kata Fairuz nanti senang kalau dia mahu memasak. Tidak melibatkan banyak ruang.

Hujan lebat diluar. Yusra tersenyum. Dia membuka tingkap dapur. Tangannya dihulurkan untuk menyentuh air hujan yg turun di celoreng bumbung rumahnya. Bila terasa sejuk dihujung jari, dia tersenyum lagi. Matanya dipejam rapat. Bagaikan menikmati rasa sejuk air hujan itu dengan bahagia.

Tanpa dia sedari ada sepasang mata sedang melihat tingkah lakunya. Perlahan-lahan kaki itu menapak menghampiri Yusra. Dan kemudiannya bersandar di dinding dapur dengan bersilang tangan ke dada.
     
"Kau suka hujan?" tanya Fairuz.

Yusra kaget. Matanya terbuka. Langsung tangannya ditarik dan dilap dengan kain yang tergantung di tepi sinki.
     
"Aku tanya, kau suka hujan?" tanya Fairuz lagi.
     
"Ha'a suka. Hujan lebat macam ni buat saya teringat kenangan masa kecil. Selalunya kalau hujan lebat macam ni, mesti saya dan Idi keluar rumah dan mandi hujan. Best. Main kejar-kejar dalam hujan dengan Idi," cerita Yusra.

Ada riak gembira dalam nadanya. Bibirnya terukir senyuman lebar. Matanya bersinar tatkala berceritakan detik-detik itu, seolah-olah itulah saat yang teramat bahagia baginya.

Fairuz melirikkan matanya ke luar, melihat hujan yang mencurah-curah itu, dia terfikirkan cerita Yusra.
     
"Dah tu kalau kau suka, kenapa tak mandi?"

Yusra mengerut dahi dengar soalan luar kotak suaminya. Mandi hujan? Tidak pernah dia terfikir mahu mengulangi sejarah itu di usia sebegini. Malu kalau dilihat orang. Mengarut.

"Eh tak ada lah sampai nak mandi. Sekadar suka hujan. Teringat zaman kecil, suka sangat mandi hujan dengan Idi," jawab Yusra, matanya dialihkan dari pandangan luar.

Dia mahu berlalu ke ruang tamu. Segan bila teringat Fairuz melihat kelakuannya tadi. Saat Yusra melepasi Fairuz, Fairuz melelar lengannya. Yusra berkerut lantas dia mengangkat muka pada Fairuz. Tertanya-tanya apa yang cuba suaminya lakukan.

"Jom." Fairuz menarik lengan Yusra ke pintu dapur.

"Ehh.. jom apa ni?" tanya Yusra kalut.

Dia tak tahu apa yang Fairuz ingin lakukan. Dia cuba melepaskan pegangan Fairuz di lengannya. Namun sekut mana usahanya tidak mampu menandingi kudrat pegangan Fairuz di lengannya.

"Jom mandi hujan." Fairuz sudah membuka pintu dapur dan menarik Yusra ke tengah hujan.

Yusra terjerit-jerit. Terkejut dengan tindakan tidak di duga Fairuz.

"Awak! Saya tak pakai tudung la..." jerit Yusra sambil cuba melepaskan diri dari pegangan Fairuz. Baju dan seluar yang dipakai sudah basah. Baju dan seluar Fairuz juga basah. Tangannya diletakkan di atas kepala, menutup helaian rambut kalau-kalau ada yang melihatnya.

"Tak payah risau lah. Jiran-jiran kita masih tak ada orang. Pagar rumah kita pun aku dah buat tinggi. Macam rumah umi. Orang luar tak boleh nampak kita. So, sekarang jom kita enjoy. Aku pun dah lama tak mandi hujan." Fairuz melepaskan Yusra lalu dia berlari ke tengah laman belakang.

"Jom lah. Hari ni kita jadi budak-budak!" jerit Fairuz di tempatnya.

Yusra masih statik di tempatnya. Matanya tidak lepas dari lihat si suami yang ada jauh sikit darinya.

"Hari ni kita nikmati moment ni puas-puas. Lepas ni aku tak bagi can dah kau main hujan." Sambung Fairuz lagi.

Fairuz sedang cuba pancing Yusra. Lihat reaksi blur Yusra itu membuatkan dia rasa seronok. Yusra tengah berbelah bagi. Dia tahu tu. Lantas Fairuz mendepakan tangannya. Kepala di dongakkan ke langit lalu memejam mata. Menikmati setiap titisan air hujan yang menyentuh mukanya.

Yusra masih terdiam di tempatnya. Pandangan melilau ke sekeliling kawasan rumah. Memang betul apa yang dikatakan oleh Fairuz, orang luar tak boleh melihat mereka dengan adanya tembok pagar yang tinggi itu. Yusra melihat Fairuz. lagi, perlahan-lahan dia turut mendepakan tangannya seperti Fairuz. Lama kelamaan dia tersenyum. Berpusing-pusing tubuhnya, dia suka!

Dengar Yusra ketawa kecil, Fairuz membuka mata. Dia menjatuhkan tangan. Melihat aksi Yusra, dia tersenyum. Kali pertama dia melihat Yusra segembira itu. Dalam diam dia perhatikan Yusra. Rambut basah Yusra, setiap lekuk tubuh Yusra yang kebasahan disebalik pakaiannya membuatkan Fairuz meneguk liur. Yusra cantik! Sempurna di matanya. Naluri lelakinya terusik.

Boleh tinggalkan sebarang komen untuk saya? terima kasih sudi membaca karya saya =)

Share this novel

LyaSuffiya
2020-12-07 20:57:41 

sweetttt....❤️❤️❤️ love love love


NovelPlus Premium

The best ads free experience