Bab 26 : CBYS

Romance Series 109654

"Assalamualaikum Mak Nah.. Siti, selamat pagi!" Yusra menyapa Mak Nah sebaik kaki jejak dapur.

Mak Nah yang tengah mengacau kuew tiaw goreng sebagai sarapan pagi mereka menoleh. Tangannya berhenti mengacau seketika, mengukir senyuman buat Yusra dan kembali mengacau kuew tiaw goreng. Salam Yusra dijawab didalam hati. Siti di sebelah Mak Nah juga tersenyum.

"Ada nasi lebih tak Mak nah?" tanya Yusra.

Mak Nah menoleh pada Yusra. Tangannya berhenti mengacau. Berkerut dahi memikirkan sesuatu.

"Nasi lebih? Ada Mak Nah simpan dalam peti. Kenapa Yusra tanya?"

"Suami kesayangan Yusra tu, dia nak Yusra masak nasi goreng ayam dengan sotong goreng kunyit untuk pagi ni," jawab Yusra.

Kakinya sudah melangkah ke peti sejuk. Mencari nasi yang disimpan oleh Mak Nah.

"Nasi goreng ayam? sotong goreng kunyit? wahh demand lain macam selera Fairuz sejak ada isteri ni," balas Mak Nah dengan senyum penuh makna.

Yusra sekadar menggeleng sambil tersenyum mendengar ulasan Mak Nah. Ada lah tu yang difikir tu. Sotong sudah dikeluarkan dari peti dan segera dibersihkan. Sedikit sayur sawi dipotong dan bawang ditumbuk. Ayam yang dipotong kecil-kecil digoreng terlebih dahulu.

"Rajin betul Yusra ni masak macam-macam untuk suami. Tapi setahu Mak Nah, Ruz bukannya suka sangat makan berat-berat masa breakfast ni.. biasa dia makan kuih-kuih sepotong dua, tak pun roti sikit. Lain benar perangai Ruz ni sejak ada Yusra." Sambung Mak Nah.

Kuew tiaw goreng yang telah siap dimasak itu, dicedok berhati-hati dan di masukkan ke dalam bekas sebelum dihidang di meja makan.

"Rajin tu tak lah rajin sangat Mak Nah. Dah suami yang minta kan, buat je lah," jawab Yusra sambil tersengih.

Tangannya mula mengoreng ayam dan dapur sebelah lagi pula menumis bawang untuk menggoreng nasi. Mak Nah tersenyum tengok Yusra. Tidak kekok langsung dengan dapur.

'Bertuahnya la siapa yang dapat Yusra ni,' bisik hati tuanya.

"Sedapnya bau, Mak Nah masak apa lagi ni? Kat luar tu dah banyak kuew tiaw Mak Nah goreng." Tengku Fauziah yang baru tiba di ruang dapur menegur.

Melatah Mak Nah kerana terkejut nasib tak terjatuh pinggan di tangannya.

Yusra Saidah sudah ke 'laundry area' di sebelah dapur setelah selesai memasak menu buat suaminya. Dia mahu mendobi segala pakaian miliknya dan Tengku Fairuz, sudah menjadi rutin dia sejak 2 minggu bergelar isteri kepada Tengku Fairuz. Segala pakaian milik lelaki itu, dia sendiri yang akan 'take over'. Dari membasuh, menjemur, melipat dan menggosok, semua dia yang uruskan.

"Bukan Mak Nah yang baru masak Mak Ku, Yusra yang masak. Katanya Fairuz nak makan nasi goreng ayam dengan sotong goreng kunyit. Hishh Ruz ni, macam-macam la dia minta Yusra masak, mentang-mentang la dah ada isteri. Dulu tak ada pun breakfast makan lauk macam tu.. saja lah tu nak buli Yusra..." beritahu Mak Nah sambil mengeleng kepala, tangannya sambung mengelap pinggan yang telah siap di basuh.

Tengku Fauziah sudah tersenyum dengan jawapan Mak Nah.

'Fairuz.. Fairuz... betol-betol kotakan janji dia pada Yusra.'

"Tehah tak balik semalam Mak Ku?" tanya Mak Nah perihal Tengku Fatihah.

Semalam sempat la juga dia dan Siti bersalam dan bertegur sapa dengan Tengku Fatihah sekejap sebelum Tengku Fatihah hilang bersama sepupu-sepupunya.

"Tak Mak Nah. Semalam habis je majlis, dia terus balik ikut Fatin balik rumah Kak Chik. Katanya beg pakaian dia ada disana, pagi ni dia baru balik sini. Ishh anak dara sorang tu, suka sangat buat saya ni risau. Balik jauh-jauh, bukan ibu sendiri dituju.. ibu saudara jugak yang dia cari dulu," rungut Tengku Fauziah.

Rusing memikirkan Tengku Fatihah. Sejak kecik lagi Tengku Fatihah rapat dengan Tengku Faridah berbanding dia dan suaminya.

"Nak buat macam mana Mak Ku, dia selesa tinggal dekat sana dari rumah ni. Tengok la, setiap kali balik pun jarang tidur sini. Dah macam anak Ku Faridah pula jadinya." Mak Nah pula menyambung.

"Itulah yang saya tak sedap hatinya Mak Nah, dibuatnya orang tak suka Tehah macam mana? Kalau ikutkan hati saya ni, nak je saya kahwinkan Is dengan Tehah," jawab Tengku Fauziah pula.

"Mak Ku pernah ke berbincang dengan Ku Faridah?"

"Ada lah jugak saya berseloroh. Katanya, dia tak kisah pun nak berbesan dengan saya, kalau Is setuju. Dia pun rasa tak selesa bila Faiz tu asyik berkepit dengan Fatihah je," ujar Tengku Fauziah pula.

"Mak Nah, ada apa-apa lagi ke nak dibuat? Yusra boleh tolong." Yusra yang baru muncul dari 'Laundry area' bertanya. Terdiam sekejap bila terpandang mertuanya.

"Ehh.. Umi.. maaf Yusra tak perasan tadi." Sengih Yusra malu-malu.

"Yusra buat apa kat belakang?" tanya mertuanya pula. Rajin sungguh menantunya ni, tak kekok langsung buat kerja rumah.

"Basuh baju sikit umi. Sementara nak tunggu siap, boleh makan-makan dulu."

"Fairuz tak balik lagi?"

"Belum lagi Umi. Janji dengan ayah jam 8 pagi. Mungkin sekejap lagi balik la tu," jawab Yusra sambil mengerling jam di tangannya. Dah jam 7.45pagi.

"Jadi ke ayah nak balik hari ni Yus?"

"Jadi umi. Abang Adif dah start mengajar lusa. Esok mungkin terus balik ke Gua Musang. Kak Yasmin dan Abang Zul pulak cuti tak lama. Diorang kan baru pindah sini, Yusran pula dah start kuliah." Terang Yusra panjang lebar.

Tengku Fauziah mengangguk faham.

"Assalamualaikum..."

Bunyi orang memberi salam dari luar, membuatkan perbualan mereka terhenti. Yusra meminta diri sebentar untuk membuka pintu.

Sebaik sahaja menguak pintu dari dalam, terserlah muka tampan milik Tengku Faiz Iskandar di sebalik pintu. Dibelakangnya, ada Tengku Fatihah yang agak mencuka wajahnya.

Faiz tengok Yusra, Yusra tengok Faiz. Sesaat dua saat, masing-masing berpandangan. Rasa macam dejavu, dulu dia di luar rumah bersama Fatihah dan Faiz di dalam rumah. Tetapi kini sebaliknya.

"Siapa kat luar Yusra?" tanya Tengku Fauziah yang baru muncul dari dapur.

Pelik tengok Yusra pegun di tempatnya. Yusra tersentak sedikit sebelum memandang mertuanya. Tengku Fauziah sudah mula mengorak langkah menghampiri pintu.

"Aaarr.. Kak Fatt umi.. ehh bukan.. Kak Fatihah." Tergagap-gagap Yusra membuka mulut.

"Hai.." Suara garau Faiz menyapa bersama senyuman manis. Berlainan pula dengan Tengku Fatihah disebelahnya.

"Excuse me... Kak Fatihah?" Tengku Fatihah merunding jari ke arahnya sendiri. Matanya sudah terbeliak. Terkejut mungkin, bila dengar dirinya dipanggil 'kakak' oleh kakak ipar sendiri.

Yusra meneguk liur mendengar nada tinggi dari Tengku Fatihah. 'Kak Fatt tak pernah marah Yusra!'

"Erkk... maafkan Yusra." Yusra tergagap-gagap.

Tengku Fatihah mendengus kasar. Tidak menyangka akhirnya dia berhadapan dengan 'musuh'nya sejak kecil. Mendengus geram bila wajah dihadapannya begitu selamber memanggilnya 'kakak'. Rasa sakit hati tidak hilang lagi bila 'terpaksa' balik walaupun puas dia memberikan alasan kepada Faiz yang dia sibuk exam.

"Masuk la Is, Tehah." Tengku Fauziah tiba dibelakang Yusra.

Fatihah tidak jadi menyembur amarah pada Yusra. Sebaliknya dia menjeling Yusra tajam.

Pintu dikuak dengan lebih luas oleh Yusra. Mempersilakan Tengku Fatihah dan Tengku Faiz Iskandar masuk. Tengku Fatihah melangkah terlebih dahulu dan mencium kedua tangan ibunya. Dia segera menuju ke anak-anak tangga untuk ke biliknya di ruang atas. Faiz Iskandar sekadar memerhati tingkah laku sepupunya itu sebelum di alihkan pandangan pada Yusra dan ibu saudaranya.

"Eh masuk la Is." Pelawa Tengku Fauziah lagi.

Yusra masih di tempatnya. Faiz mengangguk dan melangkah masuk. Sekilas mengerling Yusra Saidah lagi.

"Is dah sarapan ke belum ni?"

"Belum lagi Mak Ngah. Tadi pun masa Is datang sini, diorang tak turun breakfast pun lagi," jawab Faiz seraya melabuhkan duduknya di ruang tamu.

Yusra Saidah mula rasa tidak selesa bila terasa Faiz Iskandar mencuri memandangnya. Segera dia meminta diri ke dapur.

"Emm.. Maafkan Mak Ngah, Tehah dah banyak susahkan Is." Kendur suara Tengku Fauziah. Faiz terdiam.

"Tak ada apa lah Mak Ngah. Dia kan sepupu Is, Dah macam adik Is," balas Faiz bersahaja.

"Jawapan Is tu tak pernah barubah dari dulu sampai sekarang," keluh Tengku Fauziah.

"Bila Is nak balik stay sini? Mentari perlukan Is. Sunshine pun perlukan Is."

"InsyaAllah tak lama lagi Mak Ngah, sampai Tehah habis exam."

"Kenapa perlu tunggu Tehah? Is ada apa-apa ke dengan Tehah?"
"
Eh tak ada lah Mak Ngah. Tehah tu Is dah anggap macam adik Is. Ruz mana Mak Ngah?" Faiz Iskandar segera mengubah topik, tidak mahu terus diasak dengan pelbagai soalan yang dia tidak mampu memberi jawapan buat masa sekarang.

Tengku Fauziah pandang Faiz Iskandar seketika. Dia tahu Faiz sengaja mengubah topik supaya tidak terus ditanya dengan pelbagai soalan. Dia menghela nafas berat, akur dengan tindakan Faiz yang tidak mahu menjawab soalannya.

"Ruz, pergi jemput mertua dia dia hotel, tempat diorang menginap," jawab Tengku Fauziah.

* * *


Sarapan pagi yang begitu meriah bagi keluarga Tengku Faisal dengan kehadiran keluarga besannya. Mereka singgah sebentar sebelum bertolak balik ke Besut, Terengganu.

"Abang Haji nanti datang KL, singgah la rumah kami lagi." Tengku Fauziah memulakan perbualan. Seronok dapat meluangkan masa bersama besannya.

"InsyaAllah kalau tak ada aral kami datang lagi. Ni pun rasa nya macam menyusahkan Kak Ku la pulak." Jawab Haji Shafie merendah diri.

"Ishh mana ada menyusahnya Abang Haji. Abang Haji dengan Hajjah ni dah kami anggap macam keluarga kami sendiri dah." Balas Tengku Faisal pula.

"Terima kasih la abang Faisal dah sediakan macam-macam untuk kami." Hajjah Sumayah pula bersuara. Teringat kemewahan majlis semalam membuatkan dia rasa segan dengan besannya.

"Sama-sama kasih Kak Hajjah. Kami ni seronok dapat menantu macam Yusra." Balas Tengku Fauziah pula. Tangan Hajjah Sumayah di sebelahnya digenggam erat.

"Alhamdulillah.. Syukur, Yusra dapat besan macam Abang Faisal dan Kak Ku." Jawab Hajjah Sumayah lagi. Mereka berbalas-balas senyuman.

"Tak sangka kan, kita dapat berjumpa lagi macam ni selepas bertahun kita tak bersua. Kalau bukan sebab arwah walid, kita tak mungkin dapat duduk bersama-sama macam ni." Tengku Fauziah mengendurkan suaranya.

"Allah dah tetapkan jodoh Fairuz dengan Yusra sejak dari dulu. Arwah walid cuma perantaraan. Selebihnya semuanya kerja Dia." Jawab Tengku Faisal pula. Yang lain mengangguk setuju dengan pendapat Tengku Faisal.

"Arwah memang nak sangat Yusra jadi cucu menantu dia. Sanggup cari kami, walaupun kami dah berpindah jauh dari sini." Haji Shafie pula berkata. Masih rasa bersalah dengan arwah Tengku Ibrahim.

"Jadi Fairuz dah ingat ke siapa Yusra?" Tanya Hajjah Sumayah pula.

Cerita tentang Fairuz mengalami demam panas selepas berpisah dengan Yusra dulu, sudah lama sampai ke telinganya.

"Yang tu, kami pun tak tahu. Fairuz tu bukannya nak cerita apa-apa pada kami." Jawab Tengku Fauziah.

Yusra muncul dari dapur sambil menatang dulang air kopi O panas bersama cawan-cawan yang tersusun elok di atasnya. Dibelakangnya, Yasmin Safwah turut menatang dulang air tea tarik. Berhati-hati mereka meletakkan air panas ke meja. Yusra segera menuang air kopi ke cawan yang tersedia.

"Jemput minum abah, umi, ayah, ibu.. dan semua." Yusra menghulurkan cawan yang berisi air ke setiap tetamunya.

Mereka mengangguk sebelum masing-masing kembali bersembang. Yadif Safwan bersembang dengan Tengku Furqan disebelahnya. Tengku Fatihah disebelah Tengku Furqan hanya mencebik bila mendengar setiap pujian yang diberikan buat Yusra. Yusran Saidi dan abang iparnya, Zulkifli lebih selesa mendengar tanpa mencelah.

Yasmin Safwah pula mengambil tempat di sebelah suaminya. Manakala anak-anaknya, Yamin Zafrin dan Yasmin Zehra mahu makan bersama-sama dengan Yusra Saidah. Tengku Fairuz dan Tengku Faiz Iskandar masih berbual di ruang tamu.

Yusra berlalu ke dapur bersama Zafrin dan Zehra, untuk hari ini dia dan Tengku Farra bersarapan di dapur saja memandangkan meja makan di hadapan sudahpun penuh dengan ahli keluarganya. Tengku Farhan dan Tengku Farhana juga duduk bersama mereka. Mak Nah dan Siti tiba di meja makan yang terletak di dapur untuk menyertai mereka.

Fairuz dan Faiz melangkah ke meja makan. Berbaki lagi dua kerusi kosong. Fairuz melilau pandangan mencari figura isterinya manakala Faiz sudahpun melabuhkan duduknya di sebelah Tengku Fatihah.

"Ruz, cari Yusra ke?" Bagaikan tahu-tahu saja, Yasmin Safwah menanyakan soalan itu.

"Ha'a.. Cari Yusra," jawab Tengku Fairuz.

"Yusra makan dekat dapur," Yasmin berkata kemudian.

Fairuz mula mengorak langkah ke dapur.

"Ehh kenapa Ruz, Ruz nak pergi mana?" Tengku Fauziah pula bertanya bila melihat anak terunanya melangkah ke dapur. Semua mata memandang pada Fairuz.

"Ruz nak makan dengan Yusra. Dia dah masakkan yang special untuk Ruz," jawab Fairuz sambil tersenyum.

"Is, jom lah join aku." Fairuz mengamit Faiz Iskandar.

Faiz Iskandar mengangguk sebelum mengekor Fairuz. Fatihah mendengus kecil tanda tidak puas hati dengan tindakan Faiz meninggalkannya di meja makan. Tengku Fauziah menggeleng kepala.

Fairuz melabuhkan duduknya dihadapan Yusra Saidah. Manakala Faiz duduk disebelah Fairuz. Yusra mengangkat kepala dan tersenyum kepada keduanya. Dadanya mula berdebar bila berhadapan dengan Tengku Faiz Iskandar.

Yusra bangun mencapai pinggan. Mak Nah dan Siti memberi ruang kepada Yusra memandangkan mangkuk nasi goreng berada dihadapan mereka.

"Abang nak makan nasi goreng ke Kuew tiaw goreng?" Sekadar bertanya walaupun dia tahu apa jawapan suaminya.

"Nak makan yang Yusra masak." Bersahaja dia memberikan jawapan.

Yusra mengangguk. Segera nasi goreng ayam di senduk dan dihidangkan buat suaminya. Faiz disebelah Fairuz dipandang.

"Emm.. abang Is nak makan apa?" Tanya Yusra pula. Berusaha mengawal gugup yang bertandang di hati.

"Ehhh... kenapa kat sini ada nasi goreng kat luar tadi tak ada?"

"Ni yang specialnya aku. Yusra masak khas untuk aku." Jawab Fairuz dengan bangganya dan mulakan suapan. Faiz mencebik.

"Eleh kau.. saje je kan? Bagi abang Is nasi goreng juga lah. Nak merasa jugak kat mana specialnya nasi goreng khas untuk Fairuz ni." Segaja ditekankan perkataan 'khas' itu. Fairuz sudah tergelak.

"Abang Ruz memang macam ni abang Is sejak ada kak Yusra ni. Semuanya nak kak Yusra yang buatkan." Tengku Farra menyampuk dengan senyum mengusik. Faiz tersenyum dan mulakan suapan.

"Eh mestilah, Kak Yusra masak sedap. Mestilah Abang nak dia yang masak. Kalah Mak Nah masak." Bersahaja Fairuz membalas. Matanya dikenyit sebelah bila Mak Nah memandangnya.

"Emm.. nampaknya tak lama lagi Mak Nah kena berhenti kerja lah Siti oii... Fairuz dah tak suka makan masakkan Mak Nah." Mak Nah sudah melirihkan suaranya sambil mencebik bibir. Sengaja mengusik anak menantu majikannya.

"Siti pun rasa macam tu Mak Nah. Tak lama lagi kena bungkus beg baju la kita kan?" Giat Siti pula. Tersenyum melihat gelagat tuan mudanya.

"Ehh... mana ada macam tu Mak Nah, Siti. Abang saja nak kenakan Yusra.. padahal Yusra masak bukannya sedap sangat pun."

"Ishh mana ada tak sedap sangat pun.. kalau tak sedap sangat pun, tak adanya dia nak makan bertambah-tambah macam tu." Tambah Mak Nah lagi.

Yusra mula rasa mukanya panas. Segan bila dipuji.

"Pandai Yusra masak, sedap. Abang Is rasa macam pernah makan nasi goreng ayam dengan sotong goreng kunyit macam ni. Tapi kat mana ya?" Faiz mecelah.

Yusra dan Fairuz menoleh kepada Faiz. Fairuz mengerut dahi manakala Yusra meneguk liur. Ya, dia tahu apa maksud Faiz kerana inilah menu yang dia pernah masak di rumah Faiz dulu!

* * *


"Mak Ngah, boleh tak kita colour sama-sama?" Tengku Farhana tiba di sebelah Yusra bersama colouring book dan beberapa lagi set mewarna.

Yusra mengangguk dan mengangkat tubuh kecil Farhana ke kerusi disebelahnya. Farhan dan Farhana memang manja dengan Yusra. Penghibur kala hati merindui telatah kecil Yamin Zafrin dan Yasmin Zehra. Keluarga Haji Shafie baru bertolak balik beberapa jam yang lepas, rindu sudah mula bertandang di hati.

"Mak Ngah, abang nak join juga boleh?" Tengku Farhan dan Tengku Farra tiba dibelakang Tengku Farhana. Yusra mengangguk lagi. Tengku Farhan mengambil tempat di hadapan Yusra dan Tengku Farra di sebelahnya.

"Nak colour apa ni?" Yusra mula membelek-belek buku mewarna dihadapannya.

"Boleh tak kalau Mak Ngah colour flowers ni?" Tanya Tengku Farhana sambil tangannya menunjuk pada halaman yang dimaksudkan.

Yusra merenung gambar bunga tulip dihadapannya. Cantik! Bunga ni tentu cantik kalau diwarnakan dengan warna putih dan latar belakangnya diwarnakan dengan warna hijau dan digabungkan dengan biru. Tulip putih? Teringat sewaktu majlis resepsinya semalam.

"Kak Yusra pandai melukis?" Tanya Farra bila melihat Yusra kusyuk merenung kertas lukisan dihadapannya.

"Nak cakap pandai tu tidak lah Farra. Tapi akak suka mewarna. Main dengan warna ni buat akak lupa masalah akak." Jawab Yusra. Segaris senyuman terbentuk di bibirnya.

"Farra dah okay sekarang?" Yusra mengambil berpeluang untuk bertanyakan tentang kejadian di majlis akad nikahnya dulu.

Rasanya ini kali pertama dia dengan Farra dapat berbual sejak dia melangkah masuk ke Teratak Qaseh. Farra yang masih bersekolah di asrama penuh itu kerap tiada di Teratak Qaseh. Boleh dikatakan Umi dan abah lebih banyak masa terluang dengan anak teruna berbanding anak daranya. Tengku Fatihah jauh di negara orang dan Farra pula banyak masa di asrama.

Farra menoleh kepada kakak iparnya. Segaris senyuman ikhlas terukir dibibir. Yusra mengamati wajah Farra. Tengku Farra dan Tengku Fatihah, tidak jauh beza. cantik dan jelita persis Tengku Fauziah.

"Alhamdulillah Farra semakin okay," jawabnya perlahan.

Yusra tersenyum lega. walaupun tidak sepenuhnya. Mungkin belum tiba masanya untuk Farra berkongsi masalah dengannya.

"Kalau Farra rasa ada apa-apa yang nak di share kan dengan akak, akak ada untuk Farra." Yusra menepuk tangan Farra. Dia mengambil sebatang pensel warna dan di hulurkan kepada Farra.

Farra mengalih pandangan kepada kakak iparnya. Tidak faham kenapa memberinya sebatang pensel warna.

"Kadang-kadang tak semua masalah kita, kita selesa berkongsi dengan seseorang. Apa kata kalau Farra luahkan pada lukisan ni. Draw whatever you want and paint like you want," ujar Yusra. Lukisan didepannya disuakan pada Farra.

Farra mengangguk dan mula meletakkan muncung pensel warna ke permukaan kertas. Perlahan-lahan tangannya mengerakkan pensel warna mengikut kata hatinya.

"Buat apa ni adik? abang?" tegur Tengku Furqan yang baru tiba di ruang tamu. Niat mahu menyertai anak-anaknya bersama Yusra dan Farra.

"Colouring je papa. Mak Ngah colour flower tulip ni, cantik tak papa?" Farhana sudah menyuakan kertas lukisan yang baru diwarnakan oleh Yusra kepada papanya.

Furqan mengambil kertas lukisan di tangan Farhana.

"Cantik.. pandai Yusra colour. Yusra minat melukis ke?" tanya Furqan pula.

Dia melabuhkan duduknya betul-betul bersebelahan Yusra. Furqan di kiri dan Farhana di sebelah kanan.

"Ehh tak ada lah abang Qan. Yusra cuma minat mewarna je. Melukis Yusra tak pandai."

"Ye ke? Tapi tengok lukisan ni macam pandai je Yusra lukis."

"Ehh mana ada abang. Ni buku lukisan Ana punya. Dia minta Yusra colour, Yusra colour je lah. Kan Ana?" Sangkal Yusra.

Rambut Farhana disebelahnya dielus lembut. Sayang pada Farhana dan Farhan seperti sayangnya pada anak-anak saudaranya. Farhana mendongak memandang Yusra dan papanya. Tangannya berhenti dari menconteng lukisan di depannya.

"Ha'a papa. Mak Ngah colour buku Ana. Nanti boleh Ana simpan lukisan ni. Ana nak tampal kat bilik Ana," jawab Farhana seketika. Kemudian, kembali mewarna.

"Papa join colour boleh?"

"Sure why not papa." Kotak pensel warna disuakan kepada papanya.

Furqan mula mengambil beberapa batang pensel warna dan mulakan mewarna. Sekali sekala luangkan masa begini dengan anak-anak, seronok jugak. Family bonding. Lagi seronok kalau Yusra ini ibu kepada anak-anaknya.

'Eh, apa yang kau merepek ni tuan doktor?'
Bunyi gelak tawa Farhan dan Farhana menggamit rasa ingin tahu Fairuz dan Faiz untuk ke ruang tamu dari taman mini yang terletak di belakang Teratak Qaseh.

Sebalik sahaja kakinya melangkah masuk ke ruang tamu, dia terpaku melihat Furqan di sebelah Yusra sedang bergelak ketawa dengan telatak Farhan dan Farhana. Farra juga sedang ketawa gembira. Kedudukan Furqan yang betul-betul di sebelah Yusra membuatkan hatinya mendidih rasa amarah dan cemburu. Tidak suka dengan apa yang dilihat. Furqan sedang menguji dia kah?

"Eh abang Ruz.. abang Is, mari lah sini..join kami" Farra dihadapan Yusra dan Furqan menggamit Fairuz dan Faiz untuk menyertai mereka.

Yusra berhenti ketawa, lambat-lambat dia menoleh ke belakang. Wajah merah padam Fairuz dipandang. Yusra meneguk liur berkali-kali.

Boleh tinggalkan sebarang komen untuk saya? Sebagai pembakar semangat untuk saya teruskan berkarya. please...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience