Bab 58 : CBYS

Romance Series 109654

"Everything can be crowded if you are here now"

Faiz Iskandar melempar telefon ke tilam menunjukkan betapa hatinya sakit dengan perempuan yang bernama Tengku Fatihah itu.

Dengan dengusan nafas kasar, dia duduk di birai katil sambil menekup kepala dengan Kedua-dua tangan yang sedang bertongkat pada pahanya.

"Tehah.. kenapa kau buat aku macam ni..." Gumannya perlahan.

Dikawal atur nafas supaya tidak setegang tadi. Kepalanya di angkat dan terus merebahkan tubuh ke tilam. Matanya terus kepada siling, merenung siling.

"Kenapa aku bodoh dulu, Tehah? Kau dah buat aku nampak bodoh di mata kau sampai aku dah tak nampak siapa yang betul.. Sebab kau, aku hilang Idah. Siap kau Tehah! Kau main kotor dengan aku, Tehah!" Faiz kepal erat kedua belah penumbuknya. Marahnya kembali meruap, kalau Fatihah ada depan dia sekarang, tak mustahil dia akan tumbuk Fatihah!

* * *

"Assalamualaikum atok.." Faiz Iskandar menyapa datuknya, Tengku Ibrahim sebaik sahaja pintu bilik datuknya ditolak.

"Waalaikummusalam.. masuk Is. Is sihat? Dari mana?" Tengku Ibrahim menjemput cucunya masuk.

Lebih setengah jam menunggu kemunculan cucunya. Hari ini dia perlukan jawapan dari Faiz Iskandar sebelum dia meneruskan rancangannya untuk merisik anak dara Shafie.

Faiz menapak masuk. Kerusi yang terletak elok dihadapan datuknya, di tarik dan dilabuhkan duduknya. Faiz telan air liur. Kekok bila berhadapan dengan datuknya. Tengku Ibrahim sangat tegas dan teliti orangnya namun cukup menyayangi anak menantu dan cucunya. Langsung tidak berat sebelah.

"Is dari stesen bas Pudu tadi atok. Dengan adik-adik." Jawab Faiz.

"Stesen bas? buat apa? So, mana adik-adik?"

"Adik-adik ada kat cafe bawah. Is pergi hantar kawan Tehah. Dia ada datang rumah hari tu." Jawab Faiz lagi. Tengku Ibrahim mengangguk sebelum membetulkan duduknya.

"Is dengan Ruz macam mana study, okay tak?"

"Alhamdulillah okay atuk. 3 tahun lagi kami kat sana. Nanti kami balik join atuk."

"Is nak join atuk? kenapa tak join Sunshine, company milik papa Is?"

"Sunshine dah ada abang Fakhri dan Fahmi tolong papa. Jadi Is rasa Is nak join atuk urus Mentari."

"Okay, Atuk tak halang.. janji, Is balik bawa ilmu yang Is praktis kat sana. Emmm... Is tahu kenapa atuk panggil Is datang sini?"

"Tak tahu atuk.."

"Atuk cuma nak tanya.. Is ataupun Ruz dah ada steady girlfriend?"

"Hah?"

"Soalan ni penting bagi atuk sebelum atuk buat keputusan."

"Keputusan apa tu atuk?"

"Keputusan untuk bakal pengganti atuk nanti."

"Maksud atuk?"

"Jawab dulu soalan atuk." Tengku Ibrahim sudah tukar kepada mood serius tak mahu Faiz bertanya lagi.

"Ba.. baik atuk.. emm.. tentang steady girlfriend tu.. bagi pihak Is, Is rasa Is dah jumpa orang yang Is suka."

"Betul?"

"Betul atuk. Walaupun kitorang baru kenal tapi Is yakin dengan pilihan Is. Is cuma tunggu Is habis belajar, nanti Is balik kerja dengan Atuk dan plan kehidupan baru Is." Yakin Faiz menjawab soalan datuknya. Tekad dengan pilihannya.

"Kalau atuk carikan calon untuk Is, Is berminat tak?"

"Pilihan keluarga? Kahwin sebab keluarga yang tetapkan?"

Tengku Ibrahim mengangguk. Mahukan jawapan yang pasti dari Faiz Iskandar.

"Siapa calonnya atuk? Ada gambar?"

"Anak kawan atuk. Anak Haji Shafie."

"Baby girl tu?"

Sekali lagi Tengku Ibrahim memberikan anggukkan sebagai jawapan.

"Is rasa, atuk kena tanya Ruz. Is dah ada calon Is sendiri."

"Is tak nak tengok gambar dia dulu ke?"

Faiz Iskandar menggeleng. Hatinya tetap dengan pendiriannya, mahu jadikan Saidah sebagai suri hati suatu hari nanti.

"OK lah kalau dah itu kata Is. Atuk tak boleh halang. Is pun dah tekad dengan pilihan Is. So, Atuk nak tanya Ruz pulak macam mana? Dia pun sama macam Is ke?"

Tiba-tiba hati tuanya berdebar kalau jawapan Faiz nanti bakal mengecewakan hatinya. Satu sudah menolak, harap-harap, jawapan yang satu lagi masih ada sinar harapan. Dia betul-betul mahukan anak gadis sunti milik Shafie jadi sebahagian dari keluarganya. Besar jasa dan pengorbanan Shafie kepadanya.

"Ruz? Atuk pun tahu Ruz sendiri macam mana. Ruz bukannya mesra sangat dengan perempuan. Dulu ada seorang perempuan nama Qaseh Haura, tapi diorang dah break up, Haura pindah oversea. Now, dia balik pada Ruz yang dulu."

"Jadi Ruz masih single and available?"

"Lebih kurang macam tu la atuk."

Allah.. lega rasa hati Tengku Ibrahim bagaikan ada air sejuk menyentuh di ubun-ubunnya bila mendengar jawapan Faiz itu.

"Is rasa ada tak tanda-tanda memory Ruz dah come back?"

"Yang tu Is tak sure la tuk. Ruz bukannya suka share pasal ni dengan Is. But sometimes, pernah Is tengok dia tengok gambar dalam wallet tu."

"Ruz masih simpan gambar tu?" Sedikit membulat mata Tengku Ibrahim terkejut mendengar ayat yang baru keluar dari mulut Faiz Iskandar. Nampaknya Fairuz betul-betul pegang pada pesanan dia suami isteri.

Faiz mengangguk beberapa kali. Mengiakan kata-katanya.

Senyuman tiba-tiba terbias dibibir tua milik Tengku Ibrahim. Makin mudah urusannya. Yakin dengan kehendak hati dan dia yakin hati cucunya yang satu itu masih pada yang sama. Kenapa dia langsung tidak terfikir?

"Is masih ingat baby girl tu?"

"Baby girl tu? ingat la juga tapi sebab frust dengan Ruz, malas nak ingat dah."

"Korang selalu berebut nak main dengan dia dulu.. Berebut sampai bergaduh. Ish.. malu orang tengok, dan besar tapi masih nak berebut main baby orang. Perempuan pulak tu."

"Ala tuk... Ruz la punya pasal. kedekut taik hidung masin.. Siap warning lagi.."

"Tuk harap.. nanti korang besar nanti, korang dah tak berebutkan orang yang sama lagi. Kesian dia nanti. Tak tahu nak pilih yang mana." Seloroh datuknya di sambut dengan gelak tawa dari Faiz Iskandar.


* * *


Sayup-sayup dengar suara azan asar berkumandang melalui corong telefon bimbitnya, Faiz Iskandar membuka mata perlahan-lahan. Allah.. dia terlelap rupanya. Mimpikan kenangan bersama arwah atuk rupanya. Dia bangun dari pembaringan dan menadah tangan untuk sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat arwah datuknya. Raut wajah bila selesai menghabiskan bacaanya. Ayat terakhir masih tergiang-giang di telinganya.

"Tuk harap.. nanti korang dah besar nanti, korang dah tak berebutkan orang yang sama lagi. Kesian dia nanti. Tak tahu nak pilih yang mana."

Faiz Iskandar pejam mata. 'Atuk... kenapa masa tu Is tak tanya atuk kenapa atuk tanya Is soalan-soalan tu, padahal kita tengah bercakapkan tentang orang yang sama.. Kenapa Is tak tengok dulu gambar dia.. Is suka dia Atuk.. Is suka calon isteri bakal pengganti atuk.. Is suka dia atukkk..." Sayu suara Faiz. Ada air mula bergenang di kelopak matanya.

Akalnya susah untuk terima kenyataan bahawa Yusra Saidah, 'Saidah' dia, 'Baby girl' tu dan Calon Isteri pengganti CEO adalah orang yang sama. Kenapa jadi macam ni.... Yusra Saidah, kuatnya pengaruh dia dalam keluarga Tengku Ibrahim.

Tak apa, selagi Naufal belum bagi keputusan, selagi harapan tu masih ada walaupun cuma tipis!

* * *


Kereta BMW Fairuz berhenti betul-betul di hadapan rumah Haji Shafie. Sengaja kepulangan mereka tidak dimaklumkan terlebih dahulu, mahu bagi kejutan pada kedua orang tua Yusra.

Semuanya rancangan Yusra. Yusra tersenyum. Tangannya segera buka tali pinggang keledar yang setia membeli di pinggang dan bahunya sejak dari perjalanan mereka bermula. Fairuz juga melakukan hal yang sama. Senyuman Yusra makin melebar bila kepala Haji Shafie terjengul di balik pintu utama yang sedia ternganga itu.

Mula-mula jelas riak orang tua itu terpinga-pinga terkejut dengan kepulangan anak menantunya tanpa diberitahu terlebih dahulu. Sedetik dua, bibir yang terselindung dibalik misai yang hitam itu mengukir ulas senyuman gembira. Teruja dengan kepulangan anak kesayangan. Segera dia meluangkan nama isteri kesayangannya. Sama-sama mahu menyambut kepulangan Yusra dan Fairuz.
Fairuz tersenyum dengan telatah mertuanya. Suasana ini yang dia suka tentang keluarga Yusra, mereka sangat meraikan anak menantu. Layanan yang diberikan membuatkan dia rasa makin jatuh cinta berkali-kali dengan keluarga Haji Shafie. Walaupun mereka biasa-biasa sahaja namum mereka kaya dengan budi bahasa.

"Bertuah punya anak menantu.. balik tak di bagitahu.." Laung Hajjah Sumayah dari muka pintu.

Laju sahaja kakinya mahu menerpa ke anak tangga mahu mendapatkan Yusra. Rindu pada Yusra. Belum sempat dia melangkah, Haji Shafie menegur.

"Dah awak ni nak ke mana? Tak boleh ke tunggu Yus masuk rumah dulu? Kesian Yusra baru sampai."

"Saya rindu dengan Yusra, bang." Jawab Hajjah Sumayah. Tidak peduli dengan teguran suaminya.

"Iye.. tahu awak rindu dia. Hari-hari awak duk mengulang ayat tu tepi telinga saya. Ni Yusra dah balik, tunggu la dia masuk rumah dulu. Nanti dah masuk rumah, awak nak peluk dia ke, nak golek dia ke, nak buat apa ke.. ikut suka lah. Sekarang ni, bagilah dia masuk dulu. Ha.. Yus, Ruz meh naik.."

Yusra dan Fairuz serentak melangkah sambil menjinjit barangan masing-masing selepas menutup boot kereta. Bibir masing-masing tak lekang dari senyuman. Terhibur dengan gelagat Haji Shafie dan Hajjah Sumayah.

"Assalamualaikum kak Yus!" Teriak Yusran Saidi dari jauh.

Teruja melihat kakaknya setelah sekian lama tak berjumpa. Motorsikal yang ditunggang Yusran Saidi masuk ke kawasan parking, segera dia menongkat motorsikalnya.

Yusra dan Fairuz toleh ke belakang bila terdengar suara adiknya, dipandang Yusran Saidi tengah melompat turun dari motorsikalnya. Tangan Yusra disalam sebelum tubuh Yusra dipeluk erat. Dan Yusra membalasnya. Saling melepaskan kerinduan. Fairuz tersenyum melihat telatah dua beradik itu Kagum dengan kasih sayang mereka.

"Lama ke abang dan akak balik?" Tanya Yusran Saidi selepas bersalam dengan abang iparnya.

Sekali lagi Haji Shafie mengamit mereka semua masuk ke dalam rumah. Lenguh kaki berdiri lama di pankin.

"Tak la.. lama sangat. Dalam 5 hari macam tu." Jawab Fairuz sambil melangkah masuk ke rumah mertuanya.

"Nasib baik Idi tak balik Kuantan lagi. Kalau tak, tak jumpa lagi la Idi dengan abang dan kak Yus. Hari tu korang balik, kenapa tak bagaitahu Idi? Padahal Idi boleh je balik sekejap." Sedikit merajuk suara Yusran Saidi. Terasa dipinggirkan bila semua ahli keluarganya berkumpul tanpa dia.

"Kan akak dah cakap Idi. Kami balik tak rancang lah.." Yusra menepuk sedikit paha Yusran Saidi.

"Emm.. Yelah-yelah.. Tak jadi lah nak merajuk."

"Ehh Idi ni.. dah besar-besar pun nak merajuk lagi ke? Ni nampak tak? " Yusra jegil mata pada Yusran. Tangannya di angkat tinggi tunggu masa nak melayan ke bahu adiknya.

Yusran menyengih. Tamparan Yusra tu boleh tahan pedihnya kalau kena. So, baik hati-hati sebelum kena sakit.

"Ni Yus, Ruz, kenapa balik tak bagitahu ni?" Tanya Hajjah Sumayah, tak puas hati selagi tak dapat jawapan. Dia meletakkan jug berisi air teh o dan sepinggan goreng pisang.

"Abang saja ajak Yus balik, ibu. Lagipun Yus kan tengah cuti sem sekarang. Plan last minutes ibu. Katanya nak balik minggu depan, tengok-tengok lepas breakfast tadi terus dia cakap nak balik." Jawab Yusra sambil menjeling Fairuz disebelah.

Geram dengan Fairuz. Suka sangat bagi keputusan mengejut macam tu, siapa yang suka? Banyak yang perlu difikirkan kalau mahu tinggal rumah mereka untuk beberapa hari.

"Tak apa la kalau macam tu. Ibu terkejut tengok korang balik. Tadi baru je sembang dengan Idi, dia kata rindu dengan Yus lama tak jumpa."

"La.. ibu... tak payah la cakap dekat akak. Buat malu Idi je nanti. Tambah perasan la dia nanti." Yusran protes bila ibu sengaja mahu malukan dia dengan Yusra.

Yusra tengok Yusran sambil senyum mengusik. Keningnya sengaja diangkat beberapa kali. Membakar hati adiknya.

"Dah benda betul buat apa nak tipu. Bukan ke tadi kamu merajuk sebab tak dapat jumpa Yusra masa Yusra sakit kaki dulu?"

"Mana ada ibu.. Idi saja cakap macam tu. Tak kan la Idi nak merajuk lagi, Idi dah besar la.."

"Elehh.. cakap jelah Idi rindu kak Yus. Tak pe jangan risau akak tak bagaitahu abang Adif punya..." Tambah Yusra.

Yusran mencebik. Tahu akibat kalau sampai ke telinga Yadif Safwan, habis dijaja ceritanya. Bukannya boleh percaya sangat dengan abang sulung mereka tu.

"Dah.. dah la tu Idi, Yus, kamu ni kalau jumpa nak bertekak je.. Jauh rindu, dekat bertekak. Ni Yus, bawak Ruz berehat dulu. Kejap lagi dah nak Maghrib. Boleh kita jemaah sama." Haji Shafie mencelah.

Yusra mengangguk dengar arahan ayahnya. Baru angkat punggung mahu mengajak suaminya ke biliknya, tiba-tiba Yusran mencelah.

"Ehhh kejap akak... Ibu, bilik Kak Yus dah siap kemas ke?" Tanya Yusran kepada ibunya.

Hajjah Sumayah menepuk dahi sendiri. Yusra terpinga-pinga.

"Alah lupa.. tak siap lagi. Baru siap pindah barang-barang bawah katil. Yus dan Ruz guna bilik Kak Min la dulu. Nanti esok, sambung kemas lagi"

"Kenapa bilik Yus?" Tanya Yusra masih tercengang.

"Bedah masuk beranak kat bilik akak." Jawab Yusran.

"Hahh Bedah?"

Imbas sikit.. Nanti kita Imbas lagi. tq 20k views.

Share this novel

Siti Khadijah Ahmad
2022-08-03 20:40:28 

jln cerita yg menarik


NovelPlus Premium

The best ads free experience