Bab 88 : Ending I

Romance Series 109654

Setahun berlalu~

Jemputan ke Majlis Ulangtahun Perkahwinan Fairuz dan Yusra yang ke-2 serta Majlis Akikah Tengku Farish Yazeed & Tengku Faliqh Yasser.

Tempat : Kediaman Tengku Fairuz & Yusra Saidah
Tarikh : 21 mei 20xx
Masa : 10pagi

Sekali lagi kad di tangannya ditatap. Senyuman terukir di bibirnya.

"Kenapa tengok saja?" Tanya Bonda Azian.

Fatihah toleh ke belakang bila terdengar suara ibu angkatnya.

"Hari ini kan tarikhnya? Fatt tak teringin ke nak pergi?" Tanya Bonda Azian.

"Perlu ke Fatt pergi Bonda?" Tanya Tengku Fatihah pula.

Sejenak dia berfikir, dapatkan mereka menerima kehadirannya nanti? Takut pulak kalau dia pergi, dia bakal diusir diatas segala kesalahan yang dia lakukan dulu.

"Mesti lah Fatt. Itu kan keluarga Fatt. Fatt masih takut?"

"Fatt takut mereka masih tak maafkan Fatt lagi. Kesalahan yang Fatt buat, bukan sedikit Bonda. Fatt hampir bunuh orang." Ujar Fatihah sayu.

Terimbau kembali segala perbuatannya buatkan hatinya sayu. Kejamnya seorang Tengku Fatihah! Fatihah tatap gambar Faliqh Yazeed dan Farish Yasser dalam dukungan Yusra yang dikirim oleh uminya minggu lepas. Kesian anak saudaranya, hampir-hampir jadi mangsa kejahilannya. Fatihah menangis.

Bonda Azian merapati Fatihah. Bawa tubuh gadis itu ke dalam pelukannya. Fatihah merupakan salah seorang dari penghuni Rumah Perlindungan Raudah yang diasaskan oleh dia dan suaminya.

Enam bulan lepas, Tengku Fatihah datang ke sini sebaik sahaja keluar dari Hospital psikiatri. Dia dibawa oleh Tengku Faisal dan Tengku Fauziah.

Sedikit sebanyak, Fatihah mula menunjukkan perkembangan positifnya. Tengku Faisal dan Tengku Fauziah lah orang yang paling gembira dengan perubahan Fatihah itu. Saban waktu tidak pernah terlupa untuk datang melawat Fatihah di sini. Begitu juga dengan Tengku Fairuz dan Yusra Saidah.

"Kenapa cakap macam tu? Selama Fatt ada kat sini, mereka tak jemu melawat Fatt. Ini lah saatnya Fatt balik jumpa mereka. Jumpa seluruh keluarga Fatt. Bonda tahu dalam hati Fatt, Fatt sangat rindukan mereka kan?"

Fatihah mengangguk dalam tangisannya. Tipulah kalau dia kata, dia tidak rindu. Saban hari, dia mengira detik bila saatnya dia 'kuat' untuk kembali ke Teratak Qaseh seperti dulu. Dia mahu berjumpa dengan seluruh ahli keluarganya. Mahu bergelak ketawa seperti dulu. Dia rindu!

"Bonda boleh temankan Fatt kalau Fatt rasa Fatt belum bersedia untuk balik tinggal kat sana lagi. Fatt boleh tinggal kat sini dengan Bonda sampai Fatt betul-betul rasa bersedia untuk balik ke sana." Ujar Bonda Azian.

"Terima kasih Bonda. Memang Fatt rasa, Fatt belum bersedia lagi untuk balik ke sana. Fatt belum kuat. Terima kasih izinkan Fatt tinggal di sini."

"Jadi untuk majlis tu macam mana? Fatt nak pergi tak?"

"Fatt akan pergi walaupun sekejap. Bonda temankan Fatt ya?"

Bonda Azian mengangguk. Belakang Fatihah di elus lembut. Sayang pada Fatihah sudah di anggap seperti anaknya sendiri.

* * *

"Bi, mana butang baju melayu Anje?" Tanya Faiz sambil betulkan leher baju melayu cekak musangnya.

Matanya sempat dilirikkan kepada si isteri yang sedang membetulkan selendang berwarna hijau olivenya. Tubuhnya pula tersarung baju kurung berwarna kuning cerah. Sedondon dengan baju melayunya.

"Ada kat sini. Sekejap Bi tolong Anje pakaikan." Haura memperkemaskan sedikit hujung selendangnya biar tampak kemas.

Berpuas hati dengan penampilan sendiri, dia berpusing tubuh menghadap tubuh tegak sang suami. Satu persatu butang baju melayu di pasang ke lubangnya. Siap semuanya, dia capai songkok hitam di atas meja solek lalu di sarungkan di kepala suaminya.
Faiz tunduk sedikit biar menyamai ketinggian isterinya, supaya mudah Haura melakukan kerjanya. Tangannya bergerak peluk belakang isterinya. Ambil kesempatan sementara mereka masih berada di rumah. Sekejap lagi mereka akan bertolak ke Kediaman Fairuz dan Yusra.

"Handsome sangat suami Bi ni.." Puji Haura sambil mengosok perlahan dada bidang suaminya. Mata masing-masing bertatapan.

"Isteri Anje pun apa kurangnya. Tak berkelip la orang pandang isteri anje ni.. Anje tak suka..." Faiz mencebik bibir.

Jealous betul kalau ada mata-mata yang curi-curi pandang isteri kesayangannya. Sejak ada isteri ni, baru dia faham apa perasaan Fairuz bila ada orang curi pandang pada Yusra. Dan... dia salah seorang yang mengambil kesempatan itu. Oh jahatnya dia dulu!

"Over tau cakap macam tu." Haura pukul dada suaminya perlahan sambil tersenyum. Sebenarnya dia senang hati dengar pengakuan jujur dari Faiz. Itu tandanya Faiz betul-betul sayangkan dia.

Faiz ketatkan lagi pelukan mereka. Satu kucupan singgah di ubun-ubun isterinya.

Alhamdulillah.. hari ini, genap 6 bulan usia perkahwinan mereka. Terima kasih kepada Yusra yang menjadi permulaan detik pertemuan semula kami. Siapa sangka dulu Haura kekasih Fairuz tapi kini Haura isteri Faiz, sepupu kepada Fairuz. Dan Faiz pula, dulu kekasih Yusra tetapi Yusra kahwin dengan Fairuz, sepupunya. Bertukar pasangan.

"Terima kasih sudi terima anje."

"Terima kasih juga sudi tunggu bi." Haura merebahkan kepalanya ke dada bidang Faiz. Mendengar detak jantung suaminya, Haura ukir senyuman bahagia. Dia bahagia dengan Faiz. Terima kasih Allah atas anugerah ini.

* * *

Syarifah Aishah menyandar tubuh di kereta Syed Ammar sambil berpeluk tubuh. Sabar menanti sang suami.

'Dia ni bersiap mengalahkan kita yang perempuan bersiap!. Aku yang perempuan ni, 15 minit dah siap.. Dia kemain lagi lama..' Aishah mengomel.

"Aishah kutuk abang erk?" Tiba-tiba Syed Ammar muncul sambil menyarung kasut bewarna coklatnya.

"Iye.. membebel dalam hati. Dah, lama sangat abang bersiap. Kalah anak dara." Senada si isteri menjawab sempat jeling penampilan suami yang dinikahi 3 bulan lalu. Baju melayu berwarna royal blue itu kelihatan segak bila tersarung di tubuh suaminya. Sedondong dengan blouse labuh yang dipakainya.

Beza majlis kami dengan Faiz-Haura cuma 3 bulan? Kenapa cuma berbeza 3 bulan? Yang tu kena tanya Ammar sendiri. Menyampah tau kalau ingat balik cerita tu.. huh!

Syed Ammar tak puas hati bila Faiz-Haura sudah selamat diijabkabulkan. Katanya hanya di seorang bujang terlajak dalam 4 sekawannya. Ammar merayu pada Aishah supaya dipercepatkan majlis penyatuan mereka yang dirancangkan setahun selepas majlis Faiz-Haura. Atas desakan dan campur tangan dari semua pihak, Aishah bersetuju akhirnya. 3 bulan lepas, mereka selamat bergelar suami isteri.

"Dah sayang mengelamun, kenapa? Tak nak pergi ke?"

Terkulat-kulat Aishah terkejut dari mengelamunnya bila Ammar petik jari depan mukanya.

"Ehh mestilah nak pergi. Sayang dah rindu sangat dengan anak-anak saudara saya tu."

"Kenapa senyap je? Dah la pandang abang macam nak telan."

Sekali lagi Aishah sambung tenung suaminya dari atas turun ke bawah.

"Amboiii... kemain segak lagi dia.. Ape hal segak sangat ni?" Soal Aishah. Baju melayu cekak musang yang dipakai Syed Ammar ditilik lagi.

"Segak sangat ke?" Ammar sempat tilik pakaiannya dari atas ke bawah di sebalik pantulan keretanya. Seketika kemudian dia tersenyum.

"Memang abang ni sentiasa segak apa? Yang tu Aishah tak boleh nak nafikan lagi.. Betul tak sayang? Mesti sayang rasa bertuah sebab dapat abang kan? Menangis la anak dara yang kempunan nak kan abang..."

Aishah menjeling. Menyesal tanya!

"Dah la jom pergi. Makin layan abang, makin lambat kita boleh gerak. Nanti membebel Yus kalau kita lambat sampai."

"Okay jom. Eh.. kejap sayang.." Ammar sempat tahan tangan Aishah yang sudah memegang pemegang pintu kereta.

"Ya abang? Ada apa lagi?"

"Abang.." Ammar merapati isterinya. Peluk tubuh Aishah dan sempat kucup dahi dan pipi isterinya.

"Hadiah.. sebab sudi jadi isteri abang. Jadi sebahagian dari hidup abang. Setia dengan abang dan sabar dengan abang. Hadiah... sebab I love you so much." Sekali lagi Ammar kucup dahi isterinya.

Pipi isterinya dielus lembut. Tatap isteri tercinta. Tak puas. Dulu kemain susah nak dapat, sekarang bila dah dapat, jangan harap dia nak biar begitu saja!

Aishah kehilagan kata-kata. Terpegun dan terkedu dengan Ammar. Cair dan cair. Ammar versi beginilah buat hatinya yang dingin, cair.

* * *

Tengku Fairuz dukung Tengku Farish Yazeed dan Yusra Saidah dukung Faliqh Yasser. Mereka beriringan berjalan ke buaian yang dihiasi indah. Anak-anaknya diletakkan dalam buaian. Lena elok keduanya selepas kenyang menyusu. Sekejap lagi majlis akan bermula, elok juga mereka tidur sekarang. Tetamu yang dijemput pun sudai mula ramai yang datang.

"Sayang.. sayang okay?"

"Alhamdulillah.. sayang okay.. cuma sayang risau kalau Farish dengan Faliqh meragam je nanti."

"InsyaAllah tak ada apa-apa. Anak-anak daddy kan heroes. Sayang lapar tak?"

Yusra menggeleng. Tadi sebelum turun, dia sempat minum sedikit susu, buat alas perut. Bila kerap sangat si kembar menyusu, dia cepat sangat rasa dahaga dan lapar jadinya Fairuz bekalkan sedikit makanan dalam bilik mereka untuk memudahkan urusan Yusra. Tak perlu susah payah turun ke dapur kerap sangat.

"Yusra.. Fairuz.. tu tetamu jauh dah sampai.." Mak Som tunding ibu jari ke ambang pintu utama.

Serentak mereka toleh ke arah yang sama. Bibir masing-masing tersenyum. Gembira dengan kedatangan tetamu jauh mereka. Tetamu yang baru pulang dari Ireland. Berbulan-bulan sepi dari khabar berita semenjak sang isteri sambung pengajiannya.

"Syahhh! Bella!" Fairuz dan Yusra mula mengatur tapak ke ambang pintu.

"Aku ingat korang tak datang." Sambung Fairuz selepas selesai ber'brother hug' dengan Syahmi. Manakala Yusra peluk Nabila.

"Mana boleh tak datang Ruz. Dulu masa kau kahwin pun kami tak datang. First Anniversary kau pun kami tak datang tak kan kali ni pun kami tak boleh datang. Aku kosong kan jadual aku semata-mata kerana kau, Ruz." Jawab Syahmi.

"Thanks Bro, Bella... Tak sangka kau balik. Speechless."

"Lagipun aku nak jumpa dua lagi pengantin baru. Mana diorang? Tak sampai lagi?" Tanya Syahmi merujuk kepada Faiz dan Ammar.

"Tak sampai lagi. On the way la kot tu. Lepaham ler Syah, orang baru kahwin."

"Ye lah.. tak macam kau kan? lama dah kahwin tapi masing-masing bawa diri."

"Tu kisah lama la Syah. Sekarang ni mana boleh masing-masing nak bawa diri.. dah kena ikat."

"Yusra ikat kuat sikit Ruz ni ye? Jangan bagi terlepas." Sambung Nabila dengan jelingan nakalnya pada Yusra.

"Gerenti tak lepas." Balas Yusra pula.

Fairuz dan Syahmi ketawa kecil.

"Mana Tuah dengan Jebat?"

"Ada dengan mummy dan daddy. Kitorang dari Airport terus datang sini. Mummy datang dengan daddy. Jumpa kat sini." Ujar Nabila.

Fairuz mempersilakan Syahmi ke ruang tamu sambung bersembang. Banyak kisah Fairuz dan Yusra yang mereka terlepas pandang. Yusra pula bawa Nabila ke buaian si kembar, memperkenalkan si kembar kepada Aunty Bella.

Teringat pula masa kali pertama dia kenal Nabila, masa Fairuz bawa dia melawat Nabila yang ketika itu dalam pantang, bersalinkan si kembar Tuah Arsyad dan Jebat Irsyad. Eh lupa, hari kahwin mereka sama dengan hari lahir Tuah dan Jebat!

Cukup pasangan masing-masing =) Ada yang rasa masih tak cukup dengan kisah ni? 45k Views. sgt2 tak sangka..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience