Bab 7 : CBYS

Romance Series 109654

Yusra Saidah bersendirian di kamar sempitnya. Surat tawaran ke UKM dipandang sepi. Hancur harapannya untuk ke sana. Sekali lagi ada halangan untuk dia melangkah ke menara gading.

Surat pemberian ayahnya petang tadi juga dipandang. Lambat-lambat surat itu di ambil dan dibaca sekali lagi. Setiap patah perkataan yang tercoret di atas kertas putih itu cukup menghiris hatinya. Air mata mengalir laju.

"Yus.." Panggil ibunya di luar bilik.

Sudah seharian Yusra mengasingkan diri di dalam bilik. Langsung tidak diendahkan segala panggilan ibu dan ayahnya. Langsung tidak mahu keluar apatah lagi mahu berbincang perkara itu. Makan tidak. Minum pun tidak. Perut berkeriuk minta diisi juga tidak diendahkan. Abang dah kakak yang baru sampai turut berusaha memujuk tetapi Yusra tetap berdiam diri.

Ingatannya tiba-tiba terimbau pada kenangan lalu. Kenangan ketika dia masih di rumah ibu saudara kakak angkatnya 7 tahun lepas.

* * *


"So, malam ni kita nak makan apa?" Soal Tengku Faiz Iskandar kepada adik-adiknya.

Tengku Fatin Isma dan Tengku Fitrah Isma menggeleng kepala. Masing-masing menggaru kepala yang tidak gatal. Yusra dan Fatihah yang baru turun dari ruang atas menghampiri mereka dan menyertai mereka di ruang tamu.

"Kenapa ni? Muka macam ayam tak cukup dedak je ni... Apasal Fatin?" Fatihah bertanya. Sepupunya dipandang bergilir-gilir.

"Fitrah dan Fatin ni lapar tapi kat dapur Suri tak tinggalkan apa-apa makanan pun sebelum dia balik tadi." Jawab Faiz mewakili adik-adiknya.

"La.. apa susah sangat. Order la Pizza ke, McD ke, KFC ke.. kan senang tu.." Jawab Fatihah.

"Aku dah suggest tadi, Tehah. Tapi Fitrah ni nak makan nasi, tak nak makan fast food." Sambung Faiz lagi.

"So macam mana ni? Mak Chik bila balik? Kau drive jelah, kita pergi dinner kat luar"

"Mama balik esok. Malam ni diorang tidur kat rumah Ayah Long. Ehh, kau tak tengok ke ribut kat luar tu?" Faiz bersuara lagi.

Sekilas mereka menoleh ke luar cermin tingkap. Hujan lebat termasuk pakej dengan angin kuat dan kilat sambung- menyambung. Fatihah memandang Faiz dan tersengih macam kerang busuk!

"Nak Idah tolong masakkan untuk korang ke?" Yusra bertanya perlahan.

Kaum kerabat Tengku dihadapannya memandang.

"Idah boleh masak ke?" Tanya Fitrah ragu-ragu.

"Menu kampung tu boleh la Idah masak." Jawabnya.

"Menu kampung pun jadilah asalkan perut kenyang." Sahut Tengku Isma Fatin.

Tengku Faiz Iskandar mengangguk setuju.

"Okay jom kita tengok apa yang ada kat dapur. Nanti kita plan apa yang boleh dimasak." Kata Fatihah pula.

Segera tangan Yusra ditarik dan menuju ke dapur. Faiz, Fatin dan Fitrah mengekori dari belakang.

"Idah, nampaknya Suri dah masakkan nasi putih untuk kita. Lauk je dia tak masak." Beritahu Fatin sambil membuka rice cooker.

"Idah, dalam fridge ada ayam, sotong and veggi." Beritahu Fitrah pula kemudian dan dia menutup pintu peti ais.

"Kalau macam tu, apa kata kalau Idah masakkan korang nasi goreng, boleh?" Yusra Saidah mengeluarkan usul.

Mereka bersetuju dan mula menyediakan bahan-bahan seperti yang diarahkan oleh Yusra.

Setengah jam kemudian, nasi goreng ayam dan sotong goreng kunyit siap terhidang di atas meja. Fitrah turut menyediakan air nescaffe kegemarannya.

"Pandai Idah masak." Puji Faiz sambil menyuap nasi goreng ke mulutnya.

"Sikit-sikit boleh la." Jawab Yusra Saidah agak merendah diri.

"Ehh sikit-sikit apa nya? Terror ni... Idah baru form 2 tapi dah pandai masak. Kak Atin yg form 5 pun tak pandai lagi masak." Ujar Fitrah mahu mengusik kakaknya.

Fatin memandang adiknya tajam.

"Amboi sedapnya dia mengata orang. Awak tu pandai ke masak?" Balas Fatin lantang.

Fitrah tersengih.

"Kan best kalau Idah jadi kakak Fitrah. Nanti macam-macam Fitrah boleh minta Idah masakkan untuk Fitrah." Giat Fitrah lagi.

"Amboi mulut kau dik... kalau dah nak sangat Idah jadi kakak kau, suruh la abang-abang kesayangan adik tu kahwin dengan Idah." Balas Fatin pula. Panas juga hatinya.

"So, korang kena lah recommend salah sorang abang-abang korang tu. Abang Fakhri dah tak boleh masuk dalam senarai nanti Kak Ida marah. Ada dua lagi yang kosong. Abang Fahmi atau abang Is?" Tambah Fatihah.

Yusra Saidah dipandang, meminta jawapan.

"Apa lah kak Tehah ni. Ada ke patut tanya macam tu." Yusra Saidah mula bersuara.

Mukanya sudah terasa panas. Malu. Matanya menunduk memandang nasi bila menyedari Faiz merenungnya bagaikan menanti jawapannya.

"Abang Is ke abang Fahmi?" Tanya Fitrah pula.

"Abang Is jelah Idah erk.." Tambah Fatin.

Yusra makin menunduk bila dengar Fatin berkata begitu seolah-olah empunya diri tidak ada depan mata. Yusra diam, tidak bersuara.

"Wahhh, diam je Idah? Kata orang tua-tua, diam tu tanda setuju. Kira jadi jelah Idah dengan abang Is... kan?" Fatihah makin giat mengusik adik angkatnya.

Muka putih kemerah-merahan itu makin jelas berwarna merah.

"Abang on je kalu Idah pun onn.." Balas Faiz bersahaja.

Matanya melirik pada gadis itu, mahu melihat reaksi Yusra. Nasi di pinggan disuap lagi. Fatin dan Fitrah bersorak girang. Riuh suara mereka di dapur.

* * *


"Yusra..."

Suara ayahnya kedengaran disertai ketukan yang bertalu-talu membawa Yusra ke alam nyata. Segala kenangan lalu hancur lebur dimamah usia yang kian bertambah.

Dia sedar dia kini bukan lagi Yusra Saidah yang berumur 14 tahun. Dia kini sudah berumur 20 tahun dan sudah menjadi tunangan orang. Tunang kepada lelaki yang bernama Tengku Fairuz. Lelaki yang tidak dikenali.

"Yusra, buka lah pintu ni dik. Kita bincang elok-elok. Jangan buat ibu dan ayah macam ni. Yus dah tak sayangkan ibu dan ayah ke?" Suara Yadif Safwan kedengaran di sebalik pintu.

Akhirnya pintu dibuka dari dalam. Air mata yang merembes keluar dilap dengan hujung tudungnya. Hajjah Sumayah menerpa ke arah Yusra dan memeluk tubuh itu. Dia membawa Yusra Saidah ke ruang tamu.

Yusra duduk di sisi Yasmin Safwah dan bertentangan dengan Yadif Safwan dan abang iparnya, Zulkifli. Yusran Saidi tiada di situ. Mungkin ayahnya sudah minta Yusran ke rumah Che Da Ana, bagi memberi ruang untuk mereka berbincang dengan Yusra.

"Yus, cakap la sesuatu nak.." Hajjah Sumayah memulakan bicaranya.

Yusra mengangkat muka. Wajah tua ibunya dipandang.

"Ibu, ayah.. kita batalkan pertunangan tu boleh ayah? Yus tak nak. Yus tak nak kahwin lagi. Yus tak bersedia lagi, ayah." Pinta Yusra Saidah dengan suara tenggelam dan timbulnya.

Yusra amat berharap ayahnya dapat memahami isi hatinya. Wajah ayah dan ibunya dipandang dengan penuh harapan.

"Yus.... kalau orang lain mungkin awal- awal lagi ayah dah tolak. Tapi ini cucu Tengku Ibrahim, ayah tak mampu nak tolak. Tengku Ibrahim yang bersungguh-sungguh nak kan Yusra jadi cucu menantu dia. Tiga kali dia merisik Yusra. Kali ini ayah tak mampu untuk menolak. Lagipun Tengku Ibrahim dah tak ada dan ini adalah amanat dan wasiat terakhir beliau. " Lirih suara Haji Shafie.

"Tapi ayah, Yus tak nak! Yus masih muda. Yus baru 20tahun ayah. Yus nak masuk U. Yus nak sambung belajar, Yus ada cita-cita Yus sendiri. Yus harap sangat-sangat ayah izinkan Yus capai apa yang yus nak. Yus rayu ayah!" Rayu Yusra dalam tangisannya.

Yusra bingkas bangun dan memeluk kaki ayahnya. Yasmin Safwah turut bangun lalu memeluk adiknya. Cuba menenangkan Yusra dan cuba selami hati dan perasaan adiknya. Kesian Yusra. Matanya turut berkaca.

"Ayah minta maaf Yus. Ayah tak boleh mungkir janji ayah dengan arwah Tengku Ibrahim. Ayah yakin dengan keputusan ayah. Ayah tetap akan teruskan perkahwinan ni. " Ujar Haji Shafie.

Haji Shafie bingkas bangun dari kerusi dan berdiri dekat dengan jendela kayu. Membelakangkan isteri, anak dan menantunya.

Mendengar jawapan dari si ayah, makin kuat tangisan Yusra Saidah bergema. Tubuhnya masih dalam pelukan erat si kakak.

"Yus jangan macam ni..." Pujuk si kakak.

Yadif Safwan dan abang iparnya hanya mampu memandang belas kesian pada Yusra. Hajjah Sumayah menghampiri anak gadisnya itu dan memeluk kejap. Kepala Yusra diusap lembut, mahu menenangkan jiwa anaknya.

"Sabarlah Yus. Ibu tahu anak ibu ni baik. Ibu tahu anak ibu sayang ayah. Sayang ibu. Yus tak nak ayah tergolong dalam golongan orang munafik kan? Orang yang memungkiri janji. Janji ayah dengan arwah bukan baru dibuat Yus tapi dah bertahun. Ayah tak mampu nak menolak bukan kerana ayah tak sayang Yus tapi sebab ayah dah cukup malu untuk tolak. 3 kali Yus. 3 kali ayah terpaksa berdepan dengan kesukaran ni. Kali ini Yus tolong la ayah.. Tolong sempurnakan janji ayah pada arwah." Pujuk Hajjah Sumayah. Matanya memandang tepat ke anak mata Yusra.

Yusra masih tersedu. Wajahnya lencun basah dengan air mata.

"Ayah minta maaf Yus. Ayah tahu Yus anak yang baik. Yus sayangkan ibu dan ayah. Kita terima ye, Yus?" Haji Shafie bersuara perlahan namun masih didengari oleh anak dan menantunya.

Tubuh tua itu masih kaku di tepi jendela. Seperti Yusra, dia juga berat untuk membuat keputusan ini.

"Tengku Ibrahim tu golongan yang baik-baik Yus. Awalnya ayah tak tahu pun dia tu kerabat diraja. Ayah ikhlas tolong dia. Masa mula-mula kami jumpa di surau dulu, dia duduk termenung mengenang nasib anak dan menantu dia. Ayah rasa kesian. Ayah ikhlas dermakan hati dan darah ayah pada menantu dia. Berkali-kali dia cakap dia akan balas budi ayah. Macam-macam cara ayah tolak." Haji Shafie memulakan cerita. Berterus terang supaya Yusra Saidah lebih memahami situasinya.

"Sejak ibu bersalinkan Yusra, kita pindah dari Bentong ke Gombak. Setiap hujung minggu keluarga Tengku datang jumpa keluarga kita. Anak-anak Tengku semua suka dengan kamu adik-beradik. Suka main dengan abang, kakak dan Yusra. Sampai umur Yusra 2 tahun, kita pindah ke Terengganu sebab datuk Yusra sakit." Haji Shafie berhenti seketika. Matanya memandang Yusra.

"Ayah sengaja ambil peluang ini untuk mengelak dari jumpa Tengku Ibrahim. Ayah berdoa supaya ayah dah tak jumpa Tengku Ibrahim lagi. Tapi.. ayah tak sangka dia sanggup cari ayah sampai ke sini. Dia datang bawa cincin tanda untuk Yus. Ayah tak terima sebab Yus masih kecil, Yus baru 5 tahun. Kali ke dua dia datang lagi. Masa tu Yus 10 tahun. Ayah tolak lagi. Ayah ingat bila ayah tolak lamaran tu kali ke 2, Tengku Ibrahim akan putus asa... tapi ayah silap Yus. Tengku Ibrahim tak pernah putus asa. Kali ke 3 dia datang membawa cincin tunang. Masa tu umur Yus dah 15 tahun. Ayah terpaksa terima. Ayah minta maaf Yus." Sayu suara ayahnya bercerita. Mata tuanya juga berkaca.

Air mata Yusra sudah pun kering. Otaknya sudah mampu berfikir dan mencerna maklumat yang ayahnya baru ceritakan dengan baik. Perlahan-lahan dia memandang ayahnya.

"Ayah yakin Yus akan bahagia dengan cucu Tengku Ibrahim tu? " Soal Yusra kemudian.

Mata yang lain sudah tertumpu pada Yusra, terkejut dengan soalannya.

"Ayah yakin Yus. Ayah serahkan segala keputusan ayah pada DIA. DIA lebih tahu apa yang terbaik. Ayah tahu apa yang berlaku mesti ada hikmah-Nya." Balas ayahnya yakin.

Yusra Saidah tengok ayah dan ibunya secara bergilir-gilir. Nafasnya ditarik sebelum membuat keputusan. Keputusan tentang hidupnya.

"Kalau dah itu keputusan ayah dan ibu. Yus terima. Yus terima pertunangan tu sebagai balas segala jasa dan pengorbanan ayah pada arwah." Ujar Yusra sambil mengenggam jari hemari ibunya.

Haji Shafie dan Hajjah Sumayah berpandangan seketika. Segaris senyuman terukir di bibir masing-masing. Hajjah Sumayah bangun dari duduknya dan berlalu ke kamar untuk mengambil sebentuk cincin yang pernah diberikan oleh arwah Tengku Ibrahim semasa melamar Yusra Saidah buat cucunya, Tengku Fairuz 5tahun lepas.

* * *


Haji Shafie dan Hajjah Sumayah sudah berlalu ke kamar mereka setelah selesai bercerita tentang keluarga Tengku Ibrahim. Zulkifli meminta diri untuk berehat dalam biliknya disamping memberi ruang untuk Yadif dan Yasmin berbicara dengan Yusra.

Yusran baru balik dari rumah Che Da Ana juga turut terkedu melihat wajah kakak kesayangannya. Wajah Yadif dan Yasmin dipandang bergilir-gilir meminta penjelasan. Apabila tiada butir bicara yang keluar dari mulut abang dan kakaknya, dia bertindak mendiamkan diri. Kerusi sebelah Yasmin di isi.

Yadif Safwan masih lagi di tempat duduknya. Wajah adiknya yang sembab kerana terlalu banyak menangis itu dipandang. Wajah comel itu direnung sepuas-puasnya.

"Yus.." Yadif Safwan mulakan bicara memecah kesunyian.

Yusra mengangkat wajah. Yadif menghampiri adiknya.

"Abang tak tahu apa yang abang patut katakan. Abang sedikit terkilan sebab abang terpaksa melepaskan adik kesayangan abang pada seorang lelaki yang abang tak tahu hati budinya. Abang hanya mampu doakan yang terbaik buat Yus. Walaupun perkara ni sangat-sangat mengejutkan abang dan kita semua tapi abang yakin ada Yang Maha Hebat sedang merancang sesuatu yang terbaik buat Yus. Abang cuma nak Yusra tahu yang abang sangat sayangkan Yusra." Sambung Yadif.

Tangan Yusra dalam genggamnya ditepuk-tepuk perlahan. Yusra terharu dengan apa yang diucapkan oleh abangnya. Segera tangan abangnya dikucup. Basah tangan Yadif kerana air mata Yusra yang baru mengalir.

"Yusra tahu abang sayangkan Yusra." Ujar Yusra dalam tangisan.

"Yus, Kak Min doakan semoga pilihan ayah dan ibu adalah yang terbaik buat Yus. Semoga Yus juga akan mencapai kebahagian disebalik perkahwinan yang ditetapkan ini. Akak yakin semua ini ada hikmahNya." Yasmin Safwah pula bersuara. Tubuh adiknya dipeluk erat.

"InsyaAllah kak Min." Balas Yusra. Yusran hanya mampu memandang. Sedikit sebanyak dia dapat mengagak apa yang berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience