Bab 68 : CBYS

Romance Series 109654

"So, sekarang kau dah percaya?"

Tengku Fatihah peluk tubuh sambil berjalan mengelilingi Yusra yang masih kaku berdiri.

Mata Yusra masih terpaku pada helaian kertas putih itu. Sedikit pucat muka Yusra.
       
"So macam mana? Kau percaya tak apa aku cakap?" Tanya Fatihah dengan nada mengejek.

"Ta.. tapi.. ke... kenapa?" Tersekat-sekat suara Yusra. Matanya naik mencari wajah Fatihah, minta sebarang penjelasan.

"Kenapa... kau tanya aku, kenapa? Aku rasa kau tak payah tanya aku la kot soalan tu..sebab jawapan tu tak ada pada aku. Jawapan tu kau sepatutnya biar suami kesayangan kau tu yang jawab.. kenapa dia setuju untuk kahwin dengan kau... "

"Tapi Fairuz cakap.. ''

"Dia cakap apa? Dia cakap dia sukakan kau, Cintakan kau? " ketawa lagi sebelum menyambung kata.

"Cinta? Haha.. jadi kau percaya la setiap kata-kata cinta dari Fairuz? Sama macam kau percayakan setiap kata-kata dan janji Is? or should I call him... Faiz?" Terjongket sedikit sebelah kening Fatihah menanti jawapan Yusra.

Yusra angkat muka. Tepat matanya membalas renungan Fatihah. Fatihah menjeling tajam.

"Aku tak tahu la nak katogeri kau ni macam mana Yusra. Kau ni pandai tapi dalam pandai kau tu.. kau lupa sesuatu mungkin...." Fatihah mengetuk bibirnya berkali-kali. Mencari kata yang sesuai untuk diberitahu kepada Yusra.

"Emm.. aku dah tahu apa yang kau lupa.. Kau lupa yang kau dengan.. keluarga aku langsung tak setaraf, tak sekufu.. Kau tak sesuai dengan keluarga aku. Kau ingat kalau bukan sebab perjanjian ni, kau boleh kahwin dengan 'bakal pewaris' CEO Mentari? Kau rupanya tak sedar.. Selama ni abang aku cuma gunakan kau, gunakan tubuh kau untuk dapatkan apa yang dia nak. Dia cuma nak ada pewaris dengan kau. Bila ada pewaris tu nanti, aku pun tak tahu apa nasib masa depan kau dengan dia. Entah-entah dia akan cerai kan kau... " Fatihah ketawa berdekah-dekah, membayangkan Yusra di tinggalkan pun sudah cukup buat dia rasa senang hati.

Kali ini ketawa Fatihah kedengaran lebih menyakitkan hati Yusra. Yusra sabarkan hati. Dia sedar dihadapannya kini, bukan Kak Fatt yang dulu.

Tentang Fairuz tu? langsung tidak berbekas di hati. Keikhlasan yang Fairuz taburkan sudah cukup membuktikan bahawa lelaki itu benar-benar ikhlas menerimanya sebagai seorang isteri.

Diam Yusra bagaikan menyimbah minyak ke api kemarahan Fatihah. Sakit hati dengan Yusra. Yusra masih seperti dulu. Lebih suka menikus bila di buli di asrama oleh geng-geng senior, dan dia selalunya jadi penyelamat kepada Yusra. Arghhh persetan semua kenangan tu!

''Kau ingat keluarga aku bodoh, boleh terima kau dengan seikhlas hati kalau bukan sebab perjanjian tu? Keluarga aku tak bodoh la.. diorang pun ambil kesempatan ke atas kau, untuk dapatkan apa yang dah di tulis dalam perjanjian tu. Kami layan kau baik... cukup masa, kau bagi kami pewaris dan kami dapat apa yang kami nak, kami buanglah kau ke tempat asal kau. Simple kan? Janji harta kami semua ni tak kan jatuh pada kau sorang!'' Suara Fatihah kuat memetir. Sengaja dikarang lagi cerita supaya hati Yusra sakit sama seperti sakit yang dia rasa.

Yusra mengeleng beberapa kali. Tak mungkin! Tak mungkin! Tak mungkin umi dan Abah sanggup bersubahat sekali. Yusra mengundur beberapa tapak ke belakang, menjauhi Fatihah. Tak sanggup lagi nak dengar apa yang bakal Fatihah lontarkan.

"Ehh...kejap... kejap.. kau nak pergi mana ni.." Fatihah tarik lengan Yusra. Tidak biarkan Yusra menjauh. Hari ini dia mahu Yusra dengar semua apa yang dia nak katakan.

Yusra rasa badannya sudah lemah. Tak terdaya lagi mahu dengar setiap kata-kata Fatihah. Dia cuba lepaskan pegangan tangan Fatihah di lengannya namun kekuatan Fatihah melebihi kekuatannya.

"Aku belum habis lagi la... ada satu lagi part best yang aku tertinggal. Mak dan ayah kau pun terlibat sekali kan? wahhh tak sangka.. sebab nak kan harta orang, sanggup mak dan ayah kau serahkan kau pada kami. Haha.. Banyak rupanya guna kau ni kan...? Patut la tak menyempat ayah kau tunggu umur kau matang sikit lagi.. Cepat-cepat je dia dikahwinkan kau dengan Fairuz kan? Emm.. kau ni pembawa rezeki, kan?" Fatihah menyinis lagi.

Air mata Yusra tak tertahan lagi, jatuh membasahi pipi. Bermula dengan setitis, kini mencurah-curah menitis selaju mungkin. Meskipun dikuatkan hati supaya tidak percaya dengan apa yang disampaikan oleh Fatihah, sedikit sebanyak hatinya terusik. Terguris. Tak mungkin abang sanggup buat sayang macam ni, Kan? Tak mungkin Abah dan umi sanggup buat begini pada Yusra kan?

Ibu... ayah... rintih Yusra dalam hati... Ibu dan ayah tak kan sesekali menyerah dia kepada Tengku Ibrahim hanya kerana harta kan? Ibu dan ayh tak pernah didik anak-anak supaya gilakan harta. Lebih-lebih lagi harta orang. Sekali lagi surat di tangannya ditatap. Berulang kalu baca, mana lah tahu kalu baca kali ke-10, isi dalamnya boleh bertukar. Dada terasa sempit susah mahu bernafas.

"Kau menangis? Ala.. macam mana kak Fatt nak buat ni... Nak akak peluk Idah ke? Meh sini akak peluk...'' Fatihah mengendurkan suaranya. Dia paut bahu Yusra dan bawa ke dalam dakapannya.

Yusra tanpa sempat mengelak perbuatan Fatihah terus kepanya dilekapkan ke dada Fatihah. Bahu Yusra dielus perlahan-lahan. Yusra makin takut dengan tindakan Fatihah.

"Kesian Idah. Sampai hati diorang buat Idah macam tu.... Kak Fatt sayang Idah tau.. tapi... Idah tahu tak..." Fatihah menguraikan pelukannya. Dia tunduk sikit pandang muka basah Yusra.

"Emmm... macam mana Kak Fatt nak cakap ya.... Okay-okay macam ni.. Sebenarnya kan.. Kak Fatt yang rancang semua ni.." Fatihah bersuara perlahan. Berbisik di telinga Yusra.

Yusra angkat muka. Apa lagi dia nak bagitahu ni?

"Is ada hantar surat kat Idah. Banyak kali dia hantar. Tapi akak tak pernah bagi kat Idah. Surat Idah pun akak tak pernah bagi kat Is. Akak simpan elok-elok kat rumah Umi. Akak minta maaf. Nanti ada masa, akak bagi Idah baca tau..."

Yusra tercengang. Apa yang dia baru dengar ni?

"Apa... apa maksud akak? Is hantar surat pada Idah? Ke.. kenapa akak buat Idah macam ni??"

Tanpa Yusra bersedia, Fatihah menampar kuat pipi Yusra dan tanpa teragak-agak dia menolak tubuh Yusra dengan kuat. Yusra yang sudah lemah, terjelepok jatuh ke lantai. Sakit tulang pinggungnya. Sakit di pipi. Rasa pijar pipinya.

"Sebab... kau yang dah rampas Is dari aku dulu. Kau dah rampas Fairuz dan sekarang kau nak rampas Is semula dari aku? Aku tak kan biarkan Yusra. Tak kan! Ni amaran aku yang pertama, kalau kau masih tak dekat dengan Is, aku akan buat perkara yang lebih teruk lagi. Ingat tu!" Fatihah jerkah Yusra.

Beg tangannya dicapai ganas lalu dicampakkan sekeping gambar kepada Yusra. Gambar Yusra dan Faiz ketika majlis reunion dulu. Hatinya puas melihat Yusra menyeringai kesakitan. Dengan senyuman puas hati, dia melangkah keluar dari rumah Yusra. Itu baru sikit Yusra.. nanti aku akan datang lagi.

* * *

"Assalamualaikum Yus...." Aishah membuka pintu yang tidak berkunci. Aishah kerut dahi. Seketika dia termangu. Pagar tak berkunci, pintu tak berkunci. Yusra ni dah kenapa?

''Kenapa kau ni Yusra, pintu pagar tak berkunci, pintu rumah tak berkunci.. tak elok la macam ni.. macam mana kalau orang masuk nanti? Hish.. mana dia ni.. senyap je....." Ngomel Aishah sebaik sahaja kakinya menampak masuk.

"Yusra.... kau mana... Yusra...." Aishah menjenguk kawasan dapur, tiada bayangan Yusra disitu.

"Yusra oii... Kau tak payah nak main sorok-sorok dengan aku lah... Yusra!" Jerit Aishah. Matanya melilau ke kiri kanan mencari Yusra. Ruang tamu kedua yang dikenali sebagai ruang keluarga pula diterjah.

"Shah...." Suara Yusra mengerang perlahan kedengaran.

Aishah tersentak. Mencari dimana suara itu datang. Hatinya dipaut rasa cemas dan takut tiba-tiba. Risau kalau apa-apa berlaku pada Yusra. Yakin suara itu datang dari ruang tamu kedua, langkah kakinya dipercepatkan.

"Ya Allah.. Yus!"

Aishah tergamam melihat Yusra terduduk kaku di situ. Terbelunjur dengan tangan kanan digunakan untuk menyokong belakang tubuhnya. Wajah pucat Yusra dipandang. Ada darah di tepi bibir sahabatnya. Rambut Yusra sedikit kusut masai.

Aishah diterpa rasa takut. Nak nangis. Jantungnya tak usah cerita, berdebar kencang. Muka Yusra di sentuh. Apa mahu dia jawab dengan Fairuz nanti? Baru sehari Fairuz tinggal Yusra, Yusra dah jadi macam ni... apa yang dia nak jawab nanti??

"Kau kenapa ni Yus? Ada orang apa-apa kan kau ke?" Suara Aishah sikit lagi nak nangis.

Belum pernah dia lihat Yusra lemah begini. Seluruh ruang tamu dipandang, kalau-kalau ada petunjuk apa yang terjadi kepada Yusra. Namun keadaan kemas seperti biasa.

Yusra mengeleng. Enggan jawab pertanyaan Aishah.

"Shah... aku sakit..." Adu Yusra.

Aishah toleh kembali kepada Yusra. Air matanya mula bergenang melihat keadaan Yusra. Air mata Yusra turun membasahi pipi. Aishah menyeka.

"Kenapa ni Yus... bagitahu aku.. kenapa ni?"

"Aku sakit... perut aku sakit... aku rasa macam seluar aku basah..." Adu Yusra lagi.

Kakinya tidak boleh digerakkan. Setiap kali dia berusaha untuk bergerak, dia rasa sakit di pangkal rahimnya. Seluar mula rasa basah. Melekit. Bau pun macam hamis.

Aishah menyelak sedikit kaki seluar Yusra. Dia membuntangkan matanya. Terkejut dengan apa yang dilihat. Suaranya tersekat dikerongkong, tidak terkeluar.

"Kenapa Shah?" Tanya Yusra bila perasankan reaksi terkejut Aishah.

"Da... darah Yus... Darah!" Separuh menjerit Aishah memberitahu. Yusra tersentak.

"Darah? Kenapa ada darah?" Yusra bertanya lagi.

Dia sudah rasa pening, bingung. Kali ini kedengaran sangat perlahan. Tangan kanannya sudah tidak mampu menampung badan Yusra. Yusra rebah ke lantai.

Aishah tergamam. Segera diterpa kepala Yusra. Di angkat dan dipangku ke ribanya.

"Yusra! kau jangan takut kan aku... tolong lah Yusra!!"Jerit Aishah memanggil-manggil nama Yusra berulang kali. Kuat raugannya. Menangis melihat keadaan Yusra yang begitu lemah.

"Kau kenapa Yusra?! Tolong jangan buat aku macam ni....." Aishah merintih. Seketika dia tak tahu apa yang patut dia buat.

Aishah meletakkan kembali kepala Yusra ke lantai, dia bingkas bangun mencari telefon bimbitnya di dalam beg kuliahnya. Segera nombor telefon Fairuz dicari.

Sekali dua deringan, panggilannya disambung.

"Hello, Assalamualaikum Shah." Ramah pihak sana menjawab.

"Waalaikummusalam.. Ammar?" Tanya Aishah bila sedar bukan Fairuz yang menjawab panggilannya.

"Ye Ammar. Kenapa call Fairuz? Tak call saya?" Sedikit kecil hati dengan Aishah.

"Mana Ruz? Saya ada hal nak cakap dengan dia." Aishah mengesak kecil. Tersedu. Matanya masih melekat pada tubuh kaku Yusra.

"Ruz tak ada. Dia tengah meeting kat dalam dewan. Telefon ni dia tertinggal dalam bilik. Shah menangis? Kenapa ni Aishah?" Tanya Ammar bila menyedari suara Aishah berubah.

"Yusra...dia...."

"Aishah.. kenapa Yusra? Cuba cerita perlahan-lahan.. saya dengar.."

"Dia.. saya tak tahu nak buat apa.. saya balik dari kelas tadi, saya tengok Yusra dah terbaring kat lantai. Dia cakap dia sakit. Tak lama lepas tu, dia pengsan." Aishah menangis lagi.

"What??! Sekarang macam mana dia?"

"Masih terbaring. Ada keluar darah tapi saya tak tahu darah apa. Saya takut.. Saya tak tahu nak buat apa... saya nak bawak dia pergi hospital tapi saya tak pandai drive.." Aishah menangis lagi, fikirkan kekhilafan diri.

Ammar diam. Mungkin tengah berfikir apa yang perlu dibuat.

"Okay sekejap. Sabar Aishah. Nanti saya call Is biar dia datang tolong awak dan Yusra. Urusan Fairuz, biar saya yang uruskan. Nanti saya bagitahu Ruz bila dia dah siap meeting."

Panggilan diputuskan. Aishah kembali menapak pada Yusra. Airmatanya masih setia mengalir.

* * *


Ammar meletakkan kembali telefonnya selepas selesai membuat panggilan kepada Faiz Iskandar berkenaan keadaan Yusra. Yusra sudah selamat dibawakan ke Hospital. Ammar duduk di birai katil sambil menekup kepala dengan Kedua-dua tangan yang sedang bertongkat pada pahanya. Memikirkan ayat yang sesuai untuk disampaikan kepada Fairuz berkenaan keadaan Yusra.

Pintu bilik dikuak dari luar. Ammar bingkas angkat kepala dan terus dipasak pada wajah Fairuz. Fairuz sedikit tergamam dengan reaksi Ammar, angkat kening bertanya.

"So.. how?"

"So far.. semua dah bersetuju dengan sebut harga yang kita tawarkan." Jawab Fairuz.

Dia meletakkan semua barang yang dibawa ke atas meja. Tali leher yang tersangkut di lehernya dihuraikan. Butang baju dua yang teratas dibuka bagi mengeluarkan haba yang terperangkap.

"Dah kau diam kenapa Amm?" Tanya Fairuz pula. Pelik dengan diam Ammar. Biasanya Ammar ni becok orangnya.

"Ruz... aku ada hal nak bagitahu kau."

"Emm.. bagitahu jelah.." Fairuz masih meneruskan kerjanya. Butang lengan baju pula dibuka.

"Pasal Yusra."

Terus terhenti segala perbuatannya. Lambat-lambat dia toleh pada Ammar. Melihat Ammar berkira-kira mahu bersuara itu membuatkan jantungnya mula berdegup laju.

"Kenapa dengan Yusra, Amm?"

Sebab semalam lupa nak publish 1 bab.. jadi hari ni ganti ya... 2 bab terus utk hari ni.. apa dah jadi dengan Yusra? Tq2... 26k views.. Saya sgt2 hargai. =)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience