Yusra dan Fairuz berjalan seiringan menuju ke kedai runcit Ustaz Luqman. Masing-masing menyepi. Pergi ke kedai pun atas desakan Haji Shafie. Mungkin Haji Shafie mahu Fairuz dan Yusra berkenalan dengan lebih rapat lagi.
"Pergilah masuk cari barang, aku tunggu kat luar je." Tengku Fairuz kemudiannya berlalu ke bangku yang disediakan di tepi kedai.
Manakala Yusra Saidah melangkah masuk ke kedai dan mula mencari barang yang dipesan oleh ibunya sebentar tadi.
"Eh pengantin baru, datang beli barang ke?" sapa satu suara dibelakang Yusra.
Yusra menoleh. Kak Maryam sudah tersenyum sumbing. Kak Zainab pun sama. Yusra meneguk air liur berkali-kali.
'Ah, sudah apa lah yang akan jadi kali...' Yusra mengeluh.
Hari sebelum ni dia dah kena kecam, hari ini entah-entah kena kecam lagi. Dia mengeluh lagi. Senyuman diukir paksa, tidak mahu mencari pasal dengan makcik bawang dihadapannya.
"Ha'a datang beli barang," jawab Yusra segera tubuhnya berpaling mencari barang yang Hajjah Sumayah pesan.
Takut mengambil masa yang lama. Kesian pada ibu dan kesian juga pada suami yang sedang menunggu diluar.
"Amboi sombong kau ye Yus, sejak kahwin dengan orang kaya tu... Patut la dulu kau tolak si Azzam tu rupanya kau nak orang kaya.'' Kak Maryam bersuara lagi.
Yusra mengerut kening.
'Kenapa mesti hal Azzam dibangkitkan?'
"Kesian Azzam tu. Nak kan kau, kau tolak. Dengan alasan kau nak sambung belajar, nak kerja dulu. Eh, bila orang kaya tu masuk meminang kau boleh pulak kau terima dia, Yus? Dah tak ada ke cita-cita kau nak sambung belajar la... nak kerja dulu la..." Kak Zainab pula mencelah.
Matanya merenung Yusra bagaikan Yusra pesalah yang melakukan kesalahan yang berat.
Yusra hanya menunduk. Pedih hati bila orang luar membangkitkan isu sambung belajar. Kisah tentang wasiat, tiada siapa pun yang tahu melainkan keluarga terdekat sahaja.
"kemain besar lagi kereta laki kau. Lagi besar dari kereta viva yang Azzam guna tu. Ala... yang Azzam guna tu pun yang secondhand. Mana mampu nak tandingi kereta laki kau, kan? Datang kedai ni tak guna kereta ke? Sayang la kalau kereta ada tapi simpan buat perhiasan." Tambah Kak Zainab. Kepalanya sudah terjengul-jengul ke luar kedai, mencari kereta Fairuz.
"Tak kak Nab. Suami saya saja tak bawak kereta. Nak tengok-tengok suasana kampung," balas Yusra.
Cuba dikawal suaranya agar tidak kedengaran canggung dihadapan Kak Maryam dan Kak Zainab yang mula mencebik itu.
"Alah kau saja nak tayang laki kau kat orang kampung ni kan? Saja nak tunjuk laki kau tu hensem... kan?" Kak Maryam pula mencelah.
"Eh.. tak ada lah kak Yam." Yusra cuba menafikan.
Segera dia mencapai botol kicap dan botol sos cili di atas rak dan diletakkan ke dalam bakul. Dia ingin segera ke kaunter bayaran dan boleh balik segera. Dia tidak mahu Fairuz dengar dan tahu apa yang terjadi di dalam kedai.
''Seingat aku, hari tu kau datang kedai dengan laki lain, kan? sekali dengan dua orang budak. Laki dan perempuan. Aku rasa budak tu bukan anak-anak Yasmin. Aku ingatkan yang tu lah bakal suami kau, rupanya orang lain." Kak Zainab tidak puas hati.
Sengaja diambil peluang ini untuk sakitkan hati Yusra. Mahu Yusra rasakan apa yang anak saudaranya rasa.
Yusra diam. Tidak tahu apa yang patut dibalas. Lagipun dia tidak suka berbalas-balas mulut dengan Kak Maryam dan Kak Zainab, tidak mendatangkan faedah pun. Segera kakinya melangkah ke kaunter pembayaran.
"Ha'a aku pun ingat bakal suami kau yang tu. Kemain lagi mesra aku tengok kau dengan budak-budak tu. Siap makan bersuap bagai. Dah macam satu keluarga bahagia gitu. Gatal jugak rupanya perempuan macam kau ni, Yus. Tak cukup dengan Azzam, kau cuba pikat duda tu pulak. Tak dapat duda, kau pikat yang lain pula." Tambah Kak Maryam. Sengaja direka-reka cerita lain.
Langkah Yusra terhenti sebaik mendengar kata-kata Kak Maryam. Bibirnya diketap perlahan. Rasanya tuduhan Kak Maryam sudah melampau. Tangannya digenggam.
"Sayang, dah jumpa ke barang-barangnya?"
Entah bila lagi Fairuz ada disitu, entah dia dengar atau pun tidak, Yusra tidak tahu. Sedar-sedar tangan Fairuz sudah memaut bahu Yusra, tangan sebelah kanannya mengambil bakul yang dipegang.
Segera Fairuz bawa bakul itu ke kaunter bayaran dan membuat bayaran. Selesai urusan itu, dia menghampiri Yusra yang masih membatu ditempatnya.
Kak Maryam dan Kak Zainab yang tadinya berwajah sinis mula mempamerkan wajah manis bab gula. Mungkin tergamam melihat kekacakkan dan ketampanan Fairuz di depan mata.
"Sayang... sayang okay ke ni?" Tanya Fairuz. Tangannya memaut bahu Yusra dan memeluk bahu itu dengan erat.
Yusra masih lagi tergamam dengan kedatangan Fairuz dan mungkin juga terkejut bila Fairuz memanggilnya sayang. 'Sayang?' Dia lelaki pertama yang memanggil Yusra dengan panggilan yang cukup istimewa itu.
"Sa... sa... sayang okay," jawab Yusra gugup seraya mengukir senyuman paksa. Menunjukkan barisan gigi yang putih bersih itu.
Fairuz mengetatkan lagi pautan di bahu Yusra dan memaksa Yusra memusing tubuh ke belakang untuk berhadapan dengan dua makcik bawang itu.
"Mak cik ada apa-apa masalah ke dengan isteri saya?" tanya Fairuz. Wajahnya serius.
"Ehh, tak ada lah. Kami borak-borak kosong je tadi dengan Yus. Dah lama tak borak dengan Yus." Kak Zainab menjawab bagi pihak Kak Maryam.
Senyuman masih terukir indah di bibir keduanya. Kak Maryam mengangguk beberapa kali.
"Saya sebagai suami Yusra Saidah, saya cukup pantang bila ada orang menghina isteri saya. Saya tahu siapa isteri saya. Dan untuk pengetahuan mak cik, Yusra akan tetap sambung belajar dan bekerja seperti mana yang dia inginkan. Saya tidak menghalang sedikit pun apa saja yang dia mahukan. Saya harap ini kali terakhir saya dengar isteri saya dihina teruk macam ni. Jangan cari pasal dengan saya. Saya tak nak berlaku kasar pada orang yang selayaknya saya gelar dia dengan panggilan ibu." Tajam kata-kata Fairuz ditujukan kepada dua insan yang menghina isterinya tadi.
Dia dengar setiap butir bicara yang dikatakan. Walaupun ada perkataan yang menyakitkan hati, dia cuba mengawal keadaan. Baginya maruah isterinya perlu dilindungi. Segera ditarik tangan Yusra keluar dari kedai runcit Ustaz Luqman.
Wajah Kak Maryam dan Kak Zainab sudah berubah rupa. Sangkanya suami Yusra tidak mendengar apa yang mereka bualkan. Diketap bibirnya perlahan.
* * *
Fairuz melepaskan pegangan tangannya pada tangan Yusra bila merasakan mereka sudah jauh melangkah meninggalkan Kedai runcit Ustaz Luqman. Fairuz berjalan ke depan sedikit.
Yusra mengekor dari belakang. Wajahnya masih menunduk. Malu mahu mengangkat muka memandang Fairuz. Tidak meyangka Fairuz sudi membela maruahnya. Fairuz masih lagi dingin dengannya. Diam seribu bahasa. Berbeza dengan hari pertama dia berkahwin. Kebisuan Fairuz bermula sejak mereka balik dari Homestay semalam. Sepatah ditanya, sepatah yang dijawab. Kadang-kadang tidak berjawab langsung.
"Awak...." Yusra memanggil.
Fairuz menghentikan langkahnya namun tidak segera menoleh.
"Terima kasih tolong saya tadi." Sambung Yusra. Dia mendekati suaminya. Mendongak sedikit kerana suaminya itu tinggi lampai orangnya.
"Saya ada apa-apa salah ke dengan awak?" Yusra bertanya. Matanya mencari anak mata suaminya. Mahu bersemuka merungkai segala persoalan yang membuatkan suaminya berubah jadi pendiam begini.
Fairuz menghela nafas. Direnung wajah isterinya. Tipulah kalau dia katakan dia tidak sukakan perempuan dihadapannya kini. Rasa suka itu terbit saat pertama kali dia melihat gambar gadis itu. Satu rasa yang tidak dapat digambarkan bagaimana rasanya saat bibir melafazkan akad nikah dan saat pertama kali dikucup dahi isterinya itu.
Namun hatinya juga tidak boleh menipu. Sakit rasanya setiap kali teringat tentang pengakuan abangnya serta nama lelaki lain yang baru didengar sebentar tadi. Azzam ke namanya?
"Aku baru jadi suami kau 4 hari, tapi kenapa kau buat aku rasa sakit hati macam ni?" soalan dijawab dengan soalan. Serius bunyinya.
Mata Yusra yang merenung matanya dibalas. Tidak dihiraukan kenderaan yang lalu lalang di atas jalanraya.
"Apa yang saya buat?"
"Kau sukakan Abang Qan?" tanya Fairuz lagi. Tajam renungnya pada Yusra. Abang Furqan sukakan Yusra, adakah Yusra juga sukakan Furqan?
Yusra tersentak. Segera dilarikan anak matanya. Dia menunduk.
'Kenapa masih tanya soalan yang sama?'
Yusra mengeleng perlahan.
"Abang Qan dah saya anggap seperti Abang Zul dan Abang Adif. Farhan dan Farhana pula saya dah anggap macam Zafrin dan Zehra. Lagipun dia anak saudara awak, secara tak langsung dah jadi anak saudara saya juga," jawab Yusra.
"Kalau dia suka kau?" Fairuz bertanya lagi. Wajahnya masih ketat seperti tadi. Berdebar menanti jawapan yang bakal diberikan Yusra.
"Saya tak mampu menghalang sesiapa pun suka saya. Itu hak dia. Tapi saya sebagai isteri, saya tahu apa hak dan batas saya. Saya wajib suka, sayang dan cinta suami saya saja. Haram hukumnya kalau saya sukakan lelaki lain," jawab Yusra dan mula mengatur langkah.
Fairuz tersenyum. Ada satu rasa tenang dan sejuk bagaikan ada air yang menyiram hatinya.
"Tadi aku dengar mak cik tu sebut nama Azzam. Siapa Azzam? ex-boyfriend kau?" Fairuz menyaingi langkah Yusra. Banyak yang perlu dia siasat tentang isterinya sebelum dia memiliki sepenuhnya hati itu.
Yusra berhenti menapak. Dia menoleh ke sisi mencari wajah suaminya.
"Azzam cuma rakan sekelas saya. Kami tak ada apa-apa hubungan istimewa pun." Yusra meneruskan langkahnya.
"Oo.. Okay.. Aku harap kau tak tipu aku. Kalau aku tahu kau tipu aku, siap kau," ugut Fairuz seperti biasa dan berlalu ke rumah Haji Shafie.
Yusra mengeluh perlahan sebelum dia meneruskan langkah kakinya.
* * *
Selesai makan malam,Yusra meminta izin dari suaminya untuk berlalu ke biliknya. Fairuz yang sedang menonton tv bersama ayah, ibu dan Yusran Saidi hanya mengangguk.
Yusra mula memunggah pakaiannya dari almari dan diletakkan diatas katil. Satu persatu pakaiannya dilipat dan dimasukkan ke dalam beg pakaian. Esok di subuh hari, dia dan suaminya akan bertolak ke rumah mertuanya di Kuala Lumpur. Lagi seminggu majlis resepsi pihak lelaki akan berlangsung. Memikirkan itu, hatinya berdebar-debar. Bagaimana nanti kisahnya? Bagaimana penerimaan keluarga mertua terhadapnya?
Yusra termenung sendiri. Tangannya juga berhenti bergerak. Dia masih memikirkan hala tuju perkahwinan ini. Mampukah dia bertahan bersama dengan orang yang dia baru kenal? Bahagiakan mereka nanti?
Abah dan Umi menerima dia seadanya. Layanan dan budi bicara dari keduanya sudah cukup membuktikan yang mereka boleh menerima dia.
Tengku Farra?Walaupun agak pelik cara gadis itu pada mulanya, dia tahu Farra boleh menerima kehadiran dia dalam keluarga mereka.
Tengku Furqan? Dia meneguk liur kesat. Dari cara pandangan Furqan, dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Dia tidak selesa. Dan kerana Furqan, Fairuz mula mengesyaki yang bukan-bukan padanya.
Farhan dan Farhana? sudah seperti anak saudaranya. Adanya mereka tidaklah dia terasa sunyi nanti. Dia tersenyum mebayangkan gelagat Farhan dan Farhana.
Tapi ada satu lagi nama yang menjadi persoalannya. Tengku Fatihah binti Tengku Faisal. Nama yang sama dengan nama Kak Fatt. Keluarga Fairuz panggil dia, dengan nama Tehah. Sama dengan keluarga Mak Chik. Mereka saudara kah? Kalau saudara, maknanya dia berkahwin dengan abang Kak Fatt? Sepupu abang Faiz sendiri? Liurnya diteguk berkali-kali. Tiba-tiba terasa seram sejuk tubuhnya.
"Kau ni dah kenapa? Sekejap senyum, sekejap berkerut..." Fairuz menepuk bahu Yusra.
"Opocott!"
"Amboi melatah..."
Terpinga-pinga Yusra dibuatnya. Segera ditoleh ke sebelahnya. Fairuz sudah berdiri disitu sambil merenungnya dengan tangan berpeluk tubuh.
"Eh.. bila awak masuk? Tak ketuk pintu pun," gugup Yusra lalu menunduk mengingatkan dia melatah sebentar tadi.
Termalu sendiri tapi tak lama, dia dibingkas bangun bila menyedari tiada tudung dikepalanya. Melilau pandangan mencari dimana letaknya tudung dia. Seingat dia, dia meletakkan tudung di sebelah dia, tapi kini....
"Kau cari ni?"
Ya.. tudung yang terletak elok di tangan Fairuz itu yang dicari. Yusra mengangguk, lurus pula dia.
"Firstly, aku tak nak kau bertudung dengan aku. Kau isteri aku. Dah aku suami kau. Tiada hukum yang menyatakan kau perlu bertudung dengan aku."
Fairuz meletakkan kembali tudung itu ke katil. Fairuz merebahkan diri ke permukaan katil. Matanya dipejam rapat.
Yusra masih termangu. Segan berdua-duaan dengan lelaki di dalam bilik masih belum habis, inikan pula mendedahkan rambutnya pada lelaki itu. Tapi lelaki ini suaminya, jadi tidak salah kan?
"Dah.. tak payah la kau nak termenung macam tu. Cepat kemas baju kau, nanti kau tolong kemas sekali pakaian aku. Aku dah nak tidur. Esok aku nak drive." Fairuz bersuara dengan mata terpejam.
Yusra tersentak. Cepat-cepat dia menghabiskan kerjanya.
"Awak tak tidur kat bawah ke?" Yusra bertanya, tangannya lincah melipat pakaiannya. Asal muat saja lah. Macam mana cara lipat dia dah tak kisah.
"Sekejap la..nanti kau dah siap mengemas, aku tidur la bawah. Aku bukannya nak tidur lagi pun. Aku nak rehat je," balas Fairuz.
Matanya masih terpejam dan makin lama makin dia rasa sunyi telinganya.
Share this novel