Bab 84 : CBYS

Romance Series 109654

"Kak Fatt?!"

Yusra Saidah bangkit dari duduknya. Berjaga-jaga, risau kalau Fatihah bertindak gila lagi.

"Kak Fatt? Ohh please.. don't call me with that's stupid name! Sorry ya Yusra.. aku dah tak berminat dengan nama tu.. Sekarang just call me Tehah. I love my nick name already." Fatihah silang tangan ke dada. Tenung Yusra yang masih pegun berdiri di tempatnya.

"Apa.. apa.. kak Tehah buat kat sini?"

"Apa aku buat kat sini? Of course la aku datang nak ziarah kakak ipar kesayangan aku. Kau kan tak sihat lagi, so aku datang la melawat kau.. Tak salah kan?" Fatihah melangkah setapak.

Yusra mundur setapak.

Tindakan Yusra Saidah mengundur, membuatkan Fatihah simpul senyuman. Bagaikan ada benda yang menggeletek hatinya.

"Kau takut dengan aku ke?"

Yusra Saidah diam. Rasanya itu yang terbaik sekarang ini.

"Aku tanya, kau takut dengan aku ke?"

Yusra dalam dua, mahu menggeleng ke mengangguk. Sejak kejadian lalu dan sejak Fairuz berterus terang tentang apa yang dah berlaku pada Fatihah di zaman silamnya, dia boleh simpulkan Fatihah mempunyai masalah dalaman. Berkaitan dengan jiwa. Fikirkan tentang itu, Yusra jadi takut berhadapan dengan Fatihah. Fatihah yang sekarang bukan lagi Fatihah yang dulu.

Fatihah mara lagi beberapa tapak dan kini dia berhenti betul-betul di meja studi Yusra. Capai telefon bimbit milik Yusra dan ditekan butang 'off'. Matanya kembali dihalakan kepada Yusra.

Yusra bungkam di tempatnya. Teguk liur dengan rasa payah. Berdebar menunggu sebarang tindakbalas Fatihah. Dia mula berkira-kira untuk membuat keputusan bergerak ke pintu bilik tetapi memandangkan kedudukan Fatihah dengan pintu lagi dekat daripadanya, dia matikan hasratnya. Kalau boleh dia tak nak berdekatan dengan Fatihah.

Fatihah mengeluh kecil sebelum membuka mulut.

"Apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku Yusra?" Cerlung matanya menikam anak mata Yusra.

Yusra diam. Soalan Fatihah tu.. buat dia berfikir, apa maksud Fatihah? Aku yang tak puas hati dengan dia?

"Apa yang kau nak dari aku, Yusra? Tak cukup lagi ke kau dah rampas kasih sayang semua orang dari aku? Kau dah berjaya rampas abang-abang aku.. kau dah rampas umi dan Abah.. sekarang kau cuba nak rampas Is dari aku pulak?" Tanya Fatihah bila Yusra tidak merespon soalannya tadi.

Rampas Is? Apa maksud Fatihah ni? Apa kaitan dia dengan Faiz pula?

"Kenapa kau perlu wujud dalam hidup aku, Yusra? Aku bahagia dulu tanpa ada seorang pun sebut nama kau. Tapi atuk dah rosakkan semua rancangan aku! Dia tetap usaha cari kau.. tetap nak teruskan rancangan dia. Huh! Kau tahu tak kenapa aku benci dengan kau?"

Yusra menggeleng sebab dia sendiri pun nak kan jawapan dari Fatihah. Kenapa Fatihah sangat bencikan dia sedangkan mereka mempunyai satu kenangan yang cukup manis yang dikongsikan bersama.

"Sebab kau 'Idah'. Kau budak perempuan tu. Dulu keu pernah tanya aku dulu kenapa tangan aku ada parut hodoh tu, Kan?"

Yusra mengangguk. Ya, dia pernah tanya dulu.

"Sebab kau! Kau buat aku jadi gila setiap kali aku teringat peristiwa tu. Aku tak boleh lupa Yusra. Aku ingat lepas kau pindah aku dah tak perlu hadap lagi muka kau.. tapi aku silap rupanya.. aku silap berkawan dengan kau. Aku silap sayangkan kau lebih dari aku sayang adik aku sendiri. Aku silap bawak kau balik jumpa Is."

"Aku menyesal kenal kau. Aku tak boleh terima hakikat kau kahwin dengan abang aku dan aku tak boleh terima bila Is tetap cintakan kau walaupun kau dan dia dah lama sepi. Aku sendiri yang cipta jurang tu tapi kenapa cinta kau dengan Is, liat sangat? Bertahun kau tinggalkan dia tapi dia tetap ingat kau.. kenapa....?" Jeda Fatihah sebentar cari nafas baru.

"Bertahun aku dan dia kat sana tapi nama kau jugak yang disebut-sebutkan. Aku sekadar tempat untuk dia pinjam telinga dengar segala luahan hati dia... itu ke fungsi aku kepada dia?" Sambungnya.

"Yusra... Yusra tak tahu Kak Tehah suka dia.. betul Yusra tak tahu... Kalau betul Yusra tahu, Yusra tak kan terima dia."

"Aku dah lama suka dia tapi dia senang-senang je berubah sejak kenal kau. Aku menyesal kenalkan kau dengan dia. Walaupun sekejap je dia jumpa kau, tapi dia dah mula sayang kau.. langsung dia tak fikir perasaan aku yang dah lama tunggu dia balas perasaan aku.."

"Yusra minta maaf...."

"Maaf kau tak kan mengubah apa-apa Yusra. Aku sendiri dah benci kau. Aku sendiri buang kau dari hidup aku! Kau...." Fatihah meluru ke arah Yusra.

Yusra mengundur lagi tapi kerana kudrat dan tahap kesihatannya, pergerakannya jadi sedikit terbatas. Tak mampu untuk dia melangkah selebar yang mungkin. Langkahnya serta merta terhenti bila terasa rambutnya di cekak dari belakang. Yusra menyeringai kesakitan. Berkerut-kerut mukanya menahan sakit. Tangannya turut pegang tangan Fatihah yang tengah mencengkam kuat rambutnya.

"Sakit.. sakit..." Yusra mengaduh. Tangan sebelah pegang perut yang tiba-tiba rasa berdenyut dan sebelah lagi masih utuh pegang tangan Fatihah.

"Kau tak serik-serik lagi ke, hah? Kau sengaja nak buat aku jadi gila kan?!" Fatihah tolak kuat Yusra jatuh tersembam ke lantai. Sekali lagi dia mara ke arah Yusra.

Yusra pantas toleh ke belakang. Terkejut dengan tindakan Fatihah. Sakit di tempat pembedahan mula terasa. Kedua tangannya menongkat badan. Mengengsot sedikit ke belakang sambil menggeleng kepala bila Fatihah menerpa ke arahnya.

"Jangan Kak Tehah.. Sakit.. Sakit.."

Sekali lagi Fatihah cengkam rambut Yusra. Memaksa Yusra mendongak memandangnya.

"Tak guna punya perempuan!" Satu tamparan hingga di pipi kiri Yusra.

Yusra terteleng ke kanan. Berbirat. Tangannya pegang pipi yang mula rasa berdenyut.

"Kau cuba nak pisahkan aku dengan Is, ya?" Soal Fatihah garang. Belum puas hati. Sekali lagi tamparan hinggap di pipi Yusra.

"Kau cuba nak rampas Is dari aku, Kan?"

Yusra menggeleng. Air mata mula bercucuran membasahi pipi. Gigil tubuhnya, takut dengan Fatihah yang mula menggila. Dia menahan rasa sakit di pipi dan perutnya. Sebenarnya dia tak faham apa yang cuba disampaikan oleh Fatihah. Rampas Is apa sebenarnya ni? Dia tak faham!

"Apa lagi yang kak Tehah tak puas hati dengan Yusra?" Tanyanya perlahan. Matanya tatap mata garang Fatihah.

"Aku gila Yusra. Aku jadi gila sebab kau! Kalau bukan sebab kau tak mungkin Is akan kahwin dengan Haura!" Jerkah Fatihah.

"Haura? Doktor Haura?" Terpinga-pinga Yusra bertanya.

"Ya.. Doktor Haura. Doktor yang rawat kau tu. Kau tahu dia akan kahwin dengan Is?"

Yusra menggeleng. Sungguh dia tak tahu.

"Kalau bukan sebab kau, tak mungkin mereka berdua tu akan jumpa dan tak mungkin diorang akan kahwin!"

"Jadi semuanya salah Yusra?" Yusra menjawab, memberanikan diri. Alasan Fatihah macam budak-budak.

"Ya.. salah kau! Kalau kau tak sakit, mereka tak kan jumpa lah!"

"Jadi siapa yang buat Yusra sakit?" Beranikan diri Yusra menyoal. Tak kisah apa nak jadi sekali pun, jadi lah! Dia dah tak larat jadi mangsa Fatihah lagi.

Fatihah terdiam.

"Apa lagi yang kak Tehah nak Yusra buat supaya kak Tehah rasa lega?"

"Aku nak kau jauhkan diri dari Is. Is tu hak aku! Is suami aku, Yusra!"

"Suami?"

"Ya.. dia suami aku!"

Yusra heret senyuman senget.

"Dia suami akak, jadi tak ada kena mengena dengan Yusra. Dia suami orang dan Yusra isteri orang. Kalau akak cakap Is tu suami akak, akak la yang patut jaga Is supaya tak kahwin lain, bukannya datang serang Yusra macam ni!" Tempelak Yusra berani.

"Berani kau ya? Kurang ajar kau!" Tangannya dihayung tinggi menanti saat jatuh ke pipi Yusra.

"Tehah!!"

Serentak jeritan itu tubuh Fatihah di tolak ke sisi oleh Fairuz. Fatihah jauh ke lantai. Dia angkat muka, terkejut dengan kehadiran abangnya. Merah padam muka Fairuz pandang dia sebelum Fairuz duduk disebelah Yusra. Tilik wajah isterinya. Ada kesan biru di pipi isterinya berserta darah di hujung bibir.

Mak Som dan Faiz juga masuk. Mak Som dengan muka pucatnya, bersalah kerana membenarkan Fatihah masuk ke rumah majikannya sedangkan Fairuz sudah acap kali beri peringatan jangan benarkan sesiapa masuk ke rumah melainkan dengan izinnya. Mak Som peluk Yusra.

"Kau kurang ajar Tehah! Sini kau!" Bingkas berdiri, Fairuz laju menerpa ke arah Fatihah. Di tarik lengan adiknya supaya bangun berdiri tegak. Sekali lagi sebijik penampar singgah di pipi Fatihah. Tak cukup dengan itu, dia tolak tubuh Fatihah rapat ke dinding. Lengannya tolak leher Fatihah sampai kan Fatihah rasa sesak untuk bernafas.

"Apa masalah kau hah, Tehah? Apa lagi yang kau tak puas hati dengan isteri aku??" Jerkah Fairuz. Hilang sudah sabarnya melayan perangai adiknya yang sorang ni.

"Kau nak jadi pembunuh? Kau nak bunuh Yusra? Kau nak bunuh anak aku?"

Fatihah diam tidak berjawab. Sakit lehernya ditekan Fairuz. Terkapai-kapai mencari nafas. Fairuz lepaskan pegangannya.

Tubuh Fatihah longlai jatuh ke lantai. Terbatuk-batuk bila terasa perit di kerongkongnya.

"Kau memang dah gila Tehah. Aku dah cukup sabar dengan perangai kau yang cemburu tak habis-habis. Kau cemburu buta. Obses dengan cinta kau. Yusra isteri aku, bukan isteri Is. Dia dah Is dah jadi sejarah. Boleh tak kau terima hakikat tu?"

Fatihah jeling Fairuz sambil mengurut lehernya.

"Aku akan pastikan kali ni biar polis yang masuk campur termasuk sekali dengan kes yang sebelum ni. Aku diam, bukan sebab aku tak nak dakwa kau tapi sebab aku fikirkan perasaan umi dan Abah. Tapi kau, ada kau fikir perasaan diorang?!"

"Kau berdendam dengan semua orang tak kan mengubah apa-apa Tehah. Past is the past. Everything cannot be changed no matter how you try to do. Tolong la Tehah... lupakan semuanya." Keluh Fairuz di hujungnya. Tangannya naik menekan pangkal hidung dengan mata terpejam.

Faiz yang sedari dari tadi hanya memerhati, melangkah setapak ke arah Fatihah. Tiada niat mahu membela Fatihah, biarlah. Biar Fatihah rasa apa akibatnya dari perbuatannya sendiri. Faiz duduk di hadapan Fatihah. Tenung wanita itu sekali lagi. Fatihah masih mengurut lehernya.

"Kau dah melampau kali ni Tehah." Ujarnya perlahan. Tapi cukup buat seluruh penghuni bilik itu dengar.

"Kau nak kahwin dengan Haura."

"Jadi sebab tu kau serang Yusra? Kau marah pada orang yang salah, kau sepatutnya marah aku.. bukan Yusra."

Fatihah jeling tajam pada Yusra yang masih dalam pelukan Mak Som.

"Kali ni kau betul-betul dah cabar kesabaran aku, Tehah. Aku ada ingatkan kau, jangan sentuh atau apa-apa kan Yusra tapi kau degil. Aku sayangkan Yusra tapi hanya sebagai seorang adik. Aku dah terima yang jodoh aku tak ada dengan Yusra. Aku mengalah demi Ruz sebab aku tahu Ruz betul-betul sayangkan Yusra. Tapi kau tetap tak percaya. Kau tetap rasa Yusra sebagai pesaing kau."

"Aku minta maaf Tehah tapi kali ni aku betul-betul pasti dengan keputusan aku. Aku ceraikan kau dengan talak satu." Faiz bingkas bangun dan melangkah keluar dari bilik meninggalkan Fatihah yang masih terpinga-pinga di tempatnya.

Bukan hanya Fatihah yang terpinga-pinga, Fairuz dan Yusra juga sama. Tercengang dengan apa yang baru di luahkan oleh Faiz tadi.

"Abang...." Yusra mengalih perhatian Fairuz. Fairuz kembali toleh pada Yusra. Yusra mengamitnya.

"Yusra.." Fairuz peluk Yusra. Tak boleh dia bayangan kalau dia terlewat tiba. Agaknya kalau Yusra mati, baru puas hati Fatihah!

"Sakit..." Yusra merintih dalam pelukan suaminya. Sangat lega bila Fairuz muncul tepat pada masanya.

"Perut Yusra sakit..." Tambah Yusra lagi. Tangannya diletakkan pada perut. Kawasan rahim atau lebih tepat lagi pada luka pembedahan tempoh hari.

Fairuz jarakkan pelukan. Ada sedikit tompokkan merah pada baju Yusra. Yusra turut pandang pada tempat yang sama.

"Da... darah?!"

"Jom kita pergi hospital!" Fairuz sudah bersedia untuk mencempung tubuh Yusra.

Faiz... =( Ending bila? InshaAllah tak lama lagi. 40k views? Tak percaya! Tq2 saya sgt hargai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience