Bab 6 : CBYS

Romance Series 109654

Usai solat Isyak berjemaah bersama keluarga. Fairuz melencong ke ruang dapur. Siti dan Mak Kiah tengah sibuk menyiapkan hidangan makan malam untuk mereka sekeluarga. Uminya mengekori dari belakang.

"Ruz, tadi peguam arwah atok call abah, katanya surat dan dokumen yang berkaitan dengan Haji Shafie tu dah diposkan kepada Haji Shafie." Beritahu Uminya seraya menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya.

Fairuz juga turut melabuhkan punggungnya. Dihadapan uminya.

"Jadi, benda tu memang tetap kena teruskan ke umi? Tak boleh cancel?" Soalnya.

'Benda' yang dimaksudkan adalah berkenaan janji arwah datuknya bersama Haji Shafie.

"Mesti la kena teruskan Ruz. Lagipun arwah atok sangat-sangat terhutang budi dengan Haji Shafie. Bukan arwah atok saja, abah pun sama. Kerana hati ni hati dia punya." Abahnya bersuara di belakang.

Tangan abahnya diletakkan di dada. Kerusi ditarik dan dilabuhkan punggungnya. Menanti kehadiran Furqan bersama si kembar sebelum memulakan makan malam mereka.


* * *

_Ruz, kau hutang aku explanation!_ ~Iskandar

WhatsApp dari sepupunya itu dipandang.

"Apa yang perlu aku jawab Is? Aku tak tahu nak cerita kat kau macam mana." Dia mengumam sendiri. Lama berfikir, akhirnya dia membalas.

_Kau ingat tentang baby Haji Shafie tu?_ ~Fairuz

_Of course aku ingat baby tu._ ~Iskandar

_Kau dan aku sama-sama suka layan dengan baby tu. haha_ ~Iskandar

_Tapi kau tu lah.. tamak! Tak nak bagi orang lain pegang baby tu._ ~Iskandar

_Ye ke kau ni, ke kau nk tembelang aku?_ ~Fairuz

_Tembelang-tembelang ni aku tak main ok._ ~Iskandar

_Aku tulis ni berdasarkan fakta semata-mata tahu!_ ~Iskandar

_Kau memang sayang gilerr dengan budak tu._ ~Iskandar

_Kau selalu cakap 'ni aku punya lah!' kalau aku nak main-main dengan baby tu._ ~Iskandar

Tersentak sedikit Fairuz membaca WhatsApp dari sepupunya. Seperti yang umi memberitahunya. Dada mula berdebar.

_Kau biar betul Is?_ ~Fairuz

_Kenapa aku sayang sangat budak tu?_ ~Fairuz

_Ehh... manalah aku tahu... Apahal ni, kau tanya aku pasal semua ni?_ ~Iskandar

_Ada apa-apa dah berlaku yang aku tak tahu ke Ruz?_ ~Iskandar

_Kau dah jumpa dia ke, Ruz?_ ~Iskandar

_Bukan aku jumpa dia... tapi arwah atok yang jumpa dia._ ~Fairuz

_Arwah atok dah tunangkan kitorang masa kita masih study lagi._ ~Fairuz

_Whatt?!_ ~Iskandar

_Kau biar betul Ruz!_ ~Iskandar

_Aku tak tipu kau, Is. Arwah atok tanya kau soalan tu sbb arwah nak pinangkan anak Haji Shafie tu untuk kau atau aku sebagai balas budi Haji tu dah selamatkan nyawa abah aku dan Ayah Chik._ ~Fairuz

_Bila kau cakap kau dah ada steady girlfriend, atok pinangkanlah budak tu untuk aku._ ~Fairuz

_Hahah asal lawak sangat ni Bro? Kau main-main je kan?_ ~Iskandar

_Kau rasa aku tengah main-main ke sekarang ni Is?_ ~Fairuz

_Kau tengah serius?_ ~Iskandar

_Absolutely yes! Kalau kau tak percaya... kau boleh call abah aku, tanya dia sendiri._ ~Fairuz

_Ohh... Sejujurnya aku terkejut.. Rasa macam tak logik zaman sekarang ni ada lagi benda-benda macam ni._ ~Iskandar

_Habis, kau ingat aku tak terkejut? Aku ni masih lagi confused tahu! Sebab tu aku tanya kau macam-macam sebab aku tak ingat apa jadi dulu!_ ~Fairuz

_Oo.. i see..._ ~Iskandar

_Jadi kau setuju? Qaz macam mana?_ ~Iskandar

_Aku still blur la Is._ ~Fairuz

_Aku masih berharap ada harapan untuk umi dan abah cancel dengan plan tu._ ~Fairuz

_Oh, one more thing about Qaz, dia dah bertunang dengan org lain._ ~Fairuz

_How comes? Biar betul Qaz ni! Dulu masa nak kau, kemain lagi merayu bagai dengan aku.. tapi bila dh dapat sekarang ni senang-senang pula dia bertunang dengan orang lain.. hish, tak faham aku!_ ~Iskandar

_Qaz ni pun satu la.. Wat hal time mcm ni. Kalau tak, boleh je kau cakap dekat abah kau, kau dah ada calon._ ~Iskandar

_Aku dah cakap benda tu Is._ ~Fairuz

_Mentah-mentah abah aku bantah pilihan aku sebab Qaz tu, model._ ~Fairuz

Jeda. Ada sesuatu yang ingin ditanyakan kepada Iskandar.

_Is, aku nak tanya kau sesuatu ni..._ ~Fairuz

_Kalau aku tolak jawatan Ceo Mentari tu, kau terima tak?_ ~Fairuz

_Maksud kau, aku kena kahwin dengan anak Haji Shafie tu?_ ~Iskandar

_Ya._ ~Fairuz

Selepas mesej itu dihantar, dadanya kembali berdebar. Menunggu balasan mesej dari Iskandar bagaikan menunggu satu keputusan yang sangat bermakna buat dirinya.

'Typing...' sudah kelihatan. Makin berdebar hatinya mahu tahu apa yang akan dibalas oleh Iskandar.

_Kau dah gilerr ke Ruz?_ ~Iskandar

_Tu tunang kau lah! Tak kan la aku nak rampas tunang kau tu!_ ~Iskandar

_Walaupun hakikatnya kau mungkin tak suka, dia tetap tunang kau!_ ~Iskandar

_Dan kau tu sepupu aku._ ~Iskandar

Fairuz hembus nafas lega.

'Kenapa rasa lega selepas membaca mesej itu? Kenapa dengan hati ni?'

_Aku tak kenal dia, Ruz. Arwah atok pun dah pilih dia untuk kau._ ~Iskandar

_Maknanya dia memang bukan untuk aku tapi untuk kau_ ~Iskandar

_Lagipun dari dulu kau memang suka budak tu. Mesti kau akan suka dia lagi lepas ini walaupun sekarang ni kau rasa kau tak kenal dia lagi._ ~Iskandar

Fairuz tersenyum sedikit. Nafas lega dihembus. Dia menutup aplikasi WhatsApp. Jam di skrin itu telefon dipandang.

2.00 pagi! Terbuntang matanya. Lantas lampu bilik di tutup dan mulakan pembaringan. Berharap esok ada semangat baru untuk memulakan kerja.

* * *

"Assalamualaikum!"

Yusra Saidah yang sedang leka menyapu dedaun kering di halaman rumahnya tersentak. Segera ditoleh ke belakang mencari empunya suara.

"Oii Yus, kau menyapu ke berangan?" Sindir Azfarul Naqiuddin atau panggilan mesranya, Kudin.

Kudin itu anak kepada Ustaz Luqman digelar 'posmen kampung' kerana selalu menghantar surat-surat yang dilambakkan oleh Posmen di kedai ayahnya.

"Apalah kau ni Kudin, terkejut aku!" Marah Yusra. Penyapu lidi di tangan disandarkan ke batang pokok.

"Ada surat untuk aku ke?" Tanyanya kemudian bersama senyuman. Dia segera berjalan menghampiri Kudin.

"Ada.. ni hah.." Kudin menghulurkan sekeping sampul surat padanya.

Tangan Yusra ingin segera menyambut tetapi belum sempat hujung jarinya menyentuh, Kudin sudah menarik sampul surat itu kembali ke raga motorsikalnya.

"Apa kau ni Kudin!" Marah Yusra bila Kudin mempermain-mainkannya.

Kudin mengekek ketawa.

"Aku gurau jelah Yus. Kau kan tak lama lagi dah nak masuk U. Time ni jelah aku boleh gurau-gurau dengan kau. Kau tengah berangan nak kahwin dengan anak raja ke tadi Yus?" Giat Kudin.

Yusra mula menjengil mata.

"Ha'a Din. Manalah tahu kot-kot terbayang-bayang wajah Pemangku Sultan Pahang yang smart tuuu" Balas Yusra dengan ketawanya.

"Amboi ada hati nak kahwin dengan anak raja Pahang erk kau? Kenapa, kau ingat anak raja Terengganu tak smart ke?" Tanyanya.

"Eleh siapa cakap anak raja Terengganu tak hensem? Ala.. kalau hensem pun bukannya dia pandang aku pun.." Balas Yusra tidak mahu mengalah.

''Kalau tempias keturunan raja Terengganu tu kau nak tak Yus? " Soal Kudin. Jarinya mengetuk dagu seperti memikirkan sesuatu.

"Kenapa, kau ada nak recommend untuk aku ke?" Soal Yusra pula. Lurus bendulnya sudah datang.

"Ada... Aku lah tu.. Raja Kudin ibni Raja Luqman. " Balas Kudin dengan gelak ketawanya yang kuat.

Yusra menarik muncung. Terkena!

"Ala.. janganlah marah Yus. Aku gurau je. Ni hah ada surat untuk Shafie bin Mustafa. Bakal bapa mertua aku ada tak? sihat tak dia?" Tambah Kudin lagi.

Yusra menjegilkan mata. Segera diambil penyapu lidi yang bersandar di tepi pokok dihala kepada Kudin. Makin kuat Kudin ketawa.

"Maaflah adik Yus. Abang Din gurau je. Ni suratnya, ambillah." sambung kudin lalu menyerahkan surat itu kepada Yusra.

Yusra menyambut dan mengucapkan terima kasih kepada posmen kampung itu. Sebaris senyuman dihadiahkan kepada Kudin. Sebaik sahaja motorsikal Kudin berlalu, Yusra terus masuk ke rumahnya dan mencari ibunya.

* * *


"Kak Yus, abang Adif call!" Jerit Yusran Saidi di ruang tamu kepada kakaknya yang berada di dapur.

"Angkat jelah Idi. Akak busy ni." Balas Yusra pula. Menjerit juga.

Senyap seketika. Hanya kedengaran suara Yusran Saidi menjawab setiap pertanyaan dari abangnya di talian.

"Kak Yus, abang Adif cakap dia dah on the way balik kampung. Kak Min pun balik jagak. Insha Allah malam nanti diorang sampai." Beritahu Yusran Saidi sebaik sahaja talian telefon dimatikan.

Yusran Saidi ke dapur, menjenguk kakaknya di dapur.

"Ye ke?" Yusra Saidah meminta kepastian. Senyuman sudah terukir di bibir. Wajah ceria adiknya dipandang.

"Sukanya Kak Min balik. Boleh main-main dengan Zafrin dan Zahra." Jerit Yusra girang mengenangkan telatah dua anak saudaranya itu.

"Apa ni Yus, Idi.. terjerit-jerit! Dengar dek orang, tak ke malu nanti?" Tegur si ibu yang baru tiba di dapur.

Yusra dan Yusran tersengih memandang ibu mereka.

"Makanan dah siap Yus?" Tanya Hajah Sumayah kemudian.

"Belum lagi bu. Tunggu kuah lemak kening ni masak jap. Yus masak ikan tenggiri masak lemak kuning." Jawab Yusra. Tangannya masih sibuk mengacau gulai di atas dapur.

Hajjah Sumayah mengangguk. Yusran Saidi pula dipandang.

"Air dah siap Idi? kalau dah siap, bawa ke depan. Ayah dah balik." Hajjah Sumayah berkata kemudian sebelum melangkah ke ruangtamu.

Yusran Saidi pantas mencapai beberapa biji cawan di atas rak dan disusun ke atas dulang. Dengan berhati-hati dia menuang air sirap ke cawan. Dengan langkah cermat, dia menatang dulang air sirap ke ruangtamu.

* * *

"Tadi, Kudin ada datang hantar surat untuk abang." Hajjah Sumayah memulakan bicara tatkala melabuhkan duduknya di sisi suaminya di ruangtamu.

"Surat apa?" Soal Haji Shafie.

Tuala 'Good Morning' kembali diletakkan di atas bahu setelah selesai mengesat peluh di lehernya.

"Surat dari Tengku Ibrahim." Jawapan isterinya itu sedikit sebanyak mengejutkan Haji Shafie.

"Tengku Ibrahim?" Soalnya sekali lagi.

Matanya sempat dikerlingkan kepada isterinya. Bimbang juga takut tersalah dengar. Haji Ibrahim atau Tengku Ibrahim? Orang berbeza meskipun nama mereka hampir sama. Kalau boleh dia tidak mahu nama itu disebut oleh sesiapa sekalipun tapi tidak mungkin itu terjadi. Mereka sudah terikat dengan sebaris nama itu.

''Ya abang. Tengku Ibrahim. Ayah kepada Tengku Faisal, orang yang abang selamatkan dulu. Dia nak menuntut janji dia dari kita. Sudah tiba masanya, abang. "Jelas Hajjah Sumayah.

Haji Shafie kembali pandang isterinya. Mengerti apa yang dibicarakan oleh isterinya itu.

"Ya, abang tahu. Janji tu wajib kita penuhi selagi kita mampu. Lagipun anak kita dah besar Anak kita dah lama jadi hak dia. Sudah tiba masanya anak kita perlu tahu tentang hal ni." Kata Haji Shafie.

Hajjah Sumayah mengangguk perlahan-lahan.

"Ayah, Ibu.. jemput minum."

Yusran Saidi muncul dari dapur sambil meletakkan dulang yang berisi cawan itu dengan berhati-hati. Perbualan Haji Shafie dan isterinya terbantut.

"Ayah, Ibu, tadi abang Adif call kak Yus. Katanya abang dah on the way balik kampung. Insha Allah malam ni sampai. Kak Min pun sama." Beritahu Yusran Saidi setelah selesai kerjanya.

Sebentar kemudian Yusra muncul dan memanggil mereka untuk menikmati hidangan tengahari mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience