Bab 51 : CBYS

Romance Series 109654

Sepi. Itulah perkataan yang sesuai Yusra gambarkan tentang perasaannya sekarang. Setelah hampir satu jam berada dalam kereta dengan Fairuz, sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulut Fairuz, buat Yusra tertanya-tanya apa yang sudah terjadi sebelum Fairuz menjemputnya sebentar tadi.

Hendak bertanya, dia tidak berani. Lihat wajah serius Fairuz pun sudah cukup mengerunkan apatah lagi kalau dah keluar suara halilitarnya. Yusra dah serik. Cukup lah Yusra pernah kena marah dulu. Jadi sebagai langkah terbaik, baik dia diam sahaja.

Yusra sempat menjeling signboard yang tertulis 'Exit-Alor Gajah' sebelum signboard berkenaan hilang ke belakang. Yusra terlopong sebentar. 'Eh, Alor Gajah tu kat Melaka, kan? Waitt Fairuz nak pergi Melaka ke? nak buat apa?' Monolog Yusra dalam hati. Keningnya sudah bertaut, sesekali dia menjeling Fairuz yang tengah fokus memandu.

"Abang, sayang nak tanya ni.. emm.. sebenarnya kita nak pergi mana ni?" Dalam debar, Yusra memberanikan diri bertanya. Bosan yang teramat dengan kebisuan Fairuz.

Diam. Pandangan Fairuz tetap setia ke arah hadapan. Menfokuskan pada jalan raya sejak dari tadi. Yusra mengetap bibir.

"Abang, kenapa ni? Sayang ada buat salah apa-apa ke dengan abang? Sejak dari tadi abang diam."

Fairuz diam lagi. Mengunci bibir dari menjawab pertanyaan isterinya. Dia selesa Yusra tidak bertanya daripada Yusra desak dia dengan soalan demi soalan. Bukan salah Yusra tapi salah orang yang menghantar gambar tu!

Yusra mengeluh.

"Abang boleh tak jangan diam macam ni? Abang buat sayang cakap sorang-sorang. Sayang jadi terfikir yang sayang ada salah besar dengan abang."

"So, kalau dah rasa cakap sorang-sorang, tak payah cakap. Duduk diam-diam."

Yusra tersentak dengan respon Fairuz. Terkunci terus bibir dari nak bertanya macam-macam soalan. Wajah tegang Fairuz ditenung, kening bertaut dan tangan yang memegang stereng itu sedikit berurat menandakan lelaki itu sedang menahan rasa marah. Yusra memilih untuk terus diam.

Yusra buka mata bila terasa kereta yang dipandu Fairuz sudah berhenti. Dalam kesamaran cahaya senja, Yusra memisat-misat mata. Kot yang meyelimuti tubuhnya, di tolak perlahan. Dia terus hala pandang ke hadapan, kelihatan ombak tenang memukul pantai.

Kemudian dia toleh ke sebelah kanan, Fairuz tiada di tempatnya. Yusra angkat tubuh sedikit melilau kiri dan kanan mencari suaminya. Matanya terpaku pada susuk tubuh Fairuz sedang bersandar di belakang keretanya dengan berpeluk tubuh.

Yusra membuka pintu dan keluar mendapatkan Fairuz dengan langkah perlahan-lahan. Sambil melangkah, Yusra mengamati suaminya, baju kemeja yang dipakai Fairuz sudah di lipat lengannya hingga ke siku. Manakala dua butang kemeja teratas di biarkan terbuka. Rambutnya pula sedikit kusut tapi masih tidak mencacatkan penampilannya. Walaupun Fairuz kelihatan agak bersahaja tapi masih mampu memberikan aura seorang Tengku Fairuz.

"Abang...." Panggil Yusra.

Fairuz sedikit terkejut. Mungkin tak perasan kehadiran Yusra di sebelahnya. Fairuz toleh kepada Yusra. Lihat raut wajah Yusra yang tertanya-tanya membuatkan dia sedikit terkilan. Fairuz menghela nafas panjang.

"Abang ada masalah ke?" Tanya Yusra lagi. Wajah sugul Fairuz membuatkan Yusra rasa susah hati. Yusra memberanikan diri merapati Fairuz dan menyentuh tangan suaminya.

"Yusra ada buat salah ke dengan abang?" Lembut Yusra bertanya. Pancing Fairuz untuk bercakap dengannya. Entah kenapa rasanya terlalu mahal suara Fairuz hari ni. Lebih mahal dari emas.

Fairuz menggeleng. Tangan Yusra di tangannya diambil lalu digenggam erat. Tatap wajah kesayangannya.

"Habis tu kenapa abang diam je? Abang tak sudi nak cakap-cakap dengan Yusra ke? Yusra susah hati bila abang diam macam ni."

"Abang minta maaf.." Perlahan Fairuz tutur ayat.

Haa... keluar pun suara emas tu..

"Kenapa minta maaf?"

"Sebab marahkan Yusra tadi sedangkan bukan salah Yusra. Abang yang terlalu ikutkan perasaan abang." Luah Fairuz.

"Abang marahkan apa sebenarnya ni? Boleh tak kalau abang cerita, Yusra tak faham?"

"Lain kali abang cerita. Maaf kan abang tak?"

"Lain kali tu bila?"

"Nanti abang cerita. Hari ni abang nak luangkan masa dengan Yusra. Abang nak stay kat sini. Jauh dari orang lain." Jawab Fairuz. Matanya dilontarkan ke arah pantai. Ada sesuatu yang dipendamkan di sebalik mata itu.

Yusra tahu Fairuz ada sesuatu yang disembunyikan daripadanya. Tetapi Yusra takkan mendesak Fairuz kalau itu yang Fairuz mahukan.

"Nak bermalam kat sini ke?"

Fairuz cuma mengangguk.

"Tapi nak bermalam macam mana, satu barang pun tak ada bawak ni..."

"Tak apa kejap lagi kita pergi beli. Abang pun tak bawak apa-apa."

"Tapi esok kan Yusra ada kelas."

"Ponteng jelah satu hari untuk abang. Please... " Fairuz buat muka comel dengan matanya dikerdipkan beberapa kali.

Yusra senyum dengan perbuatan Fairuz. Cepat benar berubah, dari harimau nak makan orang kepada kucing yang mengada-ngada.

"Okay, kali ni je tau. Tak baik tau abang buat isteri abang ni ponteng kelas. Yusra dah nak exam final dah ni." Yusra tampar bahu Fairuz.

"Bila exam final?"

"Bulan depan dah."

"Okay. Jom teman abang tengok pantai."

Fairuz bawa Yusra ke pantai. Main di gigi air. Sesekali ombak menyentuh kaki Yusra, Yusra menjerit kesukaan. Basah kaki seluarnya. Seronok berjalan-jalan sambil berpegangan tangan tanpa sesiapa pedulikan tentang mereka. Yang paling penting jauh dari 'seseorang'.

Yusra menjerit bila kakinya tiba-tiba terasa tak cecah tanah. Fairuz mencempung tubuh Yusra dibawa ke air. Yusra menjerit minta diturunkan tapi Fairuz buat tak dengar. Terus dengan niatnya mahu mengusik Yusra. Tubuh mereka sama-sama tenggelam ke dalam air pantai. Yusra mendengus marah bila habis basah pakaiannya. Fairuz hanya ketawa senang hati bila Yusra buat muka marah. Geram dengar ketawa Fairuz, Yusra segera memercikkan air masin ke muka Fairuz dan Fairuz membalasnya.

Yusra belari ke darat, Fairuz mengejar dari belakang. Sampai sahaja dekat Yusra, terus dirangkul tubuh Yusra dari belakang. Yusra terjerit kegelian. Masing-masing ketawa, menikmati moment terindah mereka. Fairuz dan Yusra buat istana pasir. Sekali ombak datang terus hancur istananya.

Tak peduli pada yang menonton drama mereka yang macam budak-budak baru kenal pantai saja gelagatnya. Bagi Yusra 'It's okay kalau jadi budak-budak sekejap, janji mereka bahagia.' Terus teringat moment dia mandi hujan dengan Fairuz dulu. Ya, Fairuz suka melayan dia macam budak-budak.

* * *


Yusra menyarung bathrobes ke tubuh dan dia menapak keluar dari bilik air. Rambutnya yang masih basah dikeringkan dengan tuala kecil. Kelibat Fairuz tidak kelihatan di bilik mereka di Hotel Hatten. Mungkin ada hal yang Fairuz ingin selesaikan.

Selepas bersuka ria di pantai tadi, Fairuz menyarung kot kerjanya ke tubuh Yusra bagi mengurangkan rasa sejuk sebelum dia memandu mencari hotel berdekatan dengan Bandar bersejarah Melaka. Hotel Hatten yang menjadi pilihan Fairuz.

Pintu bilik dikuak dari luar, wajah Fairuz muncul di sebalik pintu bersama beberapa beg kertas di tangannya.

"Nah untuk sayang." Fairuz menghulurkan satu beg kertas kepada Yusra dan Yusra menyambutnya. Fairuz berlalu ke bilik air.

Yusra mengintai isi dalam beg. Sehelai baju gaun dan beberapa pasang suit blouse di tarik keluar. Cantik, citarasa Fairuz memang tidak pernah mengecewakan. Baju gaun ditayang ke badan. Sekadar mencuba sebelum terus memakainya. Gaun baju tidur warna merah hati, paras lutut dan tidak berlengan. Glup! Yusra telan liur kesat. Baju ni, Fairuz nak dia pakai?

"Malam ni kita tak keluar ke mana-mana pun. Just rest dalam bilik. Esok baru kita jalan kat Bandar." Fairuz tiba-tiba bersuara dari belakang Yusra.

Yusra toleh sedikit ke belakang. Fairuz betul-betul duduk di belakangnya. Agak rapat kedudukan mereka buat Yusra terasa setiap nafas yang dihela Fairuz di kulit mukanya.

Wajah Yusra yang putih bersih tanpa secalit mekup dan rambut yang masih belum kering kelihatan sangat menggoda dimatanya.

"Pakaikan baju tu untuk abang, boleh?" Perlahan suara Fairuz berbisik di telinganya.

Matanya penuh dengan harapan. Harapan supaya Yusra tidak terus menolak dia. Harapan supaya Yusra tetap terus berada di sisinya sampai bila-bila. Melihat anggukkan Yusra, satu kelegaan buat Fairuz.

Yusra menyarung baju itu ke tubuhnya sebelum dia mengorak langkah menghampiri suaminya. Malu-malu dengan keadaan tubuhnya yang hampir terdedah kepada sang suami walaupun sudah ternyata halal buatnya.

Melihat Yusra seseksi itu, Fairuz bangkit dari duduknya. Terpaku dengan kecantikan Yusra. Dia menghampiri Yusra, betul-betul berdiri di hadapan Yusra. Tangan kanan naik menyentuh pipi kiri Yusra dan tangan kirinya pegang pinggang Yusra

"Yusra, be mine tonight."

Yusra angguk sekali dengan senyuman terukir di bibir mungilnya. Kali ini dia betul-betul bersedia. Satu kucupan singgah di ubun-ubunnya. Yusra memejam mata.

* * *

"Abang bangun.." Yusra menepuk sedikit kaki suaminya di sebalik selimut.
      
"Abang bangun dah subuh." Yusra menepuk lagi.
      
Lambat-lambat Fairuz membuka mata. Masih mengantuk. Dalam kesamaran cahaya, dapat dia lihat sang isteri duduk di birai katil sambil mengeringkan rambutnya. Kenapa wajah ini sentiasa mempersonakan? Wajah yang segar, disertakan dengan rambutnya yang masih basah. Yusra kelihatan sangat menarik di matanya. Kisah semalam terbayang di ruang mata. Kali pertama mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai suami isteri. Fairuz tersenyum.

Yusra tahu Fairuz sedang merenungnya dan dia hanya membiarkan. Mungkin Fairuz teringat kisah semalam. Kisah semalam? Terus merona wajah Yusra. Dia segera bangkit dari birai katil tetapi belum sempat Yusra bangun, Fairuz terlebih dahulu dapat membaca tindakan Yusra.

Fairuz menarik tangan Yusra dan Yusra jatuh ke dalam dakapan Fairuz. Haruman rambut dan tubuh Yusra buat Fairuz terbuai seketika. Masing-masing berpandangan. Hanya debaran di dada yang menjadi irama bisu. Fairuz mendekat mukanya ke telinga Yusra.

"Thanks for the wonderful night, sayang. I love you." Ucap Fairuz perlahan di telinga Yusra. Terus merona muka Yusra.

"Maafkan sayang sebab dah buat abang menunggu terlalu lama."

"It's okay. Kan abang dah janji dengan sayang. Baby step dear and now abang dapat sayang dan sayang dapat abang. Kan?"

Yusra mengangguk. Masih malu-malu. Melihat Yusra yang tersipu-sipu malu, makin lebar senyumannya. Bangga dengan dirinya kerana mampu miliki Yusra seluruhnya.

"Jom mandi." Fairuz selak selimut. Menarik tangan Yusra.

"Erkk sayang dah mandi la abang."

"Tak salah kan?"

"Tak nak.... tak nak.."

"Nak... nak... nak....."

* * *


Fairuz dan Yusra bersantai di Melaka River Walk. Melepak sambil makan-makan. Sengaja Fairuz memilih tempat santai begini untuk merehatkan minda dari memikirkan masalah yang di hadapi. Sebut sahaja tentang masalah, baru dia teringat yang dia masih punya 'hutang cerita' yang mahu diceritakan kepada Yusra.

"Sayang..."

"Ya?"

"Tahu tak kenapa abang marah semalam?" Tanyanya kepada Yusra.

Yusra menggeleng.

"Nak tahu?" Tanyanya lagi.

Yusra termangu sejenak sebelum kedua bahunya di angkat.

"Sayang lebih suka bersikap terbuka dengan abang. Kalau abang rasa sayang perlu tahu, abang boleh bagitahu sayang. Tapi kalau abang rasa sayang tak perlu tahu dan benda tu tak ada kaitan dengan sayang, abang boleh simpan." Balas Yusra.

"Okay." Jawab Fairuz sepatah. Matanya masih menatap wajah Yusra. Masih memikirkan ayat yang perlu disusun untuk Yusra berkenaan gambar-gambar yang baru di terima.

Yusra menyuap Cheese cake ke mulutnya. Sedapnya! Best juga melepak kat sini. Hilang segala masalah berkaitan assignmentnya. Dia mendongak ke langit sedikit. Matanya di pejam rapat bagaikan menikmati angin yang bertiup sempoi-sempoi bahasa.

"Sayang, sebenarnya.... semalam abang dapat something dari someone, maybe orang yang sama dengan orang yang bagi sayang notes tu."

Mukadimmah Fairuz buat Yusra berhenti menguyah. Matanya terbuka. Dia menunduk sedikit mencari wajah suaminya. Terus berubah riak tenang Yusra tadi.

"Dapat something? Abang dapat apa?"

"Dapat gambar." Jawab Fairuz. Dia bawa tubuhnya mendekat ke meja.

"Gambar apa?"

"Gambar sayang."

"Hah?"

Fairuz menghulurkan sampul surat berwarna coklat kepada Yusra. Yusra membukanya dan mengeluarkan isi kandungan sampul surat berkenaan. Alangkah terkejutnya dia bila melihat berpuluh keping gambarnya. Kesemuanya gambar dia yang diambil secara bersembunyi.

Ada gambarnya di dalam kelas, ada gambarnya di kafe, ada gambarnya bersama kawan-kawan. Ada juga gambar dia ketika di rumah sedang menyiram pokok, menyapu daun-daun kering. Semuanya di ambil secara curi-curi. Nasib baik tiada gambar ketika dia tidak bertudung.

~What can I do with your beautiful wife?~

Tangannya menggeletar, dadanya mula berdegup kencang bila terbaca nota yang tertulis dibelakang fotonya ketika majlis reunion suaminya dulu. Tangannya sudah berpeluh kerana takut. Apa yang 'orang ni' nak dari dia?

"Macam mana boleh gambar-gambar ni ada pada abang?"

"Ada orang letakkan atas meja office abang. After lunch hour. Abang dah cek cctv, kebetulan cctv terpadam masa tu. Jadi tak ada bukti siapa yang masuk office abang."

"Kenapa dia buat sayang macam ni? Siapa dia abang?" Yusra sudah resah.

Berterbangan segala ketenangan yang baru dia rasai sebentar tadi.

"Abang dah bincang dengan pengurus Hotel Everley, katanya tiada orang dalam yang terlibat tentang isu hantar bunga tu. Abang rasa ada seseorang dah contact dengan orang luar untuk hantar bunga-bunga tu. Waiters tu cuma tolong hantar sahaja." Jawab Fairuz.

Jawapan Fairuz sedikit pun tidak melegakan hati Yusra.

"Jadi, kes ni masih tak selesai? Lepas ni berkemungkinan sayang akan diintip lagi?"

"Abang rasa kita kena report polis, biar polis yang siasat. Abang risau dengan keselamatan sayang. Abang akan usaha cari orangnya."

"Sayang takut la abang.. macam mana kalau orang tu berniat jahat dengan sayang?"

"Syuhhh... jangan fikir yang bukan-bukan. Abang ada dengan sayang. Abang janji abang akan cari orang tu sampai jumpa." Tangan Yusra digenggam erat. Risau kalau berlaku apa-apa kepada isterinya.

Share this novel

Sm.mh (Tulip Haura)
2021-01-18 14:14:12 

inshaAllah hri ni ya sis... hehe

LyaSuffiya
2021-01-18 04:38:37 

menarik..next plesss


NovelPlus Premium

The best ads free experience