Bab 3 : CBYS

Romance Series 109654

Restoran Cili  Api yang terletak elok di bawah  bangunan milik Suria Mertari Holding dikunjungi oleh bakal CEO Suria Mentari Holding, Tengku Fairuz dan pasangan kekasihnya, Wan Qazrina bin Dato' Hisham. Pasangan yang sudah 4 tahun menjalin hubungan cinta itu kelihatan mesra sekali menikmati juadah tengahari.

"So, bila orang tua Ruz boleh jumpa orang tua you, Qaz?" Soal Teruna kepada dara pujaan hati setelah selesai menikmati juadah tengahari. Wanita bertudung polos dihadapannya dipandang.

"Jumpa? what you mean Ruz?" Soal Qazrina kehairanan.

Tisu yang digunakan untuk mengelap bibirnya diletakkan ke meja. Wajah kekasihnya ditenung. Perlukan penjelasan.
    
"Sebagai langkah pertama i untuk menghalalkan perhubungan kita." Jawab Tengku Fairuz dengan senyuman.
     
"Wait Ruz.. i tak faham. Jumpa apa ni maksud you?" Tanya Qazrina lagi. Kerutan jelas terukir d dahi licinnya.
     
"I nak merisik you. I akan bincang  dengan family i untuk berjumpa dengan family you." Jawab Fairuz masih lagi dengan senyuman yang semakin melebar.
     
"Merisik? You mean you nak pinang i?" Gugup. Qazrina bertanya.

Ada debaran di dada bagaikan ada satu rahsia yang cuba disembunyikan dari pengetahuan kekasih hatinya.
     
"What's wrong with you, Qaz? Dari tadi i tengok respon you, you asyik terkejut je. You tak suka ke bila i ajak you kahwin dengan i?" tembak Fairuz.

Dada Qazrina makin tidak keruan.
     
"Actually Ruz.. i terkejut. Tak sangka you tanya i soalan ni. I rasa kita dah bincang tentang ni sebelum ni kan?" Protes Qazrina.

"So, sampai bila you nak i tunggu you? Umur kita bukan muda lagi. You and I was 27 years old already. Do you think this time is suit for you and me to plan our marriage?"

"But Ruz, im not ready yet. Qaz tak bersedia lagi nak galas tanggungjawab sebagai seorang isteri apatah lagi nanti kalau kita dah kahwin and we have a baby. Oh my God, Ruz. I can't imagine. How about my carrier. I baru mulakan karier i and karier i baru saja berkembang. Can you give a some time to me think about it?" Qazrina bersuara lantang tanpa mempedulikan ada hati dan perasaan yang akan terguris.
      
Fairuz pegun di bangkunya. Tidak percaya apa yang didengar dari bibir kekasih hatinya. Nafasnya dihela perlahan. Kecewa.
   
"So, this time... berapa lama lagi masa yang i 'terpaksa' tunggu you bersedia?" sengaja ditekankan ayat 'terpaksa'. Berharap agar Qazrina memahami apa yang dia sedang rasakan.
     
"Almost 2 years?"
     
"What? 2 years? You ingat 2 tahun tu tempoh sekejap ke Qaz?" soalnya lantang.

Tidak peduli pengungjung Restoran Cili Api yang memandang ke arah mereka. Pandangan amarah dibalas dengan renungan tajam. Masing-masing tidak mahu mengalah. Fairuz menarik nafas dalam. mengumpul semangat dalaman sebelum bersuara.
       
"Sekali lagi i tanya you Qaz. You serius ke dengan i selama ni?" sambung nya.
      
Qazrina terdiam dan menunduk. Soalan Fairuz dibiarkan sepi tanpa jawapan yang pasti. Fairuz terdiam. Terkilan dendan reaksi Qazrina. Riak wajah kecewa mula terbit di segenap inci wajahnya. Perlahan-lahan Tengku Fairuz bangun dari duduknya. Qazrina kaget tapi dia tidak mampu berkata apa-apa.
    
"I have to go now. I ada metting dengan client. Excuse me." Ujar Fairuz dan terus berlalu meninggalkan Qazrina yang masih di meja makan mereka.
       

* * *

Sharifah Aishah memercik air sungai ke muka Yusra Saidah. Terjerit kecil sahabatnya itu. Tangannya segera memukul bahu Aishah.
   
"Apa ni Shah... basah aku!" Marah Yusra. Tudung di kepala dibetulkan. Sedikit basah.
   
"Eleh! tadi kata nak mandi sungai. Mestilah kena basah. Kau ni kenapa Yus? Termenung je aku tengok.." Rungut Aishah. Tubuhnya masih duduk di gigi air sungai yang jernih itu.
   
"Mana ada aku termenung." tungkas Yusra.
   
"Kau jangan nak kelentong aku la Yusra oii.. dari tadi aku panggil kau tapi kau tu macam kayu, no reaction!" Balas Aishah. Sekali lagi air sungai di mercik ke muka Yusra.
    
"Aishah!" Jerit Yusra.

Bingkas bangun dari tunggul kayu dan berlari mengejar Aishah. Yusran Saidi yang berada tidak jauh dari mereka hanya mengeleng kepala melihat kelakuan dua sahabat itu.
   
"Dah.. dah.. aku penat!" Ujar Aishah dengan nafas tercungap-cungap.

Yusra turut menghentikan lariannya. Dia juga rasa megah. Penat! Secara tidak langsung kenangan lalu menerjah ingatannya.

*  *  * 
    
    
"Pernah datang sini?" Soal seorang pemuda segak dihadapan Yusra sebaik muncul dari permukaan air sungai di Air Terjun Lata Iskandar, Perak.

"Tak pernah. Ini kali pertama datang." Jawabnya.

Tengku Faiz Iskandar melangkah ke arahnya dan melabuhkan punggung di bongkah batu di hadapannya. Hati perempuannya mula terusik. Berdebar tidak menentu.
    
"Idah sebaya ke dengan Tehah?" Soalnya lagi sambil memandang gadis didepannya.

Yusra Saidah menghalakan pandangan kepada Tengku Fatihah yang sedang mandi bersama sepupu-sepupunya yang lain. Atau lebih tepat lagi adik-adik kepada Tengku Faiz Iskandar iaitu Tengku Isma Fatin dan Tengku Isma Fitrah.
    
"Tak. Kak Fatt form 4, Idah form 2." Balas Yusra seraya memandang Faiz di hadapannya. Senyuman terukir.
   
"Oo.. i see.. Patut la abang tengok Idah betul-betul hormatkan Tehah. Jadi beza umur kita 7tahun la ye? Idah tak kisah ke kalau abang tua dari Idah 7tahun?" Soal nya lagi bersama senyuman.

Yusra tersentak dengan soalan Faiz.
    
"Hah? maksud abang?" Yusra bertanya bersama kerutan.

Faiz  menyimpul senyuman. Cuba menyembunyikan rahsia hati.
   
"Tak ada lah. Kenapa Idah tak mandi?"  Tanyanya.

Yusra sekadar tersenyum.
    
"Tak apalah. Abang join diorang dulu. Take care tau. Kalau ada some guy nak tackle Idah, just inform me, okay?" Ujarnya dan mengenyit mata kepada Yusra sebaik Yusra memandangnya. Tanpa sempat Yusra membalas katanya,dia sudah terjun ke air.

Air Terjun Lata Iskandar, Perak memukau pemandangannya. Airnya yang sejuk dan mengalir deras itu sangat sesuai dengan lokasinya yang berhampiran Cameron Highlands dan dikelilingi hutan semulajadi yang masih belum terusik. Yusra Saidah kagum dengan keindahan semulajadi yang kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna itu. SubhanAllah! Ucapnya tatkala matanya memandang air terjun yang deras mengalir itu. Matanya dipejam untuk merasai kesegaran alam semula jadi itu. Rindu pada kampung halamannya.

*   *   *
  
"Yus?" Suara teman karibnya menerpa gegendang telinga.

Perlahan-lahan kelompak matanya dibuka. Wajah gadis kacukan arab terserlah di depan matanya. Wajah itu kelihatan penuh dengan tanda tanya.

"Kenapa diam je?" Soal Aishah.

Tanganya memeluk bahu Yusra. Bimbang melihat Yusra yang asyik termenung sejak kebelakangan ini.

Yusra mengeluh kecil. Tangannya pantas meraup wajahnya berulang kali.
  
"Aku teringat kan dia lagi." Jawab Yusra perlahan.
  
"Abang Faiz?" Aishah menyoal inginkan kepastian.

Yusra mengangguk perlahan.
   
"Kau rindukan dia lagi?" Tanya Aishah lagi.

Yusra mengeluh perlahan sebelum mengangguk lagi sebelum bersuara.
  
"Aku tak pasti dengan perasaan aku sendiri Shah. Terlalu lama aku simpan. Aku rindu dia. Kenangan dia dan aku terasa macam baru je lagi walaupun dah 7tahun berlalu. Kadang-kadang aku teringat dia, aku buka kotak hadiah yang dia bagi, aku rasa dia masih ada dekat dengan aku."
   
"Tapi Yus, dah 7tahun berlalu. Dia pun senyap tanpa khabar berita lepas kita pindah dari MRSM dulu. Kalau betul dia masih ingatkan kau atau nak kan kau, tentu dia dah hantar surat atau telefon kau. Ini tidak, dia senyap tanpa khabar berita. Bukan sepatutnya dia buat kau tertunggu-tunggu macam ni. Aku tak nak nanti kau berharap pada sesuatu yang tak pasti. Lagipun sampai bila kau nak terus berharap pada dia?"
    
"Entah lah Shah. Hati aku ni susah sangat nak lupakan dia. Bukan aku tak cuba, aku cuba tapi tak berjaya. Macam mana aku nak terima orang lain dalam hati aku sedangkan aku masih tak boleh lupakan dia." Jawab Yusra.
   
"Emm.. dah la.. kalau betul dia jodoh kau dan dia tercipta untuk kau, tentu nanti kau jumpa balik dengan dia. Jom lah mandi. Dah lewat dah ni." Ujar Aishah kemudian seraya menolak tubuh Yusra ke dalam sungai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience