Bab 73 : CBYS

Romance Series 109654

Fatin sempat titipkan beberapa pesanan kepada Fatihah sebelum dia bertolak ke Universiti. Risau juga Fatin mahu tinggalkan Fatihah bersendirian kerana emosi Fatihah masih belum stabil.

Fatihah cuma mengangguk, malas mahu bertekak lidah dengan Fatin dipagi hari. Fatihah hanya menghantar pemergian sepupunya dengan pandangan mata sahaja. Segala pintu di tutup dan dikunci sendiri oleh Fatin. Sebentar tadi uminya telefon lagi tapi tidak dijawab. Lama-lama telefonnya senyap sendiri. Tapi tak lama kemudian, satu WhatsApp masuk dari Uminya.

_Tehah... kenapa umi call tak angkat? Yusra operation pagi ni. Kalau tak ada hal, datang la jumpa Yusra walaupun sekejap._ ~Umi

Fatihah mendengus kasar. Tak kuasa dia nak menjenguk Yusra. Lantak dia lah nak jadi apa pun, bukannya masalah dia! Kalau boleh, jangan sesekali pun nama Yusra terbabit sekali dalam hidup dia. Sekali dia benci, sampai bila-bila pun dia benci! Huh!

* *Imbas kembali* *

Fatihah mendengus lagi. Balik dari rumah datuk dan nenek terus dia berkurung dalam bilik. Membawa diri, cuba memadamkan hati yang tengah panas, menggelegak. Selak lengan baju, tengok parut di bahu. Huh, parut hodoh ni yang kau tinggalkan untuk aku sebagai kenangan kita, Yusra? Kenangan yang tak kan aku mampu lupakan.

Dalam banyak-banyak orang, kenapa perlu kau jadi 'budak perempuan tu'? Dulu susah payah aku tolong kau, tapi sebab abang aku gila sayangkan kau, dia back up kau. Sanggup dia tolak aku sebab kau? Dasar budak tak guna! Kecil-kecil lagi dah menyusahkan aku, bila besar makin menyusahkan aku!

Aku ingat bila family kau pindah dari sini, aku tak kan jumpa kau lagi. Hidup aku senang tapi tak sangka aku jugak yang jumpa kau. Hishh! susah payah dia lari dari Yusra, akhirnya dia jumpa jugak dengan Yusra? Dah la siap boleh berkasih sayang jadi adik-kakak angkat pulak tu. Hish bodoh pulak rasanya!

Surat dari Faiz Iskandar yang baru dia terima semalam dipandang. Sebelum ini pun Faiz ada kirimkan surat untuk Yusra Saidah dan selalunya dia jadi pengantaraan. Surat Faiz Iskandar akan diberikan kepada Yusra Saidah di sekolah tetapi memandangkan dia sudah pun tamat belajar di sana, kemungkinan besar mereka tidak akan berjumpa lagi. Nak pos balik ke surat-surat Faiz ni kepada Yusra? Ahh.. kirim salam! Ada senyuman sinis terukir di bibir. Tangan pantas membuka sampul surat berkenaan. Ada surat dan poskad. Seperti biasa. Faiz akan selit gambar dia sekali. Haha.. Is bodoh! Gelak Fatihah.

Surat-surat Faiz Iskandar dibaca. Ada senyuman jahat di bibir Fatihah. Faiz serius dengan Yusra Saidah. Serius mahu perhubungan mereka bermakna selepas Faiz tamat pengajiannya di Ireland yang masih berbaki dua tahun. Yusra Saidah adalah budak perempuan tu, itu hakikat yang aku perlu terima. Tapi boleh ke aku terima dia? Macam mana aku nak terima dia sedangkan aku benci dia dengan apa yang berlaku.

Faiz Iskandar sukakan Yusra. Yusra sukakan Faiz Iskandar. Tapi atuk nak jodohkan Yusra dengan Fairuz. Pusing mana-mana pun, Yusra tetap masuk dalam keluarga Tengku Ibrahim. Tapi kalau aku biarkan Fairuz kahwin dengan Yusra sekurang-kurangnya aku masih ada harapan untuk dapatkan Faiz, Kan?
Fatihah baring telentang. Pandang siling, memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk menghalang hubungan Faiz dan Yusra Saidah.

"Rasanya kalau aku tulis surat untuk Faiz sebagai Idah, bukannya Faiz tahu tu dari aku, kan?" Fatihah tertanya-tanya sendiri. Jarinya mengetuk dagu. Sekali dia petik jari, ya... dah ada idea.

Fatihah bangkit dari baringnya dan capai laptopnya. Mula karang sesuatu di laptop dan di simpan dalam fail, akan diprint nanti. Kemudian dia akan terus hantar pada Faiz Iskandar. Nak email? nanti bukti tak kukuh lagipun mereka tahu kawasan Yusra 'line connection Internet' agak kurang memuaskan.

Nak bagi nombor telefon bimbit Yusra? Yusra cuma anak orang kampung, mana mampu miliki telefon sendiri. Ada pun nombor telefon rumah tu pun Yusra dah maklumkan yang dia bakal berpindah ke kawasan yang lebih pendalaman. Jadi talian telefon pun tidak disediakan. Oh, kampungnya hidup Yusra! Banyak kelebihan berpihak pada Fatihah untuk menjayakan rancangannya.

Dia akan jadi 'Yusra' untuk Faiz. Untuk Yusra, tak perlu dia kirim berita mahupun surat, cukup lah Yusra rasa Faiz yang 'buang' dia. Haha.. Fatihah gelak lagi. Kali ini lebih kuat.

* * *

Empat jam Yusra dalam bilik pembedahan 1, akhirnya lampu yang bernyala itu terpadam. Fairuz menarik nafas lega. Dia segera menghabiskan bacaan Surah Yaasin untuk kali ke-3. Pintu dibuka dari dalam, Fairuz segera bangkit dari duduknya. Segera menerpa Doktor Haura Qaseh yang masih menyarung jubah hijaunya.

"Macam mana my wife, Haura?" Tanya Fairuz dengan sedikit cemas. Takut untuk mendengar sebarang jawapan dari Haura. Yang lain juga turut menanti untuk mendengar jawapan Doktor Haura.

"Alhamdulillah.. kami dan berjaya keluarkan Cyst dan baby selamat. Apa-apa pun kami akan pantau keadaan Yusra dalam masa 24jam. Yusra dah sedar tapi masih berehat kat dalam, sekejap lagi kami akan tolak dia ke bilik." Balas Haura. Seketika kemudian dia meminta diri.

Fairuz meraup wajah. Lega mendengar jawapan Doktor Haura Qaseh. Begitu juga yang lain. Panjat kesyukuran kepada Allah. Fairuz sujud syukur kepadaNya. Kemudian, Fairuz bangun dan peluk tubuh umi dan Abahnya.

"Alhamdulillah umi.. ibu... Ruz lega sangat-sangat dengar doktor cakap Yusra dah selamat. Baby Ruz selamat. Alhamdulillah" Ucap Fairuz lagi. Wajahnya yang tadinya penuh kerisauan dan gelisah kini sudah bertukar wajah.

"Alhamdulillah.. Umi pun lega Ruz. Kita tunggu Yusra dipindahkan ke bilik. Nanti kita sama-sama jenguk Yusra ya." Ujar Tengku Fauziah. Bahu besannya dipeluk. Faham perasaan seorang ibu.

Hajjah Sumayah mengangguk sambil mengesat air mata yang mengalir di tubir mata. Kesian anak ibu. Macam-macam dugaan Yusra kena hadapi.

Tengku Faisal turut memeluk bahu Haji Shafie. Mahu menenangkan besannya. Amanat arwad walid perlu dijaga rapi. Arwah pernah titipkan pesanan supaya sentiasa menjaga kebaikan keluarga Haji Shafie. Tanpa Haji Shafie, tak mungkin dia bisa berdiri di sini hari ini. Allah yang aturkan pertemuan mereka 20 tahun dulu dan setiap kejadian itu ada hikmahnya.

Yusra di tolak keluar dari operation theatre oleh dua orang jururawat. Yusra yang masih mamai itu tidak sedar apa yang jadi. Dia cuma dengar Doktor Haura Qaseh memanggilnya beberapa kali, bagaikan kejut dia dari lena yang panjang. Dia bermimpi dalam lenanya, dia bermain berkejaran ditaman bunga yang sangat indah, bersama Fairuz dan dua anak kecil. Lelaki dan perempuan.

Dia duduk diatas hamparan tikar sambil menghidangkan pelbagai jenis makanan dari bakul yang dibawa. Manakala Fairuz layan anak kecil itu bermain layang-layang. Sekejap sahaja mereka menukar corak permainan. Kali ini mereka bermain bola. Tendang sana, tendang sini. Sungguh gembira wajah Fairuz. Bercahaya wajah itu bila ketawa bahagia. Berguling-guling mereka bertiga di padang rumput yang luas terbentang itu.

"Puan... Puan Yusra Saidah... Yusra Saidah..."

Satu suara penuh gemersik memanggil namanya. Yusra terpinga-pinga. Mencari-cari siapa yang memanggilnya. Dalam lenanya dia melihat Fairuz tersenyum dan begitu juga dengan anak-anak kecil itu. Ada senyuman di bibir masing-masing. Sambil melambai-lambai padanya.

"Puan... dengar suara saya tak?" Tanya suara itu lagi.

Kali ni disertakan bersama satu tepukan halus di bahunya. Dengan rasa kepayahan, Yusra cuba membuka mata yang sangat berat. Perlahan-lahan matanya dibuka. Cahaya putih masuk ke dalam anak mata, Yusra mengecil matanya, sedikit perit bila cahaya putih itu kena anak matanya.

"Alhamdulillah Puan dah sedar. Puan ada rasa nak muntah, loya?" Tanya salah seorang doktor yang turut sama menyertai Doktor Haura dalam pembedahannya.

Yusra mengeleng perlahan. Telinganya mula dapat menangkap bunyi beberapa perkakas di simpan ke dalam bekas besi. Yusra masih memerah otak, cuba ingat kembali apa yang sebenarnya terjadi. Rasanya tadi dia sedang berkelah di taman bunga bersama Fairuz dan anak-anaknya. Anak?

"Anak?" Terpancul itu yang keluar dari mulut Yusra dengan garau. Rasa perit tekaknya.

"Alhamdulillah.. anak Yusra selamat. Yusra jangan risau. Sekejap lagi, kami akan hantar Yusra ke bilik Yusra. Buat masa sekarang Yusra rehat sekejap, ya?" Doktor Haura muncul dipandang Yusra.

Yusra mengangguk lemah.

"Terima kasih doktor." Ujar Yusra perlahan. Matanya masih rasa berat mahu terkatup lagi. Menunggu masa untuk lena lagi.

* * *


"Sayang?" Panggil Fairuz bila Yusra sudah buka matanya. Lega yang teramat sangat bila Yusra sudah berada di depan mata.

Yusra ukir senyuman nipis. Rindu nak dengar suara Fairuz. Tangan Yusra diambil dan dikucup.

"Terima kasih untuk semuanya sayang. Abang tak kan mampu balas segala pengorbanan sayang." Ujar Fairuz. Matanya mula berkaca teringat segala yang perlu Yusra hadapi.

"Janji dengan Yusra, abang akan jaga Yusra sampai bila-bila. Janji dengan Yusra abang akan jaga anak-anak kita sampai bila-bila." Yusra berkata perlahan. Tekaknya terasa perit. Suara pun dah bunyi macam mat Rock tengah buat konsert.

"Kalau Yusra tak minta abang janji pun, abang dah janji dengan diri abang. Abang akan jaga Yusra dan anak-anak kita. Abang janji." Fairuz kucup dahi Yusra dan kemudian kucup bibir Yusra lembut. Tidak mahu Yusra bercakap banyak, dia tahu isterinya penat.

"Sekejap, abang panggilan ibu dan umi. Semua orang tunggu nak jumpa sayang. Tadi mereka pergi surau, solat zohor." Fairuz kucup sekali lagi ubun-ubun Yusra.

Muncul wajah kesayangan Yusra di sebalik pintu. Hajjah Sumayah dan Tengku Fauziah melangkah masuk. Keduanya bergilir-gilir kucup dahi Yusra.

"Syukur Alhamdulillah Yusra dah sedar. Risau kami kalau Yusra masih lagi tidur." Tengku Fauziah memulakan perbualan.

"Penat.." Jawab Yusra sepatah.

"Umi tahu.. tadi pun Doktor ada bagitahu, ubat Yusra belum habis sepenuhnya jadi Yusra memang rasa mengantuk. Jangan risau kan kami, kami okay saja. Yang penting Yusra dan cucu kami ni selamat."

Hajjah Sumayah mengangguk sambil tersenyum pada Yusra.

"Betul tu Yus. Tadi Doktor dah bagitahu kami. Yus kena banyak-banyak rehat. Nanti ibu jaga kan Yus, ya?"

Yusra mengangguk, tersenyum. Berbesar hati kalau ibunya mahu menemani dia di dalam wad. Sengaja mahu berikan Fairuz peluang untuk balik ke rumah mereka untuk berehat. Dia tahu sudah banyak malam Fairuz tak boleh tidur dengan secukupnya.

"Ibu..." Fairuz bersuara meleret.

Sejak bila dia muncul dengan Tengku Faisal dan Haji Shafie pun Yusra tidak tahu. Haji Shafie menghampiri Yusra dan kucup dahi anak perempuannya.

"Jangan risau, Ruz boleh jagakan Yusra. Ibu dan ayah jangan risau."

"Tapi ibu kesian kan Ruz. Dah banyak malam Ruz tak lena tidur."

"Tak apa ibu. Ruz tak kisah. Nanti bila Yusra dah sihat, Ruz boleh rehat." Jawab Fairuz. Berkeras dengan keputusannya.

"Tak apa lah kalau itu yang Ruz nak. Ruz cuba nak jaga isteri dia. Kita ni cuma mampu pantau jelah." Haji Shafie membela keputusan menantunya.

Hajjah Sumayah terdiam. Mengalah dengan keputusan Fairuz.

Alhamdulillah semuanya selamat... =) 29k views. Terima kasih byk2. Saya sangat2 hargai. =)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience