Bab 86 : CBYS

Romance Series 109654

"Ada sesuatu yang I perlu tahu ke?" Tanya Haura tiba-tiba kepada Faiz selepas Fairuz berlalu ke bilik rawatan yang menempatkan Yusra.

Faiz pandang Haura dulu.

"Just my past."

"Idah?" Tanya Haura lagi. Sedikit terusik hati perempuannya bila terdengar kata-kata Fairuz tadi. Ayat merujuk kepada ada sesuatu yang perlu Faiz selesaikan bersama seseorang yang bernama 'Idah'.

"It's all about my past, Haura. I will tell you but not now and not here. Give me some time to explain everything to you." Jawab Faiz.

"Okay then as you wish.. shall we go somewhere else?" Tanya Haura sekali lagi.

Haura tidak akan memaksa sekiranya itu yang Faiz inginkan. Dia cuma berharap ada kejujuran dari kedua belah pihak jika mahu menjalinkan sebuah perhubungan ke arah yang lebih serius.

"Sure." Faiz membuntuti langkah Haura ke cafe Hospital.

Dating di Cafe Hospital sahajalah yang paling. udah dan cepat, memandangkan waktu Haura berkerja masih belum tamat. Faiz tarik dahulu kerusi kepada Haura, sebelum dia sendiri menarik kerusi untuknya dihadapan gadis itu. Sengaja mereka pilih sudut yang agak jauh dari pelanggan lain di Cafe itu, mereka mahukan sedikit privasi.

Baru sahaja duduk, waiters datang mengambil pesanan mereka. Selesai kerjanya, dia berlalu ke meja pengurusan.

"Haura.. you tahu kan I serious dengan you?" Tanya Faiz terus terang tanpa ada makna tersirat.

Haura angkat kening sebelah.

"Walaupun kita baru kenal?"

"I tak kisah kita baru kenal ke tak. Yang penting I sukakan you and I serious nak kahwin dengan you." Kata Faiz dengan yakin. Yakin dengan pilihannya dan yakin dengan keputusannya.

"I dah bincang dengan family I. My parents akan masuk meminang you tak lama lagi.. tapi I rasa kita tak perlu bertunang, kalau boleh I nak terus kahwin." Sambung Faiz mula masuk ke step perbincangan mereka yang ke seterusnya bila waiters selesai meletakkan pesanan mereka berdua.

Bulat mata Haura terkejut. Dengar perkataan 'meminang' itu dia sudah agak maksud dan tujuan Faiz.

"Masuk meminang I? Seriously? Faiz, kita baru je kenal kan?"

"Ya.. I mengaku kita baru je kenal. So?"

"You tak rasa ke, you rushing?"

"I tak kisah kalau you nak anggap I rushing ke tak. Yang I tahu hati I betul-betul sukakan you, I tak main-main bila I cakap I sukakan you. You tak sukakan I ke?"

Haura tercengang bila Faiz bertanyakan tentang perasaannya. Haura gigit bibir. Termalu dengan soalan Faiz.

"Kalau perasaan kita sama, cuma you yang I harap boleh tolong I."

"Tolong? Apa maksud you, Faiz?"

Faiz tarik nafas dalam dulu. Berkira-kira mahu berterus terang tentang statusnya tapi dia juga takut dengan penerimaan Haura nanti.

"I akan ceritakan semuanya pada you tapi I mintak you jangan buat sebarang keputusan melulu.. I giving you time to think about it."

Haura picing mata. Kenapa rasa berat je cerita Faiz ni? Tapi tak apa, bagi peluang dulu untuk dengar cerita Faiz. 'Better than nothing, right?'

"Okay.. story lah, I dengar."

"It's all about my past. Mungkin selepas you dengar you akan rasa I lelaki yang teruk."

Haura angkat kening. Minta Faiz teruskan ceritanya tanpa berselindung.

"Idah tu..Yusra Saidah, Wife's Fairuz. She is my ex girlfriend."

Sebaris ayat Faiz menyentak tangkal hati Haura. Bulat matanya.

Faiz pandang Haura dulu sebelum meneruskan ceritanya yang bermula dari perkenalan di zaman mereka kecil, sehinggalah bagaimana terjadinya perkahwinan Yusra dan Fairuz. Termasuk sekali dengan pengkhianatan yang diciptakan oleh Fatihah. Faiz berhenti sebentar.

"Tehah dengan I... kami dah kahwin masa kami di sana dulu."

Sekali lagi tubuh Haura kaku tidak bereaksi. Pandang anak mata Faiz tepat. Tehah, perempuan yang dah khianati cinta Faiz dan Yusra, kenapa boleh Faiz kahwin dengan Tehah?

"Tapi ada sebabnya kenapa I pilih jalan untuk kahwin dengan dia. Bukan seperti yang you fikir, Haura.."

"Jadi apa sebabnya Faiz? Bagitahu I supaya I tak fikir yang bukan-bukan pasal korang berdua.."

Faiz sekali lagi menarik nafas dalam. Memulakan penceritaannya bagaimana boleh terjadi kisah perkahwinan antara dia dan Fatihah tanpa pengetahuan seluruh ahli keluarga mereka. Niatnya cuma mahu melindungi Fatihah. Niatnya cuma mahu membantu Fatihah, tidak lebih dari itu. Sepanjang hampir setahun tempoh mereka berkahwin, dia tidak sekalipun melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami yang sebenar-benarnya kepada Fatihah. Dia cuma laksanakan tanggungjawab sebagai suami kepada Fatihah dari segi zahir sahaja tidak pada batin. Bukannya Fatihah tidak mempertikaikan tanggungjawab itu tapi dia tidak mampu. Fatihah cuma dianggap tidak lebih dari seorang adik. Lagipun cintanya masih utuh buat 'Idah'. Tekadnya tamat Fatihah belajar dia akan cari Idah semula.

"Apa lagi yang I tak tahu Faiz?"

"I dah ceraikan Fatihah."

"What? but why?"

"Masa I kahwin dengan dia dulu niat I cuma nak tolong dia tapi bila I tahu tentang apa yang dia buat pada I dan Idah, I tak mampu nak terima segala perbuatan dia pada I. I tak mampu nak pandang muka dia apatah lagi nak hidup dengan dia as husband and wife. You boleh cakap I pengecut sebab lari tinggalkan wife I tapi hati I terlalu sakit, Haura."

"Bila I tahu dia cederakan Yusra pada hari tu, hati I betul-betul hancur dengan segala tindakan dia. I tak sangka sampai macam tu sekali dia bencikan Yusra."

"Maksud you kejadian Yusra di pukul dan hampir keguguran tu?"

Faiz cuma mengangguk.

"I try bagi peluang pada dia untuk berubah tapi dia tak pernah cuba ambil peluang yang I bagi. Sekali lagi dia pukul Yusra and kali ini sabar I sudah sampai pada tahapnya. I lepaskan dia, mungkin itu jalan yang terbaik untuk bagi dia pengajaran atas apa yang dia buat. I tak rasa untuk kali ni I mampu bantu dia pulih dari 'sakit'nya."

"Sekarang you dengan dia macam mana?"

"I akan bincangkan dengan kedua belah pihak. I akan berterus terang apa yang dah berlaku dulu dan apa yang dah berlaku semalam. I akan minta pandangan diorang berkenaan dengan sakit Tehah. Mungkin kali ini mereka perlu campur tangan."

"Haura, I tahu you deserve a better man than me but I don't want anyone to be my wife accept you."

"Idah?" Lambat-lambat Haura bertanya.

"Dia cuma kenangan I. I cuma sayang dia sebagai adik. I tahu dia dah bahagia dengan Ruz. Tengok dia bahagia dengan pilihan hati dia, sudah memadai buat I."

"I bagi you masa untuk you fikir. Kalau you rasa you tak boleh terima I, it's okay. I terima keputusan you. But I you think you can accept me, I will promise you that I will be yours forever."

Haura diam seketika. Susah untuk dia buat keputusan terima Faiz Iskandar setelah tahu kisah silam lelaki itu. Gila bunyinya, baru bercerai semalam, hari ini dah risik orang lain.. Ish.. susah ni..

"Bagi saya masa untuk saya fikir Faiz." Putus Haura.

"All right, I'm waiting for your call. But if there hasn't been a call during that time, I think I already understand what it means." Faiz ukir senyuman nipis. Pasrah, andai dengan Haura pun dia tidak berjodoh.

Faiz mengampungkan tangannya mempersilakan Haura menikmati hidangan dihadapannya. Haura mengangguk. Baru tangan mengangkat garfu di pinggan.

"Hey perempuan!"

Jerit satu suara mengejutkan mereka berdua. Faiz menoleh ke satu arah dan begitu jugak dengan Haura.

"Tehah?" Faiz gumam perlahan namun sempat didengari oleh Haura.

Haura teguk liur. Ini kali pertama dia berjumpa dengan Fatihah sudah dapat diagak apa yang bakal terjadi. Tengok pandangan tajam mata Fatihah dengan muka merah, rahang diketap dengan kuat.. sudah buat dia merasakan yang dia bakal ditamatkan nyawanya hari ini dibalun oleh Fatihah.

"Kau! Apa kau buat dengan Is hah?" Fatihah menerpa ke arah meja mereka.

Faiz serentak bangun begitu juga dengan Haura. Terkejut mereka dengan kehadiran Fatihah. Faiz melangkah ke depan Haura, melindungi Haura dari diapa-apakan oleh Fatihah.

"Apa kau buat kat sini Tehah?" Tanya Faiz.

"Aku? Aku tengah cari suami aku! tak sangka pulak boleh jumpa kat sini. Tengah dating ya?"

"Bukan macam tu Tehah. Ni kawan aku, kawan Fairuz juga."

"Kau ingat aku bodoh Is? She's Haura, right?"

Faiz diam. Haura juga diam.

"Yes she's Haura. So?"

"So, ni lah perempuan yang nak rampas kau dari aku? Never! Hey perempuan sini kau!" Jerit Fatihah nyaring.

Sakit hati melihat Faiz cuba bertindak hero dengan melindungi gadis itu darinya. Fatihah tolak tubuh Faiz ketepi dan cuba capai tangan Haura.

Haura menjerit kecil terkejut bila Fatihah bertindak menarik lengannya. Haura meronta-ronta minta dilepaskan.

"Tak guna punya perempuan! Kau dah rampas Is aku. Aku bunuh kau perempuan! Aku bunuh kau!" Fatihah sudah meracau.

Matanya melilau mencari sesuatu yang boleh dijadikan senjata. Tiba-tiba matanya singgah pada garfu di atas meja, dalam pinggan mee goreng. Pantas dia capai garfu itu dah di suakan ke Haura.

"Tehah! Apa kau nak buat ni?!"

"Aku nak bunuh perampas ni! Dulu Yusra, sekarang dia pulak! Kau memang perempuan tak malu lah!" Jerit Fatihah.

Faiz peluk Fatihah dari belakang, tangkap tangan Fatihah dan cuba merampas garfu di tangannya. Mereka bergelutan.

"Haura, call the police now!" Arah Faiz, tangannya masih bertarung dengan segala kekuatan yang ada pada Fatihah. Fatihah tidak selemah yang di sangka, bila rasukkannya datang, dia boleh jadi lebih kuat dari yang di sangka.

Terketar-ketar Haura keluarkan telefon bimbitnya dari tas tangan lalu menghubungi pihak polis.

"Lepaskan aku Is biar aku ajar perempuan tak guna ni!" Fatihah masih mempertahankan garfu di tangannya.

Faiz sudah berjaya dapatkan garfu di tangan lalu di lempar jauh dari Fatihah. Turun naik dada keduanya mengawalaturan penafasan. Faiz masih belum melepaskan Fatihah, dia bimbang kalau Fatihah bertindak gila lagi.

"Tak guna kau Is! Kau pertahankan dia dari aku?"

"Dia bakal isteri aku Tehah!"

"Aku isteri kau Is!" Pangkah Fatihah dengan tegas.

"Kita dah tak ada apa-apa hubungan Tehah. Aku dah ceraikan kau!"

"Tapi aku masih sayangkan kau!"

"Kau tak sayang aku, kau cuma obses dengan kehendak kau!"

* * *

Tengku Faisal memanggil Tengku Faiz Iskandar berjumpa dengannya di bilik bacaan Teratak Qaseh bagi menjelaskan tentang apa yang sudah berlaku sebentar tadi. Terkejut besar dia bila dapat panggilan dari pihak polis, Fatihah di tahan.

Faiz tenang di tempatnya meskipun mendapat renungan tajam dari kedua orang tuanya termasuk dengan kedua bekas mertuanya. Tengku Furqan turut menyertai mereka. Tengku Fairuz masih di Hospital dan berjanji akan sertai perbincangan mereka sebentar lagi.

"So.. Is, please explain to us what has happened between the two of you there. Including about your marriage, divorce and all. We need to know." Tengku Faisal memulakan perbincangan.

Faiz tarik nafas panjang dulu sebelum memulakan kisahnya disepanjang dia dan Tengku Fatihah berada di bumi England. Segalanya dijelaskan tanpa ada sebarang unsur penipuan. Biar mereka tahu dan menilainya.

Hujung-hujung cerita stuck idea ='( Saya harap readers masih lagi enjoy dengan cerita ni. tq for 43k views!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience