Prolog 2 : CBYS

Romance Series 109654

~7 tahun dahulu~

Banglo setingkat itu dipandang. Jakun rasanya. Inilah kali pertama dia melihat banglo sebesar ini. Kalau nak dibandingkan dengan rumahnya di kampung itu, rasanya jauh sangat bezanya.

Bahagian dapur saja dah macam rumahnya dikampung, luasnya. 'uitt kalau rumah dia macam ni, alamatnya goyang kaki la akuuu' bisik hati kecil Yusra. Pandangan dilontarkan ke sekitar rumah banglo mewah itu. Masih belum puas ditilik rasanya.
"Jom la Idah. Maaf la Idah.. Kak Fatt tak tahu la pulak abah dan umi akak pergi melawat abang akak."

Suara Tengku Fatihah kedengaran sekaligus memecah keasyikkan Yusra Saidah dari terus menilik sekitar banglo itu. Yusra tersenyum memandang kakak angkatnya.

" Alaa.. tak apalah akak. Bukan rezeki Idah la tu." balas Yusra.

Beg pakaiannya di angkat dan mengekori langkah kakak angkatnya.

"Emm.. tapi akak rasa serba salah dengan Idah. Macam- macam dah akak plan aktiviti nak dibuat sejak ibu Idah bagi green light ikut akak balik ni." ujarnya sedikit rasa terkilan.

"kak.. its ok. Idah ok. Lagipun kita bukan kemana kan. kita ke rumah mak saudara akak jugak, kan?" Yusra berkata kemudian mahu memujuk kakak angkatnya. Bahu Tengku Fatihah diraih lembut.

"Lagipun tak elok kita berdua je di rumah sana kan? ada baiknya kita tumpang di rumah mak saudara akak ni." sambungnya dan tersenyum.

Dua belah lesung pipit di kiri dan kanan jelas terbentuk. Tengku Fatihah mengangguk. Jarinya pantas menekan loceng pintu apabila langkah mereka sampai di hadapan pintu.

Ting.. Tong... Ting.. Tong..

Pintu dikuak dari dalam. Terjengul kepala seorang lelaki. Lelaki itu kemudiannya mempersilakan mereka masuk ke dalam rumah. Yusra Saidah mengekori langkah Tengku Fatihah. Sofa di ruang tamu diisi olehnya sebaik sahaja Tengku Fatihah duduk.

"So Tehah, kau tak nak kenalkan kat aku ke siapa ni?" Suara lelaki itu kedengaran sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di sofa hadapan Tengku Fatihah. Matanya melihat Yusra sekilas. Cantik!

"Eh, lupa.. Is, ni adik angkat aku. Yusra Saidah. Aku panggil dia Idah. And Idah, ni sepupu akak. Tengku Faiz Iskandar." ujar Fatihah.

Yusra tersenyum dan mengangguk perlahan. Sebagai tanda perkenalan.

"Mana Fitrah dengan Fatin?" soal Fatihah kemudian setelah menyedari rumah Mak Chiknya sunyi.

Biasanya kalau ada dua si mulut becok tu, riuh je suasana rumah ni.

"Diorang ikut Abang Fakhri pergi shopping." balas Faiz Iskandar.

Tangannya sibuk menekan remote Astro mencari siaran yang berminat.

"Biar betul Abang Fakhri pergi shopping.. ada apa-apa ke ni?" Fatihah sengaja menduga. Serkap jarang.

"Pandai je kau erkk... yelah.. yelah.. Diorang pergi teman Abang Fakhri beli barang-barang hantaran. Nak masuk meminang anak Mak Long."

"Ishh biar betul kau ni Is.. Abang Fakhri berkenaan dengan kak Ida ke?"

"Iye lah. Kau ingt aku tipu? Dah dia berkenan apa boleh buat. Sepupu pun ok, what? macam aku la.. kalau aku kata aku berkenan dengan adik angkat kau ni, kau setuju ke.. tak setuju ke, tetap aku nak." Balas Faiz Iskandar panjang bersama tawanya.

Sengaja dia melontarkan pandangan kepada Yusra. Mahu melihat reaksi gadis kecil molek itu. Yusra terkedu seketika bila mata mereka berpaut. Serta merta wajahnya membahang. Malu!

"Kau ni.. aku tanya sikit je, berjela kau bagi aku penjelasan.. ishh tak kuasa aku nak restu hubungan kau dengan Idah kalau kau suka dia." Sambung Fatihah. Namun akhirnya dia tergelak jua.

* * *


Yusra masih di sinki. Masih sibuk mencuci segala pinggang mangkuk yang ada. Suri, pembantu rumah sibuk mengemas ruang dapur. Mengelap meja. Mengemop lantai. Suri menegah Yusra membantunya tetapi Yusra tidak mengendahkannya.

Tidak sopan rasanya dia sebagai tetamu kalau hanya duduk dan tengok saja. Dah lah dia ni menumpang tapi tak membantu, rasanya itu bukan amalan yang diajar Hajjah Sumayah. Kalau ibu tahu, mau nya dia kena bebel tak cukup telinga!

Kesian Suri, banyak kerja yang perlu dilakukan. Yusra masih dirumah mak saudara kakak angkatnya, Tengku Faridah. Dia tersenyum sendiri bila mengenangkan wajah lembut Tengku Faridah yang sudah dibiasakan memanggilnya 'mama' .

"Lama Idah kat dapur." Tegur satu suara di belakang.

Yusra Saidah sedikit terkejut disergah begitu. Mujur tidak terhempas gelas di tangannya. Dia sambung membilas gelas dihadapannya.

"Ada sikit lagi ni. Kenapa, abang Iz ada nak apa-apa ke?" soalnya.

Mahu menutup segala rasa gugup. Sejujurnya dia rasa gementar setiap kali berhadapan dengan lelaki ini. Lelaki yang mampu menggetarkan sekeping hati kecilnya.

"Saja abang cari Idah. Nak borak-borak. Idah plan balik Terengganu bila?"

Faiz Iskandar bertanya dan mengorak langkah mengambil tempat bersandar di kabinet dapur. Bersebelahan dengan Yusra. Jaraknya tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat. Tangannya disilang ke dada.

"InsyaAllah kalau tak hal, mungkin lagi 3 atau 4 hari lagi kot. Kenapa abang tanya?"

Yusra mengelap tangan pada kain yang tergantung di penjuru sinki dan melangkah ke meja pulau sebaik sahaja selesai kerjanya. Kerusi ditarik dan dia duduk. Faiz Iskandar juga sama.

"Emmm.. Esok ikut abang pergi jalan-jalan nak?" Tanyanya.

Matanya tidak jemu memandang Yusra. 'Yusra Saidah, hatiku dicuri olehmu!' desis hatinya.

"Jalan-jalan kemana?" gugup Yusra bertanya.

'Mahu jalan-jalan dengan lelaki dihadapannya yang baru dikenali tidak sampai seminggu?' bisik hatinya.

"Abang ingat nak bawa adik-adik abang pergi melaka. Kalau Idah sudi, jom la follow kitorang. Abang tahu kalau abang ajak Idah seorang, mesti Idah tak nak ikut kan?" Dia sengaja mengusik Yusra. Bibirnya mengukir senyuman.

"Ehemmm... korang dating apa ni kat sini?" suara Tengku Fatihah bergema.

Yusra dan Faiz Iskandar tersentak. Pantas mereka berdiri. Mengawal perasaan debar di dada masing-masing. Tengku Fatihah mengatur langkah mendekati mereka.

"Ada je kau ni, Tehah. Aku tengah ushar adik angkat kau ni lah.. susah oii" jawab Faiz Iskandar bersahaja.

Yusra toleh ke arah Faiz Iskandar. Mengerut dahi.

"Haa.. tahu tak apa. Kau tahu kat sekolah aku, ramai giler kot abang-abang senior nak tackle dia... emm hampeh dia tak layan.'' ujar Fatihah dan dia mengaduh kecil bila bahunya di tampar lembut oleh Yusra.

Faiz Iskandar tersenyum. Tangannya diselit ke poket seluar.

"Mestilah Idah tak layan kan, Idah tunggu abang.. kan?" tambah Faiz Iskandar.

Makin giat mahu mengusik anak dara Shafie itu. Suka tengok wajah merah Yusra Saidah bila diusik.

"Perasan kau ni Is. Dah la.. Idah ni budak lagi tahu. Kau jangan nak ayat dia lebih-lebih kan terperasan Idah ni sorang-sorang, nayaaa" Fatihah bersuara lantas ditarik tangan adik angkatnya dibawa keluar dari ruangan dapur.

Faiz Iskandar masih tersenyum. Matanya masih memandang langkah Yusra yang semakin menjauh.

'Bertuahnya balik bercuti kali ini!' hatinya membisik. Matanya cuba lelap namun ingatan masih pada senyuman milik Yusra Saidah. Pandangan gadis kecil molek itu sentiasa menunduk. Menjaga pandangan mata barangkali. Desis hatinya lagi. Wajahnya putih kemerahan. Ada lekuk lesung pipit di pipi kiri dan kanannya. Jelas terbentuk bila dia tersenyum. Cantik! bisik hatinya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience