Bab 53 : CBYS

Romance Series 109654

"Abang Is?" Seraya Yusra bangkit dari duduknya.

Pandangan terus dihalakan kepada Faiz Iskandar. Terlopong seketika. Tak percaya. Tak terduga.

"Erkkk..Yusra... Yusra buat apa kat sini?" Tergagap Faiz Iskandar bertanya.

Sedikit tergaman bila melihat reaksi Yusra yang begitu terkejut melihat kemunculannya. Kenapa dengan Yusra? Terkejut tengok dia ke? Tapi kenapa?

"Apa abang buat kat sini?" Yusra pulangkan balik soalan yang Faiz berikan kepadanya.

Faiz berkerut.

"Jadi selama ni abang?" Soal Yusra lagi, inginkan kepastian.

Masih terkejut dengan apa yang dilihat dengan matanya tapi hatinya sendiri berbelah bahagi mahu percaya atau tidak dengan apa yang muncul di depan mata.

"Selama ni apa?" Faiz keliru. Terpinga-pinga bila tiba-tiba kena soal yang pelik-pelik. Kening makin jelas mengerut.

"Selama ni abang yang ganggu Yusra? Patut la Yusra pelik macam mana, semua notes dan bunga tu boleh sampai pada Yusra. Rupanya abang dalang semua ni.. Sampai hati abang buat Yusra macam ni. Yusra langsung tak sangka abang boleh bertindak sampai macam ni. Kisah kita dah lama berlalu abang. Yusra pun dah boleh terima yang abang dah ada Kak Fatt. Tapi kenapa abang... " Belum habis Yusra marahkan Faiz, ada suara memetir memanggil Faiz Iskandar.

"Is!"

Serentak dengan itu satu tumbukan singgah di pipi kiri Faiz Iskandar. Faiz Iskandar terdorong ke belakang sedikit akibat dari tubuhnya yang belum bersedia.

Yusra terkejut. Tangannya spontan naik menutup mulut. Bukan sahaja Yusra malah pengunjung Kafe Mutiara yang lain juga terkejut. Masing-masing tercengang melihat drama sebabak itu.

Faiz angkat muka, mencari gerangan siapa yang berani menumbuknya sebentar tadi. Tatkala terpandang wajah sepupunya, Faiz berkali ganda terkejut dari tadi. Kenapa? Apa salah dia? Seketika tangan menyentuh pipi. Membetulkan rahang yang rasa seperti sedikit herot.

Muka Fairuz merah menahan marah. Nampak rahang Fairuz bergerak-gerak. Tangan Fairuz dikepal sehingga menimbulkan urat-urat lengan lelakinya. Nasib baik ada Ammar dan Yusra cuba menahan Fairuz dari bertindak lebih agresif.

Faiz juga kepal penumbuknya, meluru mendekati Fairuz, mahu membalas tapi dihalang oleh beberapa orang pengunjung Kafe Mutiara yang kebetulan menjadi saksi pergaduhan mereka.

"Apa kau buat ni Ruz?" Faiz bertanya bengang.

Mendengus kasar. Hidung sudah kembang kempis menahan amarah yang makin menggila. Segera di tarik kasar lengannya dari beberapa orang yang membantu menenangkannya. Bila terasa pegangan dileraikan, Faiz membetulkan tubuhnya supaya kembali berdiri tegak dan mengatur nafas agar lebih teratur supaya dapat meredakan kemarahannya.

"Aku yang sepatutnya tanya kau soalan tu. Apa yang kau dah buat dengan isteri aku? Dengan rumahtangga aku?" Fairuz turut menarik lengannya dari pegangan Ammar dan Yusra. Mereka lepaskan lengan Fairuz.

"Apa dah aku buat?" Bentak Faiz kasar.

Sungguh dia tak Faham kenapa Yusra dan Fairuz tiba-tiba datang dan menuduh dia yang bukan-bukan. Yusra disebelah Fairuz dijeling tajam. Harapkan muka saja lawa tapi mudah menuduh tanpa usul periksa! Dengus Faiz. Tangan naik menekup pipi yang masih rasa pijar. Sakit di pipi, sakit lagi di hati.

"Kau jangan jadi bodoh la Is. Kau yang rancang semua ni kan? Kalau bukan kau, siapa lagi?"

"Aku sepatah haram pun tak faham apa kau sembang ni Ruz. Tadi Yusra tuduh aku, sekarang kau pulak." Sangkal Faiz. Rambut dikuak ke belakang dengan kasar.

"Kalau bukan kau, kenapa kau ada kat sini? Jumpa Yusra?" Tuduh Fairuz lagi.

Faiz mengeleng beberapa kali. Tangan sudah bercekak pinggang.

"Aku datang sini, aku nak jumpa kawan aku. Bukan aku nak dating dengan isteri kesayangannya kau ni. Kebetulan aku tengok dia, aku tegur lah dia. Salah aku ke? Kau tuduh aku macam-macam ni dah kenapa?" jerkah Faiz.

Matanya dicerlung tajam kepada Fairuz. kali ini Ammar memilih untuk berdiri disebelah Faiz. Mengurut dada Faiz supaya bersabar. Sebagai sahabat dia faham keadaan Faiz dan Fairuz dalam situasi ini. Kedua-duanya tengah panas. Saling beradu panahan mata.

Faiz sengaja ditekankan perkataan 'kesayangannya' tu supaya Fairuz sedar yang dia tidak pernah dapat miliki isteri sepupunya.

"Explain this, Is!" Fairuz seluk poket seluarnya lalu keluarkan sekeping gambar dan kad yang diterimanya petang tadi kemudian dilemparkan ke dada Faiz. Gambar dan kad itu melayang-layang jatuh ke bawah bila tiada sesiapa yang menyambutnya.

Seseorang yang baru melangkah masuk ke Kafe Mutiara, berhenti di belakang Faiz. Dia tunduk mengintip gambar dan kad kecil di atas lantai dan menatapnya sekilas sebelum kembali berdiri.

"Ruz, I can explain this." Qazrina bersuara.

Faiz dan Fairuz menoleh kepada pemilik suara yang baru sahaja mencelah. Ammar dan Yusra turut menoleh. Qazrina senyum segaris bila perasan empat pasang mata tertumpu padanya.

Qazrina, baru tiba di tempat yang sepatutnya menjadi tempat untuk dia berjanji temu dengan Faiz.

Ya, Faiz sebenarnya kebetulan sahaja ada di sini. Dia punya urusan dengan Qazrina berkenaan dengan rancangan Hisham, suami Qazrina

"Apa you buat kat sini, Qaz?" Fairuz bertanya sekali melirik matanya pada Faiz. Macam ada agenda tersembunyi antara mereka berdua ni.

"I datang sini sebab I nak jumpa Is. Ada perkara kami nak bincang. Dah alang-alang you dengan Yusra pun ada kat sini, jadi tak salah kalau kita semua duduk berbincang."

"Nak bincang pasal apa?" jerkah Fairuz. Masih garang seperti tadi. Sesekali mata di cerlung tajam pada Faiz. Faiz juga tidak kurangnya. Masing-masing saling beradu mata sehingga Qazrina bersuara.

"I akan bagitahu tapi bukan kat sini."

"Semua ni you yang rancang ke Qaz?"

"Tak Ruz, I janji I akan bagitahu you tapi apa kata kalau kita bincang kat tempat lain? I rasa macam tak sesuai pulak kat sini. Banyak mata memerhati." Qazrina menjawab, matanya dilarikan ke kiri kanannya.

Qazrina sebagai seorang instafamous, seorang model busana muslimah harus menjaga air mukanya dari hadapan khalayak umum. Qazrina toleh kiri dan kanannya. Tipikal orang kita, asal ada orang famous keluar ke kawasan umum, mesti diambil gambar dan merakam video.

Qazrina tidak mahu ada sebarang gossip murahan mengotori kerjayanya. Qazrina resah di tempatnya menanti persetujuan dari Fairuz. Ammar menyiku lengan sahabatnya, supaya cepat membuat keputusan. Bila melihat Fairuz mengangguk bersetuju, mereka sama-sama keluar dari Kafe Mutiara.

* * *

Tidak jauh dari tempat mereka, ada mata memerhati disebalik kaca mata hitamnya. Enjin Jaguar hitam mengaum meninggalkan tempat persembunyiannya bila melihat kereta yang dinaiki Fairuz dan Qazrina keluar dari kawasan parking Kafe Mutiara.

"Kita nak kemana ni boss?" tanya si pemandu, Najmi.

"Ikut kereta BMW dan Accord tu. Tapi jangan follow rapat. Aku tak nak diorang tahu." arah si ketua di tempat belakang. Matanya tajam memerhati dua biji kereta selang sebuah dengan kereta lain dihadapan keretanya.

"Baik boss." Tenang Najmi memandu sambil mengekori kereta BMW Fairuz dan Honda Accord milik Qazrina dari jauh.

"Bodoh punya Fairuz. Kau ingat aku ni bengap macam kau? Tak kan lah aku ni nak bodohkan diri aku pergi jumpa isteri kau macam tu je," gumamnya perlahan lagi.

Niatnya memang mahu jumpa Yusra tapi di sebabkan kesilapan orang suruhannya siang tadi, dia rasa dia patut menangguh dulu rancangannya.

Telefon bimbit di celah kotnya di capai lalu mendail satu nombor.

"Hello, Ben... Di sebab kan kecuaian kau hari ni, kita hampir tertangkap tahu?"

"Maaf-maaf boss. Aku janji lepas ni dah tak ada kesilapan lagi."

"Okay.. aku bagi kau satu lagi peluang. Tapi kali kau jangan buat kerja bodoh tu lagi. Buat masa sekarang aku nak kau stop dulu hantar bunga-bunga tu. Nanti bila aku suruh kau on, baru kau on."

"Kenapa Boss?"

"Kau tak payah banyak tanya. Buat je kerja kau. Tapi aku nak bagi kau kerja sikit, aku nak kau terus ikut pergerakan Qazrina dan Yusra. Kalau Qazrina jumpa jantan tak guna tu lagi, kau bagitahu aku."

"Okay baik.. baik.. boss."

"Okay. Tapi ingat jangan apa-apa kan Qazrina dan Yusra."

"Alright boss."

Talian dimatikan.

Melihat skrin telefonnya sekali lagi menyala, kali ini nama Qazrina. Melihat nama itu tertera, Marahnya tiba-tiba meruap kembali. Dengan rasa marah, terus dia menekan punat berwarna merah. Mati terus lagu yang dijadikan sebagai caller ringtone. Sakit hati pada Qazrina masih tak hilang. Sesuka hati Qazrina mahu rosakkan semua rancangannya.

"No, Qaz.. kali ni I tak kan berlembut lagi dengan you. Dah 9bulan I bersabar dengan perangai you. Tapi tak untuk kali ni. Kalau I tak dapat you, jangan harap orang lain akan dapat you. You tetap milik I, bukan jantan tak guna tu!" Gumam Hisham sambil kepal penumbuknya.

Namun cuma seketika, dia meleret senyuman senget, puas melihat pergaduhan antara dua sepupu yang berlaku tadi disebabkannya. Pasti berlaku salah faham. Hisham gelak sendiri. Jari naik menyentuh bibir. Mengetuk bibir sambil berfikir strategi seterusnya.

* * *

Qazrina meletakkan kembali telefon bila Hisham tidak menyambut panggilannya. Sekilas dia pandang telefon.

"Hisham jawab tak?" tanya Faiz yang tengah memandu kereta Qazrina.

Qazrina menggeleng sebagai jawapan. Tadi rasanya macam dia lihat kelibat kereta Jaguar hitam milik suaminya. Namun sekejap saja.

"You pasti ke kereta Hisham tadi?"

"I rasa betul, Is. Tapi sekejap je. Sekarang i dah tak nampak." Jawab Qazrina lalu menegakkan tubuhnya dan mengintai-intai ke belakang kereta untuk memastikan kereta di belakang keretanya bukan kereta suaminya.

"You pasti ke apa yang you buat ni Qaz?" Sekali lagi Faiz bertanya, inginkan kepastian dari Qazrina. Sudah berkali-kali dia bertanya, Qazrina hanya berikan jawapan yang sama. Dia tekad mahu bongkarkan segala rahsia Hisham.

"I dah tekad Is. I akan berterus terang dengan Ruz. I rasa bersalah kalau apa-apa jadi pada perkahwinan diorang. I tak nak disebabkan perkahwinan I gagal, I turut menggagalkan perkahwinan orang lain. I mengaku I cemburu tapi I bukannya perempuan yang terdesak sampaikan I perlu runtuhkan masjid orang lain untuk I bina masjid," tekad Qazrina.

"Jawapan you dah lain Qaz. Pagi tadi you sendiri cakap, you mahukan Ruz. Tapi sekarang you jawab lain."

"I memang mahukan Ruz kalau dia sendiri tak bahagia dengan Yusra tapi you sendiri nampak macam mana keadaan Ruz bila dengan Yusra. Dia dah tak nampak siapa ada depan dia. Dalam hati dia cuma ada Yusra. I mengaku I dah kalah teruk dengan budak mentah tu, Is" Sambung Qazrina. Lirih suaranya. Mata sudah terasa pedih.

"Qaz, you baik sebenarnya."

"Kalau I baik, I tak kan tinggalkan Ruz, Is." Qazrina menunduk.

Bermain dengan jari jemarinya. Bibirnya mengukir senyuman nipis. Memaksa diri supaya terus kuat. Kuat melepaskan cinta hati yang sudah lama jadi milik orang lain.

"Sudah la Qaz. Semua tu benda dah lama. Kalau you rasa bersalah, tolong jernihkan keadaan sekarang. Tolong pujuk Hisham tarik balik apa yang dia tengah plan.. sebelum Ruz buat benda yang lebih teruk. You pun tahu Ruz tu siapa, jangan main-main dengan kuasa dia Qaz." Faiz cuba menasihati sebagai seorang sahabat. Walaupun sakit hati dengan tindakan Fairuz tadi, tapi dia tahu Fairuz tidak memaksudkannya.

"I akan cuba sedaya upaya I. I tahu kalau you di tempat I pun, you akan lakukan hal yang sama."

Faiz terdiam. Kalau aku di tempat yang sama?

* * *

"So, apa yang korang nak explain dekat aku, Is, Qaz?" Terus Fairuz bertanya bila masing-masing sudah selesai membuat pesanan minuman dan makanan di restoran terpilih. Tempat yang agak privasi dipilih untuk memudahkan mereka berbincang.

Faiz dan Qazrina saling berpandangan sebelum Faiz mengangguk perlahan.

"Semuanya bukan I yang rancang Ruz. Tapi suami I, Hisham."

"Hisham?!" Serentak Fairuz dan Ammar menyebut, terkejut dan yang paling penting nama Hisham tak pernah ada dalam senarai suspek yang disyaki.

Qazrina mengangguk.

"Macam mana you tahu ni Qaz?"

"I jumpa ni dalam bilik kerja dia. Bilik tu sentiasa berkunci tapi tadi dia lupa untuk kunci. Dia gesa-gesa keluar lepas dapat panggilan telefon dari kawan dia. Urgent katanya."

Qazrina menyeluk beg tangannya. Lalu menyerlahkan sampul surat berwarna putih bersaiz A4 kepada Fairuz yang duduk di hadapannya.

Fairuz mengambil dan mengeluarkan isi kandungan sampul surat berkenaan. Berpuluh-puluh keping gambar Yusra menjamu matanya. Fairuz terbeliak. Rasanya gambar-gambar ini lebih banyak dari gambar Yusra yang di terimanya dulu.

Yusra di sebelahnya juga terkejut. Menggigil habis seluruh tubuhnya. Macam-macam aksi Yusra dalam gambar berkenaan. Nasib baik tiada satu pun gambar Yusra tidak bertudung. Auratnya masih terpelihara. Fairuz segera capai tangan Yusra. Bahu Yusra dirangkul erat dan di bawa ke pelukannya. Menenangkan sang isteri yang tengah menggigil ketakutan.

"Why Hisham? And why Yusra?" Ammar bertanya. Pelik bercampur hairan.

"I don't know why... I pun terkejut tengok semua gambar-gambar ni. I telefon Is dan Is ada cerita yang Yusra ada terima notes and flowers masa reunion kita. So, I syak semua tu kerja Hisham. Sebab tu I ajak Is jumpa kat sana. Jauh dari rumah I and dekat dengan rumah you. I plan lepas I bincang dengan Is, kami terus nak pergi rumah you. Tapi sebelum I sampai, you dah tumbuk Is." Qazrina menjelaskan hal yang sebenar.

Semua diam. Tidak tahu apa yang perlu diperkatakan, masih terkejut.

"I masih tak faham kenapa Yusra...." Fairuz mengeluh panjang. Tubuh Yusra dipeluk lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience