Bab 75 : CBYS

Romance Series 109654

Dum! Dum! Dum!

Fairuz ketuk pintu rumah Fatin Isma dengan kasar. Tak payah guna jari guna buku tangan sudah! Gigi diketap kuat menahan rasa yang terbuku di dada. Kalau Fatihah ni boleh di tukar jadi pintu mahu lunyai pintu ni dia kerjakan.

"Tehah! Buka pintu ni!! Tehah!" Fairuz memekik.

Tak sabar nak bersemuka dengan Fatihah. Adik yang kurang ajar. Biadab dengan isterinya sama seperti Fatihah biadab dengan dirinya.

Fatihah di dalam rumah memencil diri di sebalik dinding dapur. Duduk di lantai jubin sambil peluk rapat kedua lututnya. Gigit bibir sesekali. Agak jauh dari pintu utama tapi dia masih dapat dengar dengan jelas apa yang Fairuz memekak menjerit.

Semakin lama dengar Fairuz menjerit dengan suara kasar macam tu, dia mula menggigil ketakutan. Kedua belah tangannya perkup telinga. Takut dengar suara Fairuz yang marah-marah. Suara marah-marah disertakan dengan ketukan pintu bertalu-talu mengingatkan dia pada sejarah hitam malam itu. Fatihah pejam mata rapat. Cuba mengusir bayangan hitam yang mula melintasi diruangkan mata.

"Tehah! Kau buka pintu ni sebelum aku tendang pintu ni! Buka Tehah!" Jerit Fairuz lagi.

"Tehah, kau cabar aku?!" Kali ini Fairuz tendang pintu.

Tak peduli jiran kiri dan kanan rumah Fatin dah mula keluar dari kediaman masing-masing. Suara jiran-jiran mula berbisik-bisik sesama mereka. Yelah kan, jam 10 malam, dia duk terpekik melolong tak ke semua orang marah? Mengganggu keharmonian jiran tetangga.

"Ruz!" Faiz dan Ammar muncul tiba-tiba, tarik tubuh Fairuz dari pintu dibawa ke sisi kereta.

Entah bila Faiz dan Ammar sampai pun dia tak sedar. Yang dia tahu, sebaik sahaja dapat alamat rumah Fatin dari Faiz tadi, dia terus memandu ke sini. Nasib baik dia hanya parking kereta depan kedai mereka berjumpa, tak bersusah payah cari kereta di parking bawah macam mereka berdua.

"Ruz, apa kau dah buat ni? Kau tak malu ke jiran-jiran Aten duk tengok kau mengamuk macam ni?" Suara celah gigi Faiz. Tangannya masih pegang utuh lengan sasa Fairuz.

"Peduli apa aku?? Aku tak peduli apa nak jadi sekali pun. Sekarang ni, aku nak selesaikan perkara ni dengan Tehah. Kau tepi Is!" Tubuh Faiz ditolak ke tepi. Tangan Ammar yang masih utuh dilengannya juga direntap.

"Ruz!" Faiz sekali lagi tarik tubuh Fairuz dibantu oleh Ammar.

Dia perlu jauhkan Fairuz dari Fatihah dalam keadaan begini. Dia kenal dengan perangai Fairuz kalau barannya sudah datang dan dia juga kenal Fatihah. Dia tahu satu rahsia besar Fatihah yang orang lain tidak pernah tahu!

"Ruz! ini bukan cara dia kalau kau nak jumpa Tehah. Kan aku dah cakap, biar aku yang slow talk dengar Tehah dulu. Nanti bila keadaan dah clear, baru kau masuk jumpa Tehah. Kalau kau terjah dia macam ni, kau ingat Tehah akan buka pintu?" Faiz pegang kolar baju Fairuz kejap. Bercakap secara berdepan Fairuz biar Fairuz sedar diri. Kalau Fairuz boleh berkasar, dia juga boleh.

Fairuz mendengus kasar. Tangannya cuba melepaskan pegangan Faiz di kolar bajunya. Guna saki baki tenaga yang ada tapi ternyata Faiz lagi kuat darinya. Faiz berkeras sehingga memaksa Fairuz mengangkat keduanya tanda menyerah. Faiz melepaskan kolar baju sepupunya. Masih berjaga-jaga kalau Fairuz buat tindakan gila lagi. Masing-masing cuba mengawal aturan penafasan supaya dapat bertenang.

"Kau nak backing sangat adik aku tu kenapa, Is? Aku ni abang dia, aku tahu cara nak mengajar adik aku yang tak kenang budi macam tehah tu!" Fairuz masih tidak puas hati dengan tindakan Faiz menghalangnya.

"No Ruz! Kau tak faham dengan keadaan Tehah. Tehah bukan yang macam kau kenal!" Faiz membangkang. Dia kalau boleh tak mahu keadaan bertambah menjadi semakin rumit. Kedua-duanya diam sekejap.

"Apa maksud kau Is?" Tanya Ammar pula setelah melihat kedua sepupu itu sudah mula tenang. Dia sendiri pun timbul rasa pelik dengan tindakan Faiz. Tak kan sekumit pun perasaan marah Faiz tak ada pada Fatihah berkenaan dengan semua perbuatan Fatihah pada dia?

Faiz toleh pada Ammar. Rasanya dia perlu buka semua cerita yang dia simpan tentang Fatihah supaya tidak akan ada lagi yang akan 'sakit' selepas ini. Dia tahu Fatihah yang salah dan dia sendiri susah untuk memaafkan setiap perbuatan Fatihah terhadapnya tapi dia sedar Fatihah sudah lama 'sakit' dengan apa yang dah terjadi. Apa yang berlaku 'dulu' dan apa yang telah berlaku setahun yang lepas.

"Kau dah kenapa Is? Kau tak marah ke Tehah dah buat kat kau macam-macam? Kenapa kau masih nak back up adik aku tu?"

"Bukan macam tu Ruz.. Kau tak faham. Aku bukan back up Tehah cuma cara kau ni salah. Mengamuk macam ni, makin mengeruhkan keadaan Tehah."

"Keadaan Tehah yang kau fikir? Habis aku? Yusra? Anak aku? Ada kau fikir?"

"Bukan tu maksud aku Ruz....." Faiz tarik nafas panjang sebelum menyambung.

"Tehah sebenarnya..."

Pin! Pin!

Wrong timing betul la Fatin ni.. muncul saat Faiz mahu buka cerita. Melihat kemunculan kereta Fatin, Faiz automatik terdiam, tidak jadi meneruskan penceritaannya. Mereka pandang kereta yang dipandu Fatin Isma berhenti dan parking hadapan mereka.

"Kenapa ni? Kenapa abang call Aten tadi? Maaf Aten lambat, Aten sibuk sikit sekarang ni." Fatin mula bertanya.

Sedikit hairan dengan kemunculan abang dan kawan-kawannya. Jiran-jiran pun ramai terpacak di depan rumahnya. Apa yang dah jadi ni? Tadi masa Faiz telefon dia, kebetulan dia ada mesyuarat. Bila Faiz tanyakan alamat rumah dia, dia cuma syak pasti Faiz mahu pujuk Fatihah balik. Dia kenal Fatihah tu, selagi Faiz tak pujuk selagi tu keras kepala tak mahu balik ke Teratak Qaseh. Tapi hairan juga dia, sudah banyak hari Fatihah menumpang di rumahnya, Faiz langsung tak munculkan diri. Tak seperti selalu kalau Fatihah merajuk, Faiz cepat saja memujuk.

"Aku nak jumpa Tehah. Kau masuk dalam, panggil Tehah keluar, sekarang!" Arah Fairuz.

"Ruz!" Faiz menegur.

Fairuz mendengus. Geram dengan Faiz yang masih cuba berlembut dengan Fatihah. Kalau dia, dah diseretnya Fatihah keluar. Biar Fatihah tahu, siapa abangnya yang sebenar.

"Abang nak jumpa Tehah. Boleh Aten panggilkan dia?"

"Kenapa tak masuk jumpa dia?" Tanya Fatin pelik. Tak kan Fatihah tak bukakan pintu untuk abangnya sendiri.

"Dari tadi lagi kami ketuk, dia tak buka." Ammar mencelah.

"Okay lah kalau macam tu.. Sekejap Aten buka pintu." Fatin mengeluarkan segugus kunci dari tas tangannya. Grill pintu dan pintu rumah sudah dibuka.

"Masuk lah abang, Abang Amm, abang Ruz. Kejap Aten panggikan Tehah." Fatin melebarkan dedaun pintu menjemput tetamu yang tidak di undang masuk ke kediamannya.

Fatin tidak jadi memanjat anak tangga bila perasankan Fatihah duduk di lantai dapur dengan peluk kedua lutunya. Kakinya dihalakan ke dapur. Berhati-hati dia menghampiri Fatihah bimbang kalau kehadirannya mengejutkan Fatihah. Dia duduk dulu di sebelah Fatihah sebelum bahu sepupunya dicuit. Satu sentuhan sahaja, Fatihah sudah angkat muka. Panggung wajah kepada Fatin.

"Tehah.. kau kenapa duduk kat sini? Tu Is dan Ruz datang. Diorang nak jumpa kau." Beritahu Fatin tanpa mengetahui apa-apa yang dah terjadi antara mereka.

Fatihah mengeleng perlahan kepalanya. Wajahnya sudah bengkak kerana terlalu banyak menangis.

"Aku tak nak jumpa dengan Is. Aku tak nak jumpa Ruz. Aku tak nak jumpa siapa-siapa. Tolong mintak diorang balik, Ten..." Suara Fatihah separuh merayu. Seka air mata yang berbaki di pipi.

Fatin mengerut dahi. Apa yang dah jadi sebenarnya ni? Fatihah teruk.. tak pernah dia tengok Fatihah 'down' macam ni. Kenapa Tehah tak nak jumpa Is? Bukan ke selalu dia teruja kalau Is datang cari dia? What's going on here??

"Kenapa ni Tehah?"

"Tolong suruh diorang balik...." Meleret suara Fatihah. Penat sebab terlalu banyak menangis dan melawan perasaan takutnya sendiri.

"Emm.. yelah.. nanti aku bagitahu kau tak nak jumpa diorang." Fatin mula bangun. Baru nak melangkah, ada seorang berdiri di hadapannya.

"Kenapa kau tak nak jumpa aku? Aku bukan abang kandung kau ke?" Kasar Fairuz bertanya.

Fatin tidak jadi melangkah. Dia tunduk pandang Fatihah. Apa yang berlaku sebenarnya ni? Kenapa mesti dirumah dia?

Fairuz! Fatihah mendongak memandang si abang. Sudah lama dia tidak berjumpa Fairuz. Kali terakhir berjumpa sebelum dia bertolak balik ke England dulu. Hanya sebab Yusra Saidah, dia sanggup tidak berjumpa dengan Fairuz. Ya, dia benci Fairuz sebab pilih Yusra Saidah! Arghhh kenapa nama tu yang dia perlu ingat saat-saat ini?!

"Tak berbaloi kau nak menyorok kat sini selepas apa yang kau dah buat pada keluarga aku, Tehah. Sekarang aku nak kau bangun, packing baju kau, ikut aku balik rumah umi. Now!" Arah Fairuz dengan suara celah giginya. Tahan suara supaya tidak memekak.

"Tehah tak nak balik rumah umi. Tehah nak duduk sini." Fatihah kembali menunduk, menikus.

"Kau jangan buat aku gila, Tehah! Ikut aku balik elok-elok sebelum aku heret kau keluar dari rumah ni!" Sekali lagi suara Fairuz memetir.

Terangkat sedikit bahu Fatin dan Fatihah, terkejut.

Faiz dan Ammar muncul di kalangan mereka sebaik terdengar Fairuz menjerit tadi. Faiz duduk di hadapan Fatihah lalu paut lengan Fatihah. Fatihah tidak bermaya. Mata bengkak. Menggigil sedikit tubuhnya, mungkin takut bila Fairuz muncul tiba-tiba di rumah mereka. Dalam geram dia pada Fatihah, dia tidak sanggup berkasar. Dalam tak suka pada Fatihah, dia tidak sanggup benci Fatihah.

"Tehah... kau ikut kami balik rumah umi. Kita bincang perkara ni elok-elok." Faiz cuba memujuk.

Fatihah mengeleng. Balik rumah Umi? bagi dia tiada makna. Umi dan abah tak habis-habis dengan Yusra! Yusra! Yusra!

"Okay fine.. Kalau tak nak balik, kita bincang kat sini. Kat depan, boleh?"

"Baik kau buat dia setuju untuk ikut kita ke depan, sebelum aku tarik dia balik rumah umi dan paksa dia buka mulut pada umi dan Abah." Ugut Fairuz.

"Ruz... dah.. Boleh tak kau bagi dia masa?"

"Masa? Kau bercakap tentang masa, Is? Dah bertahun dia aniaya kau dengan Yusra, kau masih bercakap tentang masa? Kali ni kau nak dia perbodohkan aku dan Yusra untuk berapa tahun pulak?" Serang Fairuz bertubi-tubi.

"Ruz.. perkara tu dah lama Ruz.." Faiz masih lagi mempertahankan Fatihah. Bila dia tengok keadaan Fatihah, dia rasa tak sanggup nak desak Fatihah seperti yang Fairuz sedang lakukan.

"Yes sebab perkara tu dah lama, sebab tu aku nak dia berterus terang dengan aku apa lagi yang dia tak puas hati dengan aku, dengan Yusra. Tak cukup lagi ke kau dah aniaya Yusra dengan Is, dulu Tehah? Sekarang kau nak aniaya aku dengan dia pulak?" Tanya Fairuz lagi. Kali ini dia tujukan terus pada Fatihah.

Fatin mengerut dahi. Cuba faham apa sebenarnya yang jadi. Ammar cuma lebih selesa membisu membiarkan kaum kerabat Tengku itu berbincang sesama mereka.

"Yusra tak pernah tahu apa yang dah berlaku antara kita bertiga dulu, Tehah. Dia kecil lagi masa tu. Kalau kau nak marah sangat, kau sepatutnya marah aku. Marah aku sebab aku yang tolak kau. Aku yang menyebabkan kau jatuh kena tiang pagar tu sampai tangan kau luka. Sampai kau berparut, bukannya sebab Yusra. Yusra tu budak lagi masa tu Tehah. Dia tak tahu apa-apa."

"Tapi sebab dia, kau sanggup tolak aku! Padahal aku cuma tolong dia... dia nak kena langgar dengan kereta tu.. aku cuma nak tolong dia tapi kau dah salah anggap. Kau cakap aku nak tolak Yusra sampai sanggup kau tolak aku, sampai aku jatuh." Fatihah membela diri. Memberanikan diri mengangkat mata, mendongak terus ke wajah abangnya.

"Tehah.. sudah-sudahlah kau nak ungkit perkara tu.. semua tu dah lama." Faiz pula menyampuk sambil mengeleng, nampaknya Fatihah tak habis-habis dengan dendam lama.

"Kau dah melampau Tehah! Dah melampau! Kau terlalu ikut perasaan marah kau. Kau terlalu sanjung dendam dalam diri kau, ego kau.. sampai kau dah lupa yang Yusra Saidah tu Idah kau. Adik angkat kau! Tapi disebabkan kau masih simpan dendam tu, kau sanggup musnahkan hubungan baik kau dengan dia. Sanggup kau tipu dia dan Is. Kau guna surat-surat yang Is hantar pada dia untuk kau tipu Is." Fairuz curi nafas sebentar sebelum menyambung,

"Dan sekarang bila aku dah kahwin dengan Yusra, apa lagi yang kau tak puas hati? Sampai kau sanggup datang office aku, curi surat perjanjian tu dan kau pergi serang Yusra hingga hampir keguguran? Kau sedar tak kau dah hampir nak jadi seorang pembunuh? Kau sedar tak kau cuba bunuh anak saudara kau sendiri? Kau sedar tak lagi Tengku Fatihah?!" Kuat suara Fairuz memetir memecah kesunyian segenap ruang rumah banglo dua tingkat milik Fatin.

Semua yang ada automatik terdiam termasuk Faiz. Kalau tadi dia sibuk mempertahankan Fatihah, kini dia diam seribu bahasa. Tiada apa yang boleh disangkal lagi, setiap apa yang Fairuz katakan itu semuanya betul.

"Tehah..... how could you..... Yusra Saidah, Idah?"
Fatin seakan baru sedar sesuatu. Otaknya cerna setiap maklumat isi cerita yang baru di terima. Dia pandang Fatihah.

Fatihah takut-takut memandang dia. Wajahnya kembali lencun, basah dengan air mata. Malam ini dia kaya dengan air mata. Dia bagaikan pesalah di tengah-tengah kandang pembicaraan mahkamah, menanti saat dibicarakan.

"Absolutely Yes. Yusra Saidah, Idah or Saidah Shafie is the same person. Orang yang sangat sayangkan Tehah, sangat hormatkan Tehah.. tapi sayang sikitpun Tehah tak hargai." Sambung Fairuz.

"Tehah, aku tak tahu apa yang patut aku buat pada kau. Kau adik aku, keluarga aku tapi apa yang kau dah buat pada Yusra dan anak aku, susah untuk aku terima. Kalau orang luar, aku rasa dah lama aku sumbat dalam lokap tapi kau.... kau adik aku.... satu keyataan yang pahit untuk aku terima." Kendur suara Fairuz. Mungkin sudah penat memekik seperti tadi. Hatinya berbelah bahagi.

"Ruz... dah la.. kesian Tehah.." Ammar menyampuk. Kesian melihat Fatihah tersedu-sedu menangis dari tadi.

Fatihah.... masih belum cukup lagi... just wait for the next episode. Faiz.. knp nk backing sgt ni? ~Alhamdulillah I'm back. =) terima kasih kpd yg mendoakn kesihatan saya. 32k views. Terima kasih byk2. =)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience