Bab 8 : CBYS

Romance Series 109654

Usai berjogging di sekitar kawasan berhampiran Teratak Qaseh, Fairuz berlalu ke kamarnya untuk mandi dan solat sunat Dhuha yang sudah menjadi kebiasaannya sejak dari dulu lagi.

Telefon pintarnya berbunyi notification menandakan ada WhatsApp masuk. Jarang sekali notifications berbunyi di hujung minggu begini.

Sudah ditetapkan peraturan, weekend just for my precious family. Lambat-lambat Fairuz melipat sejadah dan menanggalkan kopiahnya. Telefon itu diambil lalu dibuka aplikasi WhatsApp nya.

Tertera nama Fatihah di skrin. Fairuz mengerut dahi, sudah sekian lama adik kesayangannya itu tidak menghubunginya .

_Abang, are you OKAY now?_ ~Fatihah

_I'm okay. Tehah?_ ~Fairuz

_Abang Is dah bagitahu Tehah._ ~Fatihah

_Abang dah bertunang?_ ~Fatihah

_Emmmm..._ ~Fairuz

_Macam tulah kalau ikut kata abah dan umi cakap._ ~Fairuz

_So, abang setuju la? No objections? That's true Tengku Fairuz?_ ~Fatihah

_Abang masih berharap abah dan umi cancel thats agreements..._ ~Fairuz

_Okay Abang. I hope so.._ ~Fatihah

_Sorry la Abang, Tehah tak puas hati betul bila Abang Is bagitahu Tehah yang Abang kena bertunang dengan budak perempuan tu!_ ~Fatihah

_Sekali pun terhutang budi tak perlu arwah atok nak gadai diri Abang macam ni!_ ~Fatihah

Fairuz tersenyum membaca mesej dari adiknya. Tengku Fatihah memang memahami jiwanya. Adiknya yang seorang ni kalau dah marah, apa-apa pun boleh jadi! getus hati Fairuz.

_It's okay Tehah._ ~Fairuz

_Abang akan cuba yakinkan abah dan umi._ ~Fairuz

_Siapa perempuan tu abang?_ ~Fatihah

Ketukan dari luar kedengaran bertalu-talu disertakan dengan suara manja milik Tengku Farhana memanggil-manggil namanya. Telefonnya disimpan di dalm poket seluar dan berlalu menuju ke pintu kamarnya. Tombol pintu dipulas.

"Pak Ngah.." Sapa Tengku Farhana dengan suara manjanya.

"Iye sayang, kenapa?" Soalnya sambil mendukung tubuh kecil itu.

Tengku Farhana tersenyum manis.

"Tokmi dan tokbah panggil turun bawah." Beritahu si kecil itu.

"Ye ke? Ok jom turun sama-sama. Abang Farhan dan papa, mana?" Tanya Fairuz lagi. Kaki mula mengatur langkah ke tingkat bawah.

"Papa ada kat bawah. Abang tengok tv. Cerita kartun."

"Adik tak tengok kartun?" soalnya lagi. Si kecil menggeleng.

Kelihatan Tengku Faisal, Tengku Fauziah dan Tengku Furqan di ruang tamu. Sedang menanti kehadirannya. Tengku Farhana duduk di riba Pak Ngahnya. Seketika, dia berlari mendapatkan Siti di dapur. Abangnya yang tidak jauh dari situ turun berlari dapatkan Siti.

"Ada lah tu apa yang diminta tu." Rungut Tengku Fauziah.

Mereka memandang si kembar itu sedang berebut-rebut meminta aiskrim Wall dari pembantu rumah mereka, Siti.

"Kami panggil Ruz ni sebab ada hal yang nak dibincangkan." Tengku Faisal memulakan bicara. Matanya memandang anak keduanya.

"Hal apa abah? Tentang projek di Indonesia tu ke? ke Projek di Ayer Keroh?" Pantas Tengku Fairuz bertanya.

"Ruz, boleh tak jangan terlalu fikir pasal Mentari? Ruz dah lupa ke apa yang amanat arwah atok hendak kan?" Uminya mencelah.

Tengku Fairuz menunduk dan mengangguk.

"Sorry Umi. Ruz tak lupa tentang tu tapi dalam masa yang sama Ruz risau kalau ada masalah dengan projek-projek tu." Beritahu Fairuz.


"Tak apa lah Ruz. Bukan hari ni umi baru kenal dengan anak umi ni. Ruz tengoklah gambar-gambar ni." Sampul Surat berwarna coklat disuakan kepada Fairuz.


Fairuz menyambut dan membuka sampul surat berkenaan. Beberapa keping gambar Haji Shafie sekeluarga terhidang di depan matanya. Satu persatu gambar itu diteliti.

Ada sekeping gambar benar-benar mencuri minat dan hatinya. Seorang gadis ayu bertudung dan berbaju kurung biru sedang berpayung. Cantik! itu sahaja perkataan yang terdetik di hatinya.

"Itu bakal isteri Ruz." Tengku Fauziah berkata setelah melihat reaksi Fairuz tatkala melihat foto milik Yusra Saidah.

Fairuz kaget. Matanya sekali lagi merenung gambar itu. 'isteri?' Tanya hatinya.

"Bakal isteri Ruz? maksud umi selama ini, dia tunang Ruz?" Soal Fairuz inginkan kepastian. Uminya mengangguk.

"Dia baby girl tu?" Soalnya lagi. Sekali lagi uminya mengangguk.

"Umurnya baru 20 tahun. Dia budak pandai Ruz. Umi rasa arwah atok tak salah memilih dia. Keluarganya pun orang baik-baik." Sambung uminya.

"Ruz ada nak cakap apa-apa ke?'' Tengku Faisal pula bertanya.

Hairan juga dia melihat reaksi Tengku Fairuz yang membisu dalam keasyikkan merenung gambar anak dara sunti Haji Shafie.

"Ruz macam pernah tengok muka dia tapi Ruz tak ingat dimana." Beritahu Fairuz.

Sejujurnya saat melihat gambar itu, dia seperti mengingatkannya pada seseorang tapi dia tidak ingat siapa. Matanya masih fokus pada foto itu. Senyuman itu, senyuman yang menawan hati.

"Macam mana Ruz? Okay tak orangnya?" Tengku Fauziah bertanya lagi. Ingin dengar jawapan dari mulut anak terunanya sendiri.

Seperti biasa, Fairuz akan minta pendapat abangnya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

"Abang tak tahu nak jawab macam mana sebab ini masa depan Ruz tapi bagi abang, pilihan orang tua selalu tepat. Lagipun abang tengok dia pun, okay je. Tak sosial dan yang paling penting dia menutup aurat. Keluarganya pun orang baik-baik." Jelas Furqan ikhlas dari hati.

Tengku Fairuz mengangguk beberapa kali, bersetuju demgan pendapat abangnya.

"Kalau dah macam tu kata abang, Ruz setuju dengan pilihan arwah atok. Lagipun dia dah jadi tunang Ruz. Ruz malas nak fikir dah. Just proceed with your plan Umi, Abah." Ujarnya muktamad.

"No objection?" Tanya abahnya. Agak terkejut sebenarnya dengan jawapan anak keduanya. Dia menjangkakan Fairuz akan menolak dan meminta untuk membatalkan saja pertunangan antara mereka. Melihat Fairuz menggeleng melegakan hati tuanya. Nafas lega dihela.

"Qazrina?" Tanya abangnya pula.

Wajah Fairuz langsung berubah.

"Qaz dah bertunang dengan Hisham minggu lepas. Awal bulan depan mereka akan kahwin." Kendur suara Fairuz tetapi masih didengari oleh mereka.

"Jadi Ruz pilih Yusra Saidah ni sebab Qazrina dah tinggalkan Ruz la ye atau Ruz.."

"Tak umi! Ruz suka dia." Pintas Tengku Fairuz memberi jawapan sebelum uminya menghabiskan pertanyaannya.

"Iya umi. Ruz suka dia. Kali pertama tengok gambar ni, Ruz tahu dia gadis yang baik. Ruz akan cuba cintakan dia." Sambung Fairuz bersuara meyakinkan orang tuanya.

Gambar Yusra Saidah ditatap lagi.

'Yusra Saidah? Cantik namanya. Secantik tuan empunya nama' hati kecil Fairuz berkata-kata.

"Umi, abah, memandangkan Ruz dan dia belum kenal antara satu sama lain, Ruz ada syarat untuk dia selepas kami berkahwin nanti." Ujar Fairuz. Keritan di dahi masing-masing sudah jelas tergaris.

"Apa dia Ruz? cakap saja, kalau benda yang masuk akal, InshaAllah umi dan abah tiada masalah." Uminya bersuara.

"Ruz nak dia yang uruskan keperluan Ruz termasuk makan, minum dan pakaian Ruz. Ruz tak nak Mak Kiah masakkan untuk Ruz dan Siti yang basuh pakaian Ruz." Tengku Fairuz membentangkan syarat-syaratnya.

"Idea yang bernas Ruz tapi abang rasa lagi elok kalau Ruz pindah dari Teratak Qaseh dan mulakan hidup baru dengan dia. Kalau Ruz nak gunakan semua syarat yang Ruz bagitahu tu di sini, mesti Mak Kiah dan Siti tak akan setuju." Abangnya mengutarakan pandangan. Furqan selaku abang sulung dan paling dihormati oleh Fairuz selepas abahnya.

"Betul kata Qan tu. Abah setuju. Kalau Ruz dah ada syarat untuk Yusra, abah pun ada syarat untuk Ruz bagi pihak Yusra. Izinkan Yusra sambung belajar selepas kahwin. Yusra sebenarnya dapat tawaran sambung belajar di UKM. Kalau Ruz izinkan dia sambung belajar, boleh la Ruz carikan rumah area Bangi. Mudah untuk dia dan untuk Ruz juga." Usul Tengku Faisal.

Tengku Fairuz mengangguk, faham.

"Bila majlis akan berlangsung Umi?" Soal Tengku Furqan pula. Tengku Fairuz hanya mendengar.

"Umi dan abah dah sepakat nak langsungkan majlis ni bulan depan. Sebelum majlis serah kuasa di Mentari. Apa-apa pun kita mesti berbincang dengan keluarga Haji Shafie." Jawab Tengku Fauziah.

"Hujung minggu depan abah dan umi ingat nak ke Besut, jumpa keluarga bakal besan. Ruz ikut abah dan umi, ya?" Cadangan Tengku Faisal mengejutkan Tengku Fairuz dari merenung gambar Yusra Saidah.

"Hujung minggu depan abah? Abah, Ruz kena pergi Sabah. Ada metting dengan Datuk Darus. Projek hotel di Lahad Datu. Abah dah lupa?"

"Tak boleh cancelled?"

"Umi, kalau ikutkan hati Ruz memang Ruz nak ikut Umi dan Abah ke sana. Ruz pun teringin nak jumpa tunang Ruz. Tapi, metting kali tak boleh cancel umi. Dah banyak kali Ruz postpone metting, Ruz risau nanti Datuk Darus dah tak percayakan Ruz. Ruz pergi tak lama pun Umi. Dalam 4hari." Beritahu Tengku Fairuz.

Tengku Fauziah mengeluh begitu juga dengan suaminya.

"Bulan lepas Ruz ke Indonesia, pastu ke Ayer Keroh. Minggu depan nak ke Sabah pula. Ruz, nanti kalau dah berumahtangga, kurangkan lah sikit outstation.. serah pada orang lain. Kesian isteri Ruz nanti, suami asyik outstation je." Rungut Tengku Fauziah. Matanya sempat menjeling suami didepannya.

"Eh Ziah ni, macam perli abang je.'' Tungkas Tengku Faisal. Kedua-dua anaknya tersenyum.

''InsyaAllah umi. Ruz akan cuba."

"Nanti dapat la Yusra Saidah belajar cara hidup dengan orang workaholic macam Ruz ni." Balas Abangnya.

"So minggu depan macam mana? Abah tak larat nak drive jauh. Pak Mail masih lagi cuti, dua minggu lagi, baru dia masuk kerja." Tengku Faisal bertanya, sejenak dia berfikir.

"Qan boleh ikut?" Soalnya kemudian kepada Furqan.

Fairuz memandang abangnya. Menanti jawapan dari si abang.

"Qan off minggu depan, turn Azmi bertugas minggu depan. Boleh la ikut abah dan umi. Janji jangan drive malam dan anak-anak ikut sekali." Jawab Furqan.

Tengku Faisal dan Tengku Fauziah menarik nafas lega. Selesai satu masalah. Tengku Fairuz yang mendengar jawapan si abang rasa tidak selesa. Bimbang juga kalau-kalau si abang terpikat dengan tunangnya. Maklum sahajalah hati duda anak dua itu telah lama sepi semenjak kematian arwah isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience