Bab 22 : CBYS

Romance Series 109654

Fairuz menghulurkan tali leher berwarna biru kepada Yusra. Yusra terpinga-pinga namun disambut jua.

"Nak buat apa ni?" tanya Yusra lurus.

Tali leher itu dipandang dengan pandangan kosong. Macam mana nak buat? Yang kena simpul-simpul tu ke?

"Eh.. kau ingat aku nak bagi kau untuk apa ni? Aku nak pakai la. Apasal la kau ni Yusra." Fairuz sudah berdiri di hadapan Yusra.

Sedikit menunduk bagi menyamai ketinggian Yusra yang di paras dagunya. Yusra meneguk liur. Tali leher itu dilingkarkan ke leher suaminya. Masih lagi memikirkan macam mana caranya mahu menyimpul tali leher.

"Kau dah kenapa ni Yusra? Yang kau tenung tie tu bagai nak tembus tu kenapa? Cepat la ikatkan tie ni."

"Hah? tapi..."

"Kau tahu tak macam mana nak ikat tie ni?"

"Tak."

"Tak tahu kenapa tak cakap? Aku ingat menantu umi ni dah lulus semua bab. Rupanya benda simple macam ni pun kau tak tahu nak buat."

"Iya lah. Saya bukannya pakai tie. Mana lah saya tahu macam mana nak ikat tie. Lagipun saya bukannya tahu suami saya nanti orangnya pakai baju kot bagai macam awak ni." Jawab Yusra sekali dengan menjeling geram.

"Menjawab? Meh sini aku ajar kau. Sekali je aku ajar. Lepas ni kalau kau tak pandai lagi nak ikat tie, siap kau." Fairuz merentap tali leher di tengkuknya lalu dilingkarkan ke tengkuk Yusra.

Dia melangkah ke depan selangkah supaya lebih dekat dengan Yusra. Yusra meneguk liur bila sedar jaraknya dengan Fairuz begitu dekat. Matanya merenung Fairuz yang turut merenungnya.

"Tengok sini aku ajar kau ikat tie."

Yusra tersedar. Fairuz sudah tersenyum sinis. Yusra tertunduk malu. Segera melihat tangan Fairuz yang sudah memegang tali leher di tengkuknya, bersedia untuk mengajar cara-cara mengikat tali leher.

"Sini... mula-mula silangkan macam ni. Pastikan pendek sebelah, panjang sebelah. Lepas tu, yang panjang kau masuk sini. Lepas tu, terus masuk sini. Lepas tu, masuk dalam ni. Dan ketatkan macam ni, faham?" tanya Fairuz setelah selesai kerjanya.

Yusra mendongak wajah memandang Fairuz dan mengangguk. Dia segera merungkai tali leher itu dan disarungkan ke leher Fairuz.

Fairuz merenung mata Yusra yang cuba mengelak dari bertentangan mata dengannya. Tangan Fairuz naik memegang pinggang Yusra.

Kaget Yusra seketika. Tangannya berhenti bergerak. Matanya membalas renungan Fairuz. Tubuh Yusra ditarik perlahan. Dia menunduk sedikit wajahnya mendekati telinga Yusra.

"Aku tak suka kalau barang aku, aku kena share dengan orang lain. Sekali kau jadi hak aku, aku takkan senang-senang lepaskan kau. Tentang fitting baju tu, nanti aku WhatsApp kau. Ingat, jangan pandai-pandai bagi orang lain gantikan aku. Aku tak suka." Tajam kata-kata Fairuz di telinganya.

Dia melepaskan pinggang Yusra dan berlalu ke wardrobenya. Sehelai kot dicapai dan disarungkan ke tubuh tegapnya. Yusra masih lagi kaku di tempatnya. Meneguk liur berkali-kali sebelum bersuara.

"Bukan saya yang cadangkan Abang Qan pergi butik tu. Abah yang cadangkan. Awak sendiri dengar kan? Jadi awak tak boleh nak salah kan saya." Yusra cuba mempertahankan diri. Fairuz dilihat sedang membetulkan kotnya. Rambut disikat rapi.

"Jadi kau suka la kalau dia yang pergi? Sama macam kau dengan dia pergi fitting baju nikah kita dulu? Kemain bahagia aku tengok gambar kau dengan Abang Qan." Fairuz berkata lagi.

Perfume dicapai dan disembur ke tubuhnya. Wahh baunya! boleh tergugat jiwa tenang Yusra.

"Sebab umi yang minta Abang Qan pergi. Kata umi badan awak dengan dia lebih kurang sama," jawab Yusra lagi.

Fairuz mencapai briefcasenya.

"Kalau yang tu aku maafkan tapi kali ni aku tak kan bertolak ansur. Lunch nanti aku balik ambil kau dengan umi. Kita pergi sekali ke butik Mak Long." Fairuz sudah mencapai tombol pintu.

Yusra mengangguk. Tangan Fairuz dicapai dan disalam. Fairuz tergamam seketika sebelum dahi Yusra dikucup lembut.

"Dah cepat la. Aku dah lapar ni. Tak sabar nak merasa nasi lemak sambal ikan tongkol kau." Tangan Yusra yang masih dalam genggamnya ditarik dan mereka beriringan turun ke tingkat bawah.

* * *


"Assalamualaikum pengantin baru. Wahh lama bercuti." Sapa Syed Ammar dimuka pintu pejabat Fairuz.

"Waalaikummusalam pengapit pengantin baru. Ye ke lama? Seminggu je kot," jawab Tengku Fairuz pula.

Syed Ammar sudah melebarkan senyuman. Kakinya melangkah masuk ke pejabat Fairuz. Syed Ammar mula gelak perlahan.

"Ala.. seminggu bercuti untuk seseorang yang bernama Tengku Fairuz tu.. lama la. Kau kan gila kerja. Workaholic."

"Ye ke aku gila kerja? Rasanya macam biasa-biasa je."

"Eh... kalau kau tu biasa-biasa je, tak ada lah umur 27 tahun dah boleh pegang jawatan besar macam ni. Kau ingat senang ke orang muda macam kita ni nak dapatkan kepercayaan dari orang atasan?"

"Iye lah Amm oii.. Bersembang dengan kau ni tak adanya aku menang." Fairuz sudah mengangkat kedua tangannya ke atas. Menyerah diri. Ammar ketawa lagi.

"So how? Ada apa-apa progress tak kau dengan dia?" Syed Ammar mula lakukan soal siasatnya. Tangannya mencapai pen dihadapan Fairuz dan mula memutar-mutarkannya.

"Entah la Amm.. susah la aku nak pikat dia. Aku tak rasa dia ni mudah terpikat dengan seseorang la." Fairuz menghela nafas.

"Entah-entah dia dah ada special kot Ruz. Kau dah kebas awek orang ni broo.. " Sakat Ammar.

Fairuz sudah menjegilkan matanya.

"Eh kau.. cabul sangat mulut kau ni. Aku terajang kan." Tungkas Fairuz. Tak suka apa yang terluah dari mulut Ammar. Ammar sambung ketawa.

"Dah pandai jealous ya..emm ada improvement. Good luck broo..."

Ammar menaikkan ibu jarinya tanda bagus. Matanya dikenyit sebelah.

"Eh.. dah la sembang. Kau pergi bilik kau. Aku ada hal nak kena settle. Lepas lunch aku tak masuk office. Ada hal."

"Ada hal apa?"

"Aku nak pergi fitting baju. Dah la kau jangan banyak soal kat sini. Pergi bilik kau, sambung kerja."

"Emm...Yelah-yelah. Baru nak ajak lunch sesama. Oklah orang dah ada si jantung hati..." Ammar mencebik bibir.

"Sebelum aku terajang kau, baik kau keluar. Aku ada hal la.. Nextime aku spent time dengan kau and Syah, ye? Sekarang aku nak buat kerja."

"Yelah-yelah. Aku chow dulu ya Tengku." Ammar sudah menapak keluar dari bilik pejabatnya.

Fairuz termangu seketika. 'Dia dah ada someone ke?'

* * *


Yusra berdiri di balkoni biliknya. Merasai kenikmatan setiap angin yang menerpa wajahnya. Dia menghela nafas perlahan. Teringat mimpi di siang harinya semalam. Dia mimpikan Tengku Faiz Iskandar. Rasanya sudah lama dia tidak bermimpikan lelaki itu. Sekali lagi dia menghembus nafas. Kali ini sedikit berat.

"Abang tak sabar nak jumpa Idah." Faiz berkata bersama senyumannya. Masih seperti dulu.

"Kenapa abang tinggal Idah?"

"Siapa cakap abang tinggalkan Idah? Idah sentiasa ada dengan abang. Ada kat sini. Kat sini dah tertulis nama Idah sejak dari hari pertama abang kenal Idah. Nama tu cukup istimewa disini," katanya sambil menunjal dadanya sendiri.

"Kenapa abang lama menyepi?"

"Abang tak menyepi. Abang sentiasa tunggu Idah. Idah dah janji dengan abang, Idah akan tunggu abang kan?" tanya Faiz lagi.

Yusra diam. Tiba-tiba dia merasakan ada seseorang menarik tangannya. Faiz tergamam. Seketika mereka bertiga saling berpandangan. Faiz bangun dan perlahan-lahan melangkah pergi.

"Mana awak pergi? saya dah lama tunggu awak. Jangan buat saya macam ni lagi!" jerit Yusra sambil meronta-ronta tangannya dari pegangan lelaki yang berada belakangnya.

Namum Faiz tidak sedikitpun menoleh. Pegangan ditangannya juga terasa makin kemas.

* * *

Yusra tersentak bila terasa ada tangan melingkari pinggangnya. Matanya terbuka luas. Tiada lagi mimpi semalam. Tiba-tiba tubuhnya terasa kaku. Bau perfume ini... dia kenal. Ini bau perfume yang digunakan Fairuz pagi tadi sebelum pergi kerja. Fairuz? Liurnya ditelan kesat. Dagu lelaki itu diletakkan di bahunya.

"Kau fikir apa ni? Dari tadi lagi aku balik, aku panggil kau... kau ingatkan apa?" tanya Fairuz. Pelukan di pinggang Yusra diperkemaskan.

Yusra membisu. Masih terkejut dengan kehadiran Fairuz.

"Jawab aku Yusra!" Sedikit keras suaranya.

Bahu Yusra sedikit terhincut.

"Aku pernah pesan pada kau kan? Setiap soalan aku wajib ada jawapan. Kau fikir apa ni?" tanya Fairuz lagi. Kali ini suaranya tidak sekeras tadi. Dia lepaskan pelukan. Tubuh Yusra dipusing mengadapnya.

"Tak ada apa. Saya cuma rindukan ibu dan ayah," tipu Yusra.

Belum masanya untuk dia berbincang soal hati dan perasaannya dengan lelaki di depannya.

"Betul ke? kenapa aku rasa macam kau tengah fikir benda lain?" Fairuz melirikkan pandangannya. Mukanya mula berubah serius.

"Kau jangan cakap kau tengah fikir lelaki lain. Kalau aku tahu, siap kau!" Fairuz melangkah masuk ke bilik. Yusra sudah terkedu.

"Cepatlah bersiap. Kejap lagi nak pergi butik Mak Long." Fairuz separuh menjerit.

Yusra cepat-cepat melangkah masuk dan menyalin pakaian.

* * *

_Assalamualaikum pengantin baru!_ ~Iskandar

Fairuz tersenyum membaca WhatsApp dari sepupunya.

_Waalaikummusalam Is. Lama menyepi?_ ~Fairuz

_Saja menyepi. Membawa hati yang lara_ ~Iskandar

_Haha... Hati yang lara? why? awek kena kebas ke broo?_ ~Fairuz
_Iya lah. Kau lah kebas dia... _ ~Iskandar

Zapp! Rasa macam ada benda berat hempap kepalanya bila membaca WhatsApp dari Tengku Faiz Iskandar. Teringat kata-kata Syed Ammar tadi.

_Apa pulak ni Is?_ ~Fairuz

_hahaha cuak la tu._ ~Iskandar

_Aku gurau jelah! Lawa gilerr wife kau Ruz. Untung dia jumpa kau dulu. Kalau tak, aku dulu kebas dia._ ~Iskandar

Hatinya berdebar tidak tenteram. Kenapa mesti Faiz Iskandar bergurau begitu?

_Kau ni gilerr la Is.._ ~Fairuz

_Ha'a giler... selagi aku tak dapat apa yang aku cari._ ~Iskandar

_Kau kenapa ni Is? Kau ada masalah ke ni?_ ~Fairuz

_Aku rasa aku nak balik Malaysia. Aku nak cari 'that's girl'._ ~Iskandar

_Tengok gambar wedding kau, buat aku fikir yang aku pun sepatutnya dah ada wife, ada family aku sendiri._ ~Iskandar

Fairuz menarik nafas panjang. Dapat merasakn sepupunya dalam masalah. Mungkin lebih tepat lagi dalam tekanan perasaan. Faiz Iskandar, sepupu yang paling rapat dengannya. Sejak dari kecil dia sentiasa bersama. Apa yang dia suka, mesti Faiz Iskandar suka. Apa yang dia buat, mesti Faiz Iskandar buat. Dan begitulah sebaliknya. Mungkin dengan perkahwinan dia, menjadikan satu cabaran buat Faiz Iskandar, siapa tahu kan?

_Is.. benda nikah kahwin ni bukan benda main-main la Is. Mungkin aku kahwin dulu, sebab jodoh aku dah sampai._ ~Fairuz

_Jodoh kau, mungkin on the way._ ~Fairuz

_Aku tahu Ruz. Sebab tu aku ckp aku nk balik Malaysia. Aku nak cari dia._ ~Iskandar

_Then?_ ~Fairuz

_Aku nak kahwin dengan dia. Aku nak minta maaf dengan dia sebab aku ambil masa yang lama untuk balik cari dia._ ~Iskandar

_What if, she is already married?_ ~Fairuz

_I don't care, the important thing is i want her!_ _Iskandar

_Kau dah giler ke Is? Tak kan kau nak kebas bini orang kalau dia dah kahwin?_ ~Fairuz

_Aku tak kisah kau nak cakap apa Ruz. Yang penting aku dapat dia._ ~Iskandar

_Siapa pun laki tu, aku tak kisah._ ~Iskandar

_Kenapa dengan kau ni Is? Sebelum ni kau ok je, kenapa baru sekarang kau beria-ria nak cari dia?_ ~Fairuz

_Aku terkejut tengok nama isteri kau Ruz. Kenapa nama dia mesti sama dengan perempuan tu?_ ~Iskandar

_Yusra Saidah kan?_ ~Iskandar

Sekali lagi hatinya tak tenang. Kenapa dengan Faiz Iskandar ni? Merapu saja.

_Nama sama dengan Saidah kau? Tu maksud kau?_ ~Fairuz

"Ruz, kenapa tak salin baju lagi?" Tengku Fauziah sudah berdiri di hadapannya. Bercekak pinggang.

Fairuz menyimpan telefonnya. Segera dia bangun mengambil tuxedo dari gantungan dan menuju ke fitting room.

Yusra Saidah sudah selesai memakai gaun labuh berwarna emerald. Sangat cantik dan sangat sesuai dengan warna kulitnya. Dia melangkah keluar dari fitting room. Mencari pembantu Boutique AishaKhadija yang tadinya berdiri ditepi pintu bilik. Zip di bahagian belakang gaun labuh itu, dia tidak mampu mencapainya. Dia memerlukan pertolongan.

Bagaikan ada tarikan disitu, Fairuz menghentikan langkahnya. Dia lihat dihadapannya, sang isteri sedang terkial-kial mencari zip di belakang gaunnya. Agak terdedah bahagian belakang tubuh Yusra. Yusra masih membelakanginya. Mungkin Yusra sendiri tidak sedar kewujudan dia disitu. Dia melangkah ke hadapan beberapa langkah. Mendekati Yusra.

Yusra yang baru sedar ada seseorang di belakangnya, tidak segera menoleh malah dia menganggap di belakangnya itu Fiza, si pembantu Boutique AishaKhadija.

"Fiza, boleh tolong Yus tak? Tolong zip baju ni kejap. Susah Yus nak capai."

Yusra masih seperti tadi. Masih berusaha mencapai zip di belakangnya. Terasa ada tangan menyentup kepala zip itu dan mula menolak kepala zip dari paras pinggang ke atas, betul-betul di belakang tengkuknya. Yusra kelegaan. Dia tersenyum dan memusing tubuh sambil membetulkan tudungnya yang sedikit herot.

"Terima kasih fii...," Dia tidak dapat menyambung ayatnya.

Terkedu. Matanya sudah membuntang bila menyedari di belakangnya bukan Fiza seperti yang disangkakan.

Si suami sudah merenungnya tajam. Bibir itu terukir senyum sinis, seketika mereka saling berpandangan. Kemudian Fairuz berlalu pergi bila terdengar Tengku Fauziah memanggilnya.

Share this novel

LyaSuffiya
2020-10-24 15:28:16 

semakin menarik


NovelPlus Premium

The best ads free experience