Bab 4 : CBYS

Romance Series 109654

Tengku Fairuz duduk bersantai di beranda kamarnya di Teratak Qaseh. Fikirannya terkenangkan kekasih hati yang kini sering kali mengelak untuk berjumpa dengannya. 

Kadang-kadang hatinya turut terdetik kemanakah hala tuju hubungannya dengan Qazrina. Temannya, Syed Ammar ada beritahu siang tadi dia ada terserempak dengan Dato' Sahamuddin, ayah Qazrina dan katanya lagi Qazrina bakal ditunangkan dengan Hisham anak Dato' Romzi hujung minggu ini. Satu keluhan berat dilepaskan.
     
Sudah 4 tahun hubungan cinta mereka terjalin selepas tamat pengajian di Ireland dulu. Dia mengenali Qazrina melalui sepupunya, Tengku Faiz Iskandar suatu ketika dulu. Qazrina, anak tunggal Dato' Sahamuddin salah seorang tokoh peniagaan yang disegani. Qazrina meneruskan minatnya dalam bidang peragaan busana muslimah biarpun ditentang hebat oleh ayahnya. Jiwa lasak sudah tersemat dalam diri biarpun orangnya ayu bertudung litup. Semangat kental dan petah bicaranya membuatkan Tengku Fairuz terpikat pada gadis itu.

Ketukan pintu diluar kamar mengejutkan Tengku Fairuz dari terus memikirkan tentang Qazrina. Lambat-lambat dia membuka pintu. Wajah segak abangnya terselah di sebalik pintu.
    
"Umi dan abah panggil." Beritahu abangnya. Tengku Fairuz mengangguk dan mengekori langkah abangnya untuk ke ruang bawah.
    
Di ruang tamu dia duduk bersebelahan abangnya dan mengadap kepada umi dan abahnya.
     
"Ruz, kami panggil ni nak bincangkan tentang wasiat dan amanat arwah atok." Tengku Faisal memulakan bicaranya.
      
"Macam yang dah Ruz dengar dari Tuan Haji Idrus bulan lepas, arwah atok berhasrat untuk jadikan Ruz sebagai pengganti arwah dalam Mentari Holding." sambungnya lagi.
     
"Tapi abah, kalau Ruz ambil alih jawatan arwah atok, abah pula macam mana? Apa kata pemegang saham yang lain?"  Fairuz menyoal kemudian.
     
"Pemegang saham yang lain sudah pun sebulat suara bersetuju kalau jawatan itu dipegang oleh Ruz. Lagipun diorang percaya yang Ruz boleh handle Mentari Holding sama seperti arwah atok. Jelas terbukti bila Ruz berjaya handle projek di Jakarta dan Ayer Keroh baru-baru ni"
    
"Tapi abah, Ruz masih mentah dalam dunia bisness ni. Banyak yang Ruz perlu belajar selok belok peniagaan dari orang-orang lama macam abah, Datuk Sufian dan Datuk Muaz. Ruz rasa Ruz tak layak untuk terima jawatan tu abah."
    
"Maksudnya, Ruz menolak? Mengalah sebelum berjuang?" Uminya pula bersuara. Tengku Furqan hanya mendengar perbincangan mereka. Bukan dunianya!
    
"Bukan tu maksud Ruz, umi. Ruz masih muda umi. Ruz takut nak pegang jawatan tu, terlalu besar tanggungjawab yang perlu Ruz pikul."
    
"Ruz, apa jua keputusan yang kita pilih, ada risikonya masing-masing. Sekali kita berada dibawah, tak selamanya kita dibawah. Jatuh dan naik, untung dan rugi, sudah menjadi adat dalam perniagaan. Semuanya bergantung pada semangat dan keazaman kita untuk berjaya." Tengku Faisal bersuara lagi menyuntik semangat buat anaknya.

Tengku Fauziah dan Tengku Furqan mengiakan kata-kata Tengku Faisal.
   
"Abah yakin Ruz boleh handle Mentari Holding?"
    
"Hati abah tak pernah salah menilai Ruz." balas ayahnya.
     
"Kalau dah itu yang abah katakan, Ruz terima jawatan itu." Tengku Fairuz memberikan kata persetujuan dan menganggap keputusan itu sebagai satu cabaran untuk dirinya.
    
"Tetapi ada beberapa syarat yang telah perlu Ruz tahu dan semua syarat itu ditetapkan oleh arwah atok sebelum jawatan tu diambil alih oleh Ruz."
    
"Syarat?" Tengku Fairuz menyoal. Mengerut dahi.
      
Abahnya segera menghulurkan fail hitam dihadapannya. Lambat-lambat fail itu disambut oleh Fairuz. Kandungan isi fail berkenaan dibaca sekilas. Bulat matanya memandang abah dan uminya setelah selesai membaca kandungan syarat berkenaan.
     
"Apa semua ni abah?" Soalnya. Kaget membaca syarat yang telah ditetapkan oleh arwah atuknya, Tengku Ibrahim.
      
"Tak masuk akal!" Ujarnya lagi.
     
Fail tersebut ditutup kasar  dan diletakkan di atas meja. Tengku Furqan sekadar memandang. Dapat menjangkakan reaksi adiknya itu selepas menbaca syarat berkenaan.
    
"Siapa Haji Shafie tu abah?" Soalnya lagi. Mukanya masih berkerut.

Tengku Faisal dan Tengku Fauziah berpandangan sebelum menjawab soalan anaknya itu.
   
"Kawan baik atok. " Jawab uminya.
   
"Kawan baik atok? Tak pernah dengar pun sebelum ni?" sejenak dia berfikir.
    
"Apa semua ni abah? Boleh tak abah bagitahu Ruz apa makna semua ni?" Bertalu-talu soalan yang keluar. Belakang rambutnya dipegang kasar.
    
"Ruz dengar dulu apa yang kami nak katakan. Atok buat semua ini bersebab." Uminya memujuk supaya Fairuz bersabar.
     
"Bersebab? Umi, tak kan lah disebabkan dia kawan baik atok, atok peralatkan Ruz dan Is untuk kahwin dengan anak dia. Lagipun kalau disebabkan harta tu Ruz terpaksa kahwin dengan  orang yang Ruz tak kenal, im sorry. I'm not interested. Umi dan Abah cubalah berbincang dengan Is. Manalah tahu kot-kot Is berminat. I'm sorry abah, umi. Ruz tak berminat. " Ujarnya pantas bangkit dari kerusi. Mula mengatur langkah ke tingkat atas.
    
"Ruz, dengar dulu apa yang abah nak cakap!'' Abangnya pantas bersuara bagi menahan adiknya dari terus meninggalkan perbincangan mereka. Masing-masing berpandangan.
    
"Dengar apa lagi abang? Arwah atok yang Ruz sayang sanggup buat Ruz macam ni, sama macam Ruz tak ada maruah. Abang ingat dengan harta yang atok tinggalkan untuk Ruz tu boleh buatkan Ruz bahagia, bila Ruz terpaksa berkahwin dengan orang yang Ruz tak kenal?" Luah Tengku Fairuz dengan amarahnya. Wajah abangnya dipandang sekilas. Kakinya mula mengatur langkah.
    
"Ruz, duduk dulu. Abah tak habis cakap lagi kamu dah melenting tak tentu pasal. Just sit down now! dengar apa yang abah nak beritahu." Abahnya bersuara pula.
     
Tengku Fairuz dan Tengku Furqan memandang abah mereka  sebelum duduk semula di kerusi masing-masing.

    
"Sebenarnya ini semua janji arwah atuk dengan keluarga Haji Shafie 20tahun dulu. Pada masa tu, abah dengan ayah Chik dalam perjalanan balik dari meeting di Kelantan, kami kemalangan. Kereta yang kami naik bertembung dengan bas. Hancur remuk kereta. Kami cedera parah. Ayah Chik patah kaki. Abah kehilangan banyak darah sebab hati abah cedera parah. kebetulan pula darah abah jenis darah kumpulan O negatif. Susah nak jumpa darah dari kumpulan O negatif." Tengku Faisal menghela nafas perlahan. Terbayang dimata kemalangan ngeri itu berlaku dengan begitu pantas.
    
"Haji Shafie ada terjumpa dengan arwah Atok di surau hospital. Dia sudi menghulurkan bantuan pada abah dan ayah Chik. Haji Shafie dermakan hati dan darahnya pada abah memandangkan darah kami sama dan serasi. Haji Mustafa, ayah kepada Haji Shafie pula dermakan darahnya kepada ayah Chik. Mereka sekeluarga kebetulan ada di hospital kerana isteri Haji Shafie baru sahaja melahirkan bayi perempuan  mereka. Atok berjanji akan satukan anak itu dengan salah satu cucunya dari keturunan abah atau ayah Chik."
    
"Atok sangat terhutang budi dengan Haji Shafie sekeluarga dan berjanji akan balas segala pengorbanan yang Haji Shafie dah buat. Haji Shafie menolak dengan cadangan atok kerana dia ikhlas membantu. Tapi atok tidak putus asa. Tiga kali atok pergi merisik anak itu. Kali pertama atok pergi merisik masa dia berumur 5tahun tetapi risikan itu ditolak sebab anak itu masih kecil. Kali kedua atok pergi merisik masa tu dia dah berumur 10tahun, tapi tetap ditolak. Kali. ketiga atok pergi merisik dia masa dia umur 15tahun, masa tu Ruz dan Is belajar di Ireland. Sebelum pergi merisik, atok ada tanya Is samada Ruz ataupun Is dah ada girlfriend ataupun belum. Is pernah cakap dia sudah ada pilihan sendiri. Jadi atok pergi merisik anak Haji Shafie tu atas nama Ruz bukan nama Is. Tanpa Ruz sedar, Ruz dah lama bertunang dengan dia. Hampir 6 tahun." Ujar Tengku Faisal dengan panjang lebarnya. 
    
Tengku Fairuz terdiam seketika. Masih terkejut dengan berita pertunangannya. 'Tunang?'

"Abah, kenapa Ruz dan Is yang dijadikan syarat? kenapa tidak Abang Qan, Abang Fahmi dan Abang Fakhri?"
    
"Sebab anak Haji Shafie tu selesa dengan Ruz dan Is. Mungkin Ruz lupa. Dulu Haji Shafie pernah tinggal di Gombak sebelum dia berpindah ke Terengganu. Kami selalu bawa korang pergi melawat mereka disana. Sejak dari kecik Ruz dan Is selalu berkepit dan anak haji Shafie tu. Sejak dulu Ruz selalu cakap dengan Is, 'dia aku punya lah." Jawab uminya sambil tersrnyum.
     
Masih terbayang dimatanya Fairuz dan Faiz selalu bergaduh bila bersama anak Haji Shafie. Masing-masing berebut mahu melayan anak Haji Shafie itu.
    
"Kenapa Ruz tak ingat pun memory tu? "
    
"Sebab Ruz jatuh sakit lepas Haji Shafie berpindah dari Gombak. Ruz demam panas. Sebulan Ruz meracau ingatkan dia. Bila Ruz dah sembuh dari demam, Ruz dah tak ingat apa-apa tentang dia. Masa tu umur Ruz 9tahun. Sampai sekarang Ruz tak ingat tentang dia kan? "Soal uminya lagi.

Tengku Fairuz mengangguk.
    
"Qan ingat lagi umi masa tu, umi minta Qan simpan semua gambar-gambar Ruz dengan dia dalam stor, tak mahu Ruz tengok. Risau kalau Ruz jatuh sakit lagi." Abangnya menambah cerita.
     
Tengku Fairuz diam sejenak sebelum meluahkan apa yang terbuku dihati.
    
"Tapi abah, umi... Ruz ada pilihan sendiri." Beritahunya perlahan.
     
Tengku Faisal, Tengku Fauziah dan Tengku Furqan tersentak mendengarnya. Mereka saling berpandangan.
    
"Siapa orangnya Ruz?" Tengku Fauziah bertanya sebelum sempat suaminya membuka mulut.
     
"Qazrina. Anak Dato' Sahamuddin. Ruz dah lama berkawan dengan dia. Sejak balik dari Ireland. Banyak kali Ruz nak bincang soal masa depan kami tapi sejak kebelakangan ni, kami sibuk. Jadi kami masih belum dapat berbincang lagi. Ruz harap umi dan abah faham keadaan Ruz." ujarnya.
     
"Qazrina anak Dato' Sahamuddin dari  Nusantara Holding? " Tengku Faisal bersuara tatkala memikirkan sesuatu. Fairuz mengangguk.
      
"Qazrina tu model pakaian muslimah kan Ruz?" Tanya Tengku Furqan juga seperti mengingat sesuatu.
      
Tengku Fairuz menoleh pada abangnya, memohon pengertian dari abang supaya tidak membicarakan tentang hal itu. Dia tahu abah dan uminya tidak akan suka kalau melibatkan soal publisiti!
     
"Apa Qan? Model? Ruz, tell me the truth!" Abahnya sudah bersuara lantang. Tajam renungannya memandang Fairuz.

Fairuz sudah menelan air liur kesat.
       
"The truth is, Ya. Qazrina.. model pakaian muslimah. Tapi abah, dia tak macam yang abah sangkakan. Tak macam artis-artis tu. Dia just modelling je abah." Tergagap-gagap dia menjelaskan. Abahnya mendengus kasar.
       
"No Ruz! I said no. Big NO!" balas abahnya keras.
       
Fairuz diam. Furqan juga diam. Bersalah dengan apa yang ditanya kepada Fairuz sebentar tadi. Tengku Fauziah memandang suaminya.
      
"Betul apa yang abah cakapkan tu Ruz. umi pun tak suka kalau menantu  dan anak-anak umi terlibat dengan dunia peragaan macam tu. Ruz cubalah bincang dengan Qaz elok-elok. Kalau dia sayangkan Ruz dan maruah Ruz, dia akan berhenti dari buat sesuatu perkara yang Ruz tak suka." Ujar Tengku Fauziah.
      
"Apa-apa pun Ruz, abah tetap dengan keputusan abah. Abah tak kan terima menantu selain dari anak Haji Shafie. You think about it! " Abahnya memberi amaran keras dan terus berlalu meninggalkan mereka bertiga di ruang tamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience