Bab 25 : CBYS

Romance Series 115191

Dari jauh Tengku Faiz Iskandar merenung Yusra Saidah yang sedang berdiri disamping Tengku Fairuz, sedang bergambar bersama keluarganya. Yusra tersenyum manja bila diusik Fairuz. Cantiknya dia senyum! Terbentuk lesung pipit di pipi kiri dan kanannya. Teringat pada Saidah, Saidah pun cantik. Wajah putih kemerahan dan ada lesung pipit di kiri dan kanan. Tapi sedikit perbezaan Yusra Saidah dengan 'Saidah dia', iaitu raut wajah. Yusra Saidah nampak matang walaupun usianya masih awal 20-an. Agaknya 'Saidah dia' sekarang macam mana ya?

"Jauh termenung Is," tegur Syed Ammar disebelah.

Faiz menoleh. Ammar sudahpun mencapai sudu dan garpu untuk mulakan santapannya.

"Tak termenung sangat pun Amm.. Tengok Ruz je. Tak sangka dia kahwin dulu dari aku," ujar Faiz. Matanya kembali mencari wajah Yusra Saidah, bukan Fairuz yang dicari.

"Jodoh dia sampai dulu dari kau, Is. Lagipun kau pun tahu pasal wasiat arwah Atok kau kan?" soal Ammar sekilas memandang Faiz.

Kemudian Syed Ammar memulakan suapannya. Faiz mengangguk.

"Aku tahu. Ruz dah cerita dekat aku. Kau bila pula, Am?"

"Aku? Aku tunggu kau dulu kot. Tak kan kau nak pegang title bachelor sorang-sorang kot." Terlepas tawanya.

"Ehh, kau lama ke balik ni?" Sengaja mengubah topik.

"Sekejap je Am. 4 hari lagi aku balik sana balik, Tehah tak habis exam lagi."

"Susah-susah sangat kau kahwin je dengan Tehah tu Is. Kau dengan dia pun dah macam suam-isteri dah aku tengok. Dari dulu lagi."

"Tehah tu adik aku jelah Am."

Pandangannya dilontarkan pada Tengku Fatihah yang sedang bergambar dengan pasangan pengantin untuk sesi bergambar dengan keluarga pengantin. Walaupun dia tahu Fatihah tidak sukakan Yusra kerana 'dendam' lamanya, tetapi wajah itu tetap tersenyum elok bila depan kamera.

'Dah namanya perempuan, tengah menangis meraung pun boleh tersenyum lagi kalau depan kamera.' Getus hati Faiz.

Kemudian beralih pada Yusra Saidah. Yusra Saidah lagi cantik dari Tengku Fatihah. Tanpa sedar hatinya mula lakukan perbandingan antara Yusra Saidah dan Tengku Fatihah.

"Kau cakap adik? Tapi kau layan dia macam dia kekasih kau," balas Ammar.

Faiz mula tidak senang duduk. Dia memandang Ammar dengan pandangan yang tidak selesa. Tidak suka bila ada yang mula membebel tentang tindakan dia 'jaga' Tengku Fatihah disana. Bukan setakat Ammar, malah keluarganya juga tidak tahu penyebab yang sebenar. Biarlah rahsia itu disimpan sehingga Tengku Fatihah tamat pengajiannya yang masih berbaki beberapa bulan lagi.

"Adik je Amm. Kan dia adik sepupu aku. So, aku anggap dia adik jelah," jawab Faiz dengan tegas.

"Wow... tengok siapa balik ni? Kau balik senyap-senyap ya, Is?" Syahmi dibelakangnya sudah separuh menjerit.

Bahu Faiz Iskandar sudah ditepuk Syahmi. Segera Faiz menoleh seraya bangun memberikan pelukan buat sahabatnya. Kemudian Syahmi menarik kerusi dan duduk di sebelah Faiz.

"Sorry la aku lambat, anak-anak aku buat hal tadi." Ujar Syahmi.

Dari jauh Fairuz memandang sahabatnya. Syahmi, Ammar dan Faiz mengangkat tangan bila masing-masing perasan Fairuz memandang mereka.

"Sayang, abang pergi dekat sana kejap. Rasanya dah cukup korum tu," pamit Fairuz sambil menunding jari ke arah meja teman-temannya.

Yusra turut memandang pada meja bulat khas untuk golongan VIP tidak jauh dari meja mereka. Secara tidak sengaja, mata Yusra terpaut pada pandangan Faiz. Cepat-cepat Yusra mengalih pandangan.

"Tak apa. Abang pergi layan diorang dulu. Yusra duduk kat sini dulu dengan Aishah. Lagipun majlis kita pun dah nak habis," jawab Yusra.

Selesai sahaja sesi fotografi bersama keluarga, dia kembali duduk di meja makan beradabnya. Aishah dilihat menghampirinya.

Fairuz mengangguk lalu mencium dahi Yusra. Entah kenapa, dia merasakan cara layanan Yusra padanya agak berlainan sedikit berbanding hari-hari sebelum ini. Rasa macam terlebih mesra dan manja. Sebab ramai orang, mungkin? Dia mengorak langkah ke meja teman-temannya.

"Amboi kau Ruz. Bukan main lagi, nak datang sini je pun berkiss bagai. Saja lah tu nak bagi kami yang bujang ni jealous." Usik Ammar.

"Eh mestilah, isteri kot. Aku saja nak bagi kau dengan Is jealous. Mana lah tahu, bila korang jealous cepat sikit korang cari pasangan." Fairuz sudah tersengih dengan kata-kata Ammar.

Tangannya menyambut huluran salam dari Syahmi. Kerusi dihadapan Faiz ditarik dan dilabuhkan duduknya. Sudah lama tidak berbual dengan kawan-kawannya.

"Eh Syah, Bella tak datang?" tanya Fairuz pada Syahmi bila perasan Syahmi datang seorang diri tanpa kehadiran sang isteri.

"Agak-agak la kau Ruz, Bella tu baru 2 minggu bersalin. Memang tak la aku nak bagi diorang datang sini."

"Opss lupa. Ingat hari ni dapat la aku tengok anak sedara aku tu. Kau dah makan?"

"Baru je sampai Ruz. Tadi Tuah dan Jebat buat hal. Kesian pulak nak tinggal Bella tadi." Jawab Syahmi. Fairuz mengangguk faham.

"Kau dah makan Is?" Tanya Fairuz pada sepupunya pula. Faiz dilihat sedang termenung dalam dunianya.

"Is, kau tenung siapa tu?" Ammar di sebelah menyiku lengan Faiz. Faiz terpinga-pinga, seperti baru sedar dari lamunan.

"Kau tengok siapa Is? Kau tengok pengantin ke? Kau jangan Is.. tu orang punya." Seloroh Ammar.

Fairuz yang duduk di depan Faiz turun tertoleh ke belakang. Memandang sang isteri dengan Aishah di meja santapan mereka sebentar tadi.

'Emm patut kau senyap Is, kau tengah ushar orang rupanya. Jangan kau kata tengah ushar isteri aku dah la Is. Dia bukan Saidah kau!'

"Ha'a..si pengantin tu orang punya, yang sebelah pengantin tu pun orang punya jugak. Ye tak Am?" Sakat Syahmi.

Keningnya dijongket bila Ammar memandangnya. Fairuz kembali memandang sahabat-sahabatnya.

"Sibuk la kau ni Syah. Diam-diam dah la." Ammar meneruskan suapan. Syahmi sudah pun tergelak. Nasi beriani dihadapannya disuap ke mulut.

"Kawan pengantin tu kau punya Am? So melepas la aku?" tanya Faiz pula. Saja mengusik Ammar. Selebihnya dia cuba buang rasa gugup, kalau-kalau Fairuz perasan dia sedang merenung isterinya itu. Sejak dari tadi bukan kawan pengantin yang menjadi perhatiannya. Tetapi yang disebelahya.

"Kawan-kawan jelah Is. Kau masih ada harapan. Jangan risau." tempelak Ammar. Syahmi dan Fairuz sudah tergelak.

"Kau ni Am.. cakap ikut sedap mulut je kan kalau dia dengar macam mana?" Fairuz pula menyahut.

Ammar sendiri sudah mengaku padanya tentang hubungannya dengan kawan baik Yusra tu. Kenapa perlu nafikan dengan cara macam tu? Walau hakikatnya dia tahu Faiz dan Ammar lebih kurang je perangai, sejenis sweet talker!

"Apa susah nya Ruz, aku cari yang lain. Berlambak lagi kot. Aku bukannya macam korang, setia pada yang satu sebelum jadi yang halal.. last-last kena tinggal juga." tungkas Ammar.

"Amboi bahasa kau broo..Kau cakap baik-baik sikit Amm.. perkara lama tak payah nak ungkit.." Fairuz memangkah sebelum Ammar mengulas isu itu dengan lebih jauh.

Faiz menoleh pada Ammar, sedikit sebanyak terasa pedih dengan kata-kata Ammar. Ammar menjongket bahu, mencebik bibir malas melayan Fairuz.

"Kau lama ke balik ni Is?" Syahmi mengubah topik. Memang selalunya begitu, Syahmi jadi pendamai kepada mereka berempat kalau berlaku sebarang pergaduhan atau perselisihan pendapat.

"Tak lama sangat Syah. Dalam 4hari lagi aku dah fly balik ke sana. Insha Allah tak lama lagi aku balik sini and stay sini."

"Wah tak lama lagi makin riuh la Mentari."

* * *

Sementara di tempat Yusra dan Aishah.

"Itu Abang Iz yang kau maksudkan, Yus?" Aishah bertanya perlahan.

Yusra mengangguk. Mukanya dimaniskan bila ada tetamu memandangnya. Dari jauh dia melihat mertua dan ibu tengah sibuk melayan tetamu yang baru tiba.

"Handsome. Patut la kau susah nak lupa dia." Aishah mengeluh. Masalah sahabatnya kian rumit. Bekas kekasih sepupu encik suami? Hish, complicated betul ni! Aishah mengintai Faiz dari jauh.

"Tapi aku rasa Fairuz lagi handsome dari abang Iz tu." Sambung Aishah. Yusra menoleh pada Aishah dan menjongket kening.

"Iye lah Yus. Cuba kau tengok suami kau tu betul-betul. Dia handsome and berkarisma gitu... Aku rasa diorang berempat tu semua handsome-handsome tapi Fairuz yang paling menonjol." Aishah menyambung lagi.

Yusra sudah mengeleng kepalanya.

"Kau ni macam-macam la Shah. Dah sah-sah la Fairuz tu yang menonjol, dia tu kan pengantin hari ni," tungkas Yusra.

"Kalau tak pengantin pun handsome la Yus. Untung kau dapat suami macam Fairuz tu."

"Kau dengan Ammar tu serius ke?"

"Dia? emm.. entah la Yus.. Sweet talker! malas la aku nak sembang pasal dia. Ehh kau rasa-rasa kan, abang Iz tu tahu tak kau ni Saidah?"

"Entah la Shah. Aku rasa dia tak tahu yang aku ni Saidah. Kau tengok cara dia pandang aku macam mana kan? Kak Fatt pun sama. Macam diorang dah tak kenal je aku sekarang ni," jawab Yusra.

Matanya dihalakan kepada Tengku Fatihah yang sedang bersembang dengan Tengku Fatin Isma dan Tengku Fitrah Isma. Matanya beralih pula pada meja Fairuz dan kawan-kawannya. Dia melihat Fairuz bangun dari kerusi dan menuju ke meja emcee.

"Aku tak tahu macam mana aku nak berhadapan dengan mereka nanti Shah." Luah Yusra. Satu keluhan dilepaskan.

"Jadi kau nak buat apa lepas ni? Kau nak berterus terang dengan Kak Fatt dan Abang Iz yang kau ni Idah?"

"Tak nak lah aku, Shah. Aku dah nekad. Aku kena lupakan Abang Iz dan aku akan terima suami aku. Macam yang kau cakap, dia syurga aku sekarang." Penuh keyakinan dia berkata-kata. Tangannya dikepal kemas. Aishah mengangguk setuju.

"Ye betul tu Yus, aku setuju dengan keputusan kau. Aku sentiasa ada untuk kau Yus." Aishah memeluk bahu Yusra kemas.

"Para hadirin sekalian, sebelum majlis kita sampai ke penghujungnya, kita ada permintaan dari pengantin lelaki kita. Dia minta sepupunya menyampaikan sebuah lagu khas untuk dia dan isterinya." Suara Emcee kedengaran.

Yusra dan Aishah serentak menoleh pada pengacara majlis. Fairuz entah bila tiba disebelahnya, mencapai tangan Yusra. Aishah tersenyum simpul bila melihat Fairuz berdiri bersebelahan Yusra. Faiz dilihat sudah mencapai mikrofon dan duduk di kerusi yang disediakan.

"Walaupun saya masih penat sebab baru sampai dari jauh. Tapi demi sepupu saya, saya cuba untuk berikan yang terbaik. Katanya nyanyikan satu lagu untuk dia dan isterinya, Yusra Saidah. Dan lagu ini kalau boleh Puan Yusra bayangkan Tengku Fairuz yang sedang menyanyi... bukan Tengku Faiz Iskandar." Faiz menghantar pandangan pada Fairuz dan Yusra seraya tersenyum.

Fairuz pula mengangkat 'tumbs up' pada Faiz.

Yusra sudah terkedu. 'Puan Yusra? Kenapa rasa lain sahaja bila mendengar Faiz yang menyebutnya?' Yusra beralih pandangan pada Aishah di sebelahnya.

"Kisah Cinta Kita dari Hafiz Suip" Faiz membuka telefonnya. Mencari lirik lagu. Muzik sudah mula kedengaran.

Mendengar tajuk lagu yang dipilih oleh Faiz pun, Yusra sudah tidak senang duduk. Debaran di dada kian kencang. Dia pandang Aishah, dikerutkan sedikit dahi, seakan meminta tolong bawa dia jauh dari dewan ini. Tidak sanggup rasanya mahu mendengar nyanyian dari Faiz apatah lagi melihat Faiz yang 'berlagak' selesa ditempatnya tanpa tahu siapa 'Puan Yusra' yang sebenar.

Aishah tahu apa yang dirasakan oleh sahabatnya tetapi dia tidak mampu mengambil apa-apa tindakan. Ini majlis Yusra. Maruah Yusra sebagai pengantin.

"Kan ku cerita pada semua,
Kisah cinta antara kau dan aku,
Agar semua tahu,
Dan tak akan dekati dirimu,

Andainya mampu kan ku ukir,
Namamu dan namaku di bulan,
Agar satu dunia,
Melihat restui cinta kita,

Aku selalu tersenyum,
Bayangkan kita hidup berdua,
Berjalan berpegangan tangan,
Takkan kau lepaskan,

Tiba waktunya nanti,
Kan ku cerita pada dunia,
Yang kau telah pun menjadi milikku,
Buat selamanya,

Ku pernah rasa,
Kau kan pergi,
Tinggalkan diriku sendiri,
Kan ku seru pada dunia,
Berdoa kau kembali pada diriku."

Faiz akhiri nyanyiannya. Merdu suaranya, sesuai dengan lagu yang dibawa. Tepukan gemuruh kedengaran dari para tetamu. Faiz bangun dan menunduk sedikit sebagai penghormatan pada yang memberi tepukan.

Yusra sudah bungkam di tempatnya. Lirik lagu dan penghayatan yang Faiz Iskandar berikan seolah-olah itulah yang sedang dia cuba sampaikan padanya sekarang. Yusra terasa tangannya digenggam erat oleh suaminya. Yusra mengangkat muka, memandang Fairuz.

"Lirik lagu tu, abang tujukan khas untuk sayang. Abang tak pandai nyanyi, jadi abang minta Is tolong abang sampaikan untuk sayang," beritahu Tengku Fairuz.

Yusra sudah tersenyum. Sungguh mendalam maksud suaminya. Kadang-kadang dia sendiri keliru, Fairuz betul-betul sukakan dia ataupun sekadar lakonan? Kenapa bila depan orang lain, Fairuz bagaikan 'gentleman' tapi bila tinggal mereka berdua, Fairuz jadi 'tidak berperasaan dan sombong'?

"Terima kasih abang. Sayang suka," jawab Yusra Saidah. Cuba menutup segala rasa debaran dihati. 'Maafkan saya awak!'


* * *


"Abang Is, nyanyikan satu lagu please.... dah lama kitorang tak dengar abang nyanyi." Tengku Fatin Isma sudah merengek bagaikan anak kecik bila permintaannya tidak dilayan.

"Abang please..." sambungnya lagi.

Tengku Faiz Iskandar mengeleng. Malam ni dia tak rasa mahu menyanyi. Cuma mahu merehatkan diri di gazebo sahaja. Berbaring dan tangannya diletakkan ke dahi.

Tengku Fitrah Isma datang ke gazebo bersama Tengku Fatihah dan si gadis manis disebelah Yusra Saidah. Melihat Yusra Saidah, Faiz bangkit dari pembaringan. Membetulkan duduknya.

"Ha.. Idah dah datang ni abang. Please nyanyikan lagu untuk kami.." Fatin masih meminta.

Kali ini dia gunakan nama Yusra Saidah pula. Mana lah tahu tiba-tiba mood nyanyi abangnya ada. Bukannya dia tidak tahu, abangnya sukakan Yusra Saidah. Faiz mendengus perlahan dan menjeling Fatin. Suka sangat mengusik dia dengan menggunakan nama Yusra Saidah.

"Idah.. please minta abang Is nyanyikan satu lagu untuk kitorang. Suara dia best. Terangkat gituu" Fatin sudah mengoyang-goyangkan lengan Yusra Saidah. Yusra Saidah serba salah.

"Abang nyanyi la, nanti baru bersemangat Atin nak study. Exam dah nak dekat ni.." Fatin merayu lagi.

"Ehh ada kaitan ke nyanyian abang Is dengan kau study tu Atin?" tanya Fatihah pula.

"Mestilah Tehah. Ni lah orang panggil mencari aura.. suara abang Is kan best.. Alah abang ni please lahh. Idah tolong la Fatin" Fatin menoleh pada Yusra Saidah. Matanya dikelipkan beberapa kali pada Yusra Saidah.

"Abang Is boleh nyanyikan lagu untuk kami?" Akhirnya dia menebal muka, meminta.

Faiz menoleh kepada Yusra. Dia mengeluh lagi. Sedikit terkesan dengan permintaan Yusra Saidah. Akhirnya dia mencapai gitar yang sudah dibawa siap-siap oleh Fatin tadi.

Bersama petikan gitar, Faiz mulakan nyanyian. Matanya dilirikkan pada Yusra Saidah yang duduk dihadapannya. Seolah-olah berkata, lagu ini abang tujukan khas untuk Idah.

"Dengarlah bintang hatiku,
Aku akan menjaga mu,
Dalam hidup dan matiku,
Hanya kaulah yang kutuju,

Dan teringat janjiku padamu,
Suatu hari pasti akan kutepati,

Aku akan menjaga mu,
Semampu dan sebisaku,
Walau kutahu ragamu tak utuh,

Kuterima kekurangan mu,
Dan ku tak akan mengeluh,
Karena bagiku engkaulah nyawaku,"

Lagu yang mendayu bersama petikan gitar sunguh mempersonakan. Yusra terpukau dengan suara Faiz Iskandar. Memang betul apa yang Fatin katakan, suara Faiz memang 'terangkat gituu!'

* * *

"Tak tidur lagi?"

Yusra sedikit tersentak. Segala kenangan lalu direntap bersama. Entah sejak bila dia mengelamun mengingatkan pada kenangan lama. Dia meraup wajah beberapa kali sebelum menoleh ke belakang.

"Belum lagi. Awak dah nak tidur?" Tanya Yusra Saidah pula. Fairuz dilihat sudah mengenakan baju tshirt putih dan seluar pendek tiga suku.

"Tak lagi. Rehat-rehat kejap sebelum tidur." Fairuz duduk di sofa yang menjadi 'katil' Yusra sejak 2 minggu tempoh mereka berkahwin. Remote control TV dicapai dan mencari siaran cerita yang ada.

Yusra masuk ke dalam bilik dan menutup sliding door. Sofa sebelah Fairuz dituju. Duduk bersila dan mengambil bantal kecil bentuk petak segi empat sama diletakkan di ribanya.

"Bila awak nak cerita pasal gambar-gambar tadi?" Tanya Yusra bila teringat tentang gambar-gambar mereka yang ditayangkan dalam majlis mereka tadi.

"Nanti sampai masanya aku akan cerita. Tapi bukan sekarang. Kau dan aku dah sama-sama penat hari ni.," jawab Fairuz bersahaja.

Tangannya segera menutup mulut bila menguap datang entah yang keberapa kali. Butang off di remote control ditekan. Skrin tv sudahpun bertukar hitam. Fairuz bangun dan menuju ke katil. Yusra sekadar memandang.

"Okay lah. Nanti saya tuntut janji awak," katanya kemudian.

Bantal tidurnya ditepuk-tepuk perlahan sebelum berbaring. Anak patung froogy dihujung sofa dicapai dan dibawa ke pelukannya.

"Terima kasih awak untuk hadiah ni, Tengku Fairuz." Yusra kembali bangkit dari pembaringan, mencari susuk tubuh suaminya yang sudah berbaring di katil.

Fairuz yang sudah memejam mata, membuka sedikit matanya bila terdengar Yusra menyebut namanya.

"Sama-sama Yusra Saidah. Dah la tidur la." Fairuz memejam kembali matanya. Kantuk yang tidak mampu ditahan-tahan lagi.

Yusra sudah tersengih di tempatnya.

Boleh tinggalkan sebarang komen untuk saya?

Share this novel

LyaSuffiya
2020-11-05 13:35:51 

x sabar next Bab...update lg pless,hehhehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience