Bab 9 : CBYS

Romance Series 109654

Qazrina bersendirian di ruang tamu rumahnya. Mama dan papanya tiada dirumah. Baru petang tadi mereka bertolak ke Ireland. Qazrina merupakan ank tunggal kepada Dato' Sahamuddin dan Datin Zubaidah yang kini menetap di Ireland.

Segala urusan peniagaan di sini diserahkan kepada bakal menantunya, Hisham anak kepada Dato' Romzi dan Datin Umi Sofea. Pertunangan mereka bukan kehendak hati Qazrina. Ianya kehendak orang tua demi mengukuhkan empayar Sky Blue Holding dan Nusantara Holding.

"Ahhh....." Qazrina menghela nafas berat.

Tidak pasti dengan perasaan sendiri. Dia sayangkan Fairuz. Dia selesa dengan jejaka itu tidak seperti lelaki lain hatta tunangnya sendiri.

Fikirannya gusar memikirkan perkhabaran yang disampaikan oleh sahabat baik Tengku Fairuz iaitu Syed Ammar sebentar tadi. Kebetulan dia terserempak dengan Syed Ammar di Airport selepas menghantar papa dan mamanya.

Katanya Ammar, Fairuz bakal melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan keluarganya pada bulan hadapan. Selang beberapa hari sahaja dengan majlis perkahwinannya dengan Hisham. Satu keluhan dilepaskan.

Selepas berlaku pertengkaran antara dia dan Fairuz beberapa minggu yang lalu gara-gara pertunangannya dengan Hisham, mereka tidak lagi berjumpa. Sekali lagi kenangan itu kembali menghantui fikiran Qazrina.

* * *


Pintu bilik Qazrina dirempuh kasar oleh Tengku Fairuz. Qazrina yang sedang membincang sesuatu dengan Wardina di sofa pejabat butiknya terperanjat dengan kehadiran Tengku Fairuz yang tiba-tiba.

Sudah berberapa minggu dia cuba elakkan diri dari terserempak dengan jejaka didepannya. Dia terus bangun di ikuti oleh Wardina. Suraya dibelakang Fairuz kelihatan agak panik dengan tindakan berani Tengku Fairuz.

"It's okay Sue. You and Dina may go now and close the door." Qazrina mengarahkan setiausahanya dan rakan kongsinya untuk keluar terlebih dahulu.

"Who's that guy, Qaz?" Soal Fairuz serius sesudah pintu pejabat Qazrina kembali rapat. Matanya tajam merenung gadis dihadapannya.

Sakit hati bila abahnya, abang Furqan dan Syed Ammar menyampaikan berita yang sama iaitu Qazrina sudah bertunang dengan Hisham.

"I tak faham soalan you, Ruz." Jawab Qazrina selamba.

Tudung yang melilit di kepala dibetulkan. Dia segera melangkah ke meja. Tidak mahu bertentangan mata dengan wajah bengis Fairuz.

"You jangan buat pura-pura tak tahu Qaz! I want to know, who is he?" Tanya Fairuz lagi, sakit hati dengan sikap tidak endah Qazrina.

Suaranya makin dikeras, suara celah gigi. Tidak tahan dengan wajah selamba Qazrina, Fairuz mendekat lalu direntap lengan Qazrina kasar. Memaksa Qazrina untuk memandangnya. Kejujuran dari mulut Qazrina yang diperlukan. Melarikan diri bukan jalan penyelesaiannya.

"Ruz, it's hurt me! '' Muka Qazrina berkerut-kerut menahan sakit. Jelas dia terkejut dengan cara Fairuz. Qazrina berusaha melepaskan tangan Fairuz yang masih mencengkam lengannya kuat.

"Jawab soalan i, Qaz! You memang tak serius dengan i kan? You tak nak kahwin dengan i, kan?" Soalnya kemudian.

Fairuz sedang berusaha untuk mengawal suara agar tidak kedengaran ke luar pejabat gadis itu.

Qazrina cuma menunduk pandangan, tidak mampu berterus terang tentang statusnya.

Perlahan-lahan Fairuz melepaskan pegangan lengan Qazrina. Keluhan berat dilepaskan. Dengan cara Qazrina yang bisu itu dia mengerti.

"You tak bagi jawapan pada i, Qaz? Okay, you tak perlu lagi jawab soalan i sebab semua jawapan tu ada pada you. You tiada jawapan kepada soalan i sebab you dah pun buat keputusan untuk bertunang dengan Hisham, kan?"

Qazrina tergamam. Rahsianya sudah dalam pengetahuan Fairuz. Lambat-lambat wajah Fairuz dipandang. Memohon diberikan kesempatan untuk dia menjelaskan apa yang telah terjadi.

Bukan niat dia untuk terus melarikan diri dari Fairuz tetapi dia tidak berdaya untuk berterus terang tentang statusnya. Sesungguhnya pertunangan ini bukan kerelaannya namun dia terpaksa kerana ini kemahuan papanya.

"Qazrina, you tak perlu tipu i macam ni. You tak perlu jauhkan diri you dari i semata-mata kerana pertunangan you dengan Hisham. You sepatutnya berterus terang dengan i apa yang berlaku. I sakit hati sangat bila orang asyik bercakap pasal you. Lagi sakit hati bila i dituduh perampas tunang orang sedangkan i tak tahu pun you dah bertunang." Ujar Tengku Fairuz mendatar.

Qazrina dipandang lagi, untuk sekian kali dia ingin menatap wajah itu. Untuk buat kali terakhir sebelum dia membuat keputusan untuk berlalu dari pejabat itu.

"Ruz, ini semua bukan kehendak i. Papa yang aturkan semua ni. I tak mampu nak tolak sebab i dah pilih kerjaya i dalam bidang ni. You pun tahu papa i tak suka dengan keputusan i dulu, dan kali ni papa tetap berkeras sepertimana i berkeras untuk pilih kerjaya ni dulu." Jelas Qazrina bersuara lirih. Matanya mula rasa pedih-pedih.

Fairuz cuba tarik senyum nipis. Rasa sedikit belas bila Qazrina berkata begitu. Dia faham sebenarnya dengan keadaan Qazrina. Diam tak diam keadaan mereka hampir sama. Ditunangkan dengan seseorang yang bukan pilihan hati.

"Walaupun dia bukan pilihan you Qaz, dia tetap tunang you dan you tak berhak menipu i macam ni. I malu dan rasa bersalah pada tunang you sebab i ada affair dengan tunang dia." Ujar Fairuz kemudian dan mula mengatur langkah ke pintu. Sebelum dedaun pintu di tolak, dia memandang Qazrina lagi.

"And one more thing Qaz, we are over now. I doakan you bahagia dengan Hisham dan you doakan kebahagian i juga." Segera pintu itu ditolak dan melangkah pergi denga hati yang tenang.

Tenang? Ya.

Qazrina hanya mampu memandang Tengku Fairuz pergi dengan hati yang walang.

* * *


Qazrina merenung sekeping gambar Tengku Fairuz. Lelaki ini, lelaki pertama yang berjaya menakluki hatinya. Bukan mudah untuk dia dapatkan sekeping hati milik Tengku Fairuz.

Sejak dari dulu lagi, dia jatuh cinta. Jatuh cinta pandang pertama dengan Fairuz. Dia memberanikan diri dengan menebalkan muka meluahkan hasrat hati kepada sepupu lelaki itu, Tengku Faiz Iskandar. Pelbagai usaha yang direncanakan bersama Iskandar, akhirnya dia berjaya dapatkan Fairuz.

Tetapi usahanya bagaikan sia-sia apabila ayahnya mahu menyatukan dia dengan Hisham. Kini, segala persediaan perkahwinannya sudah pun diaturkan. Qazrina menangis. Menangis semahunya. Masih berharap agar perkahwinan itu dapat dibatalkan disaat akhir. Bahagiakan dia bila berkahwin dengan orang yang tidak dia cintai?

* * *

Yusra Saidah menarik kotak yang sekian lama tersadai dibawah katil bersaiz Queen miliknya. Penutup kotak itu dibuka. Satu persatu barang didalamnya dikeluarkan. Sehelai skaf yang tertera lambang Ireland terserlah dimatanya. Beberapa keping post card berlatarbelakangkan permandangan negara Ireland diambil dan dibaca.

_I like it when you smile, it's cute!_

Yusra Saidah turut tersenyum. Dia masih teringat saat post card ini dihulurkan padanya dari Tengku Faiz Iskandar. Katanya ini hadiah pertama. Dia perlu menunggu hadiah-hadiah seterusnya dari dia. Lelaki itu akan kirimkan dari jauh. Post card kedua diambil.
_Honestly i think about you all the time. In the morning, at night, in the middle of the day. Its you. Its just always you! _

Yusra Saidah memejam mata. Dia turut merasakan perasaan itu. Post card kedua dari lelaki itu selepas sebulan dia balik dari rumah ibu saudara kakak angkatnya. Saya masih rindu awak! jerit batinnya.

_ Before i met you, i never knew what it was like to be able to look at someone and smile for no reason._

Yusra merasakan matanya mula panas. Menanti saat tubir matanya pecah. Dia faham perasaan lelaki itu kerana dia juga sama. Walaupun dia tidak pernah menyatakan perasaannya, tetapi dia yakin lelaki itu tahu tentang perasaan yang sedang mereka rasakan ini.

Ini bukan cinta monyet. Ini cinta dia. Cinta kepada insan bernama Tengku Faiz Iskandar. 7 tahun. 7 tahun dia menyimpan rasa ini. Tapi sampai bila dia mahu menunggu?

_I wish i could go back to the day i met you and just walk away. Because honestly, it would've saved me so much hurt and pain._

Post card terakhir dibaca. Selepas dia menerima post card ini, dia pindah dari MRSM ke Sekolah harian biasa di kampung. Kak Fatihah pula sudah melangkah meninggalkan sekolah mereka sebaik sahaja dia tamat SPM. Tiada sesiapa lagi yang boleh jadi perantaraan antara dia dan Faiz Iskandar lagi.

Sekeping gambar menggamit perasaannya. Gambar dia berdua dengan Tengku Faiz Iskandar ketika di Cameron Highlands suatu masa dahulu. Turut kelihatan ada bersama Tengku Fatihah atau dia lebih mesra dengan panggilan Kak Fatt, Tengku Fatin Isma dan Tengku Fitrah Isma.

Album itu dibelek beberapa kali. Senyuman terukir dibibir tatkala melihat pelbagai aksi mereka bila dihadapan kamera. Kenangan lalu mula menerjah otak fikirannya.

* * *


"Idah, terima kasih banyak-banyak sebab sudi ikut Kak Fatt balik KL tapi akak betul-betul minta maaf sebab apa yang kita plan semua tidak menjadi." Lirih Tengku Fatihah dengan serba salah.

Ketika ini mereka berada di Stesen bas Puduraya untuk menghantar Yusra Saidah balik ke Besut, Terengganu setelah dua minggu berada di rumah ibu saudara kakak angkatnya.

"Kenapa Kak Fatt cakap macam tu? Idah suka tinggal dengan Mak Chik sekeluarga. Diorang dah Idah anggap macam family Idah sendiri." Balas Yusra Saidah.

Tangan kakak angkatnya di tepuk perlahan. Matanya mencari kelibat Faiz yang sejak dari tadi menghilang.

"InsyaAllah ada masa, Idah datang lagi." Sambung Yusra kemudian.

"Idah, ni gambar kita di Cameron hari tu. Fitrah sempat print untuk Idah. Ambillah. Nanti tengok la ye. Jangan lupa, rindukan kami di sini." Tengku Fitrah Isma menghulurkan sebuah album kepada Yusra. Lambat-lambat Yusra mengambilnya.

"Terima kasih Fitrah. Confirm Idah akan tengok gambar-gambar ni. Kenangan di sini terlalu bermakna buat Idah." Ujar Saidah sambil tersenyum lebar.

"Idah, Aten tak tahu nak bagi apa pada Idah. Cuma ni je yang Aten tengok bersesuaian dengan kenangan sepanjang Idah ada dengan kami." Tengku Fatin Isma mula bersuara dan menghulurkan dua utas keychin kepada Yusra.

"Amboi Aten... ayat kau... saja je nak bagi suasana jadi happening erk?" Fatihah menyampuk.

Terburai ketawa meraka walaupun tubir masing-masing sudah berair. Huluran Fatin disambut jua oleh Yusra.

"Cantik. Apa makna keychin ni?" Soal Yusra, matanya masih ralit menilik keychain itu.

Hanya huruf F dan S yang terukir disitu. Huruf-huruf ini diperbuat dari metal dan didalamnya dihiasi manik-manik halus dan taburan bintang-bintang. Memukau pandangan. Ada kilauan.

"Huruf F... kami semua. F mewakili keluarga kami. F for Fatihah, Fatin, Fitrah, Faiz dan semua keluarga kami lah. S just for you. Especially just for SAIDAH." Jawab Tengku Fatin Isma.

Yusra terkesima dengan penjelasan itu. Keychain itu diangkat tinggi menyamai paras mata. Berkilau bila terkena sinar matahari. Cantik!

"Abang Is.. Abang Is pergi mana tadi? Dari tadi lagi kitorang tunggu abang. Bas Idah nak sampai dah. Kalau tak terlepas la abang nak say goodbye to your girl." Fitrah membebel kepada abangnya bila terpandang lelaki itu. Tercunggap-cunggap nafas si abang seperti terkejar sesuatu.

"Sorry abang ada emergency case tadi. Atok call abang, sekejap lagi atok nak jumpa abang di Mentari. Kita kena rushing ni." Jawab Tengku Faiz Iskandar.

Mata lelaki itu cuba mengelak untuk tidak memandang Yusra. Sedaya upaya dia cuba berlagak kuat walaupun dia tahu hatinya sendiri bagaikan ingin pecah menahan rasa.

"Ok Abang Is, Kejap lagi kita gerak. Tapi abang tak ada apa-apa ke nak bagi kat Idah?" Fatin pula bertanya pada abangnya. Tengku Faiz Iskandar menggelengkan kepalanya.

"Maaf Idah. Abang Is memang tak ada apa-apa nak bagi kat Idah. Abang harap Idah tak terasa hati." Baru kali ini Tengku Iskandar Faiz berani pandang Yusra, menanti reaksi dari gadis selamba dihadapannya.

"Eh, tak ada apa lah abang Is. Abang Is sudi hantar Idah kat sini pun dah cukup bagi Idah." Balas Yusra sambil tersenyum. Hatinya sedikit terguris mendengar ayat yang baru terbit dari bibir Tengku Faiz.

"Jahatlah abang ni!" Tengku Fitrah tidak puas hati dengan jawapan abangnya. Dia tahu abangnya sukakan Yusra Saidah. Kenapa tidak berterus terang sahaja? Bahu abangnya dipukul.

Tengku Faiz hanya tersengih. Gurau senda mereka terbantut apabila kelibat bas mutiara express memasuki ruang parkir bas di stesen bas puduraya.

"Bas Idah dah sampai. Idah pergi dulu ya." Yusra Saidah bangun dari kerusi lalu betulkan baju tshirt dan tudungnya sebelum mula menapak ke arah bas.

Beg galas diambil dan bersalam dengan Tengku Fatihah. Memeluk kakak angkatnya kejap. Kakak yang sudah dianggap seperti kakaknya sendiri. Kemudian dia bersalam Tengku Fatin Isma dan Tengku Fitrah Isma. Kedua tubuh itu dipeluk erat. Ada tangisan kecil di bibir masing-masing.

Tengku Faiz Iskandar memusing tubuh. Tidak mahu melihat adegan yang mengundang rasa sebak dihatinya.

"Abang Is teman Idah ke sana." Kata Tengku Faiz Iskandar.

Beg pakaian Yusra Saidah diambil dan dibawa ke boot bas. Yusra mengekori langkah. Dadanya juga berdetak kencang.

"Take care. Abang sebenarnya.... Abang sayangkan Idah. Abang harap Idah tunggu abang." Tengku Faiz bersuara lalu menghulurkan sekotak hadiah kecil kepada Yusra.

"Insya-Allah." Balas Yusra Saidah dan menyambut huluran itu.

* * *


"Yusra, boleh Kak Min masuk tak?" Jerit Yasmin Safwah di luar bilik Yusra Saidah.

Yusra tersentak. Segala kenangan lalu terpadam. Pantas tangannya memasukkan kembali barangnya kedalam kotak dan ditolak ke bawah katil kembali. Tidak mahu sesiapa melihat harta 'privacy'nya.

''Masuklah kak." Yusra juga menjerit setelah memastikan keadaan kembali normal.

Pintu ditolak dari luar. Terserlah wajah hitam manis kakaknya. Wajah Yasmin Safwah dan Yusra Saidah berbeza meskipun mereka adik beradik kandung. Yasmin lebih kepada ayahnya, berkulit hitam manis. Yusra Saidah pula lebih kepada ibunya, kulit putih kemerahan.

"Buat apa dalam bilik?" Tanya kakaknya dan mengambil tempat duduk dibirai katil.

"Tak ada buat apa kak. Kemas-kemas barang je. Zahra dan Zafrin mana kak?"

"Ikut abang Zul beli barang dapur. Yus, okay?"

"Tipulah kalau Yus cakap Yus dah okay secepat ini kak." Jawab Yusra. Wajahnya mula mendung.

"Yus, tak salah kalau Yus terus pilih untuk berkorban lagi untuk kali ini. Mungkin di masa hadapan nanti Yus akan lebih bahagia." Ujar Yasmin. Tangan adiknya dicapai dan digenggam erat.

"Insya-Allah kak. Doakan Yus untuk terus kuat. Lagipun Yus dah buat keputusan dan Yus tidak akan menoleh ke belakang lagi." Balas Yusra serta mengukir senyuman nipis dibibirnya.

"Boleh Kak Min tanya Yus satu soalan?"

"Tanyalah kak."

"Sebelum ni, Yus dah ada steady boyfriend ke?" Soalan Yasmin sedikit sebanyak mengejutkan Yusra.

Yusra tidak pernah ceritakan tentang hubungan cintanya kepada sesiapa melainkan Syarifah Aishah. Tapi kali ini Yusra pilih untuk berterus terang dengan kakaknya, mana tahu dengan cara itu kakaknya dapat selami hati kecilnya. Yusra menunduk seketika lalu perlahan-lahan dia mengangguk.

"Kenapa tak bagitahu ibu dan ayah?"

"Kak, Yus kenal dia kejap je. Lepas Yus pindah ke SMKBP, kitorang lost contact. Sampai sekarang kitorang dah tak berhubung." Jawab Yusra perlahan.

"Dia study MRSM?"

"Tak. Yus kenal dia masa pergi rumah kakak angkat Yus di KL. Masa ibu dan ayah pergi Haji. Dia balik bercuti musim panas. Dia study kat Ireland." Dia cerita serba ringkas.

"Jadi dia abang kepada kakak angkat Yus?"

"Tak. Dia sepupu kakak angkat Yus. Kebetulan masa tu, ibu dan ayah kakak angkat Yus pergi jumpa abang dia. Jadi kami tinggal lah kat rumah ibu saudara dia. Masa tu lah Yus kenal dia."

"Ok.. Sikit-sikit akak faham. Umur dia?"

"Sebaya abang Adif."

"Emmmm..." Terherot mulut Yasmin

"7 tahun beza? Not bad. Lagipun Tengku Fairuz pun sebaya abang Adif." Sambung Yasmin. Yusra mengangguk.

"Abang Adif bila balik Gua Musang kak?" Yusra mengubah topik. Agak tidak selesa membicarakan tentang hal itu. Lagipun untuk apa dikenang lagi? Keputusan sudah diputuskan, yang berlalu biarkan terus berlalu.

"Insya-Allah lusa abang Adif balik."

"Akak pula bila balik Sabah?"

"Ada la...." Meleret.

Yusra berkerut, macam ada sesuatu disebalik jawapan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience