Fairuz diam. Yusra juga diam. Masing-masing rasa selesa dengan suasana sepi yang meyelubungi diri masing-masing. Fairuz di atas katilnya bersama ipad di tangan manakala Yusra di sofa bersama telefon bimbitnya. Layan games lagi bagus dari layan perasaan.
Sejak menjadi isteri kepada Fairuz, hidupnya sunyi. Sunyi bukan kerana tiada hiburan tapi sunyi kerana tiada teman untuk berborak dan meluahkan perasaan. Sesekali layan gelagat Farhana dan Farhan itu seronok tapi yang tak seronoknya bila terpaksa hadap muka kering Fairuz kalau Furqan ada sekali.
Macam kes semalam la, punya lah kelat muka Fairuz macam baru lepas telan buah asam gelugur. Muka jealous ke muka tak puas hati ke, tak tahu lah. Sekali sekala dia ada WhatsApp dengan Aishah tu pun kalau Aishah tidak sibuk dengan kuliah dan assignmentnya.
Fairuz melirik pandangan pada Yusra. Sesekali tengok Yusra tersenyum mengadap telefon itu membuatkan dia terfikir, siapa Yusra yang sebelum ini ya? Dia kekasih orang ke? Susah sangat ke Yusra nak terima dia? Selama dua minggu ni, Yusra nampak ikhlas menjalankan tugasnya sebagai isteri, tapi bagaimana dengan hati Yusra? Rasanya semenjak mereka bergelar suami isteri, belum pernah berbincang soal hati dan perasaan.
Fairuz menghela nafas perlahan. Rasanya dia perlu lakukan sesuatu sebelum terjadinya perkara yang tidak diingini. Fairuz mencapai telefon bimbitnya.
~Hai wife~
Mesej itu dihantar kepada Yusra.
Yusra sedang melayan games Candy Crush terkejut melihat notifications masuk. Segera dia membuka applikasi WhatsApp. Dibaca mesej dari Fairuz. Yusra menoleh pada Fairuz di katilnya. Muka suaminya tidak beriak seolah-olah tiada apa yang berlaku. Matanya masih menatap skrin ipadnya. Yusra mengecilkan sedikit matanya, memikirkan apa yang perlu dibalas untuk Fairuz.
~Hai my handsome husband. Why?~
~Dahagalah. Make a hot chocolate, please....~
~ok noted. Tunggu ya Tengku, sayang pergi buat sekejap.~
Yusra meletakkan telefon bimbitnya di meja kopi. Sekilas dia menoleh pada suaminya. Dia bangkit dari sofa dan mencapai tudungnya yang sentiasa disangkut di penjuru kerusi, Yusra segera mengorak langkah ke dapur di tingkat bawah.
Beberapa minit kemudian, Yusra kembali ke bilik dengan membawa dua mug hot chocolate di tangannya. Fairuz dilihat sudahpun beralih kedudukannya dan kini dia duduk di sofa sedang menonton drama bersiri english kegemarannya, Hawaii 5-0, lakonan Alex O'Loughlin sebagai Steve McGarrett dan Scott Caan sebagai Daniel Williams.
Yusra meletakkan mug di atas meja kopi dan melabuhkan duduknya di sofa di sebelah Fairuz.
Mata Yusra tertumpu pada wajah kacak Alex O'Loughlin yang sedang bertarung nyawa melawan penjahat.
"Handsome nya dia.." Tiba-tiba terpancul keluar ayat itu dari bibir mungil Yusra.
Fairuz segera toleh pada Yusra. Mata Yusra bersinar dan berkaca-kaca bagai menikmati ketampanan Alex O'Loughlin didepan mata. Senyuman manis jelas terukir diwajah itu. Fairuz berdehem perlahan.
"Handsome sangat ke dia?" tanya Fairuz perlahan. Matanya di kembalikan ke skrin Tv.
"Handsome la.. hero favourite saya ni." Sengaja dilunakkan suaranya.
"Biasa je aku tengok. Tapi, high taste jugak kau ni ye? Ingat orang macam kau ni taste nak suami macam ustaz-ustaz tu.. macam pencetus ummah ke, imam muda ke..." tempelak Fairuz pula.
Yusra mengalih pandangan pada Fairuz di sebelahnya. 'Tak puas hati?'
"Eleh.. mengata orang. Dengki la tu kan sebab saya tak cakap awak handsome." Yusra menjeling Fairuz geram.
"Tak ada maknanya aku nak dengki dengan mat salleh tu. Aku pun tahu la aku ni handsome dari dia walaupun kau tak cakap." Fairuz pula mendabik dada.
"Handsome dia lagi la kot kalau nak dibandingkan dengan awak tu. Kalau dapat suami handsome macam ni, hari-hari boleh jatuh cinta ni," balas Yusra lagi. Matanya masih difokuskan pada hero pujaan hatinya.
Tiba-tiba skrin Tv bertukar gelap. Yusra termangu seketika sebelum mengalih matanya pada Fairuz. Remote Tv di tangan Fairuz cuba di capai. Fairuz bijak bertindak dengan segera dilarikan remote control ke kanan. Yusra mendengus sebelum memeluk tubuhnya.
"Jadi kau tak jatuh cinta lagilah dengan aku?" tanya Fairuz lagi.
Yusra berkalih pandangan. Muka Fairuz sudah bertukar serius memandangnya. Sebelah keningnya terangkat bila bertanyakan soalan sebentar tadi. Yusra diam. Tidak tahu apa yang patut diberikan jawapan.
'Jatuh cintakah dia pada Fairuz?'
Fairuz merenung Yusra lama. Fairuz mengengsot rapat ke arah Yusra. Yusra mengengsot ke tepi. Bila dia dah betul-betul berada di hujung sofa, Yusra terus bangun. Namun belum sempat dia berdiri, Fairuz sudah menahannya dengan sebelah tangan. Yusra kini terperangkap di antara Fairuz dan sofa.
"A... awak nak buat apa ni?" Dalam gagap Yusra bertanya.
Rasa sesak nafas bila berada dekat dengan lelaki. Apatah lagi lelaki itu lelaki kacak. Ya, Fairuz kacak! Gentar juga dia bila berada rapat dengan Fairuz walaupun Fairuz halal untuk nya.
Fairuz mendekatkan wajahnya dengan wajah Yusra. Mata bertentang mata. Yusra bagaikan terpaku melihat anak mata coklat cair milik Fairuz. Matanya dialihkan ke rambut hitam pekat milik Fairuz. Rambut yang selalu digayakan faux-hawk. Kemudian turun ke dahinya, kening lebatnya dan hidung mancungnya. Jambang nipis dan terurus. Dan bibir merahnya. Bibir itu tengah terukir senyum sinis. Sinis tapi lawa dimatanya.
Yusra meneguk liur. Kacak! kenapa lah sebelum ni dia tidak melihat kekacakkan yang ada pada Fairuz? Jauh beza Fairuz dengan Alex O'Loughlin tu!
"Dah habis tenung dah?" Fairuz masih dengan senyuman sinisnya.
Dia kemudian menjarakkan kedudukan mereka. Tangannya yang masih berada di hujung sofa, dibawa ke dada. Peluk tubuh sendiri.
Yusra tersentak. Alamak, malunya sebab kantoi! Terus rasa mukanya berona merah. Segera ditarik nafas mencari ketenangan di sebalik debaran. Fairuz yang masih tersenyum sinis itu dijeling geram.
"Aku rasa sebelum ni, kita tak pernah bincang soal hati dan perasaan masing-masing kan? So, malam ni aku rasa kita kena berbincang." Fairuz memulakan bicara. Yusra hanya menanti bicara seterusnya dari Fairuz.
"Sebelum tu, aku nak tanya kau. Sebelum kau kahwin dengan aku, kau dah ada someone special ke?" Straight to the point Fairuz bertanya.
Yusra teguk liur lagi. 'Dah kenapa malam-malam ni, nak bincang tentang ni pulak? Apa patut dia jawab? jujur atau tipu?'
"Aku harap kita boleh berikan kejujuran dalam perhubungan kita. Aku tak nak nanti kita terpaksa dengar dari mulut orang lain. Lebih baik kita jujur walaupun hakikatnya kejujuran itu satu kepahitan. Apa kata kalau kita start dengan berkawan, untuk mulakan satu perkenalan? Mungkin dengan berkawan, kita akan rasa lebih selesa untuk berkongsi segala masalah." Sambung Fairuz lagi.
Yusra menghela nafas sebelum menjawab. Ada betulnya apa yang dikatakan oleh Fairuz. Rasanya lebih baik dia berterus terang dari dia terus sembunyikan hakikat yang sebenar.
"Sejujurnya, saya sedang menunggu seseorang sebelum saya kahwin dengan awak," jawab Yusra perlahan.
Tangannya mula berpintal-pintal hujung bajunya. Resah dengan pengakuan sendiri. Resah juga memikirkan apa tindakan yang bakal diambil oleh lelaki itu.
'Tapi Fairuz juga yang mahukan kejujuran kan?'
"Maksud kau?" tanya Fairuz kemudian, walaupun dia mendengar dengan jelas apa yang terkeluar dari mulut isterinya, dia cuma mahukan kepastian.
"Awak juga yang mahukan kejujuran, kan? Ya, tu kejujuran dari saya. Saya sedang menunggu seseorang sebelum saya kahwin dengan awak.Tapi saya terpaksa pendam sebab dia tidak pernah muncul selepas dia pergi." Suara Yusra berubah kendur.
Fairuz termangu, tidak percaya itu yang bakal dia dengar dari mulut isterinya. Jadi betul lah sangkaannya selama ini? Yusra sudah ada yang punya?
"Tapi, saya sedar kedudukan saya sebagai isteri awak. Saya perlu suka awak, sayang awak dan cinta awak. Hanya awak seorang dan awak syurga saya." Sambung Yusra.
"Dia pergi? Maksud kau?"
"Emm.. mungkin saya yang bodoh sebab saya percaya dengan janji dia, yang dia akan balik cari saya selepas dia habis belajar di luar negara. Tanpa saya sedar, dia langsung tak ingatkan saya. Saya dibiarkan sepi selama 7 tahun tanpa khabar berita." Terbayang wajah Faiz Iskandar.
Rasa geram pada lelaki itu. Kalau tidak kenangkan Faiz dengan Fairuz itu sepupu, mahunya dia gayang Faiz cukup-cukup.
"7 tahun kau tunggu dia? Wow.. kau bukan calang-calang orang la Yusra. Kau setia pada orang yang tak hargai kau," jawab Fairuz.
Sedikit cemburu dengan kesetiaan yang diberikan Yusra kepada kekasih-tak-jadinya.
Yusra menunduk. Malu bila memikirkan hakikat itu. 7 tahun dia sia-siakan pada sesuatu yang tidak pasti menjadi miliknya.
"So sekarang kau masih tunggu dia?"tanya Fairuz lagi dengan debaran didada.
Tipulah kalau dia kata, hatinya tidak terusik dengan pengakuan jujur Yusra itu. Melihat Yusra menggeleng perlahan, hatinya lega.
"Selepas saya tekad untuk terima pinangan dari awak, saya dah berjanji untuk terima awak seikhlas hati saya. Lagipun saya tak nak megharapkan pada sesuatu yang bukan milik saya. Walaupun pada awalnya, agak susah untuk bersama dengan orang yang kita tidak kenal tapi saya tetap cuba untuk suaikan diri saya. Saya cuba untuk kenal awak sebab saya yakin, awak jodoh saya yang ditetapkan oleh Allah, "jawab Yusra jujur. Seikhlas dari hati.
Kedengaran Fairuz menghela nafas. Tangan Yusra dicapai dan dipegang erat.
"Aku minta maaf kalau aku paksa kau buka kisah pahit kau. Cuma aku perlukan kejujuran supaya aku sentiasa berfikiran yang baik-baik pada kau. Kalau kau cakap, kau dah tak mengharapkan dia lagi aku syukur dan aku rasa lega sangat. Sekurang-kurangnya aku tak sailang awek orang."
"Awak marah saya?" Takut-takut Yusra bertanya. Muka Fairuz dipandang. Ada senyuman terukir nipis.
"Aku tak marah kau sebab kau dah jujur dengan aku. Sekurang-kurangnya aku tahu siapa kau. Aku tak suka tengok lelaki lain rapat dengan kau walaupun orang tu abang aku sendiri. Kau pun tahu abang Qan suka kau, kan?"
Yusra mengangguk perlahan. Pernah Furqan luahkan rasa hatinya padanya sebelum dia bernikah dengan Fairuz dulu.
"Sebab tu aku tak suka walaupun dia abang aku sendiri. Aku tahu kau baik, kau suka layan Farhan dan Ana tapi aku tetap tak suka bila ada abang Qan sekali sebab aku tahu dia masih mengharapkan kau. Dia masing mengharapkan kau jadi ibu kepada Farhan dan Ana." Fairuz berterus terang. Yusra diam. Fairuz juga diam.
"Boleh awak tolong saya?" Pinta Yusra tiba-tiba.
"Tolong apa?" Fairuz berkerut dahi dengan soalan Yusra yang tiba-tiba.
"Tolong jaga hubungan kita. Tolong saya untuk lupakan pada dia yang 7 tahun menyepi tu dan tolong saya dari lelaki-lelaki yang awak tak suka rapat dengan saya. Boleh?" Pinta Yusra dengan matanya dikedip beberapa kali. Soalan yang mempunyai maksud yang tersirat.
Fairuz meletakkan jarinya di dagu. Memikirkan jawapan yang tepat untuk diberikan kepada Yusra. Yusra masih menanti.
"Boleh, tapi ada syarat." Fairuz sudah meleretkan senyuman sengetnya. Matanya dilontarkan pada Yusra disebelahnya.
"Syarat?" Giliran Yusra pula berkerut dahi.
"Easy. You're my wife already. It's your job to make me fall in love with you. Seduce me." Fairuz sudah tersenyum nakal.
Yusra terpinga-pinga. Terus terasa pipinya bertukar warna.
"Hishh dia ni...." Jerit Yusra berserta satu tepukan di paha Fairuz. Fairuz sudah ketawa bebas.
* * *
Buat pertama kali Fairuz mengajak Yusra ke The ioi citymall, Putrajaya mahu mencari sedikit hadiah untuk pasangan kembar Tuah Arsyad dan Jebat Irsyad sebelum mereka ke rumah Syahmi dan Nabila.
Yusra selesa dengan memakai Jeans longgar, blouse merah hati paras paha dan selendang hitam dililit kemas dikepalanya. Manakala Fairuz berpakaian santai. Jeans dan t-shirt berkolar berwarna merah hati juga. Rambutnya yang digayakan faux-hawk itu menambahkan lagi ketampanannya. Sehinggakan ada mata-mata yang tidak lepas dari memandangnya.
Selesai membeli beberapa hadiah untuk si kembar, mereka melencong ke butik pakaian wanita. Beberapa helai blouse yang menarik dimata Fairuz, disuakan pada Yusra untuk mencubanya di bilik persalinan. Dengan berat hati yusra mengambil dan mencuba baju berkenaan.
  Â
"Anggap je tu hadiah dari aku. Hadiah perkenalan. Aku suka kau pakai baju macam ni. Tak lah nampak kau selalu pakai jubah je kat rumah. Kalau dekat rumah abah, make sure dress properly. Nanti lain kali aku beli lagi." Kata Fairuz selepas selesai membuat pembayaran.
Yusra mengangguk dan senyum gembira. Tak sangka citarasa Fairuz kena dengan jiwanya.
"Kau ada nak beli apa-apa ke?" Tanya Fairuz. Beg kertas yang berisi baju baru Yusra dicapai.
"Boleh tak kita singgah ke kedai buku sekejap? Rasa macam saya nak beli novel je. Rasa macam dah lama sangat tak layan novel."
"Okay jom. Kita singgah MPH jap. Aku pun ada nak cari buku jugak." Fairuz mengorak langkah dan Yusra mengekori sambil tersenyum. Tak sangka hari ini dia boleh keluar berdua dengan Fairuz.
'Macam dating gitu kan?'
Masuk ke kedai buku MPH, terus Yusra melangkah ke arah buku katogeri novel, manakala Fairuz menghilang ke bahagian buku katogeri English Fiction. Apa yang dicari, itu bukan urusannya. Yang penting dia perlu mencari novel untuk mengisi masa terluang.
Nak cari buku apa ya? Matanya terpandang sebaris nama penulis yang menjadi kesukaannya, Anjell. Ya, dia sudah tahu novel apa yang patut dibeli. Mata Yusra dilarikan dari satu buku ke satu buku. Melihat tajuk. Banyaknya buku keluaran penulis Anjell ni. Rasanya dia sudah jauh ketinggalan. Novel Hero Seorang Cinderella dan Dr Alpha Male ditarik.
Pusing bahagian belakang dan membaca sinopsis. Tanpa sedar, bahunya dilanggar seseorang. Hampir terjatuh novel di tangannya namun sempat orang yang melanggarnya memegang tangannya.
"Auchh sorry...." ujarnya. Dengar suara, lelaki.
Yusra segera mengangkat muka. Terpaku seketika. Segera tangannya ditarik dari terus di pegang.
"Yusra?" tanyanya juga terkejut.
Yusra sudah terpaku. Azzam!
"Ya Allah, Yusra! It's really you?" Azzam masih tidak percaya dapat berjumpa dengan Yusra di sini. Yusra ditenung dari atas sampai ke bawah. Yusra masih tidak berubah malah makin menawan.
Yusra tidak selesa dengan cara tenungan Azzam. Lagi dia tidak selesa kalau tiba-tiba Fairuz muncul.
"Yusra buat apa kat sini?" tanya Azzam bersama senyuman manisnya.
Tidak dinafikan Azzam juga ada kelebihannya. Tampan. Walaupun dia anak orang kampung tapi Azzam tetap menjadi kegilaan ramai pelajar di sekolah dulu.
"Erkk Yusra cari novel sikit. Dah lama tak membaca," jawab Yusra ringkas. Novel ditangannya di angkat.
"Emm novel Anjell.. sama macam dulu. Nampaknya taste Yusra masih tak berubah." Azzam berkata lagi.
Yusra tersenyum paksa. Sungguh dia rasa tidak selesa duduk berdua dengan Azzam. Ingin segera melarikan diri tapi rasa macam tidak sopan lah pula.
"Sayang dah jumpa ke novelnya?" Fairuz muncul disebalik rak buku yang tersusun dengan pelbagai novel.
Yusra dan Azzam mengalih pandangan pada Fairuz. Kemudian, Azzam dan Fairuz saling berpandangan. Yusra termangu ditengah-tengah antara mereka. Tidak selesa tengok mereka saling berpandangan. Masing-masing punya rasa yang berbeza.
"Hi, I am Yusra Saidah's husband." Fairuz memulakan perkenalan.
Tangannya dihulurkan kepada Azzam. Sengaja ditekankan perkataan 'husband'. Senyuman terukir paksa.
"Hi. Yeah, I know you. Tengku Fairuz, Ceo Mentari Holding. I am Azzam." Balas Azzam bersahaja. Huluran tangan Fairuz disambut lambat-lambat. Sesaat dua, salam itu terlerai.
"Azzam? Oo.. i see.. Ni kawan sayang masa form six, thats right sayang?" tanya Fairuz pula.
Matanya dilontarkan pada Yusra disebelahnya. Yusra mengangguk. Wajahnya sedikit cuak dengan pertemuannya dengan Azzam.
"Dah jumpa novelnya?" Fairuz bertanya lagi. Yusra mengangguk dan novel ditunjukkan pada Fairuz. Novel di tangan Yusra di ambil Fairuz.
"Okay jom. Emm Azzam, I think we have to go first. Next time kita jumpa lagi." Fairuz sekali lagi bersalam dengan Azzam.
"Sure." Kata Azzam ringkas bersama anggukan beberapa kali.
Segera kaki Fairuz melangkah keluar dari kedai buku selepas selesai membuat pembayaran. Kemudian dia menuju ke eskalator untuk ke ruangan parkir. Yusra hanya mengekori. Dalam hati dia berdoa semoga Fairuz tidak marah, tidak mengamuk. Dia tidak suka dengan wajah serius Fairuz.
* * *
Penthouse milik pasangan suami isteri, Syahmi dan Nabila dituju. Baru loceng ditekan sekali dua, pintu dibuka dari dalam. Fairuz melangkah masuk di ikuti Yusra Saidah di belakangnya.
"Alhamdulillah.. datang juga kau ye. Bella ni dari tadi lagi menunggu kau datang." Syahmi memulakan bicaranya, bersama langkah kaki menuju ke sofa.
Fairuz menepuk bahu temannya sebelum melabuhkan duduknya. Yusra pula duduk di sebelahnya. Hadiah di tangannya bertukar tangan.
"Kan aku dah janji nak datang, so aku datang la. Amm dengan Is tak datang?"
Mendengar pertanyaan Fairuz membuatkan Yusra tidak senang duduk. Kenapa perlu hari-hari dia bersemuka dengan Faiz Iskandar? Tiga hari lepas, berjumpa di majlis resepsinya, semalam berjumpa di Teratak Qaseh dan hari ni perlu berjumpa di sini?
"Emm katanya jadi. Datang sekali dengan Amm nanti," balas Syahmi.
Yusra mengeluh. 'Kenapa mesti jumpa dia lagi?'
"Yusra, sekejap ya. Saya pergi panggil Bella." Syahmi meminta diri sekejap. Yusra mengangguk.
Fairuz mengeluarkan telefon bimbitnya, tidak menghiraukan Yusra. Hatinya terasa dengan drama sebabak tadi.
Syahmi muncul bersama dengan seorang bayi lelaki dalam gendongannya. Di belakangnya, ada seorang perempuan mungkin isterinya yang dipanggil Bella. Dia turut menggendong seorang bayi lelaki.
Yusra teruja melihat bayi kembar pasangan itu. Sudah lama rasa dia tidak memangku bayi yang baru lahir. Ahh rindunya nak bau baby!
"Yusra, ni Bella. Bella, ni Yusra. Baby Bella dukung tu namanya Tuah Arsyad. Ni Jebat Irsyad." Syahmi memperkenalkan mereka.
Yusra mengangguk sambil tersenyum. Cantik Bella ni, sepadan dengan Syahmi. Bella mengambil tempat duduk di sebelah Yusra. Syahmi duduk bersebelahan Fairuz. Fairuz mencium pipi Jebat Irsyad. Wangi!
"Akhirnya dapat juga saya jumpa dengan Yusra. Maaf ye Yusra, Ruz, dua-dua majlis saya tak dapat join." Nabila berkata.
Duduknya dibetulkan biar betul-betul selesa. Maklumlah baru 2minggu bersalin tentu masih kekok.
"Ehh tak apa Bella. Kami faham. Lagipun Bella kan baru bersalin. Kena banyak-banyak rehat." Balas Yusra bersama senyuman terukir di bibir. Pipi gebu Tuah dicuit lembut. Matanya tidak lepas dari pandang muka Tuah Arsyad. Geram bertambah-tambah.
"Yusra nak dukung baby?" tanya Nabila.
Semua mata memandang ke arah Yusra, membuatkan Yusra terpinga-pinga. Yusra tiba-tiba kaku macam patung.
"Nak dukung tak?" soal Nabila lagi.
"Err... er.. boleh ke?" Yusra gagap. Lidahnya kelu untuk menjawab. Hatinya ingin memangku Tuah tapi dalam masa yang sama dia takut.
"Saya ni dah lama tak pegang baby, kekok pulak rasa." Sambung Yusra. Masih teragak-agak.
"Eh apa pulak tak bolehnya. Boleh la... Meh sini saya tolong..." Nabila meletakkan bayinya perlahan-lahan di atas pangkuan Yusra.
Perasaan Yusra hanya Tuhan sahaja yang tahu. Dalam berdebar, dia gembira dan teruja. Semua perasaan di adun menjadi satu. Tangan kecil Tuah diusap perlahan.
"Comel!" luah Yusra bila melihat bayi kecil itu tersenyum dalam lenanya.
"Tak lama lagi giliran Yusra dan Fairuz pulak, kan?" Soalan Nabila membuatkan Yusra tersentak.
Wajahnya diangkat untuk melihat reaksi suaminya. Dan bila mata mereka bersambung, yusra menunduk kembali pandangannya. Malu dengan renungan Fairuz dan malu juga bila dirinya diperhatikan oleh mereka.
"InsyaAllah tak lama lagi," balas Fairuz selamba.
"Jangan lama-lama Ruz, tak kan nak tunggu Tuah dan Jebat ada adik dulu kot," usik Syahmi.
Walaupun dia tahu hakikat sebenar perkahwinan Fairuz dan Yusra tapi dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat keduanya. Sebagai kawan, dia tahu Yusra adalah jodoh yang tepat untuk Fairuz. Mungkin mereka baru berkenalan jadi tidak salah untuk mereka saling mencuba menerima diri masing-masing.
Sekali lagi , loceng rumah berdeting. Syahmi meminta diri sebentar selepas meletakkan Jebat Irsyad ke pangkuan Fairuz.
"Jemput masing Amm, Is.." ujar Syahmi bila terpandang tetamunya. Seorang gadis dibelakang Ammar juga dipandang.
"Aishah, masuk lah."
Sebaik mendengar nama Aishah meniti di bibir Syahmi, Yusra mengangkat muka. Mahu melihat gerangan yang bernama Aishah. Aishah, sahabatnya atau pun Aishah yang lain.
"Aishah..." Yusra menyebut perlahan dan mula tersenyum. Sekurang-kurangnya dia ada teman berborak selain Nabila.